Kekalkan keindahan-ketenangan-keamanan-kedamaian ini |
Hari ini pasti anda semua kembali kepada rutin harian anda. Hari minggu yang di lalui minggu ini pasti memberi pelbagai kenangan dan pengalaman buat kita semua. Hari ini juga telah bermula satu era baru bagi pentadbiran negara dan negeri di Malaysia, bumi yang bertuah ini.
Jangan pula ada yang bersengketa. Keamanan dan ketenangan hidup ini amat penting untuk kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Bersyukur dengan apa yang kita telah dan akan kecapi, semoga ianya bertambah baik dari masa kesemasa.
Hargailah nikmat kedamaian hidup yang seketika ini. Semua ini hanyalah rencah kehidupan diduniawi yang tidak akan kekal selamanya. Ada matlamat yang lebih besar dan bermakna yang harus kita kecapi dan nikmati yang menjanjikan kebahagian berkekalan.
keindahan alam semujadi
Ingat kembali kepada fitrah kehidupan kita di dunia ini. Tujuan kita berada di alam yang indah ini. Menjadi khalifah di bumi Allah SWT. Menjadi hambaNya yang menciptakan kita untuk mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Ketenangan alam semulajadi
Amanah kita untuk menjaga alam yang indah ini. Amanah kepada kita untuk bersama-sama mengeratkan silaturahim. Amanah kepada kita untuk hidup bersatu dalam aman dan harmoni.
Menikmati kebahagiaan bersama tanpa ada perbezaan fahaman, kekayaan dan pangkat. Saling bantu membantu dengan penuh rasa tanggungjawab demi satu iktikaf...mendapat keredhaan dariNya.
Keamanan alam semulajadi
Keindahan, kedamaian dan keamanan alam ini hanya untuk kita mensyukuri akan nikmat yang diberi. Betapa kerdil dan lemahnya kita jika di banding dengan keagungan dan kekuasaanNya.
Sesungguhnya yang di beri mandat untuk memimpin itu adalah amanah agar menjadi ketua yang jujur, ikhlas dan prihatin demi menjamin pimpinannya kearah kehidupan yang lebih bahagia dan harmoni.
Kedamaian alam semulajadi
Persengketaan hanya merugikan. Perbalahan membawa kekacauan. Kekacauan akan memusnahkan keamanan dan kedamaian kehidupan. Mengganggu ketenangan alam ini. Tiada kebaikan yang diperolehi.
Itu bukan tujuan hidup di dunia ini yang akhirnya memberi kemurkaan Allah lalu membawa kepada bala dan azab sengsara.
Nikmati dan hayati keindahan alam ini... Rasakan betapa tenang, aman dan damainya... Begitulah kehidupan yang kita inginkan. Tanpa sebarang gangguan dan kekacauan. Pasti tumpuan kita hanya pada amalan untuk bekalan yang perlu dibawa di hari kemudian
Umpama air sungai yang mengalir tenang. Walau pelbagai halangan ianya akan terus mengalir. Terus berbakti memberi sumber untuk kehidupan makhluk di muka bumi ini.
Relaks Minda seketika sambil menikmati keindahan alam ini. Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati kerana itu adalah pemberian terbaik dai Ilahi.
Ingat kepada matlamat kehidupan ini pasti akan membawa kita kepada arah tujuan yang sebenar. Panduan telah diberi, Al-Quran dan sunnah wajib kita ikuti.
Tidak mungkin dari kita ini tidak melakukan kesilapan. Teguran itu adalah perlu namun lakukan ia secara waras dan penuh kewajaran. Jika kita di pihak yang benar pasti Allah akan tunjukkan kebenaran.
Ingatlah! Kehidupan di dunia akhir zaman ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Sentiasa perlu ingat akan arah tujuan kehidupan ini.
Hanya dengan keimanan dan ketakwaan akan membawa kita kejalan yang diredhai. Insyaallah, semoga kita dapat pula menikmati keindahan, ketenangan, kedamaian dan keamanan yang kekal abadi di akhirat nanti.
Terima kasih bersama Relaks Minda...
41 comments - "Kekalkan Keindahan, Ketenangan, Keamanan Ini"
mmg pic2 yg menenangkan... buat mata tambah layu ni hehehe
Masya-Allah.... cantik, nyaman dan indahnya tak terkata. Sejuk dan betul-betul relax minda ni:)
begitu indahnya alam kita ini, seharusnya mari kita rawat dan kita jaga bersama!
Cantik nya alam kita,
saya begitu terpesona.
saya boleh berjam-jam duduk di tempat sebegini walaupun sekadar duduk2 merenung diri...(bukan duduk berkelah)..
mensejukan mata mententeram jiwa
Ketenangan minda yg terbaik dalah tidur...hehe
Jika inginkan ketenangan seketika di alam maya ini, singgahlah ke sini...klik kategori keindahan alam dan relaks.
Terima kasih Kakzakie
Tanggungjawab besemoga berrsama memelihara keindahan alam ini... Semoga ianya dapat dikekalkan utk generasi akan datang
Alam ciptaan Ilahi...pasti tiada terbanding keindahannya.
Tempat terbaik utk muhasabah diri dan mengagumi kekuasaan Ilahi. Keindahan ciptaan Allah yg memberi ketenangan jiwa dan minda
Terima kasih...semoga anda terus bersama Relaks Minda.
Teknik fotografi pun memainkan peranan.
subhanaALLAH.. cantiknye !!! air terjun tu tenang saje :)
Suka gambar tiga dari bawah..not sure its real or technique photography...how i wish i could be there...
knah suka air terjun..sejuk dan tenang..kalaulah dapat pegi tempat2 yang cantik2 macam ni =)
Terbaekk...jika kita dipihak yang benar pasti Allah akan tunjukkan kebenaran...∩__∩
Teknik fotografi memang memainkan peranan, tapi sekarang jika pandai mengedit, ia boleh memberi satu gambar yg menarik juga
Alhamdulillah...bersyukur kita krn dapat menikmati keindahan ini...
Its real...tapi dicantikkan lagi dengan sedikit editing warna dan kawalan kecerahan.
Di malaysia pun byk air terjun yang cantik2... Sesekali luangkan masa beriadah smbil menenangkan fikiran kak nah di air terjun.
Itu sudah janji Allah...pasti kebenaran akan terserlah jua
Manusia itu penjaga dan manusia juga perosaknya. Jika kita faham akan makna khalifah bumi Allah ini pasti kita akan bersyukur diatas segala nikmat pemberian dariNya.
subhanallah cantik betul ciptaan ALLAH..sejuk je mata..tenang je hati :)
Ciptaan Allah itu tiada bandingnya...
TQ SKA
sangat2 tertarik dengan gambar2 yang dihidangkan dalam entri ni. entri yang penuh maksud dan disertai gambar yang meredupkan hati :)
Assalammuaikum....
Damai tengok gambar2 nie...damai dan harmoni rasanya , moga negara kita juga kekal aman dan harmoni selalu...
mselim3
pls: mselim3 perasan blog bin mohammad nie sangat cintakan kecantikkan alam semulajadi kan... orait terbaik... janji ada niche tersendiri untuk orang datang jenguk. Yang xder kat blog orang lain.. cipta kelainan, moga bin mohammad menjadi blogger yang disegani nanti...k. Maaf kalu mselim3 x ziarah sini k...insaallah kalau bin mohammad visit mselim3 , mselim3 balik... kita kan friend...."sesungguhnya saudara seislam itu adalah bersaudara".
subhanallaah..pada ciptaan langit dn bumi itu memang memberi inspirasi dan ketenangan, hanya kita HambaNya yang mahu berfikir atau tidak..salam perkenalan..:)-
terpegun sebentar tengok pic2 ini..mengkagumkan..
Cantik dan sangat relax minda bila tengok tu!
Terima kasih Boni...
Waalaikumsalam,
Terima kasih mselim3, saya selalu singgah blog di bloglist saya, cuma kadang2 ada komen, kadang tidak...bergantung pd entri. Saya xmengharap sebarang balasan kunjungan, jika sukakan blog ini...dtglah...kita tetap bersaudara mselim3 :)
Salam perkenalan Cik Matahariku, terima kasih krn sudi berkunjung kesini...
Amat2 saya hargai :)
Bila tengah kusut2 ni, dapat pergi tempat macamtu, alangkah tenangnya...
Terima Kasih Mamarey, kunjungan mama memang di nanti :)
Thx OKje...teruskan bersama Relaks Minda ye
Sesungguhnya diciptakan Allah keindahan alam itu untuk kita nikmati... Luangkan sedikit masa, inilah tempat terbaik utk mendapat ketenangan...
done clik2 nuffngx3 yer
Terima kasih KA... :)
Bersyukur dianugerahi kecantikan yang tidak terkata.
Thanks MG...kita memang perlu bersyukur krn diberi penglihatan utk melihat keindahan ini
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”