Setiap kali 27 Rejab menjelma... ianya merupakan tarikh penting dalam Islam. Tarikh dimana berlakunya kisah dan peristiwa Israk dan Mikraj keatas Baginda Rasullullah saw. Apakah itu Israk dan Mikraj?
Israk membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari bersama Jibril dengan menaiki Burak bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Baginda s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. (langit ke tujuh)
Para ulama hadis, ulama feqah dan ulama tafsir sepakat menyatakan bahawa kedua-dua peristiwa israk dan mikraj berlaku dalam satu malam dimana dalam keadaan Baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh nabi s.a.w bukannya roh sahaja.
Kisah Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang mustahil berlaku menjadi pemisah antara keteguhan dan ketipisan iman dalam mempercayai kekuasaan Allah swt dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Israk & Mikraj Jadi Pedoman Dan Ingatan
Sepanjang perjalanan dalam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan beberapa gambaran perilaku dan balasan keatas umat manusia yang beriman dan sebaliknya. Antaranya adalah tatkala baginda s.a.w tercium bauan harum Mashitah dan keluarganya yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanannya hanya kepada Allah swt dari ugutan dan bertuhankan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah swt daripada menerima azab Allah swt yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu.
Jika kita pula, belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya pun kita sudah menggelabah dan senyap.
Tidak kurang juga yang sanggup menjadi pak turut kerana hanya terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata.
Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah swt sebenarnya pemberi rezeki dan wajib disembah bukannya pemimpin yang hanya menjalankan amanah diangkat sebagai pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati.
Israk & Mikraj Satu Mukjizat
Satu lagi peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah bermulanya perintah Allah swt yang mewajibkan umat islam untuk menunaikan solat lima waktu sehari. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang disampaikan semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini.
Sesungguhnya kisah dan peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah mukjizat kepada Nabi Muhammad saw. Begitu banyak sekali terkandung pengajaran dan ingatan buat umat Islam. Ianya menjadi tonggak kekuatan dan keteguhan iman bagi mereka yang benar-benar yakin dan percaya. Percaya dan yakinlah akan kekuasaan Allah swt serta kebenaran Rasulnya.
Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Israk : "Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Salam Israk & Mikraj buat semua umat muslimin dan muslimat.
Ditulis oleh :
21 comments - "Kisah Israk Dan Mikraj Tanda Keteguhan Iman"
selamat pagi BM, satu perkongsian yang menarik sekali..
Thanks atas perkongsian BM. Salam Israk Mikraj.
malu apabila rakan bukan islam bertanya ttg hal ni n dpt memberitahu mereka sikit sahaja kerana kurangnya pengetahuan ttg peristiwa agung ini.. masyaAllah.. rasa malu sgt... perkongsian yg sgt baik.. terima kasih.. salam israk mikraj :)
salam Israk Mikraj....
terima kasih atas perkongsian ini..
Moga dijadikan iktibar buat kita semua bahawa perjalanan baginda membawa misi yg bukan sedikit utk dijadikan teladan. Gambaran pembalasan diberikan kepada yg berbuat kejahatan dan kebaikan semua sudah dijelaskan.
salam israk mikraj BM... pernah juga berkongsi mengenai israk mikraj ni di Bubblynotes...great piece of sharing...
Semoga kita menjadi sahabat Rasullullah SAW, Saidina Abu Bakar r.a... yang tidak pernah meragukan Rasullullah SAW.. muhasabah diri..
rasanya dah jarang sangat baca kisah sebegini... sama ada tak terbaca atau tak sempat baca. Entri ini amat menarik untuk mengimbau semula kisah perjalanan suci Rasulullah s.a.w.
terima kasih
kisah perjalanan rasullah saw yang sangat memberi hidayah. tq sharing.
betul tu BM, ingatan buat diri sendiri
banyak sebenarnya pengajaran diberikan
tinggal kita nak ambil iktibar atau sebaliknya
salam israk & mikraj dari saya...
terima kasih di atas perkongsian yang amat bermakna ini
mengingatkan kepada kita tentang balasan syurga , neraka ke atas segala perbuatan di dunia .
Memang banyak pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj ni. Macam perihal keluarga Mashitah tu, rasanya tahap keimanan kita belum mencapai ke tahap tu. Memang betul cakap BM, kita ni baru kena ugut berkenaan kerjaya, terus tutup mulut dan patuh pada arahan. Nak persoalkan orang atas jauh sekali.
pada peristiwa ini juga diperintahkan syariat solat kepada Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam utk diperintahkan kpd kita umatnya 5 waktu sehari. semoga solat kita selama ini diterima Allah. dan semoga pelaksanaan solat kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.in sha Allah.
peringatan yang amat bermakna dalam kehidupan... semoga diteguhkan iman dan pendirian kami
Salam Israk Mikraj dari zumal... Terima kasih kerana berkongsi kisah ini kerana zumal pun sedikit ingat sedikit lupa mengenai peristiwa Israk Mikraj nie...
Salam Israk Mikraj Ya BM..
Terima kasih atas perkongsian yg berguna ini ...
Semoga kita ummat islam lebih mengetahui dan mendalami cerita dan erti di sebalik ISRAK MIKRAJ ..
salam israk mikraj BM..
Smoga bersama2 kita semua beroleh keberkatan dihari yg mulia spt isra' mikraj ini... aamiin..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”