بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap dari kita pasti punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Itulah yang membezakan diri setiap manusia.
Begitulah juga dengan blog. Jika anda lihat, dari berjuta-juta blog yang wujud di dunia maya ini, setiap satunya punya perbezaan dan kelainan yang tersendiri.
Adakah sesebuah blog lain yang 100% serupa dengan blog anda? (Lupakan tentang blog copy and paste) Perbezaan dari sudut pandangan paparan sudah jelas menampakkan kelainan. Apatah lagi isi kandungannya, lagilah jelas berbeza. Setiap perbezaan inilah sebenarnya menunjukkan keistimewaan, kemahiran, kekuatan dan juga kelemahan seseorang blogger.
Kebebasan yang sebenarnya menguji dan memerangkap kita agar tidak terbabas dari garis sempadan agama dan undang-undang. Kebebasan yang sewajarnya tidak kita ambil kesempatan kerana setiap orang itu tidak dikurniakan bakat dan kemahiran di semua bidang.
Oleh itu wajarkah kita menulis tentang semua topik dan cerita? Perlukah kita merebut semua peluang bisness online yang ada? Perlukah kita melakukan apa juga yang blogger lain lakukan?
Begitulah juga dengan blog. Jika anda lihat, dari berjuta-juta blog yang wujud di dunia maya ini, setiap satunya punya perbezaan dan kelainan yang tersendiri.
Adakah sesebuah blog lain yang 100% serupa dengan blog anda? (Lupakan tentang blog copy and paste) Perbezaan dari sudut pandangan paparan sudah jelas menampakkan kelainan. Apatah lagi isi kandungannya, lagilah jelas berbeza. Setiap perbezaan inilah sebenarnya menunjukkan keistimewaan, kemahiran, kekuatan dan juga kelemahan seseorang blogger.
Kebebasan Berblogging
Seseorang blogger punya hak untuk menerbit apa jua topik entri yang diinginkan. Tiada sekatan, syarat atau limit untuk anda berbicara.Kebebasan yang sebenarnya menguji dan memerangkap kita agar tidak terbabas dari garis sempadan agama dan undang-undang. Kebebasan yang sewajarnya tidak kita ambil kesempatan kerana setiap orang itu tidak dikurniakan bakat dan kemahiran di semua bidang.
Oleh itu wajarkah kita menulis tentang semua topik dan cerita? Perlukah kita merebut semua peluang bisness online yang ada? Perlukah kita melakukan apa juga yang blogger lain lakukan?
Tamak Punca Kegagalan
Amat tertarik dengan pandangan blogger otai ini, "Kenapa kita mesti buat sesuatu yang kita tahu ianya adalah kelemahan kita, bukankah lebih baik kita fokus kepada sesuatu yang ianya adalah kekuatan kita?" Mungkin ianya boleh kita renung dan bincangkan bersama.Pastinya kita tahu akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Kita juga tahu akan kemahiran diri sendiri. Oleh itu kenapa kita mesti menerbitkan topik entri yang di luar dari bidang malah tidak ada langsung kaitan, pengetahuan dan ilmu tentangnya?
Melihat kejayaan demi kejayaan blogger dalam menjana pendapatan, kita pun teruja untuk menjadi seperti mereka tetapi kita langsung tidak ada kemahiran melakukannya. Kenapa mesti kita lakukan juga? Ya! Tidak salah mencuba tetapi wajarkah mencuba dengan membuta tuli tanpa sebarang ilmu dan panduan? Inilah sebenarnya yang membawa diri kita kepada kegagalan dan kekecewaan.
Gunakan Kelebihan Atasi Kekurangan
Blog kita adalah hak dan wajah kita. Oleh itu kita mesti yakin dan tetap dengan pendirian serta keyakinan diri. Jangan terlalu mudah terpengaruh lalu dengan mudahnya mengikut orang lain. Guna serta fokuskan kepada kekuatan dan kemahiran diri untuk menjadikan blog kita istimewa, unik, berbeza dan tersendiri.Jika kita mahir tentang kehidupan dan perkongsian kekeluargaan, perlukah juga kita menulis tentang gossip artis? Perlukah juga kita memilih membuat bisness affiliate tentang teknik SEO? Bukankah semua itu umpama menipu diri sendiri dan pembaca kita!
Apabila kita sering membicarakan sesuatu yang kita minat, mahir dan mengikut citarasa tersendiri, ianya dengan mudah membina niche, jenama, repotasi dan persona yang akan menyerlahkan keistimewaan dan keunikan blog serta diri kita sendiri.
Jika kita masih mahu juga melakukan sesuatu yang bukan dalam bidang dan kemahiran, ianya bukanlah pula menjadi satu kesalahan. Sesetengah dari kita memang sukakan cabaran. Namun apa yang penting sebelum memulakan langkah, carilah ilmu dan pengetahuan terlebih dahulu. Belajar dan fahamilah sedalam-dalamnya kerana ingatlah jangan sampai kita menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus kehadapan.
Kunci Kejayaan Blogger
Oleh itu kita perlu bijak dalam memilih kerana pilihan yang tepat mengikut kekuatan serta kemahiran sahaja yang mampu membawa kepada kejayaan.Kita tidak menipu pembaca. Kita tidak memberikan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan dan kita juga mampu berbicara dengan mudah dan ikhlas kerana ianya adalah kemahiran kita. Carilah ilmu dan tingkat pengetahuan serta kemahiran jika adanya kekurangan.
Untuk menjadi seseorang (blogger atau apa jua kerjaya) yang berjaya, kita mestilah tetap dengan pendirian kerana itulah yang akan membuatkan orang lain hormat serta yakin dengan kita.
Fokus kepada sesuatu bidang atau perkara yang kita mahir dan menjadi kekuatan diri. Jangan sesekali menipu diri sendiri dan ikhlas serta amanah dalam menunaikan tanggungjawab.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
15 comments - "Tetapkan Pendirian Dan Fokus Pada Kekuatan Diri"
blog kita..wajah kita..mencerminkan peribadi si pemiliknya...
Assalammualaikum... BM,
kekadang mselim3 suka visit sini baca2 entry BM... BM seolah2 pakar motivasi yang boleh membuatkan berblog nie jadi seronok kan.... berblog nie memang letih , tp jadi seronok jika ada kekawan yang support motivasi .. macam entry nie. Pengakuan jujur nie.. orait bagus. keep up..
mselim3
BERBLOG DGN NIAT IKHLAS MENGGEMBIRAKAN DIRI ...HEH..HEH..KEKUATAN DIRI N ILMU YG ADA SIKITLAH PULAK TAPI MENDENGAR KEJAYAAN KAWAN2 BLOGGER YG HEBAT MMG MENGUJAKAN..
setuju sangat BM..tak perlu jadi orang lain..blog kita adalah wajah kita..
saya rasa entry ni macam ditujukan pada saya pula...hehe
apapun BM terima kasih untuk peringatan tu
memang ada keinginan untuk menjadi seperti orang lain
tapi saya juga kelemahan saya, so saya teruskan apa yang saya ada je
lambat ke cepat, rezeki =)
Betul tu BM. Akui kelemahan dan lakukan perkara yang menjadi kelebihan kita..:)
entry bagus nie
Betul apa yg diperkatakan tu.. bagi saya, blog ni umpama ladang yg dapat menyemai perkara yg saya tahu kepada yg lebih baik.. klu sesuatu perkara tu saya tiada pengalaman, saya kurang nak sentuh lagi setakat ini. Apa pun, blog sememangnya terbukti berkesan sebagai tapak sokongan kerjaya disamping menambah pendapatan berpandukan pengalaman yg ada, in shaa Allah. T kasih atas perkongsian ini BM.. :)
Yang penting enjoy jadi bloggers,,Tak perlu hipokritkan BM..
perkongsian yg bagus
hmm..seperti biasa ,menarik...
setuju sgt, tpi skang ni mmg x bleoh nak fokus sgtlah BM, kerja bertimbun2 , kdg sampai ke rumah x abis lag, redha ajelah !
Betul 3x. Mekasih atas perkongsian dan peringatan.
Betul tu...tak perlu jadi orang lain..hipokrit..jadilah diri sendiri...
Suka dgn ayat tuan BM yang tersusun, menarik dan sungguh bermotivasi. Cari dan tampilkan kekuatan diri, okey.. terima kasih tuan BM! Saya betul2 respek dgn blog relakssminda ni.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”