Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum... Kurang seminggu lagi kita akan menyambut kemenangan. 1 Syawal yang di nanti akan tiba, Ya...Hari Raya Aidilfitri. Sebelum itu, saya akan mengalih perhatian anda seketika tentang Hari Raya tapi kita lihat dan kenali tentang Bunga Raya.

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.  

Selepas perbincangan  Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia
Hanya Bunga Raya merah atau Hibiscus Rosa ini di pilih sebagai  
Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran. 

Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan. 

Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. 

Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripadanya...

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Kebelbagaian warna, bentuk dan saiz menyerlahkan keunikan dan keistimewaan bunga raya ini. Ada sesiapa yang tahu apakah maksud disebalik stigma bunga raya itu?

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas mengenai bunga kebagsaan ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi serba sedikit ilmu buat anda. Bunga raya bukan sekadar cantik di halaman tapi ianya mempunya makna yng lebih dari itu. 

Bunga raya menjadi perhiasan,
Cantik bergaya mekar dihalaman,
Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.

Terima kasih bersama Relaks Minda... "Negara Malaysia kaya dengan Raya"

p/s: Info daripada Wikipedia dan MalaysiaMerdeka
Admin...

34 comments - "Bunga Raya - Bunga Kebangsaan Malaysia "

Unknown delete icon 6:05 PG

dah jarang jumpa pokok bunga raya ni =)

Bunga Raya merah, tetap memberi kemegahan pada negara Malaysia.

Cantiknya, tak semua orang suka menanam pokok bunga raya berbanding bunga ros.

Bunga raya bunga kebangsaan tapi jarang jumpa...pelik kan! :)

Ya...sgt benar! kenapa agaknya? Malah di Pesta Floria pun kurang sekali kelihatan bunga raya... Hmmm...

yang kaler ungu tak pernah tgk...

Bunga raya oh bunga raya...tp jarang orng nak tanam...pada hal..senang je nak tanam...umh sy tanam aje...mati dek kena langgar orng dtng buat renovate aritu...rasa mcm nak suh ganti je....

Slalu bnyk orng tanam bunga kertas...bunga raya sangat la kurang....

kalau tak silap saya, bunga raya warna merah sahaja yang digelar bunga kebangsaan. Yang warna lain tu, jenis spesies bunga raya shj.mmg betul, jarang dah jumpa bunga ni sekarang...:)

salam BM,dah jarang orang tanam bunga kebangsaan ni sekarang nie...

mselim3 delete icon 8:20 PG

Assalammualaikum....BM,

Cantik bunga raya nie kan....dahulu kalau mengikut pembacaan mselim3 sebelum bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan... bunga2 lain pun "tercalon" sebagai bunga kebangsaan kalau x silap bunga anggerik dan melur... tp last2 bunga raya yang terpilih...sekian maklum..

mselim3

pls: Cadangan sebagai tanda menghargai bunga raya nie,,,sepatutnya setiap rumah diwajibkan tanam pokok bunga raya nie,,,,

wow cantik2nya.. ada bermacam species rupanya bunga raya ni yer..

Sekarang ni dah banyak bunga raya kacukan atau bunga raya hibrid, macam2 warna dan rupa baru tercipta.

Senang di tanam dan di jaga...tapi xramai orang tanam, kenapa ye?

Ya...memang benar, spt apa yang telah saya terangkan di atas.
Majlis pun xsuka nak tanam bunga raya...kenapa lah agaknya?

Waalaikumsalam,
Ya! Memang sukar nak lihat pokok bunga kebangsaan ini.

Waalaikumsalam...
Ya...seperti yg telah saya terangkan di atas, ada 7 spesis bunga yg di cadangkan termasuk bunga raya.

p/s: bagus cadangan itu, semoga dimulakan oleh majlis tempatan barulah orang ramai dpt melihat kecantikan bunga ini.

Ya...spesis semulajadi yg dikenal pasti ada lebih kurang 300, itu tidak termasuk yg dikacukan dgn teknologi terkini lagi...

Terus kakak klik berkali-kali naik-turun-naik-turun walau dah habis baca. Tak puas tengok bunga raya sebab kakak mengumpul spesis bunga raya juga sebenarnya. Kuning/biru/pink satu layer tu semua kakak tak ada lagi dan baru jumpa di sini.

Cantik sangat!!

PCL delete icon 11:11 PG

Saya suka bunga yg cantik2..ibaratkan seperti akhlak seseorang, sangat cantik dan menarik bagi sesiapa yang memandang orang akan suka dan ingin mendekatinya dan memilihnya selalu.

Unknown delete icon 12:42 PTG

hmm..melambangkan keteguhan politik dan ekonomi ye..hehe.. Pokok bunga raya ni kena ada di halaman rumah..senang time demam, sapu je air bunga raya kat kepala. Rasa macam segar sket.

Blog Santai delete icon 12:46 PTG

Kalau dulu masa kecil kat rumah kita orang banyak pokok bunga raya..tapi sekarang susah nak cari..kenapa ya..nak kata tak cantik..cantik..hmmm.

ieta delete icon 1:00 PTG

Bunga raya banyak manfaatnya. Hmmmmm.... cantiknya bunga raya nih... Rasa mcm nk duduk2 di situ je :)

Bunda_nora delete icon 1:20 PTG

pertama kali bunda dengar bunga sepatu nama lain bagi bunga raya..bunda ada beberapa kali cuba tanam pokok bunga raya...tanam dari keratan batang..bukan anak pokok..tapi tak pernah nak menjadi...

rumah bapak bunda ada dua jenis... baru2 ni bunda ambil dan cuba semai...yang satu mati...satu lagi nampaknya menjadi..Alhamdulillah...

nanti lah kalau betul2 membesar ..bunda akan cerita..InsyaAllah..

...selamat hari raya anakanda, maaf zahir dan batin...

boni kacak delete icon 1:28 PTG

eh.. bunga raya ni ada macam-macam jenis dan warna rupanya ye. ingatkan kaler merah je

ewanthology delete icon 2:55 PTG

kaler biru tu jarang nampak...kaler merah selalulah.

Zawiah delete icon 3:46 PTG

mood bln kemerdekaan . baru tau rupanya byk spesis bunga raya . warna biru tuh x pernah nampak ...

Unknown delete icon 3:51 PTG

Kelam gerimis bercuaca syahdu...
Salam manis secamca madu..

Rembang cahaya bertadah pesona,
Menyapa rintik persada pulau;
Kembamg raya seindah warna,
Kenapa ku putik tiada berbau.

kat rumah acik ada lagi pokok nie

Usy@M^^ delete icon 9:40 PTG

bnyk rupa, rupanya bunga raya..biasa lihat warna merah je...

mrhanafi delete icon 10:47 PTG

saya suka bunga raya..dan hari raya nanti kita hias rumah dengan bunga raya..ada kelainan sedikit

Jom baca entri terbaru saya :10 Blogger Popular Julai 2013

THE AUTHOR delete icon 10:53 PTG

kat rumah mak aku ada sepokok bunga raya...
rasanya anak muda sekrang memang dah lupa bunga kebangsaan kit akot

Unknown delete icon 11:48 PG

masa kecik2 dulu ada tanam pokok bunga raya ni..tapi yang kaler merah saja..kaler lain tak ada..

Fais-SKA delete icon 4:42 PG

sejarah yg terbaik ni =) selain dr bunga kebangsaan..bunga ni pn cntik

Tanpa Nama delete icon 9:46 PTG

Saya masih hairan kenapa mesti dikaitkan 5 kelopak bunga raya dengan 5 prinsip rukun negara... Walhal rukun negara diperkenalkan oleh YAB Tun Razak pada tahun 1970..Mengapa mesti menupulasi sejarah..

Tanpa Nama delete icon 6:12 PTG

OH. RUPANYA BUNGA RAYA ADA PELBAGAI WARNA.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap