Tukar kepada Responsive Template? |
Sekarang ini responsive web design semakin menjadi keutamaan kepada pembuat dan pereka website. Ini berikutan permintaan semakin tinggi dari para blogger dan portal-portal website diseluruh dunia yang ingin bertukar kepada template responsive ini.
Apakah keistimewaan responsive web design ini? Adakah website responsive ini sesuai untuk anda dan perlukah blog anda bertukar kepada responsive website template ini?
Apakah keistimewaan responsive web design ini? Adakah website responsive ini sesuai untuk anda dan perlukah blog anda bertukar kepada responsive website template ini?
Apakah itu Rekaan Website Responsive?
Rekaan Website Responsive ini dicipta adalah untuk menjadikan paparan website mudah di ubah suai secara optimum mengikut saiz yang diperlukan. Ia memberi satu sentuhan yang menarik kepada semua jenis peranti dan gadget agar website mudah dilayari mengikut kesesuaian fungsi peranti tersebut terutama bagi skin sesentuh.
Website responsive direka bagi memudahkan pengguna melayari sesebuah website mengikut paparan yang berbeza mengikut kesesuaian saiz sama ada melalui desktop, mobile phone mahupun tablet tanpa banyak perubahan ketara pada keseluruhan paparan website. Maka ianya akan memberi gambaran menyeluruh sesebuah website tanpa mengurangkan paparan widget mahupun iklan tetapi tetap mesra pembaca walaupun sekecil mana gadget yang digunakan.
Paparan responsive website sesuai pada semua gadget dan mesra pengguna |
Kini, rekaan website responsive sudah semakin maju dimana didalam template html juga turut disertakan dengan format On Page SEO & Off Page SEO agar lebih mesra enjin carian. Maka anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengaplikasikan SEO di dalam html anda.
Jelaslah ianya merupakan kemajuan terkini dalam paparan website agar serba boleh dalam apa jua bentuk, jenis, software dan saiz alatan yang digunakan untuk melayari sesebuah website dan ianya juga amat mesra pengguna.
Perlukah Bertukar Kepada Responsive Template?
Penggunaan mobile phone dan tablet semakin berkembang pesat dan mula menguasai jumlah pelayar internet. Kini ianya sudah mula mengatasi penggunaan komputer desktop dan laptop. Tidak mustahil dalam masa terdekat ini, pelayar internet akan dikuasai sepenuhnya oleh pengguna mobile dan tablet!
Paparan lebih menarik melalui responsive template |
Jika anda tidak mahu ketinggalan dalam perubahan dan kemajuan dunia blogging ini dan amat pentingkan akan jumlah serta keselesaan pengunjung blog, pasti anda perlu beri pertimbangan sewajarnya untuk bertukar kepada website responsive template ini.
Bagi mereka yang menghasilkan pendapatan sampingan melalui blogging terutama melalui iklan yang dipaparkan melalui widget, maka wajib bagi anda bertukar kepada website responsive template ini kerana tanpa menukar kepada responsive template, blog anda akan kehilangan paparan widget dan iklan. Ianya akan memberi impak besar terhadap bisnes serta pendapatan anda dan begitu juga kepada pengiklan.
Namun bagi mereka yang tidak pentingkan semua yang diatas, terpulanglah kepada anda. Ianya sedikit pun tidak akan menjejaskan blog dan aktiviti blogging kerana tidak semua perubahan, kemajuan dan kecanggihan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan. Ianya bergantung kepada matlamat dan tujuan anda berblogging...
Bagaimana Hendak Bertukar Kepada Responsive Template?
Sekarang ini sudah banyak template responsive berada dipasaran. Anda hanya perlu google dengan keyword 'responsive template'...macam-macam pilihan ada dengan pelbagai rekabentuk dan fungsi. Malah yang percuma pun sudah ada banyak pilihan.
Untuk template responsive berbayar, anda mungkin tidak ada banyak masalah kerana pembekal akan memberi tunjuk ajar sepenuhnya untuk menukar template tersebut. Namun bagi template responsive percuma, anda juga boleh menukarnya seperti menukar template biasa ,cuma anda perlu membuat sedikit tambahan dan pertukaran pada coding html. Ini memerlukan sedikit ilmu dalam mengubah coding html tersebut. Biasanya tutorial ringkas disertakan.
Tepuk dada tanya selera... Perlukah anda bertukar blog template sekarang ini kepada responsive template? Anda sendiri sahaja yang mampu menjawabnya kerana tugas saya hanyalah memberi input untuk informasi, pengetahuan dan kefahaman anda sahaja...
Terima kasih bersama Relaks Minda... Informasi dikongsi bersama
Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
23 comments - "Perlukah Tukar Blog Kepada Responsive Template?"
Hehehe buat masa ni tak perlu lagi ot untuk blog akak nie ..
Huhuhuhu tak tau lerr kota ngan blog org lain ..
Akak selesa jer camni takder masalah ...
tq BM atas perkongsian ..
Nak disayangi google kena pasang template yang responsive. ;)
oo bru tau ttg responsive template..rasanya jie prnah tkar pada template ni tapi ada masalah pulak pada blog..mgkin kena ada ilmu html skit baru sdap skit nak ubah apa2 pd blog..
kalau ikut hati sentiasa nak seiring dgn sesuatu yg baru tapi apakandaya xberapa reti heh...heh...tq perkongsiannya.
Memang perlu BM...Tapi kita belum buat lagi...kena tunggu new lappy baru boleh tukar..
perlu kot tapi dah tak reti, nak buat camna..
p/s p bercuti ke...
Utk jangka panjang mmg saya rasakan perlu juga.. cuma, belum dpt pilihan yg betul2 menepati keyakinan hati... perlu masa lagi utk belajar, meneliti & mengkaji.. perlu juga masa yg betul2 sesuai utk buat, klu tak mau tunggang-langgang jadinya blog bila buat dlm keadaan rushing... silap2 nasib tak baik... semua hilang huhu.. T kasih atas perkongsian BM.. :)
Sekiranya banyak mendatangkan kebaikan rasanya perlu kot bertukar... tapi untuk blog bunda...bunda tak pasti sebab bunda tak pandai...
sebelum ni tak tau apa2 tentang ni Bm
sangat perlu kerana trafik sekarang ini banyak datang dari peranti smartphone dan tablet...seperti kata bro BM proses penukaran tak susah mana..jika ada kemampuan serah pada yang pakar
Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo
masih lagi tak pandai bab nie..nak kene study nie..
memang ada cadangan nak kearah tu, cari yg terbaik..dan masih belajar lagi ilmu dalam mengubah coding html ..insyaAllah. n Tq BM.
kalau membawa kebaikan , apa salahnya . sedang usha ...
Pada saya, hari ni dah jadi keperluan. Lebih dari separuh demografi pembaca blog saya datangnya dari kalangan yang menggunakan peranti seperti telefon pintar dan tablet. Jadinya, menggunakan template responsive mampu membantu para pembaca blog mendapatkan info dengan paparan yang selesa pada mata masing-masing.
kalau menurut saya sangat perlu karena dengan adanya tampilan responsive tersebut akan lebih memudahkan para pengguna internet dalam melakukan akses via ponsel atau mobile
salam hangat dan kenal dari blogger Indonesia :)
memang menarik, untuk akan datang rasanya perlu tukar template:)
Buat masa ni belum terfikir lagi..
Kena tengok jugalah, kalau perlu bolehlah tukar. Kalau trafik banyak dari smartphone bolehlah tukar.
hmm..akan datang..
Template Responsive amat diperlukan sekarang ni. Teknologi terkini memerlukan penggunakan template yang bersesuaian agar boleh dilihat di gadget kita. Satu info yang menarik boleh dikungsi. TQ..
Kat mana nak cari tutorial berbahasa melayu jika nka tukar yer...Buka google + kat phone mcm cantik aje..dah mmg auto setting ke oleh google....
Template seo responsif tidak banyak yang ada di pasaran, kalau ada pun lebih kurang saja. Moga berjumpa dengan template yang dapat memuaskan hati pengguna.
saya baru je 2 hari tukar ke responsive template. akibatnya page saya tak muncul lagi di 1st page google. sebelum ni dengan template lama, dgn keyword tertentu, memang blogshop akan muncul di 1st page google. maybe amik masa kot utk google crawl ke template baru
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”