Assalamualaikum... Salam sejahtera, hari yang indah...sinaran mentari pagi mula menyinari alam ini. Ya...hari yang indah dan sungguh mempersonakan. Bersyukur kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini dan melihat keindahan suasana alam ciptaan Ilahi pabila mentari mula menyinar.

Mulakan hidup anda hari ini dengan penuh keceriaan bersama sinaran cahaya mentari pagi yang cerah dengan penuh semangat, berfikiran positif dan penuh tenaga! Sinaran baru untuk anda...

sinaran mentari pagi yang indah

Lupakan segala kesedihan dan kepedihan seperti hilangnya kegelapan pabila di terangi sinaran mentari pagi yang terang. Lupakan segala kesakitan dan kegagalan semalam umpama mentari pagi yang megah menyinar menerangi alam dan terus bersinar terang serta naik meninggi tanpa rasa gentar. 

Kembalikanlah semangat dan kekuatan anda untuk teruskan melangkah. Lupakanlah segala yang menjadi penghalang, teruslah maju kehadapan...

sinaran mentari pagi yang indah

sinaran mentari pagi yang indahsinaran mentari pagi yang indah

sinaran mentari pagi yang indah

Sinaran mentari pagi yang menyinar, memberikan semula kenikmatan pandangan. Memperlihatkan semula segala keindahan alam yang terlindung seketika di sebalik kepekatan malam. Menampakkan segala warna-warni yang indah dan menawan yang tadinya tersembunyi. Begitulah nikmat yang harus kita rasai di hari yang indah ini. Permulaan yang sungguh sempurna. 

Begitulah juga kita, semoga sinaran cahaya pagi ini memberikan nikmat untuk kita bersyukur betapa bertuahnya kita diberi deria penglihatan agar dapat menikmati alam yang indah ini.

sinaran mentari pagi yang indahsinaran mentari pagi yang indah

sinaran mentari pagi yang indah

Mentari pagi yang terbit perlahan-lahan di celah-celah latar alam di ufuk timur. Sedikit demi sedikit menerangi alam yang tadinya kelam, kini beransur-ansur terang. Jika semalam anda tersesat dan terjatuh, kini masa untuk mulakannya semula... 

Dengan bersinarnya mentari pagi ini, jadikanlah ianya permulaan untuk anda kembali semula kepangkal jalan atau mencari arah dan petunjuk untuk jalan yang benar. Umpama mentari pagi menerangi semula jalan yang tadinya gelap dan tidak kelihatan.

sinaran mentari pagi yang indahsinaran mentari pagi yang indah

sinaran mentari pagi yang indah

Sinaran mentari pagi yang muncul, mula menunjukkan tenaganya. Semakin lama semakin meninggi dan semakin terang untuk menerangi alam ini. Jadikan ianya sebagai satu semangat dan kekuatan untuk kita menempuh hari ini. Semangat untuk mengharungi segala cabaran! Semangat untuk berjaya! 

Bak mentari pagi yang memberikan semula kehangatan di seluruh alam ini setelah di selubungi oleh kesejukan malam. 

sinaran mentari pagi yang indahsinaran mentari pagi yang indah

sinaran mentari pagi yang indah

Semoga anda dapat memulakan hari ini dengan penuh semangat dan ceria. Semoga anda mendapat kekuatan dan semangat dalam menempuh segala halangan dan cabaran yang menanti dan semoga sinaran cahaya mentari pagi ini memberikan anda satu permulaan dan semangat baru agar melupakan semalam yang sepi dan muram. 

Umpama sinaran cahaya mentari yang menerangi alam yang indah ini, begitulah juga terangnya jalan yang tersedia untuk anda. Berfikiranlah dengan positif dan penuh bersemangat! Semoga ianya memberi sinaran baru buat permulaan yang cemerlang!

Terima kasih bersama Relaks Minda....Hidup perlukan motivasi untuk kembali bersemangat!


Admin...

46 comments - "Sinaran Mentari Pagi Yang Indah - Membawa Bersama Sinaran Baru"

Unknown delete icon 7:02 PG

Salam pagi isnin yg indah BM. Masih mood raya?

Unknown delete icon 8:05 PG

Selamat pagi BM..rasa nak ambik jugak gambar sinaran matahari terbit kat luar rumah ni.. namun tak ada sudut menarik pulak.. nak pergi joging la kejap...bye2..

disini...taman perumahan akka diatas bukit...matahari bersinar lembut,tiupan angin sesekali kencang...sunyi dan tennag bila yg tinggal dirumah hanya ibu2..

Unknown delete icon 9:56 PG

Indah ciptaan TUHAN... tenang jiwa yang resah. :)

Mizz Aiza delete icon 10:00 PG

selamat bekerja BM.. rasa bersemangat lepas membaca entri ini..

Unknown delete icon 10:04 PG

Alhamdulillah.. kita masih lagi bernafas kerana masih dapat melihat ciptaanNya yang indah.. :D

BinMuhammad delete icon 10:57 PG

Salam kembali Zana, Mood raya sudah mula berkurang...

BinMuhammad delete icon 10:58 PG

Bagus joging sambil ditemani sinaran mentari pagi...Semakin ayulah adik manis ni :)

BinMuhammad delete icon 11:00 PG

Rumah di atas bukit...bestnya! Pemandangan dan suasana yg pasti memukau...

BinMuhammad delete icon 11:01 PG

Terima kasih kerana sudi mencari ketenangan disini :)

BinMuhammad delete icon 11:02 PG

Selamat bekerja buat semua...Semoga tiada lagi moody monday! :)

BinMuhammad delete icon 11:03 PG

Ya...begitulah sewajarnya, bersyukur... Sama2 kita saling mengingati.

TiranaAduka delete icon 11:10 PG

salam
Sejuk mata memandang gambr2 tu

OKje delete icon 11:38 PG

Mentari pagi tak pernah jemu menyinari setiap pelusuk yg dalam kegelapan.... bak keceriaan sebujur wajah yg sentiasa ceria walaupun dalam duka....hehe...

Buat kakak memang memulakan hari ini dgn semangat walau keceriaan sedikit tercalar. Tapi kakak masih mampu menggalas dgn baik walau tak seceria biasa.

Allah memberi cahaya mentari utk kita menikmati dan mensyukurinya..

sitirohaida delete icon 12:37 PTG

masuk ofis dah takde mentari..hari nie halfday..tapi alhamdulillah cuaca sangat cerah...

Blog Santai delete icon 1:17 PTG

salam Monday BM..kita suka the flowers' collection tu cantik banget...

ni entri khas utk hilangkan "monday blues" ya? heheh..

BinMuhammad delete icon 2:08 PTG

Waalaikumsalam, semoga cerahnya hari anda secerah mentari pagi

BinMuhammad delete icon 2:11 PTG

Pandai juga OKje menitipkan kata2 berpujangga...
Cantik bak alam disinari mentari di pagi hari :)

BinMuhammad delete icon 2:12 PTG

Semoga akak tabah menghadapi ujian, pasti ada hikmah di sebaliknya.
Semoga abang segera sembuh!

BinMuhammad delete icon 2:14 PTG

Kalau dalam opis pun ada mentari...pelik tu, hehe
Wah! halfday...seronoknya!

BinMuhammad delete icon 2:14 PTG

Salam monday jua...
Semoga ceria di hari isnin :)

BinMuhammad delete icon 2:16 PTG

Ya! Tepat sekali...tidak perlu adanya istilah 'monday blues', Isnin hari permulaan yg sepatutnya datang dengan semangat yg membara :)

selamat petang :) wahh hilang terus monday blues tengok gambar di atas

Tanpa Nama delete icon 3:29 PTG

tenang lihat gambar2 yang indah...

Khir Khalid delete icon 4:25 PTG

Mmg nikmat suasana pagi. Sinar cahaya memberi tenaga. Hembusan bayu memberi semangat & harapan... cantik gmbar & nice entri. :)

umiawadah delete icon 5:55 PTG

sedang hati gundah gulana,berbagai ujian Allah berikan,singgah sebentar ke blog BM melihat keindahan ciptaan Allah...tenang seketika....Ya Allah berikan saya kekuatan...

Teena Tna delete icon 6:20 PTG

Semalam terlihat matahari dari dalam kereta sewaktu senja, indah sangat.

ANIM delete icon 6:22 PTG

kak tak dapat bayangkan keindahan sinaran matahari itu tidak lagi dapat dinikmati bila sang matahari tidak lagi menjalankan tugasnya...

Nina Mads delete icon 8:02 PTG

indahnya bila tengok ciptaanNya :)

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Semoga tiada lagi Monday Blues... :)

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Terima kasih Kathy...

BinMuhammad delete icon 8:32 PTG

Terima kasih kerana menikmati santapan di sini :)

BinMuhammad delete icon 8:33 PTG

Semoga Ummi diberi kekuatan dan semangat dalam menempuh hari2 mendatang...Insyallah

BinMuhammad delete icon 8:36 PTG

Suasana dikala mentari terbit dan terbenam memang memukau pandangan!

BinMuhammad delete icon 8:38 PTG

Semoga kita diberi lagi kesempatan untuk menikmatinya...Terus bersemangat meneruskan kehidupan didalam mencari bekalan utk di bawa demi menjamin kebahagiaan di akhirat kelak

BinMuhammad delete icon 8:44 PTG

Terima kasih Amanina... :)

Fais-SKA delete icon 9:20 PTG

semoga tiap2 pagi kita terus diberi sinar kehidupan =) in shaa Allah lebih baik dari semalam..indah ciptaan Allah

Limau Masam delete icon 9:53 PTG

sentiasa bersinar....

My post : Widget Percuma : Logo Merdeka Kali ke-56

Sinar mentari pagi diharapkan membuka jalan untuk kita terus bersemangat.

Zawiah delete icon 11:54 PTG

klu di kg , saya mmg suka melihat matahari terbit . cahayanya melalui celah2 pokok . cuma kena pastikan dah ada org amik tender wat breakfast ... heheheee

Unknown delete icon 9:41 PG

Salam kemilau senja hati teruja... :)

Kemilau mentari minta dibelai,
Pesona sangkar cahaya yang indah;
Kalau kemari mataku sampai,
Kerana gemar nescaya ku redah.

Unknown delete icon 9:51 PG

Pagar berduri perangkap buaya,
Kuntum rafflesia tumbuh sendiri;
Sinar mentari beratap cahaya,
Senyum dunia disuluh hari.

Tanpa Nama delete icon 3:12 PTG

menariknyer... done sedekah juga yer

pancaran sinar yang indah sekali

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap