Burung hantu |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Istimewa hari ini...kita berkenal mesra dengan satu spesis burung yang sangat menarik iaitu burung hantu. Burung yang amat sukar dilihat tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Kenali Burung Hantu
Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam. Sedikit berbeza dengan spesis burung-burung lain dimana muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya bulat mengadap ke hadapan.
Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa tetapi sebenarnya burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.
Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya adalah haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung kecil dan sebagainya. Oleh kerana itu ianya menjadi binatang peliharaan di ladang-ladang sawit dan juga di sawah padi sebagai pemangsa kepada haiwan perosak tanaman ini.
Keistimewaan Burung Hantu
Mata burung hantu mempunyai keistimewaan dimana ia dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun burung hantu juga mempunyai kelemahan iaitu masalah rabun dekat. Ia tidak dapat melihat dengan jelas jika sesuatu berada betul-betul di hadapannya.
Burung hantu juga mempunyai kemahiran yang mengagumkan. Ia juga boleh menjadi hantu. Maksud hantu disini adalah kemampuannya mampu menghilangkan diri. Burung hantu cukup bijak menyamarkan diri sehingga ianya sukar dilihat. Cubalah anda lihat sendiri...
Kepercayaan Khurafat Tentang Burung Hantu
Ada juga yang percaya, kalau terdengar bunyi burung hantu dimalam hari, maknanya ada perkara buruk akan berlaku. Janganlah percaya perkara khurafat ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung-burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tapi ada satu lagi spesis burung hantu yang bijak dan terpelajar. Kalau nak tahu spesis yang sangat istimewa ini... itu kenalah tanya Pha Is atau Wanariahamiza.
Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Terima kasih bersama Relaks Minda
Author by Bin Muhammad
40 comments - "Hantu Burung Hantu "
Pernah bunda dengar...orang kata, kalau ada burung hantu berbunyi berhampiran rumah kita...berturut2 beberapa hari bermakna ada ahli keluarga yang nak mati...
wallahu'alam...
boi Pha Is dan Wan....deme kuat jadi burung hantu ye..
dulu dulu kalau dengar je burung hantu berbunyi dah takut..tapi saya suka tengok sebab bulunya yang cantik...
Burung hantu ni boleh bertukar warna ke? Siap boleh tiru warna sekeliling tu.
masa kecik2 dulu,bila terdengar burung hantu..cari touch light,suluh kat mata dia...bersinar2...tp kenapa dinamakan burung hantu...burung tu cantik apa hehe
nama sahaja burung hantu tetapi sifatnya cukup mengkagumkan..
Entri Terkini : Review Blog : Kaki Travel Khairuddin
Kakak lahir dan tinggal di kampung jadi mungkin sebab itulah masa kecik dulu kakak tak takut burung hantu. Belakang rumah kakak ada pokok cempedak jadi tempat banyak burung hantu tidur. Makin dah tua ni kakak takut bila dengar sebab dah jarang kelihatan sekarang ni... Apa yg kakak ingat burung hantu kalau siang jadi rabun.
Eh.. lupa pulak kakak nak kata burung hantu yg putih tu comellah hihi...
burung hantu boleh jadi hantu juga ya, kat kebun sawit felda memang banyak burung ni ujud semulajadi mengawal haiwan perosak tanaman sawit iaitu tikus. selalu terjumpa burung2 ni tidur dimana-mana dengan bulu yg sewarna dgn persikataran mereka...
Singgah ari ni & terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!
TU dia leh sama gan kayu, takut lah burung nie, tapi comel suka tengok di pusing kepala, hebat kejadian Allah...
Dulu, masa tinggal kat kawasan estet memang senang sangat jumpa burung hantu ni. Sekarang dah pindah KL, memang dah tak jumpa burung hantu ni. Burung gagak banyaklah.
eh BM, pungguk dengan brung hantu tu sama ke
selalu dengar pepatah bagai pungguk rindukan bulan
bila tunjuk gambar, burung hantu
curious saya ni
apapun salam jumaat ye =)
baru tau burung hantu pandai menyamar seperti ini..tqvm BM..banyak lagi rupanya ketidak tahuan kathy tentang makhluk ciptaan Allah ini..
Burung hantu... dari namanya macam hantu... tak comei.. tapi sebenarnya burung hantu nie rupanya comel... dengam matanya... dengan bentuk mukanyaa... :D
Burung hantu dgn burung pungguk itu sama.. :)
Burung hantu ni sebenarnya jenis burung yg baik.. x memudaratkan pun malah klu dikebun2 sawit, khidmatnya juga diharap utk mengawal tikus. Lebih selamat menggunakan burung hantu daru ular utk mengawal sawit dari tikus.. Burung hantu ni pun sgt comel.. :)
Apa dah istilah tu, camouflage kan?
wahhh memang tak perasan itu burung hantu kalau tak tengok betul-betul
nice info...blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
Baru tau rupanya burung hantu pun bleh menyamar. Ingatkan chameleon ja. Hehe..
rupanya burung hantu pun pandai menyamar..
Seramlah tengok burung hantu ni BM...nway kenapa nama dia burung hantu ya?
Satu teknik penyamaran yang hebat. Kalau sekali pandang memang tak perasan.
ada beberapa perkara yang membuatkan akak suka dengan burung hantu. Pertama, bunyinya klasik, elegant dan sayup-sayup di udara menimbulkan satu suasana unik. Kedua, Ia adalah pemangsa yang low profile dan merupakan salah satu peracun biologi. Ke tiga, ia adalah jenis burung milik Harry Potter! Haha
teknik penyamaran dia memang bagus betul lah, suka mama entri ini. mama dulu masa mengajar tuisyen waktu malam, lalu di sawah padi, ada burung hantu melintas.. alamak, start tu ayah hantar pergi mengajar.. hihi
erk..??? tetiba terasa nama dipanggil. hehehe
biasa la.. student kalau x pernah jadi burung hantu x sah.. hehehe
dulu pernah angan2 teringin nak bela burung hantu. ala2 macam harry potter gitu.. hehehe..
tak pernah pon tgk burung hantu....wah pandai menyamar rupanya dia yer
Ia bukan bertukar warna tapi bijak mencari kesesuaian tempat dan latar sekeliling untuk "menghilangkan" diri.
Tidak tahu pula ye...kenapa namanya burung hantu, mungkin sebab matanya bersinar2 tu la kot...hehe
Betul tu...burung yg pemalu tetapi sgt berkesan/terbaik mengawal makhluk perosak secara semulajadi (mesra alam)...
Bezanya chemeleon boleh bertukar warna tetapi burung hantu bijak mencari kesesuaian dgn keadaan sekitar utk menyamar
Sebab seramlah... :)
Peminat Harry Potter rupanya... :)
Kat KL banyak orang jadi burung hantu...sebab tu burung hantu xde. :)
kalau berjaga malam pun burung hantu juga.. hehe.. aiza pernah tengok burung hantu di zoo je.. baru tahu ia pandi menyamar juga.. macam sumpah-sumpah juga la ya..
pandainya burung hantu menyamar..
Lama lama tengok comel pulak burung hantu ni....Yelah BM baru perasan yg burung ni ada muka mcm manusia yek!...
Hadis tu dulu masuk pereksa masa okje tingkstan 3 tau BM...jenuh hafal!
Pernah pegang sekali jer burunh hantu ni..bulunya sangat lembut..hehe
Assalamu'alaikum BM...apa khabar ^^
Terung satu terung selonggok,
Tanam bayam serai dan tamar;
Burung hantu siburung pungguk,
Dalam diam pandai menyamar.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”