بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana kita boleh menyemaikan rasa cinta kita kepada alam sekitar? Sebenarnya ia perlu penerapan yang sama seperti cintanya kita kepada seseorang.
"Tak kenal maka tak cinta..." jelas sekali, sebelum kita mencintai seseorang sudah pasti kita perlu mengenalinya terlebih dahulu. Oleh itu untuk mencintai alam sekitar, kita juga perlu mengenali dan memahami tentang alam sekitar.
Alam sekitar memeliputi segala benda bernyawa dan tidak bernyawa yang wujud secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi dua komponen utama:
Apabila semakin kita mengenali dan memahami alam sekitar pastinya akan timbul rasa cinta dan sayang yang mendalam. Alam sekitar berperanan memberi kehidupan yang lebih sempurna, sihat, aman dan sejahtera kepada kita. Melalui kecantikan dan keindahannya memberi ketenangan, kedamaian dan inspirasi di hati dan minda.
Antara amalan mudah menjaga dan memelihara alam sekitar adalah :
Antaranya menikmati kesejukan air terjun, mendaki gunung, bercanda di tepian pantai, menyelam ke dasar laut dan banyak lagi lokasi alam semulajadi yang boleh kita nikmati. Harus diingat tujuan kita... bukan sekadar merasai dan menikmati alam sekitar ini tetapi menjaga dan memeliharanya kerana kita tidak akan sesekali memusnahkan dan mencacatkan sesuatu yang kita cintai.
Diciptanya kita sebagai ciptaan teristimewa yang punya akal dan nafsu sebagai khalifah di muka bumi ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk menjaga dan memelihara setiap ciptaanNya. Maka mencintai alam sekitar samalah seperti kita mencintai penciptanya. Hanya Dia yang satu... Maha Mencipta dan Maha Bijaksana... Allah SWT.
"Tak kenal maka tak cinta..." jelas sekali, sebelum kita mencintai seseorang sudah pasti kita perlu mengenalinya terlebih dahulu. Oleh itu untuk mencintai alam sekitar, kita juga perlu mengenali dan memahami tentang alam sekitar.
Alam sekitar memeliputi segala benda bernyawa dan tidak bernyawa yang wujud secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi dua komponen utama:
- Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan dan sebagainya. Juga meliputi fenomena semula jadi yang berlaku.
- Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, api, iklim, tenaga, sinaran, cas elektrik dan graviti yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Cinta Dari Pandangan Mata
"Dari mata turun ke hati..." Maka lihatlah akan keindahan alam ini. Sudah menjadi lumrah naluri setiap manusia pasti akan suka dan terpikat dengan kecantikan. Namun keindahan alam ini belum cukup dapat menimbulkan rasa cinta yang mendalam. Hilang sahaja dari pandangan mata, tiada perasaan sayang dan kesedihan kerana rasa cinta yang sebenar-benarnya datang dari hati setelah mengenali dan memahami kepentingannya kepada kehidupan kita.Mengenali Dan Memahami Cinta
Lihatlah alam disekelililng kita. Kenapa perlu ada pokok, binatang, lembah, bukit, gunung, sungai, tasik dan sebagainya? Kenali fungsi setiap satu darinya. Lihat pula kepada bencana-bencana alam yang berlaku. Kenapa dan bagaimana boleh berlakunya bencana ini? Fahami kepentingan alam sekitar ini dalam kehidupan kita.Apabila semakin kita mengenali dan memahami alam sekitar pastinya akan timbul rasa cinta dan sayang yang mendalam. Alam sekitar berperanan memberi kehidupan yang lebih sempurna, sihat, aman dan sejahtera kepada kita. Melalui kecantikan dan keindahannya memberi ketenangan, kedamaian dan inspirasi di hati dan minda.
Menjaga Dan Memelihara Cinta
Apabila cinta sudah mula berputik dihati maka barulah timbulnya rasa sayang dan ikhlas untuk menjaga dan memeliharanya. Memelihara alam sekitar bukan sekadar perlu dilakukan oleh pihak berwajib dan secara besar-besaran. Kita juga mampu melakukannya diruang lingkup persekitaran kita.Antara amalan mudah menjaga dan memelihara alam sekitar adalah :
- Sampah dan sisa buangan dibuang di tempat yang betul.
- Kurangkan pembaziran sisa buangan.
- Mengasingkan sampah mengikut jenis dan amalkan kitar semula.
- Mengindah dan menghijaukan kawasan sekitar rumah.
- Menanam lebih banyak pokok dan berkebun untuk keperluan sendiri.
- Gunakan baja kompos dan organik.
- Penjimatan tenaga dan air
- Gunakan peralatan mesra alam yang tidak mencemarkan.
Cinta Semakin Mendalam
Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cita kepada alam sekitar, selalulah kita bersamanya. Kunjungilah tempat-tempat alam semulajadi yang indah, nyaman, segar dan menenangkan ini. Beriadah bersama keluarga sambil menikmati keistimewaan dan keindahan alam sekitar yang kita cintai.Antaranya menikmati kesejukan air terjun, mendaki gunung, bercanda di tepian pantai, menyelam ke dasar laut dan banyak lagi lokasi alam semulajadi yang boleh kita nikmati. Harus diingat tujuan kita... bukan sekadar merasai dan menikmati alam sekitar ini tetapi menjaga dan memeliharanya kerana kita tidak akan sesekali memusnahkan dan mencacatkan sesuatu yang kita cintai.
Cinta Alam Sekitar - Cinta Kepada Pencipta
Alam sekitar yang indah dan sempurna ini dicipta lengkap untuk kehidupan semua makhluk dimuka bumi ini. Setiap satu darinya punya fungsi dan peranan yang tersendiri dan penting untuk kestabilan alam. Jika kita lihat dan fahaminya... pasti akan mengagumi kebijaksaaan dan kekuasaan pencipta diri kita dan alam ini.Diciptanya kita sebagai ciptaan teristimewa yang punya akal dan nafsu sebagai khalifah di muka bumi ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk menjaga dan memelihara setiap ciptaanNya. Maka mencintai alam sekitar samalah seperti kita mencintai penciptanya. Hanya Dia yang satu... Maha Mencipta dan Maha Bijaksana... Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Al-Tirmizi)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Menyemai Cinta Alam Sekitar
15 comments - "Menyemai Cinta Terhadap Alam Sekitar "
Cintailah alam sekitar... lapisan ozon semakin menipis....
MashaAllah .. cantiknya kan alam kita. InshAllah bersma menjaganya terutama sekali untuk generasi skrg dan akan datang.
Jemput singgah blog saya ya asyrafanisah.blogspot.com
Ozon semakin menipis...cuaca menjadi tidak menentu...
Semoga ada kesedaran utk menjaga dan memelihara alam sekitar dalam hati setiap orang...
Cik akak memang sesuai utk menyemaikan rasa cinta dihati setiap insan untuk mencintai alam sekitar... :)
Alam sekitar semulajadi mmg menyamankan.. udaranya pun sejuk. Skrng ni mmg agak sukar nak dapatkan suasana udara yg mcm tu. Semoga bersama kita semua sentiasa menghargai & mencintai alam sekitar.. Perasaan cinta itu mmg sentiasa perlu dipupuk bermula dgn diri kita sendiri.
cantik gambar-gambar di atas tu... sedap mata memandang, rasa damai. Alam sekitar kita tanggungjawab kita...
Sesunggunhnya Allah jadikan dunia ini cantik dan subur.. tetapi tangan2 manusia itu sendiri yang merosakkannya... malang bagi mereka yang tidak tahu bersyukur..
Hijau..menenangkan..menjadi terapi mata..
sungguh indahnya alam kita ini,,
Cintailah alam sekitar kita..
Hijau yang menenangkan..
cantiknya alam ni kan BM
kalau manusia tak mampu menjaganya, memang hilanglah semua ni
selalu dok ajar anak-anak jangan buang sampah merata
sampai afif pun selalu kata, "kalau buang sampah bersepah, nanti bumi tak cantik kan mama" =)
Infonya menarik jadi dapat ilmu tambahan,,makasih gan saya tunggu informasi selanjutnya
terima kasih atas perkongsian. banyak info berguna.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”