بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Keselesaan Itu Nikmat Tetapi Juga Ujian |
Apabila kita selesa dalam sesuatu keadaan, ianya tidak akan berkekalan dan bila sampai masanya kita perlu juga bertukar atau berubah. Mungkin perubahan itu menjadi amat sukar untuk kita terima kerana kurangnya persediaan untuk menempuhinya.
Agak sukar melakukan perubahan apabila kita sudah terlalu selesa tetapi perlulah mengakui bahawa kehidupan ini umpama roda. Tidak mungkin kita akan sentiasa berada diatas, ada ketikanya kita akan tergolek kebawah dan mungkin tertindih oleh roda.
Begitu juga dengan jalan yang kita lalui, tidak akan selamanya lurus dan rata. Ada masanya kita akan melalui jalan yang bengkang bengkok, tinggi dan rendah serta belopak dan beralun.
Sampai satu ketika pula, kita pasti akan berjumpa dengan simpang. Adakah kita akan mengikut simpang yang dilalui ramai orang atau memilih laluan berbeza yang anda yakin ianya adalah terbaik?
Kehidupan yang terlalu selesa membuatkan kita lalai. Kita mudah terlupa dan leka dibuai dengan keselesaan. Kita takut untuk membuka langkah untuk bersedia bergerak keluar dari keselesaan sehinggalah keselesaan itu berlalu pergi barulah akan terkapai-kapai.
Hidup dalam keselesaan itu nikmat tetapi sebenarnya ia adalah juga satu ujian. Ujian untuk kita tidak lalai dan leka. Sentiasa mengingati akan suatu ketika keselesaan itu akan pergi juga. Keselesaan itu satu rahmat, masa untuk kita mengumpul segala bekalan serta kekuatan untuk kita menempuh setiap dugaan yang akan mendatang.
Oleh itu bersyukurlah... Ingatlah kepada yang satu...kerana Dialah yang memberi segala keselesaan dan dugaan... Sesungguhnya setiap kurnianNya ada hikmah dan rahmat dariNya bagi mereka yang beriman dan beramal soleh...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Keselesaan Itu Nikmat Tetapi Juga Ujian
15 comments - "Keselesaan Itu Nikmat Tetapi Juga Ujian"
Saudara BM,
Benar. Keselesaan itu suatu nikmat dan juga ujian. Bersyukurlah apabila menerima nikmat keselesaan dan bersabarlah apabila ditimpa ujian.
mahu tidak mahu terpaksa juga hadapi ujian tersebut..
ujian perlu utk menyedarkan kita betapa hidup umpama roda yg berpusing...bila kita berjaya menempuhinya..barulah sedar betapa nikmatnya hikmah disebalik ujian tersebut..
Betul..bukan kesusahan saja adalah ujian,kesenangan dan keselesaan pun adalah ujian dari Allah jua..
Keselesaan & kesukaran adalah dua ujian dari Allah. Kita selalu terbayangkan yang kesukaran itu ujian yang hebat. tapi sebenarnya keselesaan itulah lagi hebat coz itu yang selalu membuat kita lupa...
Manusia sentiasa menyangka ujian itu adalah bila kita sakit sahaja..
sebagi peringatan. kesenangan lebih mudah buat kita lupa, masa susah baru kita teringat nak mintak tolong, mohon dan sebagainya.
ujian keselesaan membuatkan kita sentiasa berharapan sedangkan ujian kesakitan menyebabkan kita hanya bergantung kpd-Nya...
Assalamualaikum BM...memang benar keselesaan itu nikmat yg dtg bersama ujian.
tiba2 teringat dialog apek dalam madu tiga...
hidup susah, mati pun susah...
mudah2an..andai kita diberi oleh Allah, kenikmatan dan keselesaan hidup, ingatlah akan kata2
"orang kaya yang bersyukur lebih utama dari orang miskin yang bersabar"
banyak jenis ujian yg kita akan jumpa dn lalui . segalanya adalah bertujuan utk menguji keimanan kita kepada Nya .
Wan setuju dengan entry ni.
Keselesaan itu adalah nikmat sementara kerana dalamnya adalah ujian utk membuktikan bhw kita hamba yg bersyukur atau sebaliknya. Bukan itu saja, ia mahu membuktikan juga samada kita betul2 prihatin dgn org yg memerlukan dan juga sentiasa berterima kasih atas apa yg diperolehi. Keselesaan yg diterima itu bukan kekal dan bila2 masa akan hilang. Itulah sifat benda2 dunia.
Betul tu.. ada yg diuji dgn kegagalan, kesusahan & kesakitan, namun ada juga yg diuji dgn kejayaan, kesenangan & kesihatan... wallahualam.. Subhanallah
menarik entry ni BM, saya setuju sangat
kadang keselesaan buat kita alpa
p/s - eh BM enrty yang pasal berjalan kaki lalu highway tu habis gitu aje ke?
Segala ujian Nya lagi mengajar kita untuk terus muhasabah diri dan untuk kita lebih kuat dan berdikari....
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”