pasu kitar semula dari barang terbuang
Sudah lama label kitar semula tidak mempunyai entri terbaru. Topik yang menjadi tunjang utama blog ini. Kali ini kreativiti kitar semula kembali dengan satu tema iaitu pasu daripada barang terbuang. Sebelum itu, sudahkah anda menjadikan amalan kitar semula sebahagian dari kehidupan anda? 

Begitu banyak kebaikan dan kepentingan yang boleh anda peroleh dengan mengitar semula, Ianya bukan sahaja mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia, malahan kepada semua hidupan dan alam sekitar. 

Kebaikan Kitar Semula

Pertamanya, kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Anda pun sudah maklum, kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal kepupusan hutan yang merupakan ekosistem terpenting untuk kehidupan.

Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan  pupus. Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan  berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.

Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang.

Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.

Satu lagi kebaikan kitar semula adalah ianya berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.  Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah.

Kuantiti sampah di Malaysia saban tahun semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah. Mahukah anda? Sampah-sampah ini juga akan mencemar tanah dan air yang menjadi sumber kehidupan kita dan hidupan lain.

Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan kreatif daripada bahan terbuang. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Pasu Kitar Semula Dari Barang Terbuang

Anda juga boleh menyumbang kepada semua kebaikan dan kepentingan kitar semula ini. Kali ini anda boleh mencuba kreativiti kitar semula ini yang menggunakan barang terbuang untuk dijadikan pasu bunga yang menarik, unik dan mengujakan. Jimat belanja dan alam terpelihara...Marilah menyumbang ke arah kebaikan bersama untuk masa kini dan masa depan.

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada tayar terbuang

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada bekas tin. 

pasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu gantung daripada botol plastik

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada kasut 'Croc' dan bakul

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada rak dan beg tangan

pasu kitar semula dari barang terbuangpasu kitar semula dari barang terbuang
Pasu daripada pallet dan cerek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada botol kaca dan almari solek

pasu kitar semula dari bahan terbuang pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut tumit tinggi dan kasut

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada baldi atau tong

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kasut 'boot"

pasu kitar semula dari bahan terbuang
Pasu daripada kereta!

Tidakkah kreativiti kitar semula ini menarik? Jika anda ada barang-barang terbuang seperti diatas, cubalah kitar semula dan jadikan pasu untuk pokok bunga anda. Pasti ramai yang teruja dengan keunikan dan keistimewaannya. Menjadi tarikan untuk menarik minat orang lain juga untuk melakukan kitar semula.

Bersama Menjayakan Kitar Semula 

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! 

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, kehidupan terjaga dan alam pun terpelihara...Insyaallah.

Terima kasih bersama Relaks Minda. Jom kitar semula bersama :


Admin...

35 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Pasu Daripada Barang Terbuang"

Khir Khalid delete icon 1:00 PTG

Pasu dari palet & botol kaca tu sgt menarik perhatian sy.. mmg unik lah.. idea yg menarik. Thanks sharing ye.. :)

Btul cntik...tp kena kretif juga...tangan x kretif pun x menjadi juga ni BM...dan yg pnting..harus lah rajin...kan...! :)

walaupun brg kitar semula..dgn kretivit..mmg jadi lawa dan cantik..dpt jimat duit lg tu...tak paayh dh susah pi beli pasu

Mizz Aiza delete icon 2:50 PTG

kreatifnya.. paling unik kereta tu dibuat pasu.. memang sangat menarik.. yang penting kena kreatif..

kreatif...dah isi $$$ anda.

PCL delete icon 4:18 PTG

saya nak tiru gambar yg last sekali tu... hebat !

Usy@M^^ delete icon 5:01 PTG

Jom Kitar semula!!! Pasu dari kereta tu sangat kreatiff..

cantik kalau pandai gayakan barangan terpakai

Tanpa Nama delete icon 7:35 PTG

mak ai..kreatif betul...kereta pun boleh jadi pasu..

Fais-SKA delete icon 10:18 PTG

tulah =) kalau ramai je orang yg sedar tntang kitar semula ni..pasti bnyak brang terbuang boleh diguna pakai..mcm2 boleh bt..smmgnya kreatif

Zawiah delete icon 11:27 PTG

kasut ? sayang lah pulak tgk kasut pink tu ... mcm masih blh pakai . sebenarnya klu kita rajin , mcm2 leh buat ... saya lbh rajin pada blog ...heheheee

semua cantik!!

Nina Mads delete icon 4:17 PG

semuanya warna warni.. meriahnya rumah kalau tanam bunga guna pasu ni

Kasut oren tu sebijik kasut Adam. KERETA pun boleh. Hahahaha.

Kasut oren tu sebijik kasut Adam. KERETA pun boleh. Hahahaha.

Unknown delete icon 8:32 PG

kagum dengan BM..Banyak ilmu pengetahuan tentang alam sekitar..serta olahan ayat yang baik sekali..jarang penulis dpt menghasilkan ayat yang bagus walaupun dpt A Bahasa Melayu..

Unknown delete icon 8:36 PG

Kasut croc adik banyak sgt..tp semuanya dah bakar..kalau kumpul boleh buat pasu..cantik betol..otak kita selalu fikir yg pasu hanya dari tanah liat atau plastik yg harus dibeli..bukan dari barang terbuang..entri ni membuka minda..good job!

Unknown delete icon 5:36 PTG

comelnye!
botol tu cantik! kereta tu..wow..ekceli makan space jugak..eheh..klo kat taman perumahan x blh buat cmni
yg meja solek tu pun cantik..kreatif je diorg ni

yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Pha Is delete icon 5:56 PTG

orang malaysia masih kurang kesedaran tentang kitar semual..

tapi kalau tak silap saya, yg dalam gambar semua tu adalah konsep "guna semula" dan bukan "kitar semula". yg saya faham, "kitar semula" adalah buat product baru dengan menggunakan bahan mentah yang telah diproses dari product lama. contohnya kertas surat khabar lama, diproses menjadi kertas baru.

"guna semula" pula seperti yang terdapat dalam gambar, menggunakan produk yg lama untuk dijadikan produk yg baru tanpa sebarang major proses.. contohnya kasut yg dijadikan pasu gantung tu..

kalau x silap saya la...

Bunda_nora delete icon 8:55 PTG

Kadang tak terfikir barang terbuang ni kalau kene dengan sentuhan kreatifnye ..bolih jadi lebih cantik dari asalnye..

Assalamualaikum BM....maaf lama tak singgah sini. Bzz skit.

Foto recycle yg last tu paling menarik, lum ada orang buat kat sini...hehehe

umiawadah delete icon 11:13 PG

cantik dan sesuai kalau letak kat kelas tadika atau taska...yang ada warna warni dan ada karektor kartun tu...sesuai sangatlah...jimat wang,dari beli barabg-barang baru kan..

susunan botol2 kaca tu sangat cantik...kitar semula ni memerlukan kerajinan,ketelitian dan yg penting kesedaran menyelamatkan alam sekitar...

Tanpa Nama delete icon 12:00 PTG

mmh cukup2 kreatif lah !

Tanpa Nama delete icon 12:00 PTG

done sedekah nuffnag yer !

BinMuhammad delete icon 2:43 PTG

Kitar semula terdiri dari 3 elemen iaitu recycle. reduce, reuse... Ya, Benar kata anda ianya lebih tepat dengan konsep guna semula. Cuma saya meletakkan ia di bawah tajuk utama kitar semula iaitu menggunakan semula bahan terbuang.

Sangat kreatif. Menyentuh hal kitar semula ni, memang tak ramai yang ada kesedaran tentang isu ini. Barangkali orang di Malaysia terlalu "senang" membeli barang baharu dan membuang barang lama. Keduanya, tiada ilmu.

OKje delete icon 10:22 PTG

Pic kasut tu mcm dah pernah keluar je BM....ulang tayang yeh! Hehe

Salam

do u know , it was amazing and so creative

Aimacomel delete icon 8:28 PTG

Mak saya kalau tengok ni suka betul dia

cun pulak tengok idea macam ni

recent post : Semangat Header & Logo Baru

Kreatif! Nak color botol plastik pakai color apa ye?

BinMuhammad delete icon 11:00 PTG

Spray cat biasa tu pun boleh. :)

Fatimah delete icon 9:32 PTG

botol plastik ada gambar arnab pun guna spray cat atau cat yg biasa. boleh tunjuk langkah-langkah ?

BinMuhammad delete icon 10:16 PTG

Kedua-duanya boleh digunakan, cuma guna spray hasilnya lebih sekata dan kemas. Mulakan mengecat dengan satu lapisan nipis dan biarkan ia kering. Kemudian barulah cat sekali lagi. Jika masih belum puas hati...buatlah beberapa layer tapi setiap kali mengecat, jangan terlalu tebal sampai cat meleleh.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap