Hadiah Lumayan Pusingan Akhir Piala Dunia 2014
Piala Jules Rimet
Demam Piala Dunia FIFA 2014 kini sudah bermula. Sebanyak 32 buah negara yang layak bertanding di Pusingan Akhir Piala Dunia di Brazil kali ini. Pasukan atau negara manakah yang akan menjadi Juara pada edisi kali ke 20 ini? Semuanya akan terjawab pada 13 July 2014 nanti.

Acara sukan kedua terbesar selepas sukan Olimpik ini bermula pada tahun 1930 dan diadakan setiap empat tahun sekali. Brazil merupakan negara terbanyak yang pernah mendakap Piala Jules Rimet iaitu sebanyak 5 kali dan Sepanyol merupakan negara terakhir yang memenanginya pada tahun 2010 di Afrika Selatan.

Selain dari hadiah Piala Jules Rimet yang menjadi rebutan, wang tunai yang amat lumayan juga menjadi habuan bukan hanya buat pemenang tetapi juga kepada setiap pasukan yang bertanding.

Pada tahun 2014 ini, FIFA menyediakan peruntukan yang amat besar dan lumayan sebagai hadiah kepada setiap pasukan di Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 ini. Setiap pasukan yang layak iaitu sebanyak 32 buah negara telah diberi USD1.5 juta sebagai persiapan pasukan untuk ke Rio, Brazil. 

Hadiah Lumayan Pusingan Akhir Piala Dunia 2014
32 pasukan di Pusingan Akhir Piala Dunia 2014

Hadiah lumayan setiap pasukan di Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 :

  • Bagi 16 pasukan yang tersingkir diperingkat kumpulan, akan menerima sebanyak USD8 juta.
  • Bagi 8 pasukan yang tewas di pusingan kalah mati, akan menerima sebanyak USD9 juta
  • Bagi 4 pasukan yang tewas di suku akhir, akan menerima sebanyak USD14 juta
  • Pasukan tempat ke 4 akan menerima sebanyak USD20 juta
  • Pasukan tempat ke 3 akan menerima sebanyak USD22 juta
  • Pasukan Naib Juara akan menerima USD25 juta
  • Pasukan Juara akan menerima USD35 juta

Anda kiralah sendiri berapa banyak jumlah wang hadiah yang diperuntukan oleh FIFA pada pertandingan bola sepak Pusingan Akhir Piala Dunia 2014 ini. Kalau ditukar kepada RM...billion jumlahnya! Namun semua hadiah ini hanyalah kecil berbanding pulangan lumayan yang akan diperolehi dari penganjuran pertandingan Piala Dunia ini yang pastinya mencecah angka berbilion USD!

Hadiah Lumayan Pusingan Akhir Piala Dunia 2014
Bola Sepak - Piala Dunia - Industri - Fenomena 

Begitu besar sekali pengaruh sukan bola sepak ini sehinggakan ianya telah menjadi satu industri yang teramat besar nilainya. Bukan sekadar sukan tetapi meliputi pelbagai industri lain seperti pembinaan, pelancongan, penyiaran, peralatan, fesyen, hiburan, kedai makan dan sebagainya yang mampu memberi lonjakan ekonomi dan pulangan besar kepada mereka yang terlibat. 

Semuanya ini adalah sumbangan dari setiap individu di dunia ini yang meminati dan mengambil kisah tentang acara sukan No. 1 di dunia ini. Selain limpahan rezeki, pertandingan akhir piala dunia ini membawa fenomena yang luarbiasa. Mengeratkan perpaduan dan mungkin juga menjadi permusuhan. Merubah suasana malam dan juga jadual harian. Suasana berbeza yang hanya terlihat setiap 4 tahun sekali... 

Bilakah agaknya Malaysia akan dapat beraksi di Pusingan Akhir Piala Dunia ini dan meraih hadiah lumayan yang ditawarkan ini?  Mmmmm....


Dapatkan juga jadual lengkap setiap perlawanan Piala Dunia di SINI
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

13 comments - "Hadiah Lumayan Pemenang Pusingan Akhir Piala Dunia - Brazil 2014"

Aku Penghibur delete icon 10:25 PTG

wow ..syoknya..excited esok kumpulan B mula

paridah delete icon 10:43 PTG

suka masing2 bila tiba musim bola piala dunia ya...

ANIM delete icon 11:55 PTG

USD8 juta...dok membilang bila conver to RM..huhu

PakMail delete icon 12:17 PG

Sewaktu muda dahulu peminat yang agak tegar juga. Sanggup menonton sehingga pagi. Tetapi kali ini dan beberapa siri World Cup yang lalu tidak tegar lagi. Pagi-pagi tengok result sahaja atau tanya anak-anak.

Nao Mei delete icon 12:36 PG

Memang hebat hadiah piala dunia nie kan.
Tak rugi dia orang menyertai.
Kitz malaysia hanya mampu menyokong kot uncle.
Tapi banyakkan berdoa mana tau malaysia boleh masuk bertanding kan.
Di mana ada usaha Di situ langkah menyusuli hihi

sbb tu ramai wanita nak himpit pemain bola sepak...tido atas duit hehe

Khir Khalid delete icon 8:55 PTG

Saya sokong germany, tp sejak kebelakangan ni kurang menyengat... untung menang dpt 35 juta.. usd pulak tu...

Akif Imtiyaz delete icon 11:16 PTG

Hehehee banyak banyak ... Kalau ler kita yang dapat hahahaa ..berguling2 kat atas duitla jawapnyerr BM..

Brrrr...bilalah Malaysia nak dapat masuk agaknya, kan...

Pertandingan yang paling prestej dalam sejarah piala dunia, sudah pastilah hadiahnya juga terbaik.

go germany..

Fiza Rahman delete icon 3:40 PTG

Yg tersingkir pon dapat jugak. Perghhhh...memang lumayan tu.

Kaya la kalau dapat duit sebanyak tu.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap