Assalamua'laikum... dan Salam Perkenalan.

Bin Muhammad
Bin Muhammad

Bin Muhammad, hanyalah sebuah nama pena yang khas mewakili empunya diri penulis di alam maya... Dilahirkan pada 28 Feb 19$$. Di besarkan di sebuah kampung di Bagan Datoh, Perak. Graduan dari UTM Skudai dan kini menetap di Rasa, Selangor. Sudah berkahwin dan bekerja sendiri.

Anda juga boleh temui juga info saya di Bin Muhammad  dan di Bin Muhammad FacebookSeorang yang cintakan akan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Mengagumi kebesaran Allah SWT dan segala kurniannya. Meminati ciptaan kreatif dan pemeliharaan alam sekitar.


Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com

header blogspot
Header pertama Relaks Minda Blogspot
Blog ini wujud pada 10 Sept 2012 dengan artikel pertama iaitu sebuah entri pengenalan. Ianya bermula apabila perasaan ingin menulis dan berkongsi cerita yang lebih panjang coretannya berikutan keseronokan dari perkongsian di Facebook Page saya iaitu Relex Minda.

Objektif utama adalah untuk perkongsian secara santai bersama keindahan alam, kreativiti, kitar semula, informasi, keceriaan, kehidupan dan eksplorasi untuk ketenangan hati dan minda di samping mengingati dan mengagumi kebesaran Ilahi. Cuba untuk menzahirkan sebuah Blog untuk anda berehat dan menenangkan minda buat seketika di alam siber ini.

Kini... Relaks Minda cuba untuk melangkah setapak lagi melalui tagline : "ilmu dikongsi bersama". Semoga perkongsian di blog ini dapat memberi manfaat, panduan dan ilmu pengetahuan buat semua yang berkunjung  ke sini... InsyaAllah.


Relex Minda facebook.com/RelexMinda

Relex Minda
Relex Minda Facebook Page Header
Facebook Page persendirian yang bermula pada 9 Feb 2012 ini adalah page perkongsian gambar menarik dan unik. Ianya masih aktif berkongsi gambar dan info menarik dengan konsep dan tema yang sama serta link update untuk Blog Relaks Minda. Silalah berkunjung dan 'Like' Page FB Relex Minda.


Terima Kasih Bersama Relaks Minda

Hari demi hari saya cuba memperbaiki penyampaian dan belajar meningkatkan ilmu dan kualiti blog ini. Saya berharap anda berpuas hati dan mendapat serba sedikit manfaat dari blog ini. Saya sekadar berkongsi cerita dan menyampaikan ingatan secara santai....Andai ada salah dan silap, mahupun terguris hati...Ampun dan maaf di pinta.

Blog Bin Muhammad (terkini)
Ianya sebuah blog lama, sejak 2011 tetapi tidak aktif. Namun, mulai bulan May 2015 ini ianya cuba untuk diaktifkan semula sebagai jaringan baru bagi Blog Relaks Minda.

Berikutan masalah Malware melanda Blog Relaks Minda (9 Jun 2015) dan terpaksa ditamatkan penerbitan entri terbaru maka Blog BinMuhammad kini menjadi blog utama sebagai penyambung kepada entri-entri terbaru dari BM. Teruskan Bersama Relaks Minda melalui Blog Bin Muhammad...

Terima Kasih atas kesudian anda bersama di Relaks Minda dan Blog BinMuhammad dan Selamat Berbelog.... :)


Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


20 comments - "About Me"

what a good starting..siapa sangka dengan hanya berkongsi gambar, anda mampu menjernihkan jiwa mereka yang kusut atau hati yang beku..teruskan usaha, apa shj yang namanya kebaikan, usah gusar untuk dikongsi bersama..tahniah!

siti hadijah delete icon 10:05 PTG

salam perkenalan...tqvm sudi singgah di blog saya yg tak seberapa dan baru sataun jagung tu...hehehe...BM ni nampak supportive...tq

salam perkenalan BM.. :D

Fizi Zaidi delete icon 1:25 PTG

datang baca sini..:) hehe

kotastar delete icon 7:16 PTG

tulisan yg baik meliputi topik terkini. salam
drp kotastarblogspot.com

kotastar delete icon 7:17 PTG

tulisan dan topik yg segar

Faidz Halim delete icon 4:58 PTG

salam'

saya tertarik bila dpt tahu penulis blog ini asal dr Bagan Datoh, boleh saya tahu dr kg mana dan sek mana,,,, jika tidak keberatan.....

Memang berat tu... :) Cukuplah sekadar mengenali blog dan dr mana saya berasal. Salam ukhwah ya...orang kampung!

Adilah delete icon 2:21 PTG

Ge

worth reading blog... salam perkenalan

Tanpa Nama delete icon 10:40 PTG

Agaklaa, nak sound :) Taktahu pulak kena credit2 bagai. sorry laa. ni haa nak kasi credit ! credit 1000 kali for you :) Thanks lot sharing. im just collect beneficial information and in you blog there's a lot of beneficial information i've found. sorrryyyyyyyyyyyyyyyyy sgt !

Tanpa Nama delete icon 10:41 PTG

for me, blog is the place that i can collect anything yg bermanfaat.

Tanpa Nama delete icon 10:42 PTG

ilmu itu disebar dgn ikhlas. lagi sekali, mintakkkk maaf !

Bin Muhammad delete icon 11:28 PTG

Kerana itulah hadis ditulis siapa yang meriwayatkannya. Namun jika anda tidak mahu bagi credit...Ok, semoga ilmu yang baik dikongsi bersama.

Bin Muhammad delete icon 11:55 PTG

Anda belum merasai bagaimana rasanya apabila hasil tulisan dicopy 100% tanpa memberi credit. Maaf kalau teguran tersebut mengguris hati, mungkin kecewa sgt sebab melihat hasil tulisan telah dicopy! Saya tak kesah kandungan blog dicopy... cuma minta letakkan kredit sahaja.

Anda sendiri pun saya lihat tidak suka kandungan blog di copy sehingga meletak disable right click dengan amaran lagi! Mungkin anda pernah merasai bagaimana rasanya kalau hasil tulisan serta idea anda dicetak rompak! Harap anda memahami...

Bin Muhammad delete icon 11:57 PTG

Sekali lagi...adilkah apabila anda sahaja yang boleh copy tetapi orang lain anda tidak benarkan copy kandungan blog anda?
Semoga anda beroleh manfaat dan diberkati... amiin.

salam sahabat ku, terima kasih untuk ilmu yang di bagi di alam maya ini

Nao Mei delete icon 8:40 PG

Ya....kopi tambah susu memang sedap..,,
Bergitu juga dengan entri kita...
Bila kita hasilkan sesuatu yang ditulis dari hati..hasilnya indah.
Tapi bila entri kita si copy pastekan....tanpa kredit backlink memang kita terasal lain kan uncle...berkongsi biar dengan cara berhemah...macam kita datang umah orang juga....bagi salam...balik dengan cara beradat..tak gitu kan uncle

Mengapa kami baru menemukan di blog ini, sungguh sayang sekali karena selalu ada artikel yang menarik dan berkualis seperti ini? salam sukses

Tokiap delete icon 12:17 PTG

Usaha yang murni, Insha Allah dirahmati n akan ada ganjarannya

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap