Ruang dapur merupakan ruang yang penting. Ia bukan sahaja ruang untuk memasak dan di kunjungi oleh si tukang masak tapi oleh seluruh ahli rumah. Ruang dapur yang bersih, kemas dan tersusun adalah menjadi idaman setiap orang.
Bagaimana hendak mendapatkan kreativiti ruang dapur yang mempunyai dekorasi terbaik?
Kali ini kita belajar sedikit tentang tips untuk menggubah dekorasi ruang dapur anda untuk menjadi lebih kemas, bersih, tersusun serta selamat dan sesuai untuk dapur basah mahupun dapur kering anda. Sesuai bagi mereka yang mahu berpindah ke rumah baru atau mahu mengubah suai serta mendekorasi ruang dapur anda.
1. Keluasan ruang dapur.
Bagi yang mempunyai ruang dapur yang besar dan luas, pasti anda tidak mempunyai banyak masalah untuk membuat susun atur. Kreativiti dekorasi idaman anda pastilah tidak terbatas. Segala benda dengan mudah boleh masukkankan.
Namun bagi yang mempunyai ruang dapur yang terhad dan sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur.
Oleh itu, perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Cara terbaik adalah mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik. Semasa membuat susunan, pastikan kedudukan pintu, tingkap dan laluan bergerak agar anda tidak tersilap dalam mengatur susunan.

2. Peralatan di dapur
Sudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan sebuah peti sejuk. Tambahan pula adalah kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur.
Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak.
Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keperluan dan keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur idaman anda tidak berlebihan dan menjadikan ruang dapur sempit dan terasa sesak.

3. Pencahayaan dan pengudaraan.
Cahaya cukup penting bagi ruang dapur. Ingat...gula dan garam hampir sama tapi berbeza rasa, tanpa cahaya manakan mampu dengan mata kasar anda membezakannya.
Pastikan juga lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangai tempat kerja anda serta cukup terang untuk anda melihat sesuatu benda dengan mudah.
Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.

Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar. Ingat! Jangan sampai anda lemas di ruang dapur anda sendiri.
4. Pemilihan material dan warna
Sebuah dapur adalah lokasi dimana tempat yang amat mudah kotor dan basah. Oleh itu material untuk permukaan lantai dan dinding mestilah mudah dicuci. Terutama di dinding dapur dan singki.
Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur...pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.
Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian.
Sekarang ini warna-warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda. Sebagai panduan anda, pilihlah warna-warna cerah dan terang kerana dapat membuatkan ruang dapur anda tampak luas secara ilusi berbanding warna-warna gelap.
Anda sebenarnya boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma dari kedai cat. Namun begitu, tiada warna khusus sebenarnya dalam kreativiti dekorasi ruang dapur idaman anda...Jangan takut bermain dengan warna, ikutlah pada selera anda tetapi jangan sampai jadi carca marba pula.

5. Perhiasan di dapur
Dapur merupakan tempat yang sentiasa di kunjungi. Anda juga pasti akan selalu berada di dapur. Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda.
Anda boleh alaskan meja anda dan hiaskan ia dengan pasu bersama bunga yang segar. Gantunglah sesuatu di dinding dapur anda dengan perhiasan seperti gambar, jam dan apa sahaja yang menarik untuk menceriakan suasana ruang dapur anda. Berikan juga langsir yang bersesuaian untuk tingkap, tidaklah ianya kelihatan bogel sahaja.
Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan pula. Jangan sampai perhiasan itu menyusahkan anda. Ingat...minima itu adakalanya lebih menarik dan selesa.
6. Keselamatan di dapur
Di dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.
Antaranya adalah seperti tempat letak peralatan tajam seperti pisau mestilah di kedudukan yang selamat dari mudah di capai si kecil anda. Tong gas pula sebaiknya tidak terdedah. Pendawaian elektrik tersorok dan jauh dari tempat memasak dan singki.
Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Kebersihan memainkan faktor penting...lantai dan permukaan kerja anda mestilah bersih agar tidak terjadi kejadian yang tidak diingini. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.

Untuk melakukan dekorasi bagi sesebuah ruang dapur yang baik adalah bila anda dapat melakukan kerja dengan senang dan selamat serta mudah diselenggarakan. Bila anda berasa selesa itu bermakna anda berjaya. Untuk nampak kemas dan cantik pula...jangan terlalu banyak meletak barangan terdedah di luar/atas meja dan kabinet dapur. Sebaiknya tersorok dan tertutup tetapi mudah di akses.
Cantik itu subjektif...yang penting adalah pandangan mata anda kerana anda yang sentiasa akan melihatnya setiap hari...oleh itu buatlah kreativiti dekorasi ruang dapur mengikut pilihan, kehendak dan selera anda.

Semoga apa yang saya berikan dapat membuka minda dan memberi idea untuk anda melakukan kreativiti dekorasi terbaik untuk ruang dapur idaman anda. Tapi ingatlah...yang paling perlu diutamakan adalah keselesaan dan keselamatan.
- Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Anak Anda
- Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu
- Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Untuk Anak Remaja
- Kreativiti Dekorasi Bilik Tidur Buat Si Manja Anda
Artikel : Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur Idaman
52 comments - "Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur Idaman"
cantik dapurnya..lagi cantik kalau bini nak masak sedak2 hari2..hu3
Wah.. layout baru, smart eh.... nice.....
Assalammualakum... BM,
wahh.. dapur nie bersih,bagus pencahayaan dan pengudaraannya baru seronok nak masak kan..
mselim3
pls: rumah ku , syurgaku...
Aduhaiii.... cantik-cantiknya cabinet dapur yg BM tayangkan. Ngences kakak dibuatnya. Bab pencahayaan bila BM sebut garam dan gula memang pernah terjadi bibik kakak tercampur tuang garam ke dalam balang gula. Cuma itulah tak logiknya manalah ada balang garam besar macam belang gula, tapi dah nak terjadi apo nak dikato...
kalau dapur cantik camni rasanya mmg sayang kalu nk masak BM.
hehe..
kalau dpt dapo cantik camni tak rajin masak tak tahu lagi la nak buat apa..mesti en hubby ketuk kepala nanti..hahaha..
tips yang bagus sebagai panduan untuk mengubahsuai dan menghias dapur..
Cantik dekorasi dapur moden. Namun saya tetap berbangga dengan dapur rumah saya. Dapur kampung lagi. Hehe. :)
Wah.. cantik2.. dapur klu kecil, tp pandai memanafaatkan ruang mmg nmpak kemas, cantik & selesa.. mmg menarik.. Salam Isnin BM.. :)
Good entry untuk rujukan mereka2 yang nak ubahsuai dapur.. :D
Cantek-cantek gambar design dapur tu.. warna ceria.. tapi dapur umah kita kecik jerr.. huhuhu...
tak sabar nak decorate dapur rumah baru saya..dah bermacam imaginasi untuk dapur..wanita...bila bab dapur mereka selalu mengutamakannya..
suka dapur yang luas, kemas dan pencahayaan serta pengudaraan yang baik...
Betul tu, dapur cantik tiada guna kalau tidak berasap :)
Nampak sgt lama tak singgah...hehe
Waalaikumsalam mselim3,
Ya betul tu...suasana dapur juga beri impak pada mood
Haha...sampai ngences! Selalunya pasti jenis/bentuk bekas pun berbeza...Tapi kalau dah tak berhati2, terjadi juga. Nasib baik belum salah guna... ada juga terminum kopi masin...huhuhu
Cantik, kemas, dan teratur untuk memberikan keselesaan dan menambah semangat. Jgn le cantik sgt sampai xmau masak pula. :)
Hahaha...jangan sampai ada yang kena ketuk kepala sudah le...
Sekadar memberi pandangan peribadi krn saya paling tak suka lihat dapur yang kotor, semak dan berserabut. Nak jengok dapur pun malas...
Dapur kampung sesuai bagi rumah yg besar. Di kampung boleh le...memang terbaik dan sedap masakannya. Tapi kalau dah duduk kat flat dan apartment...huhuhu
Susun atur amat penting. Bila susunan tepat...dengan sendirinya akan tampak kemas dan selesa.
Buat rujukan kpd yg memerlukan. Dapur kecik tidak bermakna tidak boleh di dekorasi menjadi kemas dan selesa...Yg penting perlu bijak berekperimen nanti dapatlah yg terbaik.
Semoga entri ini dapat memberikan idea dan pilihan utk anda. Semoga mendapat dapur idaman :)
Ye ke cik akak...boleh percaya ke ni. Takut nanti tidur pun kat dapur....dah cantik sgt, hehe
Itu adalah dapur idaman setiap orang tapi tak semua mampu memilikinya. Yg penting...dapat kemas dan selesa pun bersyukurlah.
wahh kalau kat rumah dapur macam seperti ini memang selesa :) terima kasih atas tips yang sangat berguna
kalau duduk rumah teres ni..payah sikit nak design dapur..ruang terhad...tp akka suka dapur yg ada byk tingkap..mcm kat kampung..buka tingkap...nampak pemandangan..memasak pun seronok..
Wahhh dapor BM mesti cantikkan? Rajin cari idea.
Thank you BM; gambar semuanya cantik2.
Paling suka semua putih & hitam. Bestnya.
Alhamdullilah...MZ dah dapat dapor ala2 mcm tu cyg nak berlemoh ujud dapur ketiga dapor banjir http://maszie.blogspot.com/2013/09/deco-sana-sini.html
hihi, tergelak baca komen yang atas sekali tu, cantik tak guna kalau tak berasap..hihi..
mama dapur biasa je, berasap hari-hari.. hihi
Ruang dapur di rumah saya belum sampai tahap ni lagi.
Suka yg merah putih tu. Nak buat camtuh ritu tp proposal xlepas. Hehe... kalau rumah luas boleh la buat island. Tp kalau dh sempit, sesuai L jer..
Keselesaan dapur dapat memberi mood dan semangat yg berbeza...
Semoga tips ini dapat membantu. Kalau rumah besar spt kat kg...memang terbuka aje. Aman dan nyaman memasak...sebab tu masakan ibu sedap :)
Dapur banjir...macam mana tu! Nanti saya terjah...menarik bunyinya :)
Saya tau...mama memang selalu masak. :)
Tapi ada juga yang jenis dapur cantik tapi tak berasap, makan kat luar jer...last2 suami 'makan luar' hahaha
Suatu hari nanti bila dah beristeri dan ada rumah sendiri...Jgn lupa tips2 ni ye cikgu :))
Dapur luas memang boleh buat island tapi saya tidak suka le... suka kabinet di tepi dinding saje. Biar lapang dan luas...terasa bebas. Buat kenduri pun senang... Setiap orang berbeza citarasanya :)
cantik sungguh...rasa macam x nak duk kat ruang tamu,rasa nak lepak2 kat dapur jer
dapur berkilat..adoi memang cantik dipandang. kak suka dapur yang senang dllap dan dibersihkan. yang penting nampak kemas dan peralatannya mudah dicapai tika mahu digunakan
sangat2 membantu entri BM ni..tapi kathy ssh nak praktikkan sebab masih menyewa rumah lagi..tunggu ada rumah sendiri nanti...kathy pun suka kabinet dapur di tepi dinding..kemas..
semua cantik2..bertuahnya badan... jangan sayang nak masak sudah.. =)
suka yang last one tu..very cozy...
waduhhh..bila ke IKEA nk buat mcm design dorang...bila ada kat sini nak bua mcm sini... last sekali tak buat2 sampai ke sudah..haha fenin dgn bajet sebenarnya..
kalaulah saya punya dapur macam tu..
Entri terhangat saya bertajuk- 7 Kebaikan Bersetubuh Dari Sudut Saintifik
btul tu..smua tips yg dikongsi mmg sy stuju =) dapur dgn prmpuan mmg xdpat dipisahkn..kalau bleh mmg nk nmpak cntik..bialah dpur tu function drp pntgkn kecntikan..yg pntg selesa dan teratur..
sukanyer KA tgk !
Suka dapur yg atas tu...kontemporari moden.... bawah tu pun cantik gak, merah ...
tapi syukur aje le dengan dapur tunggang langgang yg ada tu heehe...dah selesa banget tu
dapur saya belum seperti itu,maklum rumah baru
Salam perkenalan, sila lawat blog saya untuk merawat dan mencegah masalah kesihatan, tq http://aljabbarsophia.blogspot.com/
Bukan tak nak masak .... nanti dapur yg cantik tu ,kotor ..ahha hha a a a .. so kita masak kat kedai ek .??
Betul, betul, betuulll...
Saya sukakan dapur yang simple tetapi kemas dengan susun atur yang sempurna
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”