بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pesta Bunga Tahunan atau Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 (Royal Floria Putrajaya) yang akan berlangsung mulai 27 May hingga 4 Jun 2016 di Presint 4, Putrajaya menjadi tarikan yang paling istimewa dan menarik untuk dikunjungi pada setiap kali cuti sekolah (pertengahan tahun) menjelang tiba.
Festival Floria Diraja Putrajaya menawarkan pelbagai aktiviti melalui pelbagai ruang pameran, jualan, persembahan, bengkel dan pertandingan yang pasti menggamit memori indah kepada setiap pengunjungnya.
Jika pada sebelumnya, Bunga Lily atau lilium menjadi bunga tema Festival Floria Putrajaya 2015. Tahun ini pula, Bunga kekwa atau Chrysanthemum dipilih sebangai bunga tema Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.
Setiap tahun pasti akan ada tarikan tersendiri yang menjadikan setiap Festival Floria Diraja Putrajaya berbeza dan unik untuk dikunjungi. Sejak berpindah ke lokasi tetap di Presint 4 ini pada tahun 2014, sudah tentu kita tidak akan dapat melupakan ruangan jalan masuk pintu utama yang sentiasa menyajikan dekorasi hebat untuk dinikmati.
Pintu masuk sahaja sudah menarik perhatian, tidak dapat dibayangkan apa lagi yang akan dipersembahkan buat para pengunjung di Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 ini! Pasti hebat dan mengujakan!
1. Taman Diraja (Royal Garden)
Pada tahun ini Istana Besar Johor telah dipilih menjadi tema. Nikmati replika hebat Istana Besar Johor yang dikelilingi oleh taman bunga yang indah disamping persembahan kebudayaan negeri Johor pasti menjadi salah satu tarikan yang tidak akan dilupakan.
2. Magical World of Floria
Satu pameran yang paling menarik untuk dilihat. Melangkah ke dunia Magical Garden yang penuh misteri dan fantasi. Melalui teknogi canggih “magic-mirroring” dan 3D holographic anda akan dipersembahkan dengan persembahan yang pasti memukau pandangan serta mengagumkan!
3. Musical Garden
Sebuah taman yang menyatukan antara keindahan bunga dan dekorasi bersama alunan bunyi yang indah dan menyamankan. Anda pasti terbuai dengan kedamaian dan ketenangan suasana di sini.
4; Taman Chrysanthemum
"Chrysanthemum - Mums is the word" menjadi taman tema yang tidak boleh dilepaskan untuk dijejaki. Menghimpunkan pelbagai jenis, rupabentuk, warna dan saiz bunga kekwa atau chrysanthemum yang di susun dan didekorasi indah untuk tatapan anda!
Selain itu, Pelbagai lagi bahagian Pameran serta Aktiviti yang amat menarik yang menanti kunjungan anda di Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 ini.
Jom ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2016!
Jangan lupa juga, Magic Of The Night 2016 yang diadakan di Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya. Acara yang masuk tahun ke 5 penganjuran ini akan menampilkan bot-bot berhias dari hampir semua negeri di seluruh Malaysia bersama dengan persembahan bunga api yang menakjubkan!
Sebagai imbasan memori, jom lihat kembali gambar-gambar Floria 2015 di sini : Sehari di Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Lihat juga apa yang menarik di Floria sebelum ini:
Festival Floria Diraja Putrajaya menawarkan pelbagai aktiviti melalui pelbagai ruang pameran, jualan, persembahan, bengkel dan pertandingan yang pasti menggamit memori indah kepada setiap pengunjungnya.
Jika pada sebelumnya, Bunga Lily atau lilium menjadi bunga tema Festival Floria Putrajaya 2015. Tahun ini pula, Bunga kekwa atau Chrysanthemum dipilih sebangai bunga tema Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.
Setiap tahun pasti akan ada tarikan tersendiri yang menjadikan setiap Festival Floria Diraja Putrajaya berbeza dan unik untuk dikunjungi. Sejak berpindah ke lokasi tetap di Presint 4 ini pada tahun 2014, sudah tentu kita tidak akan dapat melupakan ruangan jalan masuk pintu utama yang sentiasa menyajikan dekorasi hebat untuk dinikmati.
- 2014 - Gantungan payung pelbagai warna
- 2015 - Rentangan kain berwarna warni
- 2016 - Susunan layang-layang yang berwarna-warni
Pintu masuk sahaja sudah menarik perhatian, tidak dapat dibayangkan apa lagi yang akan dipersembahkan buat para pengunjung di Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 ini! Pasti hebat dan mengujakan!
Tarikan Istimewa
Antara yang paling menarik dan menjadi tarikan utama untuk disaksikan pada Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 adalah:1. Taman Diraja (Royal Garden)
Pada tahun ini Istana Besar Johor telah dipilih menjadi tema. Nikmati replika hebat Istana Besar Johor yang dikelilingi oleh taman bunga yang indah disamping persembahan kebudayaan negeri Johor pasti menjadi salah satu tarikan yang tidak akan dilupakan.
2. Magical World of Floria
Satu pameran yang paling menarik untuk dilihat. Melangkah ke dunia Magical Garden yang penuh misteri dan fantasi. Melalui teknogi canggih “magic-mirroring” dan 3D holographic anda akan dipersembahkan dengan persembahan yang pasti memukau pandangan serta mengagumkan!
3. Musical Garden
Sebuah taman yang menyatukan antara keindahan bunga dan dekorasi bersama alunan bunyi yang indah dan menyamankan. Anda pasti terbuai dengan kedamaian dan ketenangan suasana di sini.
4; Taman Chrysanthemum
"Chrysanthemum - Mums is the word" menjadi taman tema yang tidak boleh dilepaskan untuk dijejaki. Menghimpunkan pelbagai jenis, rupabentuk, warna dan saiz bunga kekwa atau chrysanthemum yang di susun dan didekorasi indah untuk tatapan anda!
Selain itu, Pelbagai lagi bahagian Pameran serta Aktiviti yang amat menarik yang menanti kunjungan anda di Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 ini.
- Taman Magic (Magical Garden)
- Taman Muzik (Musical Garden)
- Taman Bunga Diraja
- Taman Bunga Chrysanthemum
- Taman Bunga Malaysia
- Pameran Bonsai & Suiseki
- Taman Bunga Persahabatan Malaysia-China
- Taman Bunga Sekolah dan Universiti
- Dewan Pameran (Pavilion)
- Taman Pameran Kucing
- Taman Bunga Pereka Hiasan Taman
- Taman Bunga Badan-Badan Kerajaan, Korperat & NGO
- Taman Bunga Peserta Antarangbangsa
- Terrarium: Tropical Magic In The Glass
- Seni Floria dan Kraftangan
- Seminar dan Bengkel
- Bazaar Jualan Bunga dan Tanaman
- Pertandingan Bunga Orkid Antarabangsa
- Pertandingan Rekabentuk Taman
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Fotografi
- Dan lebih dari 300 aktiviti & program harian
Suasana Floria 2016
Berikut adalah antara gambar-gambar menarik untuk tatapan anda bagi melihat suasana di Floria Putrajaya 2016 yang diperoleh melalui pelbagai sumber di Google Search.
Jom ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2016!
- Tarikh: 27 Mei 2015 sehingga 4 Jun 2015
- Masa: 9.00 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis) dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat-Ahad)
- Lokasi: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
- Info: https://ms-my.facebook.com/FloriaPutrajaya
Harga Tiket Festival Floria Diraja Putrajaya 2016:
- Tiket Masuk Warganegara - Dewasa (MyKad) - RM7.50 dan Kanak2 (MyKid 7-12 thn), Warga Emas (60 tahun ke atas) & OKU - RM3.50.
- Tiket Masuk Bukan Warganegara - Dewasa (Non-MyKad) - RM22, dan Kanak2 (Non-MyKid 7-12 thn), Warga Emas (60 tahun ke atas) & OKU - RM11.
- Tiket Masuk Magical Garden - Dewasa - RM10.50 & Kanak2 (7-12 thn) - RM5.50
Sebagai imbasan memori, jom lihat kembali gambar-gambar Floria 2015 di sini : Sehari di Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Lihat juga apa yang menarik di Floria sebelum ini:
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2012
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (Bahg. 1)
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (Bahg. 2)
- Magic of The Night - Floria Putrajaya 2013
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2014 (Bahg. 1)
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2014 (Bahg. 2)
- Festival Bunga Floria Putrajaya 2015
Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Terima kasih membaca artikel : Bacalah Surah Al-Ikhlas
1 comments
MOHON SHARE TQ...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”