Masjid Berlantai Tanah Berbumbung Langit
Masjid Shanke Yadem
Sebuah masjid istimewa dan masih berfungsi sehingga kini. Hanya mempunyai dinding dan dua menara. Masjid ini berlantai tanah dan berbumbung langit. Itulah Masjid Shanke Yadem di Turki. Kenapa agaknya ia berbentuk sedemikian?

Khairudin Afandi

Di sebuah kawasan bernama Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul, Turki. ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Bila merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan atau lain-lainnya, dia berkata pada dirinya, "Anggap saja aku dah makan..."

Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanan itu dimasukkan ke dalam kotak simpanan.… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Begitulah, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi amat berdisiplin dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya iaitu membina sebuah masjid. Ya! Membina sebuah masjid!

Cita-Cita Menjadi Nyata

Tanpa disedari dengan tabungan yang sedikit demi sedikit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membina sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, hanya sebuah pagar bersegi empat, berlantai tanah dan hanya berbumbung langit dan ditanda dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya. Arah kiblat pula mengarah dinding yang ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Masjid Berlantai Tanah Berbumbung Langit
Berlantai Tanah Berbumbung Langit 
Khairuddin Afandi berjaya mencapaikan cita-citanya yang amat mulia itu manakala masyarakat di sekitarnya pula kehairanan. Bagaimana Khairuddin yang miskin boleh membina sebuah masjid? Begitulah hebatnya Khairuddin Afandi walaupun miskin wang tetapi kaya dengan sifat dermawan, sehingga orang kaya pun tak mampu buat begitu.

Setelah masjid itu tegak, masyarakat tertanya-tanya dan setelah mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi nama masjid tersebut dengan nama, “Anggap saja aku dah makan." atau dalam bahasa Turki disebut 'Shanke Yadem'

Kesimpulan dan Pengajaran

Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan berkemampuan dari kaum Muslimin di dunia ini berfikiran seperti Khairuddin Afandi, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit, dan keperluan umat yang dapat dibangunkan? Berapa banyak kemudahan yang dapat kita realisasika, tanpa perlu membuat pinjaman atau menerima dana dari negara yang memusuhi Islam dan umatnya?

Begitu banyak pembaziran dilakukan sama ada dalam bentuk makanan, pakaian dan lain-lain. Tanpa perlu melihat negara-negara Arab, lihatlah didalam negara kita sendiri, disekitar kehidupan kita dan diri sendiri. 

Masjid Berlantai Tanah Berbumbung Langit
Masjid Shanke Yadem
Jikalah kaum Muslimin memiliki konsep hidup sederhana, mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga berbanding rumah di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi ini, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu.

(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) "Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal yang sihat!"

Oleh itu kewujudan Masjid Shanke Yadem yang berlantai tanah dan berbumbung langit ini sebenarnya membuka minda dan memberi pengajaran buat kita. Jika kita mempunyai niat yang baik dan berusaha mencapainya...Insyaallah tiada yang mustahil apatah lagi jika ianya demi agama dan kerana Allah swt. 

(Sumber :Dari buku 'Keajaiban Sejarah Ustmani', oleh Urkhan Mohamad Ali)

Author by Bin Muhammad

29 comments - "Masjid Berlantai Tanah Berbumbung Langit - Shanke Yadem"

Subhanallah.. kalau nk dibandingkan, masjid2 di sini pada waktu kini besar2 dan dibina dengan kos yg tinggi tetapi sayang kebanyakannya kosong & seolah2 tiada jiwa.. wallahualam. T kasih diatas perkongsian BM, sesuatu yg baik utk renungan bersama.

paridah delete icon 8:13 PG

Subhanallah hebatnya jiwa murni pada tubuh kerdil ini n Allah memperlihatkannya utk kita menyaksikannya...

rumput menghijau,gunung yg cantik..damai sekali..

farahiyah delete icon 9:52 PG

kalau hujan n salji turun mcm mana?

Mencari lagi Khairudin Affendi yg satu ini di dunia hari ini kakak rasa sukar utk ditemui malah mungkin tak ada lagi. Yg berkuasa dan kaya lupa pada yg susah dan mengangguk di air keruh ramailah...

Muhasabah diri dgn entri ini betapa kakak pun tidak mampu utk melaparkan perut semata-mata utk istiqmah seperti Khairudin ini..

Subahanallah..impian dia menjadi kenyataa..berkat usaha..

sitirohaida delete icon 11:05 PG

subhanallah....

Bunda_nora delete icon 11:46 PG

Kisah yang menyentuh hati...betapa murninya hati insan ini...Subhanallah..

kakiblog delete icon 11:57 PG

Maha Suci Allah...ada insan yang berhati mulia begitu kat dunia ini..cukup menginsafkan

Tanpa Nama delete icon 1:35 PTG

menarik ni & kisah yg menyentuh hati.. done nuffnagx2 yer

ANIM delete icon 1:47 PTG

terkesima membacanya BM dan sudah pastinya kak akan mencari buku itu, tqvm ^_^

subhanallah, cantiknya, salam petang... mama kembali semula.. :)
salam kenal.. hikhik

Vee delete icon 7:48 PTG

subhanallah ! ramai yg bersolat disitu . selalunya org yg byk duit , syg or takut nak belanjakan duit sbb takut jatuh miskin !

Pha Is delete icon 9:04 PTG

Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.
riwayat Imam Muslim, Misykat al-Masabih, 1/725/186.

OKje delete icon 9:08 PTG

Mulianya si miskin didunia tapi kaya diakhirat ni.....bilalah agaknya wahai hati ku yg miskin ini untuk menjadi semulia itu.......alahai jiwa yg fakir...huhu

Khabar baik wahai sahabat....

Inilah satu contoh yang baik. Membelanjakan sebahagian rezekinya ke jalan Allah SWT. Harus dicontohi.

Sofea Lang delete icon 7:00 PG

Ya Allah.. Cantiknya..

terharu dengan ceritanya..kita kadang-kadang nak bersedekah pun berkira

Aimacomel delete icon 10:04 PG

Makan dan minum hanya utk kelangsungan hidup. Kita? Selagi boleh beli kita beli, selagi boleh makan kita akan makan dan masih jgk tak bersyukur. YA Allah mulianya hati insan terpilih ni kan..

thanks tuan BM share cerita ni

Mizz Aiza delete icon 12:55 PTG

subhanallah.. betapa mulianya pengorbanan beliau demi membangunkan rumah Allah..

Tanpa Nama delete icon 1:40 PTG

ada juga insan sebegini..mampukah kita berbuat demikian di zaman ini?menggunakan rezeki di jalan Allah?Subhanallah..

Maria Firdz delete icon 4:45 PTG

simple tapi menakjubkn...

mselim3 delete icon 11:41 PTG

Assalammualaikum..BM,

wah,,, unik dan menarik ttg masjid nie , xder rasanya masjid macam nie kat Malaysia.

mselim3

Unknown delete icon 7:44 PG

Ya Allah...org miskin pun boleh menabung..kita byk duit, byk pula melabur..

Subhanallah. :)

Pha Is delete icon 6:05 PTG

salam jumaat...

Tivasi.com delete icon 4:11 PTG

asalaulaikum
dari iklanzoom.com dan tivasi.com
semoga kita bisa meneladaninya

wsc biolo delete icon 12:05 PTG

patut ditiru

AWIDZ delete icon 1:13 PG

Assalamaualaikum...begitu tersentuh dengan kisah Masjid ini dan kenyataan yang ada pada dunia islam sekarang...Mohon share tuan....

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap