بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tingkatkan Kreadibiliti Lambang Keperibadian Blogger
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai seorang blogger, kita tidak dapat menghindar daripada isi kandungan blog disalin atau copy & paste. Ada diantaranya boleh kita kesan dan ada diantaranya tidak boleh.

Jika disalin sebahagiannya sahaja atau diolah semula, kita mungkin sukar untuk mengesannya tetapi jika ianya disalin seratus peratus, ianya amat mudah dikesan.

Selalunya yang menyalin bulat-bulat ini tanpa kebenaran atau memberi kredit kepada entri asal, ianya pasti akan membangkitkan rasa marah dan geram kepada pemilik asal.

Apatah lagi terselit di entri tersebut akan gambar peribadi atau keluarga yang dikuatiri mungkin mendatangkan fitnah dan syak wasangka pula.

Ilmu Dikongsi Bersama

Memang benar, entri blog untuk dikongsi bersama. Jika tidak masakan ianya diterbitkan di blog yang punya kuasa untuk sebaran secara meluas dan tanpa sempadan tetapi tiada sekatan untuk aktiviti menciplak dari berlaku. Ini juga wajar difahami dan perlu diterima oleh setiap blogger.

Tingkatkan Kreadibiliti Lambang Keperibadian BloggerYa! Sebarkanlah selagi ianya memberi kebaikan dan manfaat bersama namun jika ianya disalin dan disebarkan semula, berilah kredit sebagai tanda terima kasih di atas usaha mereka yang mengarang artikel tersebut. Ianya juga untuk mengelakkan anda dari mendapat susah dikemudian hari.

Keperibadian Seorang Blogger

Seorang blogger yang dihormati dan beretika pasti sesekali tidak akan menyalin sesebuah artikel blogger lain tanpa kebenaran atau tanpa memberi kredit kepada artikel asal.

Inilah yang membezakan antara seseorang blogger yang punya keperibadian mulia dan terpuji dengan blogger yang bersikap sebaliknya yang hanya tahu untuk mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

Jadilah blogger yang beretika dan menghargai hak serta karya orang lain. Melalui sikap dan budi pekerti inilah sebenarnya melambangkan keperibadian dan maruah seseorang blogger. Tiada ruginya malah memberi manfaat bersama serta meningkatkan kreadibiliti anda dimata orang lain sebagai seorang blogger dan insan yang berwibawa dan dihormati...

Copies Activities @ Relaks Minda

Tingkatkan Kreadibiliti Lambang Keperibadian Blogger
Kandungan relakssminda.blogspot.com yang di salin dalam tempoh sebulan (28 Dec 2014 ~ 26 Jan 2015)
Selalunya dalam satu bulan lebih kurang 5K total copies tetapi sepanjang sebulan lepas, lebih dari 6.7K aktiviti copies direkodkan di Blog Relaks Minda. Terima kasih kepada yang menyalin... semoga ianya digunakan untuk kebaikan serta memberi manfaat buat anda dan orang lain.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

19 comments - "Tingkatkan Kreadibiliti Lambang Keperibadian Blogger"

Salam BM, nak check entri copy paste ni nak check kat mana yer? Curious jugak, mana la tau kot-kot blog saya pun ada orang copypaste juga. hehe

Fara delete icon 4:43 PTG

saya prefer tulis sendiri walaupun kadang2 blank takde idea nk tulis apa... tapi ada gak saya copy contohnya lirik lagu atau doa-doa.. selalunya paste ke word untuk kegunaan sendiri (i.e printing)
----
Fara ---> Pesta Buku Selangor 2015 di SACC Shah Alam

Fara delete icon 4:44 PTG

saya prefer tulis sendiri walaupun kadang2 blank takde idea nk tulis apa... tapi ada gak saya copy contohnya lirik lagu atau doa-doa.. selalunya paste ke word untuk kegunaan sendiri (i.e printing)
----
Fara ---> Pesta Buku Selangor 2015 di SACC Shah Alam

Unknown delete icon 6:17 PTG

dah malas nak cek ... lantaklah kan . ikhlaskan je lah .

HAMIDIsP delete icon 6:31 PTG

Betul tu BM. Copy paste tanpa di'link'kan sumber asal sama la dengan pencuri, berdosa..

jie susanos delete icon 8:50 PTG

nmpaknya byk entry bm kena copy..susahnya main2 dgn org yg tiade sifat2 blogger sejati ni..hihi..mcm kena pada diri plak..

Unknown delete icon 8:52 PTG

macam mn nk semak orang copie tu erkk

terima kasih BM.... saya akan berusaha menilai entry saya dari semasa ke semasa dan memperbaikki... memang saya ada janji takkan ciplak idea orang lain... tapi kalau terciplak tu biasanya takder kena mengena dengan peribadi dan idea orang lain...

terima kasih untuk peringatan. Tak pandai sangat lah nak buat entry copy paste, kalau ada tu mungkin tidak sengaja atau atas kebenaran...

Tanpa Nama delete icon 9:28 PG

salam jumaat. thanks for sharing

paridah delete icon 9:53 PG

HEH..HEH..KAK SUKA JG COPY PASTE KARYA KWN2 DGN IZIN MRK ..TJUANNYA MNYEBARLUASKN LAGI IDE2 MRK YG BERNAS...

BinMuhammad delete icon 11:34 PTG

Boleh baca dan dapatkan tools utk check di sini :
http://www.probloggertricks.com/2013/02/how-to-check-your-blog-dublicate.html

Hero Borneo delete icon 12:18 PG

kena copy and paste memang rasa geram juga..fikir balik apa yang kita dapat seperti ilham dan idea bukan milik kita 100%..ia adalah pinjaman Allah kepada kita sementara di dunia..redha sahaja kerana kita mengharapkan limpahan pahala jariah..tuan BM sangat berutung kerana bakal menndapat banyak pahala..amin

Sani Yunus delete icon 1:28 PG

Dewasa ni ramai yang suka copy dan paste aje..Memang tak beretiqa..Halal dan haram sudah tidak dilihat lagi..

mak ia..banyak tu bro kena kopi pasta...nanti aku nak check aku punya..tapi aku tak sehebat bro..mesti xde orang nak kopi...hu3

Lizz delete icon 12:23 PTG

saya tak rajin bab copy n paste entri orang ni tapi entri saya ada jugak yang copy paste sebijik-sebijik tapi saya halalkan jelah sebab malas nak gaduh. hehehe

ohcikgu delete icon 3:40 PTG

wahh..

ini memang copy habis tu. haha

Tanpa Nama delete icon 3:24 PTG

dah selalu terjadi kat belog BM kan? hmm..tak tau la nak komen kaki kopi pasta ni..

Fiza Rahman delete icon 11:00 PG

Banyak tu orang C&P. Tak berani nak C&P dari blog orang lain.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap