بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Greenhouse Effect |
Kehadiran gas-gas ini adalah untuk menyekat sebahagian haba agar tidak kesemuanya terbebas ke angkasa. Gas-gas ini biasanya dikenali sebagai gas rumah hijau dan kewujudannya adalah untuk membantu mengekalkan dan menstabilkan suhu bumi.
Secara ringkas, ia adalah satu proses semula jadi yang membuat suasana bumi tepat untuk semua bentuk kehidupan untuk hidup dan berkembang. Namun oleh kerana gas-gas ini semakin bertambah ianya telah menjadi perangkap sehingga menyekat terus haba dan tenaga yang menyebabkan suhu bumi meningkat.
Rumah Hijau
Ini bukan yang dimaksudkan dengan Rumah Hijau! |
Manakala sinaran matahari pada frekuensi cahaya yang boleh dilihat sebahagian besarnya melalui atmosfera untuk memanaskan permukaan bumi yang kemudiannya memancarkan tenaga pada frekuensi yang rendah sinarannya melalui haba infra merah. Radiasi inframerah telah diserap oleh gas rumah hijau yang seterusnya memancarkan semula tenaga tersebut ke permukaan bumi dan atmosfera dengan radiasi yang lebih rendah.
Mekanisme ini dinamakan sebagai kesan radiasi matahari yang melalui kaca rumah hijau tetapi cara ia mengekalkan haba adalah berbeza dimana rumah hijau juga berfungsi mengurangkan aliran udara dengan mengasingkan udara panas di dalamnya yang membuatkan kepanasannya tidak hilang oleh perolakan.
Mekanisme ini dinamakan sebagai kesan radiasi matahari yang melalui kaca rumah hijau tetapi cara ia mengekalkan haba adalah berbeza dimana rumah hijau juga berfungsi mengurangkan aliran udara dengan mengasingkan udara panas di dalamnya yang membuatkan kepanasannya tidak hilang oleh perolakan.
Suhu sebenar permukaan bumi adalah kira-kira -18°C. Dengan adanya rumah hijau ini, maka suhu permukaan bumi adalah dalam lingkungan 15°C yang membuatkan bumi sesuai dihuni oleh semua hidupan.
Manusia Meningkatkan Kesan Semulajadi Rumah Hijau
Kesan Rumah hijau akibat pencemaran |
Kebanyakan haba dan tenaga yang terperangkap di atmosfera bumi oleh gas-gas rumah hijau. Ianya telah memanaskan bumi namun lebihan haba dan tenaga akan terlepas bebas ke ruang angkasa.
Walau bagaimanapun, aktiviti manusia, terutamanya pembakaran bahan api fosil dan pembukaan hutan serta pencemaran udara telah meningkatkan kesan rumah hijau semula jadi ini.
Gas-gas yang dilepaskan terutama CO2 telah terperangkap di atmosfera bumi lalu menjadi penghalang kepada pelepasan lebihan kepanasan untuk keluar. Ini diburukkan lagi dengan penipisan lapisan ozon yang sebelum ini dapat menghalang radiasi haba dari sinaran matahari. Inilah punca kenaikan suhu yang mengakibatkan masalah pemanasan global.
Gas-gas yang dilepaskan terutama CO2 telah terperangkap di atmosfera bumi lalu menjadi penghalang kepada pelepasan lebihan kepanasan untuk keluar. Ini diburukkan lagi dengan penipisan lapisan ozon yang sebelum ini dapat menghalang radiasi haba dari sinaran matahari. Inilah punca kenaikan suhu yang mengakibatkan masalah pemanasan global.
Pemukaan Bumi Semakin Panas
Hari ini, istilah kesan rumah hijau telah menandakan kenaikan yang tidak sepatutnya di dalam suhu atmosfera bumi hanya kerana angkara buatan manusia. Jika kesannya menjadi lebih buruk, maka atmosfera bumi boleh menjadi lebih panas daripada suhu purata. Walaupun dengan kepanasan yang lebih sedikit, ianya boleh menyebabkan masalah besar kepada kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan selain dari ketidakstabilan cuaca dan iklim dunia.
Aktiviti manusia secara langsung atau tidak langsung telah menyebabkan kepekatan gas-gas rumah hijau utama meningkatkan dengan ketaranya. Peningkatan ini menyebabkan kenaikan haba yang membawa kesan rumah hijau dan seterusnya membuatkan bumi ini lebih panas.
Beberapa penyelidik menganggarkan bahawa suhu purata bumi telah meningkat sebanyak 0.3-0.6° Celsius. Ramalan kenaikan yang membimbangkan iaitu lebih kurang 1 hingga 3° Celsius lebih tinggi daripada hari ini pada pertengahan abad yang akan datang.
Kini terpulang kepada kita... Adakah kita mahu keadaan bumi menjadi seperti planet Venus!? Perlakuan dan tindakan kita hari ini menjadi penentu kepada kesejahteraan hidup buat generasi masa hadapan.
Planet Venus ( image by NASA): Kadar kepekatan CO2, 96%. Purata Suhu permukaan : 450°C, | |
Planet Earth (image by NASA): Kadar kepekatan CO2, 0.038 % Purata Suhu permukaan : 15.5°C. |
Artikel ini diterbitkan sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2014
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Kesan Rumah Hijau - Greenhouse Effect
19 comments - "Memahami Kesan Rumah Hijau - Greenhouse Effect"
Suka kakak dgn N3 ini - bagaikan sebuah article yg memberi kesedaran kepada semua kita yg lalai. Indahnya kalau semua kita dpt mempraktikkan yg terbaik demi kebaikan semua juga. Kalaulah kawasan rumah kakak luas kakak pun mahu membina rumah hijau yang banyak pokok-pokok cantik. Buat rumah kediaman litup pokok jadi 'rumah yg hijau' pun cantik juga kan. Sejuk dan tak payah cat rumah hihi...
sampai bila MASM ni BM?
banyak juga saya belajar sejak beberapa hari dulu melalui entry di sini
entry yg bagus utk dikongsi
kalau dapat sebiji rumah mcm ni kan best. hehehe. lg2 KA suka yg green2 ni
Siapa tahu bumi mungkin sepanas venus suatu masa nanti..
asalam ..huuuu! yang hijau penuh tu ..agak2 tak sesak nafas ke ..wow!!!
Baru la paham.selama ni x paham sangat pun kesan rumah hijau ni
perlu hijau yg merimba utk elak kesan rumah hijau...
saya suka dgn rumah yg dikelilingi kehijauan ... jiwa kg nih ...
Berkebun mmg antara aktiviti lapang kegeman saya, namun ia belum dpt membantu menyelamatkan bumi lagi. Apa pun, bersamalah kita hargai bumi kita utk kebaikan generasi hadapan...
Memang sekarang nie terasa betul dunia nie panas... dulu2 pagi2 ada gak kabus... sekarang nie susah nak nampak...
Sama-sama menjaga alam sekeliling untuk anak-anak masa depan
Gambo tu mmg betul rumah hijau tu hehe....penuh rumput hijau.....
So maksudnya wujudnya rumah hijau ni tak berapa baguslah yek....konfius mak Jilap tau....huhu
Kekadang blog hang yg versi baru susahlah nak tengok entri previouslah......lebih lagi bw guna hp...huhu
Tangan manusia jg yang menyebabkannya. Hmmm..
Thanks atas perkongsian. Suka tgk rumah yg penuh dengan dedaun hijau tu ☺
Orang cakap rumah yang dikelilingi tumbuhan hijau akan menyejukkan suasana dan menyejukkan mata...
Rata2 perumahan dibandar dan dikampong2 sekarang ni dibuat dari batu konkrit...panas... sesekali kita masuk kehutan atau tempat2 perkelahan yang masih banyak pokok2 kan rasa sedikit nyaman dan sejuk...
Subhanallah...
salah satu sebab kenapa paras air makin naik dan bencana banyak berlaku...kadang2 kesedaran pasal rumah hijau ni masih belum meluas dan dipertemehkan oleh orang...yg menanggungnya nnt ialah generasi akan datang..
suka sangat dengan info ni :) :d x-)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”