Maaf... macam kasar sangat tajuk entri ini.
Anda biasa dengarkan...orang bodoh di umpamakan seperti lembu.
Kenapa mesti lembu...bukan binatang lain?
Sedarkan kita binatang yang diumpamakan bodoh itulah yang memberi sumber kehidupan dan kesihatan buat kita. Susunya kita minum dan dagingnya kita makan. Syukurlah ada lembu...
Mungkin inikah yang dikatakan bodoh macam lembu...
Bodoh macam lembu?
Bodoh macam lembu hanya perumpamaan. Tentulah setiap orang tidak mahu diumpamakan kebodohannya seperti binatang. Kiranya orang dulu-dulu berpada-pada juga...memilih lembu dijadikan perumpamaan. Kalau disamakan dengan bintang b*** .....nampak sangat pula keterlaluan.
Oleh itu jangan sesekali kita menggunakan perumpamaan yang menilai manusia seperti binatang kerana taraf manusia tidak akan sesekali sama dengan binatang tetapi ingatlah juga... taraf manusia itu boleh jadi lebih rendah dari binatang.
Author by Bin Muhammad
41 comments - "Bodoh Macam Lembu! "
x tahu nak kata apa,tapi sejak dari lahir mmg selalu dgr ayat klasik tu...bodoh mcm lembu
tapi dalam bahasa sastera penggunaan perkataan binatang sentiasa dielakan...terlalu jelek n kasar...
kan perwatakan lembu itu dikatakan bodoh...badan besar tapi perangai ikut je...
kasihan lembu......
Saya semakin tertarik dengan blog ni, mempunyai hikmah yang tersendiri..
hihih, tajuk gempak, ingat BM marah tadi.. hihi....
yer lah kan, badan besar, otak letak kat lutut, kena tarik hidung baru bergerak,, tak giteww..
Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com
Kesian lembukan BM..Yang tak bersalah selalu jadi mangsa!!!!
Alahai...sian lembu...daging dan susunya kita mkn....tp dia kita kata bodoh....kesian2....
"mcm lembu dicucuk hidung"...lembu jugak yg jadi perumpamaan..
Lembu juga dipersalahkan...
heehe...bis tu kalau comel macam zirafah boleh?
terkejut baca tajuk entri.. heheheh
betol2.. manusia darjatnya lebih tinggi dari binatang.. tapi perlakuannya boleh menjatuhkan martabat sendiri lebih teruk dari binatang. firman Allah :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
(At-Tiin 95:4)
kemudian Allah berfirman juga:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)
Kalau dulu masa kecik.. atok marah kalau keluar kata kesat terhambur dari mulut.. siap kena ugut nak kena cili.. tapi zaman skrg perkataan caci maki dah macam normal dah..tak kira binatang ker haper ker.. kita bukan yg hak nak keluarkan kata2 cam tu kan..emmm
kesian lembu jd mangsa kebodohan...huhu..
Perkataan mcm ni dh kerap dngr skrg.. Kalu dl jarang sngt ddngri cz kalu ckp mesti kena mrh dgn parent atau org luar...
mungkin juga yang dimaksudkan dengan ayat itu adalah dulu-dulu kan lembu dicocok hidung.. ikut saja yang menariknya. Jadi manusia yang membiarkan dirinya diperalatkan macam kena cocok hidunglah .... pandangan saja..
kesian... sekali lagi lembu punya susu sapi dapat nama.
lembu, kambing, badak... antara haiwan yang dapat nama tidak baik.
kasihan..
heheheheheh..terkejut kathy baca tajuk..pandai BM pilih tajuk gempak dan meletup ni..
lembu yang jadi mangsa.. sedangkan susu dan daging dia kita makan dan minum.. pepatah orang dahulu kala memang mendalam maksudnya.. bab bahasa melayu ni kena tanya cikgu helmi yang pakar..
Org yg bodoh, lembu yg femes hehee.. cool lah tajuk tu BM.. :D :D
Kalau teduh alam yang sebu,
Menunggu cuaca menyapa cahaya;
Kalau bodoh semacam lembu,
Dungu dibaca seperti apa ya.... ^^
sebab manusia yang bodoh lembu yang dapat nama..kesian lembu..hehe
Kata-kata yg selalu kita dengar. Dari kecik sampai besar.
Kalau lembu bodoh... mungkin kambing, itik, harimau ,sang kancil dan haiwan2 lain cerdik kot...
Kesian lembu kan... : )
marah manusia kan kalau kita kata bodoh sebab haiwan yang tak ada akal macam lembu, kalau suruh masuk dalam api, dia tak mahu. tapi manusia, berani pulak walaupun tahu kalau tak solat masuk api (neraka)..betul tak BM
p/s setidak2nya lembu itu lagi mulia kerana sanggup "mengorbankan" dirinya seawal usia 2 tahun waktu raya haji:-))
kesian kadang kala binatang selalu di burukkan sedangkan kita kadang kala lebih teruk dari binatang
mendlm sungguh maksudnya..hihi
aah kan..dulu2 kalau nak mengata org kena guna ayat berkias
teringat lauk arini..makan daging lembu..daging kari masak lemak santan..ohsem!
Hai datang tinjau2 sini, thanks na sebab berjaya masuk bloglist popular relakssminda...tvvm
baca title terus macam nak tanya
siapa...siapa...hehe...brutal sungguhnya bunyinya
kenapa orang dulu-dulu buat perumpamaan cam gitu ye
Assalammualaikum.. BM,
wahh...ganas sungguh tajuk entry nie.. macam mare je..
mselim3
hoho..'bodoh macam lembu' ni adalah sahabat baik kepada 'otak udang'...ianya hanya perumpamaan...tapi entah lah kenapa binatang pulak yg dapat nama..
Lembu juga yang jadi mangsanya kan.
tu ler . apa salah lembu .
betoi. kadang2 manusia boleh lagi rendah tarafnya drpd lembu.
Assalam
Rasa tidak sampai hati mahu menyebutnya.
Sentiasa berusaha untuk bercakap yang baik-baik sahaja. Insyaallah. Cara percakapan kita, melambangkan siapa diri kita sebenarnya. :)
Assalamualaikum BM..bezanya manusia dgn haiwan ialah akal. Justeru itu, manusia perlu menggunakan akal dgn baik agar tidak jatuh tarafnya seumpama atau lebih hina drp haiwan ternakan.
ya..saya juga beretuju bahawa taraf manusia tidak sama dengan binatang kecuali tidak guna akal pada tempatnya
Entri Terkini : Review Blog : Kaki Travel Khairuddin
Tapi BM... masalahnya perumpamaan nie telah diajar sedari kita kecil lagi... di bangku sekolah lagi... so macam mana kita nak elakkan anak2 dari menggunakan perumpamaan sebegini...
Lembu ke, b*** ke, keldai ke.. semua tu sebenarnya merujuk kepada binatang. Kalau orang marah cakap.. binatangggg mu!. kan lagi kasar bunyinya.
Tapi kalau Arab, mereka guna, bodoh seperti keldai! Kalau berani cubalah..Mau bengkak biji mata dua belah..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”