Kitar Semula Kertas
Timbunan kertas
Kitar Semula Kertas (paper recycle) - Kertas adalah salah satu bahan yang cukup banyak digunakan dan boleh dilihat hampir dimana-mana sahaja. Didalam rumah, pejabat, sekolah, kedai, hotel, kereta, tandas dan dimana-mana sahaja pasti akan ada kertas atau produk yang diperbuat dari kertas.

Penggunaan yang banyak juga menyumbang kepada banyaknya bahan buangan daripada kertas. Walaupun sehelai kertas senipis 0.01mm tetapi apabila jumlahnya banyak ia akan menjadi satu beban yang sangat berat!

Berikut adalah beberapa fakta mengenai kertas yang perlu anda ketahui:
  • Lebih dari 70% tenaga dapat dijimatkan jika kertas kitar semula diproses berbanding membuat kertas dari bahan asasnya. 
  • Proses kitar semula kertas mengurangkan 73% pencemaran udara berbanding proses membuat kertas dari bahan asasnya.
  • Di United Kindom sahaja, secara purata sebanyak 38kg kertas digunakan oleh setiap seorang penduduknya dalam setahun.
  • Sebanyak 24 pokok pine diperlukan untuk menghasilkan 1 tan kertas suratkhabar.
Kitar Semula Kertas
Kitaran Kertas 

Kepentingan Kitar Semula


Kitar Semula Kertas
Selamatkan Bumi Ini
Dari fakta diatas kita dapat lihat betapa pentingnya kertas perlu di kitar semula. Kita semua tahu bahawa bahan asas utama kertas adalah kayu yang berasal dari pokok. Maka dengan kitar semula kertas kita dapat menyelamatkan dan mengurangkan penebangan pokok yang menjadi sumber oksigen untuk kehidupan semua makhluk serta mengurangkan kesan rumah hijau keatas bumi ini.

Kitar semula juga menyumbang kearah mengurangkan kemusnahan dan pencemaran disamping memeliharaan alam semulajadi yang semestinya untuk kehidupan yang lebih aman, selamat dan selesa.

Bukan mudah untuk membudayakan amalan kitar semula. Namun jika anda kenangkan nasib generasi akan datang...Ya, bukan orang lain...ianya mungkin anak cucu kita.

Mahukah anda melihat mereka hidup menderita akibat dari kecuaian, sikap penting diri dan tidak prihatinnya kita dimasa kini? Oleh itu cubalah bertindak walaupun sedikit kerana setiap helai kertas yang anda kitar semula itu amat bermakna dan tidak ternilai harganya.

Pengumpulan Kertas Terbuang

Berikut adalah cara-cara terbaik untuk menguruskan kertas-kertas terpakai dan terbuang. Jadikan ia amalan sama ada dirumah atau ditempat kerja anda. Setiap kertas berbeza kualiti dan kandungannya. Adalah lebih baik anda mulakan dengan pengasingan mengikut jenis kertas tersebut.

Kitar Semula Kertas
Kitar semula kertas
Asingkan kertas mengikut kumpulan seperti berikut:
  1. Majalah dan buku
  2. Surat Khabar
  3. Kertas kajang
  4. Kadbod dan kotak
  5. Sampul surat dan penyata.
Jika anda tidak mampu asingkan mengikut kumpulan pun tak mengapa, cuma pastikan yang anda kumpul itu semuanya adalah bahan dari kertas. Kertas terbuang mempunyai nilai yang tinggi dipasaran kerana sumbernya yang semakin terhad dan mahal.

Kertas-kertas yang telah diasingkan tadi bolehlah dijual ditempat pungutan dan pengumpulan barangan kitar semula. Lihatlah! Barang terbuang juga memberi pulangan buat anda! Walaupun nilainya mungkin kecil tetapi sumbangan anda dalam memastikan ianya tidak terbuang begitu sahaja tidak ternilai harganya.

Jimat Guna Kertas

Selain dari dijual, amalan penjimatan penggunaan kertas juga mesti dijadikan amalan. Antara kaedah penjimatan yang boleh anda lakukan adalah:
  • Setiap helai kertas mesti digunakan dikedua-dua belah helaiannya.
  • Sediakan bekas khas untuk kertas yang terpakai tapi boleh digunakan (kitar semula).
  • Kitar semula sampul surat terpakai untuk kegunaan dalaman. 
  • Kurangkan penggunaan kertas didalam kertas kerja, mesyuarat dan pembentangan.
  • Dapatkan sumber maklumat dan berita secara online melalui internet.
  • Rekod dan data semuanya disimpan dalam bentuk softcopy.
  • Gunakan e-mail sebagai pengganti surat dan faks.
  • Penggunaan papan notis untuk rujukan semua orang dalam menyampaikan makluman dan risalah.
Kitar Semula Kertas
Surat khabar lama
Amalan ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan kertas tetapi mengurangkan kos perbelanjaan anda malah memberi kesan sampingan lain seperti meminimumkan penggunaan ruang dan tempat untuk menyimpan serta memudahkan kerja.

Itu adalah hasil bermanfaat yang dapat anda lihat dan nikmati secara terus tetapi yang lebih tidak ternilai adalah sumbangan anda dalam memelihara alam ini untuk kehidupan yang lebih aman, selamat dan selesa serta untuk generasi akan datang. Ketahuilah, setiap 4 kaki tinggi kertas surat khabar yang anda kumpul adalah bersamaan dengan sepokok pine setinggi 40 kaki! 

Kitar Semula Kertas
Sayangilah alam yang indah ini
Bersama kita mulakan... Jom Kitar semula!
Pelihara alam semulajadi. Fikir dulu sebelum buang...


Author by Bin Muhammad

38 comments - "Kitar Semula Kertas"

Tanpa Nama delete icon 9:07 PTG

hijaukan bumi kita..terbaik..mulakan dari rumah..

kalau kita ajak anak2 buat ni..tentu dorang seronok sgt

paridah delete icon 9:35 PTG

kitar semula utk penjagaan alam sekitar...

Mizz Aiza delete icon 10:07 PTG

kitar semula bagus untuk generasi yang akan datang..

Khir Khalid delete icon 10:20 PTG

Mmg bagus utk mendidik generasi skrng utk menjimatkan kertas.. mungkin tidak boleh utk tidak menggunakan kertas langsung, tetapi sekurang2nya dpt dikurangkan dlm kuantiti yg besar. Skrng pun bnyk sykt2 besar menggunakan kertas recycle dlm packaging barangannya.. T kasih diatas perkongsian yg sgt bermanfaat ini BM.. Slmt berhujung minggu.. :)

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Bersama kita kekalkan kehijauan bumi ini :)

BinMuhammad delete icon 11:37 PTG

Betul tu...melentur buluh biar dari rebungnya

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Penjagaan alam sekitar demi generasi masa hadapan

BinMuhammad delete icon 11:40 PTG

Ya...Jangan sampai mereka tidak dapat merasai kenikmatan alam yang indah ini

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Ya...Langkah penjimatan penggunaan dan kitar semula kertas dapat melambatkan kemusnahan alam semulajadi.
Selamat berhujung minggu juga Khir...

Yana Yani delete icon 8:01 PG

saya selalu juga lakukan kitar semula ni
satu tanggungjawab yang perlu dilakukan
oleh semua penghuni bumi ni

setidak-tidaknya lakukan untuk generasi akan datang
selamat berhujung minggu BM
saya nak bersiap ke kenduri terakhir untuk tahun 2013 =)

kakiblog delete icon 10:05 PG

kat tempat kerja hari-hari hantar kotak kosong ke tempat pembuangan sampah..nasib ada pengutip kotak untuk dijual semula.

Unknown delete icon 12:09 PTG

Semalam rajin betol potong kotak buat lapik brg kat dapur..ehh jadi kemas pulak..

Kertas2 mmg sy kumpul BM..jual...kat rmh tmn ni...nak buat pembakaran mcm x bgos pula......😊

elok amalan ini..kitar semula kertas

bagus kitar semula ni, tapi masyarakat kita masih kurang peka lah..
#BM tidak semudah itu dilupakan... kihkihkih....

Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

sangat bagus entri ini ^_^ ini yang buat kelaianan terhadap blog BM..kita harus didik diri kita dan masyarakat

Satu perkongsian maklumat yang baik. Secata tak langsung dapat kempen program kitar semula.

Unknown delete icon 2:10 PTG

program kitar semula mmg memberi manfaat jika kita ikut peraturan kan
especially kertas2 exam..byk bebeno
ade lak tu yg tersalah fotostat samapi beratus2..syg klo dibuang begitu sj

Pha Is delete icon 4:04 PTG

kat U ni ada kempen jimatkan penggunaan kertas. kalau boleh kurangkan hard copy, banyakkan soft copy.. lecturer pun ada yg suruh hantar assignment pkai soft copy je, x nk hard copy. jimat kertas dan ruang katanya..

BinMuhammad delete icon 10:34 PTG

Kesedaran yang sepatutnya ada pada setiap orang.
Selamat berhujung minggu Yana :)

BinMuhammad delete icon 10:37 PTG

Kotak2 kosong itu bernilai! Sekurang2nya ada rezeki untuk pengutip sampah...

BinMuhammad delete icon 10:37 PTG

Macam tau2 jer nak kena tarbiah pasal kitar semula...hehehe

BinMuhammad delete icon 10:38 PTG

Itulah langkah terbaik, pembakaran bukan penyelesaian tetapi memberi kesan lain yang lebih buruk.

BinMuhammad delete icon 10:39 PTG

Marilah kita amalkan bersama..

BinMuhammad delete icon 10:41 PTG

Ramai yang tahu tapi buat-buat tak tahu...

Saya tetap jenguk walaupun mama sudah berumah banglo, tapi segan2 le skit...hehe

BinMuhammad delete icon 10:43 PTG

Terima kasih Acik...
Segalanya bermula dari diri sendiri...xperlu tunggu orang lain.

BinMuhammad delete icon 10:46 PTG

Jika ianya baik...amalkan dan kongsikan. Semoga bersama kita menyemai amalan kitar semula agar menjadi budaya masyarakat dimasa kini dan selamanya.

BinMuhammad delete icon 10:48 PTG

Pembaziran itulah yang perlu kita elakkan dan amalan kitar semula mengajar kita menggunakannya secara maksimum. Thanks Yumida.

BinMuhammad delete icon 10:51 PTG

Sekolah dan U antara tempat dimana kertas diguna pakai dgn byk sekali. Langkah pengurangan/penjimatan pasti dapat memberi keuntungan dan kebaikan kpd byk pihak. Langkah yg amat baik sekali!

akak jual buku2 lama,suratkhabar kat apek paper lama hehe..20sen/kilo...
tp ada yg buat bakul dari kertas yg digulung2 tu..cantik dan berseni..

ZaridaIshak delete icon 10:03 PG

kertas ni... kalau dah banyak bersepah kat rumah anak-anak buat kapal terbang le kapal laut ada dan paling best sekali buat topi... :P
memang kena ajar mereka kumpul satu tempat mana-mana kertas yang tidak digunakan lagi

OKje delete icon 11:30 PG

Hari ni nak jual suratkhabo yg ada tulah....kasi clear sikit rumah ni!

Unknown delete icon 11:56 PG

Tak payah beli newspaper... baca online jer... hehehehe...
Tak perlu bayar bil kat kaunter... sebab nanti dia print resit.. byr online jugak...
Hehehe...

Unknown delete icon 5:39 PTG

setuju ngan komen diatas ni...semua baca di on line saja... jimat kertas

saya sll kumpul n jual je kertas majalah semua... dpt gak duit beli aiskrim mia..hihi

Kepentingan Kitar Semula....Satu jawapan yang paling mantap: KERANA BUMI INI TIDAK BOLEH DI KITAR SEMULA

Unknown delete icon 5:47 PTG

boleh saya tahun tahun bagi karangan tersebut?

BinMuhammad delete icon 12:27 PG

Pada bulan Dec 2013

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap