Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hujung minggu di bulan Syawal merupakan hujung minggu yang berbeza kerana ramai orang akan sibuk dari hujung minggu yang biasa. Kalau tak kerana sibuk mengadakan persiapan untuk mengadakan majlis rumah terbuka, sibuk pula memenuhi jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka. Itu belum lagi dengan majlis kenduri kahwinnya!

Jemputan Rumah Terbuka - Hujung Minggu Di Bulan Syawal
Open house di hujung minggu Syawal
Hujung Minggu di bulan Syawal, aliran trafik menjadi sesak luar biasa. Kawasan-kawasan perumahan juga sesak dengan kenderaan sehingga sukar untuk bergerak dan mendapatkan parking.

Jalan-jalan juga banyak ditutup kerana khemah-khemah didirikan di jalan bagi menempatkan tetamu yang hadir dimajlis rumah terbuka, meriahnya dah sama macam mengadakan majlis kenduri kahwin!

Hujung minggu di bulan Syawal, pasar-pasar dan pasaraya juga penuh sesak dengan pengunjung yang sibuk membeli-belah pelbagai barangan keperluan basah dan kering untuk memasak juadah di majlis rumah terbuka. Kalau lambat...habislah, maka terpaksa ubah menu.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Mengadakan majlis rumah terbuka hari raya bagaikan sudah menjadi adat dan budaya baru diera ini. Perlukah setiap orang mengadakannya? Ianya bukan perkara wajib pun kan. Namun apa yang berlaku kini ianya bagaikan sudah menjadi satu kewajiban pula. Maklumlah, cara hidup masa kini yang sentiasa sibuk, tidak dapat melayan tetamu untuk hadir setiap hari, setiap masa. 

Namun begitu, terdapat pula keburukan dari budaya ini. Sikap kunjung-mengunjung secara ikhlas yang menjadi amalan sejak dulu kian terhakis. Hanya mengharapkan jemputan majlis rumah terbuka, barulah nak datang berkunjung. Kadangkala pertanyaan demi pertanyaan "Bila nak buat rumah terbuka?" bagaikan menjadi satu bebanan pula. Nak datang... Datanglah, rumah sentiasa terbuka menerima kunjungan tetamu, betul tak?

Atau sebenarnya tetamu mengharapkan makanan yang istimewa sahaja sebab tu hanya menanti majlis rumah terbuka diadakan, barulah nak datang. Takkan nak makan biskut dan kuih raya, kat rumah sendiri pun ada. Harapnya tidaklah ada yang berfikiran sebegini dan saya tahu tetamu Relaks Minda semuanya baik-baik belaka dan ikhlas.

Apa pun yang anda lakukan, semoga hujung minggu di bulan Syawal ini segalanya akan berjalan dengan lancar, selamat dan dipermudahkan segala urusan. Jika anda berkunjung kemajlis rumah terbuka, jangan lupa doakan tuan rumah kerana menjamu makanan kepada tetamu itu amat besar pahalanya. Semoga mereka beroleh keberkatan.

Doa kepada tuan rumah yang mengadakan majlis rumah terbuka
Doa kepada tuan rumah yang mengadakan majlis. - el-ilmy.net

Terima kasih bersama Relaks Minda... Makan dimajlis rumah terbuka tu berpada-pada. Jangan ikutkan nafsu, kesihatan mesti dijaga ya... :)


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

29 comments - "Hujung Minggu Di Bulan Syawal"

bulan ramadhan juga bulan syawal adalah bulan jem dimana-mana :(

yana yani delete icon 11:57 PG

setuju dengan isu yang diutarakan

kadang tu tak de rasa kemesraan pun
sebab tuan rumah sibuk melayan beratus jemputan
tetamu pula lepas kekenyangan, terus nak balik

tapi ianya sememangnya budaya dalam masyarakat terutamnya di bandar
cam nak tak boleh dikikis

Ija Rased delete icon 12:07 PTG

hujung minggu akan jem sb banyak open house.

Weken ni sy tak la buat open sngt...hanya utk kwn2 tmpt keje asben je la..2 3 kerat je...x bole ramai2...tak terlayan nnti...hik3...

Waa..masih mood raya lg kan..

hujung minggu penuh dengan undangan rumah terbuka dah walimah... kadang-kadang rasa macam tiada masa pulak dengan keluarga dan anak2 sendiri... hu3

Nao Mei delete icon 1:23 PTG

Rumah terbuka tak buat lah uncle.
Sebab hari-hari rumah cik akak memang terbuka untuk tetamu berkunjung..hahaha

selagi tak habis bulan syawal,selagi tu ada je jemputan ke majlis open house..alhamdulillah...rezeki yang ada dikongsi bersama..

Assalamualaikum dan salam singgah Jumaat..setiap hari perayaan mesti jem..semua keluar untuk ziarah mengziarahi..

paridah delete icon 3:27 PTG

assalam...selamat berhujung minggu n mnghadiri rumah terbuka syawal...niat yg berjamu n yg mnghadirinya tentulah kerana Allah...

Raya kan sebulan, hehehe..

rezeki murah di bulan syawal ni..ada saja jemputan

Selamat berhujung minggu dan selamat menunaikan jemputan rumah terbuka BM :)

Betul juga ye...bila dah ramai yg datang, nak bersembang dan bermesra dgn tuan rumah pun tak dapat kan...

Selamat melayan tetamu ya! Mesti menunya enak2 belaka

Sebulan Syawal ni, nampaknya tak dapatlah meluangkan masa berkualiti bersama keluarga... gunakanlah masa berjalan dan berkunjung itulah sebagai masa bersama...

Bahaya tu cik akak... Jangan buka rumah, nanti nampak semuanya... hehe!

YA... Rezeki yg ada dikongsi bersama sambil mengeratkan silaturrahim.

Dah jadi satu yg biasa di masa kini kan..

Itulah...nak buat cam ne kan...

Selagi masih di bulan Syawal selama itulah masih mood raya...haha

Ziarah-menziarahi amalan mulia tapi jem membuatkan rasa sedikit sengsara...huhu

Betul tu kak Paridah... Sebagai tanda terima kasih, jgn lupa kita doakan tuan rumah agar sesama kita mendapat berkatnya...

Hehe...Syawal adalah bulan raya :)

Rahmat dari bulan Ramadhan...semua orang murah rezeki dibulan Syawal. Jgn sampai ada yg membazir pula ya!

Selamat berhujung minggu dan makan2 dirumah terbuka juga ya...Nurul :)

kathy pergi open house rumah ipar duai jer BM..

Khir Khalid delete icon 2:35 PTG

Semangat raya masih belum luntur... hujung minggu menjadi medan silaturrahim & makan-makan raya.. :D :D

Hujung minggu biasa pun jem...apa lagi dalam musim perayaan...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap