Assalamualaikum.... Hari kita tenangkan minda dengan warna-warna. Pelbagai warna disekeliling kita. Bagaimanakah agaknya hidup tanpa warna? Pasti semuanya akan sama saja.
Pengaruh warna ini sangat besar dalam kehidupan kita. Warna yang berbeza-beza mempengaruhi jiwa, emosi serta naluri kita.
Setiap warna yang berbeza memberi kita pelbagai rasa seperti panas, dingin, nyaman, tenang, malas, sedih, bahagia, ceria dan sebagainya. Impak warna dalam kehidupan memang tidak boleh kita nafikan.
Pengaruh warna ini sangat besar dalam kehidupan kita. Warna yang berbeza-beza mempengaruhi jiwa, emosi serta naluri kita.
Setiap warna yang berbeza memberi kita pelbagai rasa seperti panas, dingin, nyaman, tenang, malas, sedih, bahagia, ceria dan sebagainya. Impak warna dalam kehidupan memang tidak boleh kita nafikan.
Sedikit informasi mengenai warna yang berkait dengan emosi kita :
- Warna Kuning - Membangkitkan semangat ceria, kegembiraan dan santai.
- Warna Ungu - Boleh memberi ketenangan dan inspirasi.
- Warna Biru - Memberi rasa dingin, lembut, segar dan mengurangkan tekanan.
- Warna Merah - Membuat kita rasa panas, gersang dan semangat membara.
- Warna Hijau - Memberi nikmat kesegaran, kedamaian, ketenangan dan juga futuristik.
- Warna Putih - Menimbulkan rasa suci, bersih, terang dan juga idealisme.
- Warna Hitam - Memberi rasa kedukaan, gelap, berkarektor serta mendominasi.
- Warna Coklat - Mampu memberikan rasa hangat dan nyaman, bertenaga dan komitmen.
Oleh itu pemilihan warna penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia dapat mengubah emosi dan perasaan. Dari warna kegemaran seseorang itu juga kita dapat menelah karektornya.
Warna-Warni
Bagaimana pula jika warna-warna yang digabungkan bersama? Apakah perasaan dan emosi anda apabila anda melihat gambar-gambar dibawah? Umpama pelangi ianya cantik tapi ianya adalah pandangan, bagaimana perasaan dan emosi anda bila melihat pelangi?
Kongsikan bersama saya perasaan dan emosi anda apabila melihat pelbagai warna ini bersatu. Apakah yang terlintas di fikiran anda bila anda melihatnya dan apa pula yang anda rasa di dalam jiwa?
Warna-warna ini anugerah Allah kepada kita. Bersyukur kerana kita di beri penglihatan untuk melihatnya. Betapa bertuahnya kita berbanding orang kurang upaya yang buta, hanya dapat mengenali satu warna...iaitu hitam. Namun Allah maha adil...diberi pula mereka hati yang terang.
Bersyukurlah dan peliharalah anugerah dan nikmat yang diberi.
Cintai Allah dan cintailah diri sendiri
Terima kasih bersama Relaks Minda...Warnailah kehidupan anda agar tidak statik... Nikmatilah ia...
Admin...
53 comments - "Warna dan Emosi Anda"
Dari semua tu kakak suka tengok kasut-kasut knitting yg dipakai kaki-kaki comel. Cantik.
Kakak lebih banyak berbaju warna hitam bila pergi kerja. Sebab coat kakak banyak kelabu dah hitam...
Mencari bunga di pulau jawa
Bunga dipetik dihujung dahan
Cari kedamaian ketenangan jiwa
Warna biru jadi pilihan
rasa aman damai tengok warna2 yang menarik dan memberikan ketenangan jugak
cantik sungguh kombinasi warna dalam gambar tu ...
tiba-tiba (pula) dapat inspirasi baru... :)
hijau ttp my feveret lah... & tq share doa itu yer!
Wahh ! suka-ii . Coloutfull .
Kita suka warna merah..semangat!!
Hitam itu menunjukkan Akak seorang yg berkerektor dan komitmen. Untunglah majikan Akak...hehe
Sinar baru hilang kelabu,
Tanda ceria sambut tawanya,
Warna biru pilihan ibu,
Insan mulia lembut jiwanya...
Terima kasih krn menikmatinya... :)
Terima kasih ishak...
Warna-warna pun mampu memberi inspirasi :)
Kali ni warna warni, tapi warna hijau mesti ada :)
Terima kasih Wanie...
Semoga anda ceria sentiasa :)
Wah! Akak memang bersemangat!
Sejuk & tenang hati akak lihat warna warni dlm entri ni
Oh! Cantiknya.....paling suka pintu2 yang warna warni....& rumah yang ada refleksi dalam air itu....
PS: Dah nak startlah berangan time2 kerja ni ;p
Terima kasih... Teruskan bersama Relaks Minda :)
Berangan juga satu aktiviti mengaktifkan otak tapi jgn selalu pula nanti satu kerja pun xjadi hehe...
Thx MG
penuh warna warni..ceria dan meriah..knah suka kasut2 baby tu..comel2 je =)
Benar sekali...betuahnya kita dapat menikmatinya, syukur alhamdulillah
Emosi pun pelbagai kan..kak nah
Assalammualaikum....
mselim3 x tahu nak komen apa...sebab warna2 nie mmg menarik.... (no komen) Terbaik ...
suka sangat warna nie...mselim3 suka kaler hijau dengan biru.....
mselim3
Waalaikumsalam...
Biasalah, saya pun mcm tu juga...kadang tu xtau nak komen ape. Xkomen pun xpe...tiada paksaan. Baca dan tgok aje pun OK, asalkan ianya dpt memberi sedikit manfaat. Terima kasih mselim3
Dah macam pelangi. Dah la sekarang trend rainbow kek
warna pakaian memainkan peranan besar waktu bekerja. pengalaman bila saya memakai pakaian berwarna kuning, merah, pink(warna2 ceria) saya akan lebih aktif, berlari, melompat dan melakukan aktiviti sama seperti murid saya (Tahun 1). namun sebaliknya jika memakai warna gelap.
tapikan BM, dah masuk 4 series ni, saya memilih dan gemar memakai warna coklat (warna koko kata orang kedah). saya rasa lebih tenang handle kerenah murid saya.
I like gren utk ketenangan dan nyaman..... suka putih yg bersih..dan kuning untuk keceriaan..
Tak teringat pula pasal rainbow cake...Betullah, dah trend sekarang ni
Barulah saya nampak jelas...memang warna memainkan peranan penting, Ianya memberi pengaruh emosi, jelas sekali...terima kasih Anim.
Patutlah isteri saya mula suka warna2 tanah dan lumut sekarang ni :)
Kalau ketiga2 warna itu di gabung sekali...suka tak? hehe
cantik coourful..acik suka warna hijau
Terima kasih acik... hijau itu warna yg menenangkan jiwa
patutlah aku rasa tenang je, rupanya sebab blog aku warna ungu.hehehe
alahai...nampaknya komen saya tak keluarlah...tersilap tekan kot..boleh saya komen balik...
warna menunjukkan emosi seseorang...saya sedang beremosi warna hitam biru dan hijau...sedang mencari emosi warna putih...for clear...
Yes! Warna Ungu juga mampu memberi rasa tenang dan inspirasi... Sesuai warna tu dgn blog tuan.
comelnya kasut2 tu..
putih hitam biru coklat kesukaan hati..
Payah nak gambarkan karektor Mamarey ni... Gabungan warna kesukaan yg biasanya menjadi pilihan orang yang telah meningkat usianya.
Jgn mare ye Mama.. :)
done clik2 nuffngx3 yer
Terima kasih KA :)
Entahlah....macam warna blog kot... hijau lumut, hitam pun suka gak, coklat pun suka...pink pun suka...so acane tu BM? hehe
Ini maknanya emosi tak menentu...pendirian tidak tetap ni :) hehe
Orang tengah stress selalu mcm ni...
Kami mencari seekor balam,
Balam turun hinggap di perdu;
Ummi kemari menghulur salam,
Salam berpantun sesedap madu.
Dua teruna cuba mengalih,
Kelapa kecut siapa empunya;
Semua warna hamba dah pilih,
Apa maksud apa tandanya.
Tumpang berlalu lagi..
Raut-raut rotan diraut,
Kalau hendak cuba dibentuk;
Sahut sahut soalan ku sahut,
Kalau tidak hamba menajuk.... :)
kalerful. sgt sgt sgt suka! aura sy bertambah, jadi suka sgt. hijau adalah aura terkuat sy. i fell great when hijau :)
Sulam jerami seraya menyahut,
Beralun nota mengalas cerita,
Salam Ummi cria ku sambut,
Berpantun kita berbalas kata.
Dua teruna kalah mengalih,
Kecut sudah lemak empunya,
Semua warna telah dipilih,
Maksud mudah tamak namanya...hehe :)
Tangan menunjuk serentak menyahut,
Pari sedulang di jamu kanda,
Jangan merajuk sahut tak bersambut,
Dari desa pulang bertemu bonda...
Maaf Ummi...kini baru dpt berbalas kata...
Jangan marah ye :)
Terima kasih kerana menyukainya... Hijau itu memang cantik dan menenangkan...:)
Salam lewat di tengah malam...
Serkap Cina terkena belalai,
Kuat menendang gema sang tapir;
Setiap warna ku guna ku pakai,
Buat penenang kesuma zahir....
Terimakasih kerna selalu melayan pantun Ummi..tu yang Ummi nak datang lagi.. :D
Waalaikumsalam, dipagi hari baru dapat balas...
Tika lenguh pakai kabota,
Lena puyuh ditepian jerami,
Jika sunnguh bagai dikata,
Warna warni sungguh pakaian Ummi... :)
Semua pasti dilayan..cuma masa kadang kala cemburu :D
Suka-suka.. Biasa jugak pakai baju hijau, tudung kuning, kasut krim, beg coklat..haha
Menarik...memang pandai bergaya! :)
Maaf...saya xtau mcmne komen ni boleh msk dlm spam...pelik juga. Jgn pula serik mengomen ye...Pak cik Blogspot ni xkenal orang :) suke2 dia jer...
cantik sungguh warna2 ....hijau & purple pilihan hati.
mohon share tuan BIn Muhammad
untuk page saya https://www.facebook.com/Banglo-Mampu-Milik-Kedahperlisperak-852160938236304/?ref=hl
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”