Senibina Masjid-Masjid di Negeri Pahang: Assalamualaikum... Kali ini kita ke Negeri Pahang Darul Makmur. Negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini tidak kurang dengan keistimewaannya yang tersendiri dalam senibina masjid.

Terdapat pelbagai bentuk senibina masjid di negeri Pahang yang mana boleh kita kategorikan kepada tiga ciri utama yang mana merujuk kepada tida budaya senibina iaitu rekabentuk tradisi Melayu, India dan Timur Tengah. 

Anda nikmati sendiri keistimewaan ini yang menjadikan senibina masjid di negeri Pahang amat indah dan menarik sekali... Setiap masjid cukup menarik menunjukkan kepelbagaian ilmu senibina dan kreativiti serta budaya dalam rekaan bentuknya.

masjid di pahang
masjid di pahang

Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I terletak di Bandar Kuantan. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

Masjid Sultan Ahmad Shah I ini merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri.

Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal.Masjid ini mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang. 

Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Othmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat.

Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.

masjid di pahang
Selain nama Masjid Leban Chondong, ia turut dikenali dengan nama Masjid Al-Iman. Masjid ini terletak kira-kira 12 km dari Bandar Rompin.

Masjid ini didirikan pada tahun 1984 Masihi dengan pembiayaannya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah program Amanah Saham Pahang Berhad (ASPA).

Masjid ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang. Masjid-masjid baru di Pahang yang terletak di bawah program ASPA dibina berkonsepkan tempatan, iaitu diperbuat daripada kayu dan bercirikan bumbung berbentuk piramid serta tiada pembaziran ruang atau hiasan berlebihan. 

Masjid ini berkonsepkan reka bentuk Melayu tradisi. Ia mempunyai reka bentuk bumbung piramid atau dikenali bumbung tangkup tiga lapis.

Masjid ini tidak mempunyai mercu tanda tetapi di puncak bumbungnya terdapat tetunjuk langit yang dihiasi dengan bintang dan bulan sabit sebagai lambang. Struktur utama binaannya daripada kayu. Terdapat juga penggunaan batu dan simen pada tangga.

masjid di pahang
Masjid Tanjung Api, Kuantan

masjid di pahang
Masjid India Muslim, Kuala Lipis

masjid di pahang
Masjid Kg. Pantai, Chenor

masjid di pahang
Masjid Penjara Bentong, Mempaga

masjid di pahang
Masjid Muadzam Shah, Pekan

masjid di pahang
Masjid Bukit Fraser

masjid di pahang
Masjid Jeram Pangkin, Raub

masjid di pahang
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut

masjid di pahang
Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah, Bentong

masjid di pahang
Masjid Daerah Bera, Triang

masjid di pahang
Masjid KIPSAS, Pekan

masjid di pahang
Masjid Sultan Abu Bakar, Raub

masjid di pahang
Masjid Padang Polo, Pekan

masjid di pahang
Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota

Solat Sunat Tahyatul masjid
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.” 

Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya “Baitullah” (rumah Allah). Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia. 

Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk. Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang “Tahyatul masjid”

‘Tahyat’ di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat.

masjid di pahang
Masjid Mansuriah, Rompin

masjid di pahang
Masjid Mahmud, Kuala Lipis

masjid di pahang
Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin

masjid di pahang
Masjid Al Makmur, Gambang

masjid di pahang
Masjid Tengku Ahmad, Jerantut

masjid di pahang
Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah, Pekan

masjid di pahang
Masjid Tengku Sulaiman, Bentong

masjid di pahang
Masjid Ubudiah, Maran

masjid di pahang
Masjid Sultan Abdullah, Pekan. Dibina pada tahun 1929 bagi menggantikan masjid tertua di Pekan ini. Ia terletak di bandar Pekan iaitu di tapak asal masjid lama. 

Dirasmikan pada 8 Januari 1932. Kini ia diubahsuai dan dijadikan Pusat Dakwah dan Perpustakaan Islam Negeri Pahang pada 24 Oktober 1988. Ianya menjadi bangunan warisan sejarah Negeri Pahang 

masjid di pahang
Masjid Tg Panglima Perang di Kg Sungai Karang
(pembetulan dari sebelum ini, Masjid Pantai Sepat, Kuantan)


Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Pahang yang indah senibinanya. 

Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai senibina masjid yang terdapat di Negeri Pahang. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul... 

Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...
Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Senibina Masjid di Negeri Johor
Senibina Masjid di Negeri Melaka
- Senibina Masjid di Negeri Sembilan

Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".

P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih


Admin...

24 comments - "Senibina Masjid-Masjid di Negeri Pahang"

belum berkesempatan nak singgah bila gi pahang tuari...cantik2 jugak ye..

Tanpa Nama delete icon 3:32 PTG

suka tgk,,, ada yg KA pernah singgah juga.

ANIM delete icon 6:08 PTG

masjid tg sepat tu unik betul kan..macam kubu (castle) je

Unknown delete icon 8:45 PTG

cantik pula masjid pantai sepat tu

BinMuhammad delete icon 9:22 PTG

Memang cantik2 masjid di Pahang ni

BinMuhammad delete icon 9:22 PTG

Terima kasih KA

BinMuhammad delete icon 9:24 PTG

Memang unik sekali masjid tu...lain dari yg lain

BinMuhammad delete icon 9:25 PTG

Rekabentuk yg sungguh berbeza dari kebiasaan...memang menarik!

my notes delete icon 10:25 PTG

byk lagi masjid yg tradisionl rekabentuknya kat pahang ya ... menarik !

Izzat Eshak delete icon 10:50 PTG

Belum pernah pegi lagi semua masjid2 kat pahang ni.
Lawa2 dan cantik senibinanya kan.

cantik2 masjid di pahang nie ... seni binanya pon cantik..ambil sendiri ke gambr inie ?

BinMuhammad delete icon 11:48 PTG

Masjid2 dgn rekabentuk tradisional masih banyak di kawasan pinggir bandar. Kena cari barulah ketemu

BinMuhammad delete icon 11:50 PTG

ya..memang menarik & cantik sekali senibinanya

BinMuhammad delete icon 11:52 PTG

Masjid yg cantik kebanyakan direka oleh orang tempatan, kita pun xkurang juga kemahirannya. Gambar dari pelbagai sumber...

Unknown delete icon 8:54 PG

Semua cantik2 =)

Fais-SKA delete icon 9:18 PG

memang kagum la tgok snibina masjid ni =) kali ni kuantan plak..dekat dah dgn terengganu ni hehehehe..trigat masa bljar kt Kuantan..msjib bndar dia slalu pergi..

BinMuhammad delete icon 11:19 PG

Terima kasih kak nah...

BinMuhammad delete icon 11:21 PG

Thanks ska...
Tunggulah...akan tiba jua, insyaallah :)

Unknown delete icon 9:03 PTG

Masjib Pahang pn xpernah singgah lg..tp bandar Kuantan mmg dekat la dgn Dungun.. selalu pergi shopping.. dan solat kt shopping mall je..hehe

Mama Amirul delete icon 10:26 PG

Pernah pergi masjid negeri, masjid tengku mahkota abdullah jerantut (sebab dekat ngan rumah mertua), masjid daerah bera (singgah otw balik bahau)

Unknown delete icon 10:17 PG

Cantik2 hasil senibinanya; semua kita dilahirkan kreatif & berseni; cuma segelintir yang memperkembangkan bakatnya & dipraktiskan.

jai delete icon 6:54 PTG

terlalu banyak masjid di pahang oo...

abuikhwan delete icon 8:13 PG

mhn maaf, rasanya bukan masjid pantai sepat, kalau tidak silap itu masjid tg panglima perang terletak di kg sungai karang berhadapan tanah perkuburan kg sungai karang ..

BinMuhammad delete icon 8:42 PTG

Terima kasih di atas pemberitahuan...amat2 saya hargai

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap