Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Buat Si Manja Anda: Anak-anak yang sudah mula membesar pastinya perlu diasingkan dari tidur bersama anda dan memerlukan bilik tidur mereka sendiri. Takkan nak tidur selamanya sebilik dengan anda. Anda harus bersedia untuk memisahkan mereka dari bilik tidur anda.
Berapa umur yang sesuai?...Sebaiknya selepas umur 2 tahun. Lagi awal lagi bagus. Jangan sampai terlalu lama kerana ianya akan memberi kesan yang negatif kepada anak-anak. Mereka harus di beri penerangan mengenai keperluan sesebuah bilik dan keseronokan mempunyai bilik sendiri.
Sebelum anda pisahkan mereka mulakan dengan mengasingkan mereka tidur di tilam lain iaitu tidak sekatil tapi masih sebilik. Bila tiba masanya barulah disuruh tidur di bilik mereka sendiri.
Berpisah Bilik Dengan Si Kecil
Biasakan mereka bermain atau tidur di siang hari di bilik mereka kemudian barulah di suruh bemalam. Pada permulaan pastinya begitu sukar kerana mereka akan merasa takut dan kesunyian. Jangan di ikutkan rayuan mereka, pujuk dengan baik dan jika terpaksa, temankan mereka seketika di bilik mereka sehingga mereka terlena.
Alah bisa tegal biasa... Kita dulu pun macam tu juga.. hehe. Salah satu cara untuk memujuk anak-anak untuk tidur di bilik mereka sendiri adalah dengan susun atur dan menghiaskan bilik tidur mereka dengan menarik.
Bilik tidur untuk si maja perempuan yang pastinya memikat hati mereka.
Susun Atur Dalam Bilik dan Rekaan Katil
Berikut beberapa lagi contoh dekorasi bilik tidur untuk si manja anda. Pasti mereka dengan sendirinya akan berpindah secara sukarela... Relaks minda dan nikmatinya....mungkin ada diantaranya memberi ilham untuk anda...
Rekaan yang simple dan kemas tetapi mempunyai tarikan tersendiri
Bilik untuk anak-anak yang ramai. Kemas dan susunan yang teratur.
Warna juga tampak tenang.
Bilik tidur juga tempat bermain.
Jangan hairan jika anak anda tidak mahu keluar dari bilik pula.
Satu lagi contoh katil yang menggabungkan keseronokan dan keselesaan.
Ciri keselamatan penting dititik beratkan dalam rekaan sebegini.
Bagi anak lelaki yang aktif dan sukakan bersukan.
Rekaan ini amat sesuai buat mereka.
Rekabentuk yang luar dari kebiasaan juga bagus buat mereka.
Ianya akan membuka minda mereka untuk menjadi kreatif.
Rekaan katil yang ringkas tapi bentuk dan warna cukup memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian mereka. Tidak perlu perabot yang banyak di bilik mereka.
Rekaan unik dan menarik.
Pastinya mereka tidak menolak untuk tidur di bilik seperti ini.
Rekaan yang sesuai untuk ruang bilik yang terhad.
Ruang di dalam bilik yang bukan sahaja untuk mereka tidur tapi juga untuk
mereka bermain, berehat dan belajar. Rekaan ini pastinya
memberi keselesaan untuk mereka melakukan aktiviti tersebut.
Perlukan sesuatu yang luar biasa...Mungkin ini boleh dijadikan pilihan.
Jangan sampai si manja takut nak masuk bilik sudah le..hehe.
Ianya hanya contoh...mungkin anda boleh tukar kepada bentuk lain yang di sukai oleh si manja anda. Tapi saya tidak menggalakkan rekaan sebegini tapi terpulang kepada anda...
Ajarkanlah anak anda berdoa sebelum tidur.
Berikan Pilihan Dan Keselesaan Buat Si Manja
Dalam mengubah suai bilik untuk si manja, pastikan rekaan dan susun atur bilik tidur mereka tidak terlalu padat dengan perabot agar mereka bebas bergerak. Ciri keselamatan seperti tiada bucu-bucu tajam dan palang diperlukan di tempat yang sesuai serta pencahayaan yang mencukupi.
Warna dan perhiasan juga penting, pastikan mereka menyukainya dan tidak terlalu banyak, pelbagai dan terang. Warna ini akan mempengaruhi emosi dan mood mereka. Jangan asyik syok sendiri pula...lihatlah akan kegemaran dan pendapat mereka juga dalam menghias agar mereka lebih selesa. Itukan bilik mereka...
Semoga anda mendapat sedikit manfaat dan ilham dari artikel ini.. Ianya hanyalah pendapat saya dan hasil dari pembacaan. Jika ada yang terkurang atau terlebih dan sekiranya memberi masalah...silalah rujuk kepada yang pakar.
41 comments - "Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Buat Si Manja Anda"
Macam istana dalam bilik untuk si anak kecil... Sangat cantik.... :-)
bestnyaaa... kalau untuk diri sendiri pun lagi best hihihi
saya pun dok berangan gitulah bl dah ddk rumah sendiri nanti,...cantik sangat pic no 1 tuu
salam.. maaf lambat singgah. cantiknyer kalau dapat si Adik memang tidur x bangun2 lah dier hehehe
amboi.comeynye bilik.mcm tmn mainan pulak
cantiknya bilik tidur. kalau mcm ni tentu senang nak pujuk anak tidur di bilik sendiri.
Anak kesayangan pastinya mahukan yg terbaik...betul tak?
TQ PD
Eh..utk anak2 jer la!..hehe, tp kalau dah berkenan ape salahnye.
Thx Zaza.
Insyaallah...semoga impian menjadi kenyataan.
TQ Mama Mia.
Waalaikumsalam,
Jgn xbgun2..lain pulak tu...hehe.
Pasti kanak2 sukakannya..Mcmne? Ada plan nak ubah ke?
sangat cantik!!!!!... suka sangat :)
Bilik utk kanak2...pastinya tidak lari dari unsur permainan.
Main, tido, main, tido jer la jawabnye.
Harap begitulah...Itulah matlamat sebenarnya.
TQ SZ...
Acik...bolehlah pasang angan2 utk anak2 nanti. Tp sblm tu carilah pasangan yer.
Salam manis-manis madu :D
Senja indah si camar jenjang,
Kolek mana di tepi pelabuhan;
Simanja sudah pun besar panjang,
Bilik yang mana menjadi pilihan.
Ide last best jugak untuj 2 Abdul saya tapi kena tukar warna cadar, heee...
kalo bilik tido camni konpem anak tak nak bgn p sekolah..hahah
anak dari kecil ni senang ikut kalau ajarkan doa sebelum tidur,hari-hari baca lama-lama hafallah kan...kalau cantik kemain bilik tidur anak,taknak main kat luar dah tu nanti.
Eh..biar betoi ni! Tak takut ke diorang nanti.
Cikgu ni...ingat anak murid dia ajer...hehe.
Cikgu le kena dtg kejutkan, baru molek!
Betul tu, dari kecillah kena di ajar. Eloklah, main dalam bilik jer, selamat...tp xbersosial la pulak ye.
Waalaikumsalam.
Salam disambut semanis madu...
Elok kemeja berseluar panjang,
Berkain curi bergaya sakan,
Untuk simanja besar panjang,
Dilain entri saya ilhamkan.
waahhh lawanye..takde anak lah.hehe
Mungkin boleh di jadikan ilham di kemudian hari atau utk saudara mara dan kawan2...
Terima kasih Sayidah.
Salam manis-manis kurma :)
Kembung dan merah berdarah,
Selumbar terlekat tangan diubat;
Berkunjung dan ziarah menziarah,
Agar meningkat bilangan sahabat.
* Cantik-cantik semuanya..senang pujuk anak-anak kecil tidur sendirian..
nak la buat bilik tidur tue...
Jika berkenan di hati, apalah salahnya :)
Terima kasih berkunjung ke sini
Waalaikumsalam, Semanis Kurma...
Kembung dan merah berdarah,
Dimakan talapia belaan Berahim,
Berkunjung dan ziarah menziarah,
Amalan mulia pengerat silaturrahim.
huwaa so nice!
TQ Razfira, Teruskan bersama Relaks Minda :)
Assalamualaikum,
Memang sangat menarik.. anak-anak pasti suka
Waalaikumsalam,
Harap begitulah...TQ singgah kesini.
Nak sawan tgk benda2 cantik mcm ni...xtau nak pilih yg mana...semua nak!
Sekadar tatapan pandangan utk ilham...
Jika berkenan boleh le buat satu.
Thx Mieza
yup betul tu bucu-bucu hrus tiada untuk keselamatan anak2..
Tumpang lalu sekali lagi...
Bertemu berutus aduhlah sudah,
Masa dinanti petang dan pagi;
Pantunmu bagus sungguhlah indah,
Rasa seperti nak datang lagi. =D
Lalulah berkali-kali,
kehadiran Ummi sentiasa dinanti...
Pedihku rasa didada yang gundah,
Kala masa dinanti sudahlah petang,
Pantunku biasa tiada yang indah,
Bila terasa dihati silalah datang...
Ya betul sekali Mama. Keselamatan adalah perkara pertama, paling penting untuk dititik beratkan... Jgn memandang kecantikan semata-mata.
Terima kasih Mama Rey.
Tertarik dengan yang no.6 tu...
Anak saya semua lelaki
Wah! Semua Hero, pasti susah menjaganya.
Elok sgt rekaan tu...boleh lah cuba
Terima kasih Ibu
mane nak dpt ni ek
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”