Bunga Desa Cantik Menawan, Pelbagai Warna & Rupa: Tatkala pulang kembali ke kampung mertuaku... Nikmati lagi keindahan bunga-bunga yang subur mekar di halaman dan di sekeliling rumah mertuaku di Tanjung Karang, Selangor.
Bunga desa pelbagai rupa dan warna yang menjadi koleksi dan hobi mertuaku di kala kelapangan ini menjadi koleksi ku pula di entri yang ke 6 ini...
Bunga desa pelbagai rupa dan warna yang menjadi koleksi dan hobi mertuaku di kala kelapangan ini menjadi koleksi ku pula di entri yang ke 6 ini...
Menjadi rutin harian setiap pagi jika tiada hujan yang turun membasahi bumi yang subur ini, pasti ibu mertuaku akan menyiram pokok bunga kesayangannya.
Jika di tanya mengenai baja...mudah sahaja, air basuhan ikan dan beras sahaja yang di siram. Begitu mudah sekali. Yang kita ni bukan mainlah beli baja... lagi mahal lagi bagus la kononnya... tapi hampeh!
Warna-warni bunga
Anda nikmati sendiri lagi beberapa jenis bunga desa yang menjadi mangsa lensa kamera murahku ini, jurukamera amatur yang main suka-suka je tangkap gambar bunga ibu mertuaku ini tanpa izinnya....hehe
Bunga daun inai... Kecil aje bunganya dan jarang sekali kelihatan, mungkin rezeki kali ini.
Bunga daun selum... Ulam fresh, tinggal petik sahaja...
Bunga 1... Spesis kaktus kot
Bunga belimbing... Tengok dari jauh biasa sahaja, tapi bila di 'zoom in' inilah hasilnya. Cantik juga ye...
Bunga 2... Apalah nama bunga ni, pokoknya menjalar. Hampir separuh pokok belimbing dilitupi pokok ini.
Bunga 3... Ianya akan berbuah seperti ceri...
Bunga daun manis... Memang cantik dan manis sekali bunganya...
Bunga atau buah?....tak tahulah, merimbun pokoknya... Mak kata nak dibuang pokok ni...suka hatilah...
Bunga 4... Paling cantik bila berbunga, berjambak-jambak. Kalau sesiapa tengok...memang jeles...
Bunga 5... Biasa di lihat tapi tak tahu namanya. Spesis kaktus rasanya...
Bunga 6... Pokok ini pun menjalar.
Bunga kertas...Tidak banyak ada, ibu mertuaku kurang menggemarinya... Biasa sangat katanya...
Bunga 7... Pernah jumpa pokok ni di tanam di tepi highway
Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga yang saya tidak kenali yang saya namakannya mengikut nombor gambar yang tertera.
Terima kasih bersama Relaks Minda...Semoga anda beroleh ketenangan dengan menikmati bunga desa yang pelbagai rupa dan warna ini. Kehadiran anda amat-amat saya hargai. Kalau anda masih mahu melihat lagi... Mungkin ada entri ke 7 :)
Semoga anda semua relaks, berbahagia dan ceria selalu =)
Semoga anda semua relaks, berbahagia dan ceria selalu =)
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
Admin...
61 comments - "Bunga Desa Pelbagai Warna & Rupa"
cantik2 bunga desa ni....
mmg cantik2lah bunga2 desa ni ! tumbuh subur pula tu
done clik2 nuffng yer
Bunga tanjung.. indah berseri :)
sekarang bunga2 desa tinggi nilainya...cuba tgk kat nurseri...senduduk pun ada harga...
bunga belimbing tu nampak cantik...
*gambar tu memang nak tukar tapi nak dapatkan coding HTML nyer dulu... memang dalam proses nak tukar pun...
eeemmm..bunganya cantik, yg tolong ambilkan gambar tu juga pandai, jadi digabungkan sangat cantik
Air basuhan ikan dan beras jadi baja?? Terima kasih bagitau..hehe..nak siram pokok bunga saya yang baru tanam tu..
Kalaulah rumah bonda BM dekat dgn kakak mesti kakak rajin berkunjung. Nak minta benihnya tanam sendiri. Cantik-cantik...
Bunga desa semestinya cantik...cantik asli :)
Memang subur tumbuhnya... Tangan sejuk yg menanam dan menjaganya :)
Terima kasih KA :D
Bunga tanjung indah dan harum baunya...Tapi xde la pulak.
Ye ke...xbiase pergi nurseri tapi kalau di MAHA tempohari, memang mahal2 kalau ianya dari desa atau hutan.
Betullah...saya pun xsangka dlm gambar cantik pulak.
*Bila dah tukar nanti, bertambah manis blog Farah... :)
Bukan tolong tapi curi2 ambil gambar hehe...kalau digabungkan Meletop! Haha...
Bolehlah cuba...Kena pula air basuhan dari tangan Mieza...pasti bunga mekar cantik dan mewangi :)
Nak ke datang...rumah jauh terperosok nun di hujung kampung.
Terima kasih Kakzakie...
sejuk mata memandang tengok bunga-banga yang berwarna warni...
alamak..entry bunga dah keluar lagila. bunga labu masih dalam kamera "canggih" kak..belum sempat keluarkan..
saya suka bunga yang no.5 tu.. mak saya pun banyak tanam..
tp tak tahu pulak apa namanya..malas nak tanya ^__^
warna warni bunga2 ni..
rajin ibu mertua Bm tanam bunga..cantik dan segar bunga2 ni..yg menariknya siram guna air basuhan ikan dn beras..
Ok favorite kita yang ni...1. bunga daun manis (sesuai dgn nama dia) 2. bunga belimbing 3. bunga spesis kaktus no. 5 and last of course the pinkish one no. 7...kalau lah semua ni kita boleh tanam mesti hari-hari dok mengadap..cantik sangat
terima kasih lizz,
kunjungan anda amat saya hargai
Dah tau dah...Purple tu memang khas buat cik akak :)
Masih ada lagi entri ni... :)
Saya tunggu gambar bunga labu kak Anim
Bunga ni ada banyak jenis dan warna...Tapi Awas!...batang bunga ni penuh duri!
Terima kasih mama....
Itulah yg di kata, cubalah...
Wah..siap ada list pilihan, Thx kak RZ :)
Tak payah tanam lah nanti dok mengadap jer...blog bersawang pula :)
cantik jugak bunga kaktus ni rupanya..bro BM, entry rumah2 tradisional @ kg xde ke?? nk jugak thu seni rumah trdisional malaysia :)
bunga belimbing tu cantik gila.. walaupun den ni ganas, tapi dalam hati ada taman bunga tau.hahahha
Tanam ketum mati kenari,
Assalamu'alaikum Ummi kemari. :D
Mencuba madu ada selera,
Lenga dirasa pahitnya tuan;
Hamba terkedu tiada suara,
Bunga desa mengulit rawan.
Datang lagi..
Keranji berlambak dimakan kenari,
Dicuba merpati apa yang ada;
Janji sejambak tuan nak beri,
Hamba menanti mengapa tiada... :D
Lagi... :D
Singa perkasa tunggu membenam,
Mengaum-mengaum aduh takutnya;
Bunga desa baru ku tanam,
Mengapa belum tumbuh kudupnya.
Ummi pantun lagi..
Pantai menitik menadah ombak,
Sapa kemudi tunda ke mana;
Andai cantik seindah kelopak,
Tanpa berbudi tiada bermakna.
Menarik tu dan payah juge ni, kena cari bahan dulu...kalau ada, saya akan buat. Thanks ska! :)
Yg ganaz tu le yg jiwa sensetif! Bak bunga kaktus...Berduri tapi ayu bunganya hahaha...
Thx Boni :)
Lanyak singa bersuara singa,
Singa pandai mencari makan;
Banyak bunga perkara bunga,
Bunga teratai seri pujaan.
Pohon rimbun sudahlah mati,
Bumi meruntun tanam mengkudu;
Mohon ampun serendah hati,
Ummi berpantun dendam merindu....:D
Dalam tangan ada roti,
Waalaikumsalam kedatangan di nanti :D
Makan madu ada selera
Beri Ummi cicah roti
Jangan terkedu tiada suara
Nanti suami susah hati :)
Sukanya hati dpt berpantun lagi :)
Mangga melambak tidak dicuri,
Bilang berkali petua tak rugi,
Bunga sejambak hendak diberi,
Malang sekali mertua tak bagi... :)
cantiknya bunga2 ni... rasa tenang bila dipandang..
Silakan Ummi :)
Makan landak sungguh enaknya,
Sembilu didalam mencucuk halkum
Manakan hendak tumbuh kudupnya,
Baru ditanam berpucuk pun belum... :D
Pantun Ummi pasti kubeli :)
Kemudi perkasa bergaya harta,
Dijalan sunyi memetik melati,
Berbudi bahasa budaya kita,
Amalan murni mencantik pekerti...
Singa pandai sukar dikadam,
Belaan sami buddha di Siam
Bunga teratai mekar dikolam,
Pujaan Ummi tiada di tanam... :)
Santun tari selepas khatam,
Separa mati bersusah payah diri,
Pantun diberi melepas dendam,
Gembira hati berpantunlah kemari...
Tiada salah...tiada maaf...datanglah lagi :D
Selamat pagi BM....bunga2 desa tiada kurangnya dengan bunga2 yang dikomersialkan.
Semuanya cantik2.
Terima kasih Mia krn sudi menjamu mata dan minda di sini :)
Selamat pagi MG :)
Keunikannya membuatkan ia bernilai lebih tinggi... Thx MG
Ewahhh..tersengih saya dapat pujian..hahaha
Boleh pertimbangkan untuk dikomersialkan ;)
Terima kasih Mieza kerana sudi mengembara di Blog Relaks Minda ini...Entri2 awal tu mesti kelakar kan... :)
Biar ianya terus unik...jika dikomersialkan, hilanglah keunikan dan nilainya :D
Terimakasih belahan jiwa buat tuan hamba yang sudi berpantun-pantun dengan Ummi....sungguh, bunga memang teman wanita... :D
Pantun Ummi amat bererti...
Buat menambah ilmu dan bahasa. :)
cantik2nya bunga2 kat umah mak BM..mesti umah die berseri2 kan =)
Jangan ditanya bunga apakah itu.....sebab Okje pun tak tau!hehe
pergh!!! cntk2 bnga di kmpng bro...
Rumah kampung...biasalah Kak Nah.
Kalau tanya OKje memang takkan dapat jawapan...hehe
Terima kasih sudi jalan2 kat sini
Bunga2 di kampung mestilah cantik2 sebab tu aku pun terpikat hehe
(double meaning tu)
Cantiknya gambar2 yang diambil.....Bunga nombor 1...setawar...
boleh tahu nama bunga yg warna ungu tu..cantik sangat kejadiannya..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”