Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur untuk Anak Remaja: Assalamualaikum dan salam sejahters: Di atas permintaan UmmiKami dan untuk semua yang mempunyai anak remaja, entri kali ini memperlihatkan idea rekaan dan susun atur bagi bilik untuk anak remaja bujang dan dara anda.
Penting bagi anda untuk mengasingkan tempat tidur bagi anak lelaki dan perempuan. Sebagai umat Islam, kita telah di perintah untuk mengasingkan tempat tidur mereka seawal usia 10 tahun berdasarkan sabda Rasulullah,
"Perintah anak kamu bersembahyang bila mereka berusia 7 tahun, jika mereka ingkar sehingga berusia 10 tahun, maka pukullah mereka. Juga pisahkan diantara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur." Hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Daud.
Jika rumah anda kekurangan bilik...pastikan anak perempuan di beri keutamaan untuk memiliki bilik sendiri. Anak bujang mungkin boleh menggunakan ruang tamu sebagai tempat tidur, tapi berilah juga keselesaan buat mereka agar tidak terasa terpinggir.
Pengasingan penting bagi memelihara keharmonian dan maruah ahli keluarga. Ia juga mendidik anak-anak tentang akhlak dan batas pergaulan antara ahli keluarga agar tidak terjadi sesuatu perkara yang negatif. Bilik juga merupakan tempat untuk simpanan barangan peribadi dan berharga.
Rekaan dan susunan yang minimal dan sederhana sesuai untuk bilik
anak remaja anda. Mudah untuk dikemas dan selesa.
Idea Dekorasi Bilik Anak Remaja
Rekaan dan susun atur serta perhiasan bagi pilihan yang saya paparkan di sini tidaklah terlalu feminin dan ekstrem...ianya sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Saya tidak menggemari hiasan yang terlalu sarat dan berwarna warni. Anda nikmatinya dan mungkin diantaranya menarik perhatian dan membuahkan ilham untuk bilik anak remaja anda...
Katil, almari pakaian, rak buku dan meja belajar merupakan keperluan
asas bagi sebuah bilik untuk remaja anda. Rekaan ini menysun atur dan
menggunakan ruang terhad dengan baik sekali.
Untuk anak-anak sesama jantina tidak menjadi masalah jika di tempatkan
dalam satu bilik. Rekaan ini tampak sesuai serta menarik.
Untuk bilik yang bertemakan warna, mungkin rekaan ini sesuai untuk anda.
Kemas dan menenangkan.
Khas untuk anak bujang anda, ruang sudut di dalam rumah anda boleh
diambil sedikit ruang untuk dijadikan sebagai ruang peribadi untuk mereka.
Satu lagi pilihan rekaan untuk anak bujang anda yang tidak
mempunyai bilik sendiri. Ianya tampak kemas dan tersusun sekali,
Jika anda tidak sukakan katil boleh ubah, rekaan ini dapat memenuhi
citarasa anda. Ianya dapat menjimatkan ruang dan memberi keluasan
ruang kosong yang maksimum di dalam bilik anak anda.
Rekaan yang mementingkan keperluan ruang kosong yang luas di dalam bilik.
Nak sembahyang berjemaah pun selesa.
Satu lagi pilihan rekaan yang sama seperti sebelum ini.
Ianya memberi impak visual untuk menjadikan bilik kelihatan luas.
Rekaan untuk bilik yang hanya punya ruang terhad.
Ringkas tetapi memenuhi segala keperluan.
Ruang bilik yang terhad tapi boleh menyediakan tempat selesa untuk
tiga orang dengan keperluan asas yang mencukupi. Rekaan yang kreatif.
Bilik yang perabutnya tersusun rapat di satu arah.
Satu teknik susun atur yang dapat memberi lebih ruang kosong di dalam bilik.
Ruang bilik yang terhad perlu bijak dalam penyesuaikan perabot dan
susun atur. Cara terbaik, gunakan ruang atas. Seperti rekaan ini yang
mengeksploitasi ruang untuk melengkapkan segala keperluan tapi
tetap selesa dan menarik.
Satu lagi rekaan yang ringkas tapi praktikal untuk sebuah bilik yang sempit.
Bilik dengan hiasan dan kemasan yang ringkas tetapi menarik
Satu lagi contoh hiasan bilik dan bertemakan warna oren.
Pemilihan warna penting untuk membangkitkan emosi dan mood.
Pilihlah mengikut warna kegemaran mereka bukannya warna kegemaran anda.
Pilihan Yang Bersesuaian Mengikut Keadaan
Sebenarnya anak-anak remaja ini tidak sabar untuk memiliki bilik mereka sendiri. Mereka mahukan privasi. Lengkapkan bilik mereka dengan keperluan asas. Biarkan mereka sendiri membuat pilihan hiasan dan warna. Anda berikan nasihat dan tunjuk ajar dalam pemilihan jenis, rekaan dan susun atur perabot.
Semoga anda mendapat serba sedikit manfaat dan ilham untuk menghias bilik anak remaja anda. Nasihat saya...jangan terlalu padat dengan barangan, pastikan keluasan bilik sebelum membeli perabot dan sebaiknya mulakan dengan lakaran.
Sebagai orang Islam, pastikan juga ada ruang untuk bersembahyang. Anda janganlah syok sendiri pula..Pastikan penglibatan anak anda dalam menghias, memilih dan menyusun juga... Inikan bilik untuk mereka, istimewa buat mereka :)
Ajarkan dan biasakan anak anda berdoa dan bertafakur sebelum tidur.
Admin...
57 comments - "Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur untuk Anak Remaja "
Salam sahabat, saya dh add kat sahabat google, dan letakkan link blog sahabat dalam senarai bloglist saya kat [klik sini] pada sidebar yg bertajuk 'Senarai Blog Rakan'. Harap sahabat dapat letakkan saya punya link kat senarai bloglist sahabat, dan add fb fan page blog saya. Terima kasih.
Waalaikumsalam Ummar
Terima kasih kerana sudi menjadi Sahabat Rilaks Minda.
Kedatangan anda disambut dengan tangan terbuka.
Salam,
Entri yang menarik... Kalaulah bilik anak macam kat atas tu, rasanya bapaknya tiap2 hari nak melepak dalam tu.... hehe....
suka sgt specially yg ade unsur2 hijau tu !
Wahh cantiknya..berangan nak hias bilik utk anak nnti..
Dah lain dah ni... Macam tu tukar bilik dgn anak le, hehe
TQ PD
Memang yang hijau tu di tujukan khas buat KA, hehe
Terima kasih bertandang kesini
Pasang angan2 dulu...insyaallah ianya akan menjadi kenyataan.
Terima kasih Mieza, krn sudi ziarah kesini.
as-salam BM..rekaan ini sesuai sgt kalau adik beradik ramai..kemas.cantik dan jimat ruang..
setuju dgn BM..anak2 mmg mahukn privasi..masa kecik2 dl sy pn nak ada bilik sendiri
Saya suka yang hijau tu. Memang namak tenang ja. warna hijau ni dapat menenangkan mata dan fikiran...
Salam BM ..
cantiknye ...kalau bilik acik mcm gini tak keluar bilik rasanya
saya ada seorang anak bujang dan 5 orang anak perempuan...pasti lebih ruang untuk bilik anak perempuan diperlukan...kalau saya berkemampuan saya akan beri seorang satu bilik,tapi saya kini hanya mampu membina 3 bilik sahaja...semoga ada rezeki saya memiliki bilik idaman untuk anak2 saya yang sedang meningkat remaja ni...
cantik2 saya suka sangat semua design..anak ada 2 orng (sepasang) dlm proses mengubahsuai bilik tidur mereka..
Contoh di beri kebanyakan utk ramai adik beradik, jika utk bilik seorang, cuma kurangkan sahaja jumlah perabutnya. Betul Mama...privasi penting buat sesiapa sahaja. Kalau berkemampuan pastinya tidak menjadi masalah, tp jika tidak...kenalah pandai2..
Ramai yang sukakan hijau. Ya..hijau adalah warna yang amat sesuai utk mendapatkan mood dan perasaan tenang. Tapi kena bijak juga memilih tone warna hijau agar tidak terlalu cerah ataupun pudar.
Waalaikumsalam Acik,
Dah free skit la ni, sempat blokwalking. Biasalah...kalau mula2 dapat memang mcm tu...kalau dah setahun, boring le..hehe
Memang sorang satu bilik itu yang terbaik tapi jgn pula ianya menjadi beban. Berkongsi sesama adik beradik pun ada kebaikannya (sesama jantina) Mereka perlu belajar berkongsi dan perlu ada sikap toleransi. Sepanjang kehidupan ini tiada masanya kita hidup bersendirian, itulah sikap yg mesti kita bawa kemana sahaja... melainkan bila kita mati barulah kita keseorangan.
Saya doakan semoga murah rezeki dan impian Ummi tercapai...
Semoga ianya dapat memberi sedikit ilham utuk pengubahsuaian bilik anak2 Asmar... Jgn lupa minta juga pandangan mereka ya!
Terima kasih berkunjung kesini :)
interesting.
cantik2 belaka
akak sukalah tema yg no 4 tuu..hijau kekadang nampak cantik saangat..damai
Salam gerimis tapi manis..hehe
Senja indah senja di pantai,
Bayang masa pesona cahaya;
Simanja sudah remaja pun sampai,
Yang dewasa pula bagaimana ya. :D
Lagi... :D
Putik betik dibawa angin,
Semua sayur di peti kaca;
Bilik dah cantik berhawa dingin,
Do'a tidur mestilah dibaca.
Rekaan yang menarik sekali!!
Terima kasih diatas kunjungan anda, Syahirah
Lagi sorang peminat hijau...Memang hijau itu menawan :)
TQ akak Izan
Waalaikumsalam...
Jangan terlalu manis,
Takut nanti kena diabetes.
Senja indah senja di pantai,
Bayang masa sukar di capai,
Simanja sudah remaja pun sampai,
Yang dewasa tidur di lantai... hehe (dah abis budget!)
2 Abdul saya, 11 dan 12 tahun tak mau double decker lagi. Nak katil asing2 pulak..nak dewasa agaknya. Sejak umur 3 dan 4 tahun dah ajar tidur asing...
informasi berguna..Gambar blk tdr yg menarik utk d bt cnth..
Walaupun Ummi datang beribu kali,
Pantun dijual pasti hamba beli.... :)
Semua sayur dipeti kaca,
Hancur semua dicacah kera,
Doa tidur mesti di baca,
Tidur lena Allah pelihara.
Teriam kasih Ummi, kunjungan dan pantun anda sentiasa di nanti...
Tudiaa...hihi
Thx HI... Bukan rekaan saya, gambar cilok2 jer buat rujukan.
Semoga dapat memberi ilham buat semua
Sama-sama ya tuan....insyaAllah :D
Macam2 kerenah ye. Kalau 2 Abdul macam tu, cer tambah jadi 3 Abdul, agak2 mcmne le pulak...hehe.
Masing2 dah xnak panjat tangga, berebut tidur kat katil bwh le tu.
Thx Anim, kunjungan anda sentiasa di nanti.
Sekadar memberi pendapat dan informasi...Semoga berguna buat semua.
Terima kasih Syamsul.
memang cantik, jangan kata bila tidur anak, blik ibu pun nak buat mcm tu..ceria saja
assalamualaikum ... mmg menjimatkan ruang bila boleh buat katil , kabinet dan meja study kat satu tempat ...
Kalau dah berkenan apa salahnya.
Thx KY
Waalaikumsalam,
Rekaan kreatif...untuk kemudahan bagi yg ada masalah ruang. Ianya semakin menjadi pilihan maklumlah rumah skg ni makin sempit tp harga makin mahal!
cantiknye cantiknye .. suke smuaaa :D
terima kasih Mar, kalau suka boleh le buat satu.
Bila tengok, semuanya melekat ke dinding kat satu sudut...Macam tak perlukan ruang yang luas untuk deco bilik anak2
Sekarang ni rumah semuanya bilik kecik2 Ibu...ruang terhad.
Susunan rapat kedinding pilihan yg terbaik. Kalau bilik luas...xjadi masalah.
cutenye yang warna oren tu nasib baik takde anak lagi huhu....
Tak pe...boleh jadikan ilham bila tiba masanya nanti :)
Terima kasih Mila
Mcm mne ye nk cry katil mcm tema No 5 :)
Terima kasih krn sudi besama Relaks Minda, amat saya hargai :)
Mana nak beli perabot yang satu set katin dengan almari semua tu?
Saya hanya memberikan idea bagaimana untuk menggubah. Untuk mendapatkannya, ianya adalah custom made...maka anda perlu ke tempat dimana perabut di buat untuk mendapatkan set yang sama coraknya. Khidmat seperti ini kadangkala di sediakan oleh pusat2 perabut besar dan anda perlu bertemu dengan interior designer utk mendapat rekaan ini.
Terima kasih atas ilham u post gamba2 tu, I ada 3 girls (6,3,1), a boy (4). Dah mula terfikir2 nak design bilik utk depa.
Saya nak beli katil yg ada laci dibawahnya untuk simpan barang dan jimat ruang. Di mana agaknya boleh saya dapatkannya? Terima kasih saya dahulukan.
Saya hanya memberikan idea dan membuka minda tentang bagaimana untuk menggubah dan rekaan yg sesuai utk bilik anak anda. Untuk mendapatkannya, ianya adalah custom made...maka anda perlu ke tempat dimana perabut di buat untuk mendapatkan set yang anda kehendaki. Khidmat seperti ini kadangkala di sediakan oleh pusat2 perabut besar dan anda perlu bertemu dengan interior designer utk mendapat rekaan ini.
Semoga anda berjaya mendapatkan seperti rekaan idaman anda.
Salam.. Bagi pendapat saya, saya berminat pada gambar no.4.. Hijau yang cukup mendamaikan.. Bangun pagi tenanggggggg je rasa.. Tapi kena tukar corak macam bulat2 atau petak2 ke.. sebab saya lelaki.. x reti nak taip kat sini, tapi dah dapat bayangkan n berangan sorang2 corak tu macam mana.. ada meja untuk komputer, printer, bahan bacaan dan almari pakaian boleh letak kat hujung kaki katil tu rasanya.. Gambar no.16 pun okey.. Tapi tetap kena tukar corak.. color tu boleh memberi satu semangat baru setiap kali bangun tidur.. tak ada masalah duduk sorang tapi ada katil double decker.. Yg masalah nya, susun atur kena ubah sikit untuk meja komputer tu.. saya penakut gak, tak mungkin saya nak duduk depan komputer tapi menghadap tingkap.. Tiba2 waktu malam ternampak ada bayang2 itam kat luar, x pun tiba2 rambut panjang berjurai kat tingkap tu... uuuuiiiiiiii saya tak nak itu berlaku. Semangat kejantanan tu x kuat.. kahkahkahkahkahkahkahkahkah.. No.12 n no. 14 pun okey.. Yang penting bilik saya kemas, selesa, tenang dan bersih..
Kelakar dan menarik sekali komen anda....suka saya membacanya :)
Kenapa tak gunakan nama anda...kan lebih manis. Apa pun...terima kasih dan amat2 saya hargai.
memang cantik matching color dangan perabot..sangat kreatif
wow.cantiknya bilik ..kalau ada modal memang boleh tukar deko rumah..
wow cantiknya blik .......saya pun nak hias macam tu jugak la
Salam....kalau bilik tidur besarnya 10x10..nk ltk katil, meja tulis,almari utk 2 org anak perempuan..? Mcmana yer .
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”