Belajar Panduan, Teknik, Strategi Dan Cara Untuk Menang Contest SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera...kata kunci yang menjadi persaingan untuk satu contest SEO  'Buffet Ramadhan Casa Ombak' yang telah dianjurkan oleh AkmaOmar.com.

Contest Seo Duit Raya Casa Ombak telah berlangsung selama sebulan sejak sebelum bulan Ramadhan dan berakhir pada malam 24 Julai 2014 merupakan satu contest SEO terhangat dan telah berlangsung dengan jayanya.

Keputusannya telah pun dikeluarkan dan tertera seperti dibawah ini. Memang telah dijangka... Sifu Blogspot dan pakar SEO Malaysia terbaik masa kini, saudara Hasrul Hassan berada dipuncak carian Google.my dan diistiharkan sebagai pemenang utama. RM500 menjadi duit Raya beliau tahun ini. Tahniah buat beliau dan semua peserta...

Tidak sangka Syawal tahun ini akan mendapat duit raya. Alhamdulillah...dapat duit raya dari akma omar kerana menjadi salah seorang Pemenang Contest Duit Raya Casa Ombak.

Menang Contest SEO

Tempat kedua... Alhamdulilah, Syukur... Sungguh tak ku sangka, seorang blogger yang tidak sampai pun dua tahun menjadi blogger yang punya pengetahuan 'zero' tentang ilmu blogging dan tak terlintas pun difikiran pada usia yang dianggap terlalu senja untuk menjadi seorang blogger telah berjaya bersaing dengan blogger-blogger senior dan lebih berilmu untuk tersenarai dan berada dibawah entri Hasrul Hassan.

Hanya menggunakan platform percuma blogspot dan status PR1... tiada kelebihan dimata Google tetapi punya keazaman untuk mencuba dan berusaha bersaing dalam contest SEO, yang semua sudah sedia maklum... Akma Omar, seorang senior blogger yang punya pengaruh dan terkenal, sudah pasti pertandingan anjuran beliau ini akan menjadi sangat sengit kerana akan disertai oleh blogger-blogger otai, terkenal dan punya reputasi tinggi serta berilmu dalam dunia blogging.

Belajar Ilmu SEO

Sebelum ini pernah sekali menyertai contest SEO yang dianjurkan oleh eridy.com pada penghujung tahun lepas dan memang terperosok jauh. Ianya membuka minda akan betapa kurangnya ilmu diri ini tentang blogging dan SEO. Namun ia bukanlah menjadi titik noktah tetapi memberi semangat untuk belajar dan terus belajar.

Cuba untuk tidak merendahkan diri sendiri serta yakin dengan kebolehan dan kekuatan. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi percayalah tiada yang mustahil dicapai andai kita terus berusaha melalui pembelajaran dengan cara dan teknik yang betul serta diamalkan.

Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO

Ilmu SEO bukan sekadar menerbitkan entri, ianya amat luas dan mencakupi pelbagai cara teknikal dan tektikal untuk berjaya... walaupun tidak dinafikan bak kata Pakar SEO ini, seseorang blogger sebenarnya sudah pun mempraktikkan SEO dengan hanya menerbitkankan entri tetapi untuk berada dimuka hadapan dan dikedudukan tempat teratas dienjin carian itulah yang perlukan ilmu dan kemahiran SEO yang sebenarnya.

Mungkin cara untuk saya mempelajari ilmu blogging ini terlalu lembab dan perlahan, almaklumlah... diusia sebegini serta kekangan masa, ianya tidak mudah dihadam dengan pantas. Untuk menguasai ilmu SEO perlukan kemahiran dan kesungguhan serta dipraktikkan secara berterusan agar ianya menjadi bertambah baik mengikut perkembangan dan perubahan semasa.

Belajar Asas SEO Blog Dan Entri

Ini adalah cara saya dan tidak semestinya berjaya buat anda. Namun ilmu yang sedikit yang telah saya pelajari dan kutip dari pelbagai sumber di internet dari dalam dan luar negara inilah yang saya pergunakan. Sebagai perkongsian, diharapkan ianya dapat memberi serba sedikit panduan buat anda yang memerlukan.

Langkah permulaan, perkara yang paling penting dan asas adalah blog dan entri anda sendiri. Adakah blog dan entri anda mesra SEO? Tidak kira platform/domain apa yang anda gunakan, ianya amat penting! Asas SEO mesti ada untuk menyerlahkan blog dan entri anda dimata robot enjin carian. Oleh itu perkara pertama, anda perlu lah mengaplikasikan On Page SEO dan Off Page SEO. Perbaiki dan praktikkan ianya dari masa ke semasa.


Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO

Dari sinilah blog anda akan membina autoriti dan entri-entri anda akan mula mendapat kepercayaan dan perhatian google. Jangan lupa daftarkan blog anda di google webmaster. Gunakan ia untuk feed entry, memperbaiki dan memantau perkembangan serta status blog anda.

Panduan Untuk Menang Contest SEO

Untuk menang contest SEO, selain dari kekuatan SEO blog dan entri, anda perlu ada strategi dan tektikal untuk menaikkan entri anda dihalaman hadapan enjin carian kerana setiap entri peserta akan menggunakan kata kunci (keyword) yang sama dan dalam satu tempoh masa yang terhad maka kekuatan SEO blog sahaja tidak memadai, perlu ada tambahan usaha yang lebih.

Pertama sekali adalah peringkat mengarang entri. Pastikan ianya mengikut format SEO yang selengkapnya. Ini adalah asas artikel SEO yang biasa... diantaranya :
    Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO
  • Mempunyai header tag H1, H2, H3... 
  • Artikel berperenggan serta mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. 
  • Meletak dan menggunakan keyword pada tempat-tempat yang tepat dan betul. 
  • Menggunakan tulisan bold dan italic pada perkataan/ayat keyword
  • Gambar yang lengkap dengan title dan alt text.
  • Kandungan entri anda adalah original @ asli serta berkualiti!

2. Menerbitkan entri tidak terlalu awal atau terlalu lewat. Bagi pendapat saya, pada suku awal tempoh masa contest adalah masa terbaik kerana pada ketika itu sudah ada beberapa entri yang diterbitkan untuk anda mendapatkan idea dan dijadikan panduan serta rujukan.

3. Selepas entri diterbitkan, lakukan ping ke enjin carian, share ke media sosial terutama G+, Facebook serta Twitter dan ping aggrigator. Jangan lakukan semuanya sekali gus tetapi berperingkat dalam beberapa hari. Paling baik jika anda mampu mengajak pengunjung share entri contest anda.

4. Kemaskini entri dengan menambah dan memperbaiki apa yang perlu mengikut kehendak format entri SEO beberapa kali berpandukan contoh entri yang berada dikedudukan teratas enjin carian ketika itu. Jangan pula sesekali anda mengubah keseluruhan entri asal! Kemaskini entri dan tak perlu ubah tarikh publish tetapi jika diubah pun ianya juga dapat memberi impak yang baik seperti yang telah dibuktikan oleh pokok2u.blogspot.com dimana entri penyertaan beliau berjaya melonjak semula sehingga berada dikedudukan tempat ketiga.

5. Blogwalking dan tinggalkan url entri anda terutama di blog peserta yang mempunyai PR yang tinggi dan berformat dofollow. Jangan tinggalkan url entri anda didalam komen (ianya boleh mengakibatkan spam), hanya tinggalkan url entri di blog yang mempunyai auto backlink atau gunakan Name/URL. Jika tiada, komenlah dengan menggunakan kata kunci contest SEO tersebut. 

6. Backlink dalam entri sangat penting. Pastikan backlink yang anda letakkan mempunyai kaitan dengan isi kandungan entri dan terbaik jika ianya mempunyai PR yang lebih tinggi.

7. Buat entri pelampung yang berkait dengan keyword contest SEO dan pastikan ianya di backlink kepada entri contest SEO anda.

Ini sahaja yang telah saya lakukan dan sekali lagi saya tekankan, ianya bukan menjamin kejayaan, namun jika anda mahu jadi pemenang utama contest SEO... tips tambahan dari Hasrul Hassan ini boleh anda jadikan panduan dan rujukan melalui entri beliau : Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak

Contest SEO Menambah Ilmu

Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO
Dah pening bila cerita pasal SEO...
Dari pandangan saya, apa yang penting adalah kekuatan sesebuah blog serta artikel anda dalam mendapat autoriti dan perhatian robot enjin carian google adalah yang perlu diutamakan. Jika semua tips serta rahsia sudah terbongkar dan semua blogger mengaplikasikannya, sudah pasti google akan memilih blog dan entri yang paling beroutoriti untuk berada dihalaman muka hadapan enjin carian.

Disini juga kita dapat lihat, contest SEO ini amat memerlukan kemahiran, ilmu, strategi serta usaha dengan cara dan teknik yang betul untuk berjaya.

Ianya juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kiralah sama ada blogger baru atau lama. Contest SEO adalah satu persaingan sihat yang dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran tentang ilmu, teknik serta seni penulisan di blog yang unik dan menarik.

Semoga entri ini dapat memberikan serba sedikit semangat dan pengetahuan buat mereka yang ingin mendalami ilmu SEO. Saya bukanlah pakar, cuma mengaplikasikan sedikit ilmu yang dipelajari... ilmu yang sedikit ini dikongsi bersama... Sama-samalah kita belajar. Apa yang penting anda mencuba kerana tuah dan rezeki itu milik Allah SWT dan akan diberikan kepada mereka yang ikhlas berusaha untuk berjaya... InsyaAllah...

Terima kasih Akma Omar dan Semua Penaja Contest SEO Duit Raya Casa Ombak... dan terima kasih kerana bersama Relaks Minda...


Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

72 comments - "Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO"

Apa pun saya dahulukan dgn ucapan tahniah atas kemenangan tersebut. Ia mmg memerlukan usaha serta pemahaman terhadap aplikasi SEO & BM mmg layak utk mendapat kejayaan tersebut. T kasih juga atas perkongsian nasihat ini. Bukan semua sanggup berkongsi pengetahuan spt ini. Semoga BM terus sukses & mencapai segala yg dihajatkan... aamiin.
All the best!!!.. :)

tips yg menarik.

hebat ! hebat !.. Sekalung tahniah buat BM, semoga terus berjaya dalam dunia blogging. Tips yang menarik, mama akan cuba juga belajar SEO

mselim3 delete icon 7:56 PG

Assalammualaikum... BM,

terima kasih BM sudi berkongsi...moga BM sukses k...

mselim3

mrhanafi delete icon 7:56 PG

tahniah tuan..rasanya kita mungkin sebaya..dah menghampiri usia senja..dan ilmu SEO ternyata tuan dapat kuasai dengan begitu baik ..terkalah teruk saya dibuatnya..


Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

Tahniah BM.!
Pagi2 ni baca sikit pasal SEO ni...baru ada ilmu sikit....kalau tak..tajuk dan entry pun ntah apa2..insyallah sy cuba pebaiki....

tahniah dan akka berharap blog BM akan muncul antara yg terbaik dan popular sedikit masa lagi..

Tahniah lagi sekali ya BM ..huhuhuhu bab2 SEO ni la yang bikin kepala naik pening kuakuakua..tapi takpe kita belajar dan terus belajar...Senmoga mendapat ilmu dan bermanfaat ..Thanks sharing ya BM..Tahukah anda anda BM salah seorang Blogger yang tak pernah kedekut ILMU ??? ..Sesetengah blogger ada jugak yang kedekut ilmu .....

Terima kasih Khir... ilmu yang sedikit kita kongsi bersama, semoga anda juga terus sukses & mencapai segala yg dihajatkan,,,insyaallah, amiin

Terima kasih ewan... Berkongsi sekadar apa yg tahu :)

Belum hebat, kalau hebat dah jadi pemenang utama dah mama...hehe
Terima kasih...semoga mama juga akan berjaya, cuba dan teruskan usaha utk belajar

Waalaikumsalam mselim3,
Terima kasih juga krn sentiasa bersama Relaks Minda... Semoga anda juga terus sukses!

Bila dah menginjak senja ini, bertambah semangat pula nak mengatasi mereka yg lebih muda dan pakar...haha! Anda juga boleh...teruskan usaha dan bersemangat, semoga berjaya mencapai matlamat, insyaallah...

Terima kasih asyifa,
Betul tu...kita perlu sentiasa memperbaiki dan menimba ilmu... Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari2 seterusnya. Semoga anda juga akan berjaya! Insyaallah...

Bagaimana nak mengukur blog yang terbaik dan popular?
Jika sentiasa mendapat kunjungan dan jalinan persabatan dgn akak pun saya sudah rasa sangat terbaik dan popular... Terima kasih akak Kamsiah krn senantiasa bersama Relaks Minda.

kalau pasal SEO nie memang pening sikit nak belajar kan...adeh...by the way.tahniah kat BM tempat kedua dalam pencarian google.my..sifu HH memang tak boleh lawan..hehe

Terima kasih Lya... Tidak dinafikan, bab2 SEO ini memeningkan kepala tetapi kerana cabarannya itulah ianya semakin menyeronokkan... (bagi saya lah)
Teruskan usaha dan belajar, Insyaallah...pasti akan berjaya.

Apalah guna ilmu yg ada disimpan... segalanya pun milik Allah SWT dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu serta kebaikan... Itulah kita, sebagai khalifah dimuka bumi ini...

Terima kasih KSD,
Pening2 yang mencabar dan menyeronokkan...hehe. Sudah semestinya sifu HH mempunyai ilmu dan strategi yg tidak terlawan... Tahniah buat beliau!

Apa pun tahniah dari kakak kerana BM memang layak pun utk meraih kemenangan tersebut.

saya kene bnyk belajar lagi walaupun blog saya tu sekadar tempat saya meluahkan rasa hati sahaje..

Fiza Rahman delete icon 10:00 PG

Tahniah BM. Dah makin mantap dlm SEO. Thanks for sharing.

paridah delete icon 10:27 PG

INFO YG SANGAT BERMENAFAAT...BOLEH DICUBA APLIKASI PELAN-PELAN...BANYAK ILMU YG DIBERI TAPI YG DISERAP MINDA SIKIT JER HEH..EH..

Tahniah BM..Thanks sharing ilmu SEO.

Dunia Zumal delete icon 11:15 PG

Tahniah BM, memang wajar BM menang... Terbaik ^_^

Unknown delete icon 11:27 PG

Wah uncle ku memang hebat...
Nak juga belajar nie...
Ajar lah uncle satu persatu...
Ada juga faedah berblog nie kan..hihi

OKje delete icon 11:52 PG

Tahniah BM..... dah menang tu tak mo buat open house ke? hehe

ZaridaIshak delete icon 12:27 PTG

tahniah. entri menarik dan sangat berguna untuk blogger semua.

BinMuhammad delete icon 1:23 PTG

Terima kasih akak... layak ke? Mungkin kerana tuah dan rezeki berpihak pd saya juga kot... Syukur Alhamdulillah.

BinMuhammad delete icon 1:25 PTG

Tidak kita apa jua kandungan blog, jika ada keinginan untuk belajar, harus diteruskan... Percayalah, ianya pasti menyeronokkan apabila terlihat hasilnya nanti.
Terima kasih idzwa :)

BinMuhammad delete icon 1:26 PTG

Terima kasih Fiza, bukan mantap...tapi sekadar mempraktikkan ilmu yg dipelajari... Masih banyak lagi kekurangannya.

BinMuhammad delete icon 1:29 PTG

Saya pun belajar pelan-pelan... Saya amat memahami, pd peringkat usia sebegini, sukar utk menghadamkan ilmu tapi bukanlah sesuatu yang mustahil dilakukan... sikit2 lama2 jadi bukit :)
Terima kasih kak Paridah.

BinMuhammad delete icon 1:30 PTG

Terima kasih AB... Sama2 kita berkongsi dan belajar ya :)

BinMuhammad delete icon 1:31 PTG

Terima kasih Zumal... Belum terbaik, masih banyak yg perlu dipelajari lagi... :)

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

Cik Akak ni... dah satu persatu di bongkar rahsianya...itu sahaja yg mampu dikongsi dari ilmu yg sedikit ini. Jika mahu lebih kena menuntut dengan sifu HH ye...
Terima kasih Cik Akak... :)

BinMuhammad delete icon 1:35 PTG

Rumahku sentiasa terbuka... Jemputlah datang! Macam2 ado!
Terima kasih OKje :)

BinMuhammad delete icon 1:36 PTG

Terima kasih YB, yang baik ambillah buat panduan... Semoga semua orang juga berjaya!

Unknown delete icon 2:41 PTG

Tahniah BM... dan terima kasih atas perkongsian ilmu... walau pun tidak semuanya dapat di hadam dengan baik... :) almaklumla processor selow... hehehe... nombor 2 tu pun sangat2 bagus dah tu... bukan senang dan bukan sikit effort nya kan... mesti BM rasa bangga dengan diri sendiri... Tahniah sekali lagi dan semoga BM maju jaya lagi di masa depan...

Unknown delete icon 4:16 PTG

Tahniah BM..Banyak lagi yang perlu dipelajari untuk berblog..Terima kasih atas perkongsian dan semoga terus berjaya.. ^_^

tahniah la pada HH kan..Bm pun ok juga blognya, selalu dapat perhatian

Unknown delete icon 5:41 PTG

tahniah bm atas konsisten di tangga ke-2
ilmu buat kami semua
selain blogger hh, blog bm juga dijadikan rujukan bljr ilmu blog n seo

akmaomar delete icon 8:40 PTG

Assalam...
Tahniah BM tak sia2 usahakan...saya ucapkan terima kasih sudi join contst saya ni & sudi berkongsi ilmu, banyak manfaat yg boleh kita belajar dari entri ni.

Zawiah delete icon 12:07 PG

dah terfikir nak tanya ... nasib baik buat entry ...

umiawadah delete icon 8:24 PG

Lama tak jenguk disini....makin majuuuuuuu

Alhamdulillah.. Tahniah BM.. Nurul tumpang gembira! Ini juga menunjukkan, dengan adanya ilmu dan usaha, peluang untuk Junior memberi saingan sengit kepada senior bukanlah satu yang mustahil.

jie susanos delete icon 11:53 PG

tahniah bm berada di tempat kedua..ilmu seo ni kena btul2 dihayati..

Blog Santai delete icon 1:02 PTG

Tahniah BM..Rezeki Syawal ya..

mrhanafi delete icon 7:50 PTG

terima kasih tuan...sokongan begini amat saya hargai

Tanpa Nama delete icon 10:32 PTG

tahniah BM..kathy tak tahu bila mampu seperti itu..banyak kelemahannya..

sulitnya ampun gan sudah berbagai cara dicoba nih belum bisa jadi nomer 1 di google

Yana Yani delete icon 2:39 PTG

tahniah BM untuk kemenangan ni
perlukan banyak ilmu dan masa untuk mempelajari ilmu ni
saya masih lagi blur tentang tu
banyak lagi yang perlu dipelajari

ZaridaIshak delete icon 4:30 PTG

jujur saya katakan bahawa kemenangan BM memang telah saya duga... Tahniah sekali lagi.

ZaridaIshak delete icon 4:31 PTG

semoga kemenangan BM dari kategori blogspot.... mampu membakar semangat rakan blogger untuk menghasilkan tulisan yang lebih bernilai tinggi...

BinMuhammad delete icon 9:48 PTG

Sesama kita saling sokong-menyokong...hoho! :)

BinMuhammad delete icon 9:50 PTG

Terima kasih Acik Idah... processor slow tak pe...yg penting berfungsi dgn baik, dr processor baru tapi banyak virus... hehe

BinMuhammad delete icon 9:53 PTG

Terima kasih Norniwanie... InsyaAllah, anda masih muda dan punya processor yg pantas, pasti cepat belajar dan semoga berjaya!

BinMuhammad delete icon 9:54 PTG

HH tetap unggul... Dia memang selayaknya bergelar pakar seo.

BinMuhammad delete icon 9:55 PTG

Terima kasih Yumida... Anda pun apa kurangnya, sebelum ini dah byk kali menang contest SEO... Boleh jadi rujukan ilmu blog dan SEO juga!

BinMuhammad delete icon 9:58 PTG

Waalaikumsalam Akma,
Terima kasih juga diatas penerimaan penyertaan saya dan tahniah diatas penganjuran contest yang berjaya. Semoga terus suksess dan berjaya!

BinMuhammad delete icon 9:59 PTG

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi serba sedikit ilmu dan pengetahuan yang anda kehendaki... Nak lebih kena dapatkan dr HH ye...

BinMuhammad delete icon 10:01 PTG

Terima ksih Ummi... Alhamdulilah. Semoga Ummi juga dipermudahkan urusan dan bertambah majuuuu... :)

BinMuhammad delete icon 10:03 PTG

Terima kasih Nurul... ya, syukur Alhamdulillah... Sesiapa pun boleh, yg penting usaha dan belajar serta amalkan ilmu yg betul.

BinMuhammad delete icon 10:06 PTG

Terima ksih Jie S, anda masih muda dan punya processor yg masih cekap... ia pasti mudah buat anda.

BinMuhammad delete icon 10:07 PTG

Terima kasih RZ... Ya..Alhamdulillah, rezeki syawal. Duit Raya tahun ini :)

BinMuhammad delete icon 10:10 PTG

Terima kasih Kathy...
Sebenarnya Kathy lagi mudah utk belajar SEO kerana Kathy punya ilmu yg banyak tentang coding html serta setting blog cuma Kathy belum mencuba melakukannya. Sesekali cubalah sertai contest SEO dan praktikkan ilmu. Mungkin Kathy lagi bagus sebenarnya! Belum cuba mana nak tahu!

BinMuhammad delete icon 10:12 PTG

Memang agak sulit tetapi perlu terus punya semangat utk mencuba dan belajar, InsyaAllah... pasti akan berjaya juga nanti... Jgn putus asa! Teruskan usaha dan mencuba!

BinMuhammad delete icon 10:16 PTG

Terima kasih Yana...
Dah byk kali Yana cakap begini apabila cerita bab SEO. Jangan susah hati dan menyusahkan diri jika tidak mampu...yang penting anda seronok menulis, berblogging dan teruslah berblogging! Nikmatilah ia... Hinggalah bila anda terasa nak belajar barulah mulakannya... :)

BinMuhammad delete icon 10:17 PTG

Syukur...Entri penyertaan saya nampaknya kukuh lama di tempat ke 2 disepanjang contest. Terima kasih YB

BinMuhammad delete icon 10:18 PTG

Harap-harap begitulah... Semua blogger tanpa mengira status sebenarnya boleh berjaya!

encikarman delete icon 1:13 PTG

perghhh.. tahniah bro, byk ilmu yg bro dah khatam ni.

OKje delete icon 11:59 PG

Eleh...sajalah tu ....ajak ajak hippo namanya tu.... open house dalam sungai yeh hehe

Bunda_nora delete icon 10:47 PG

Tahniah BM !....ini baru satu pertanda awal untuk terus maju di masa2 akan datang...

Dengan algoritma google fred ditahun 2017 ini, apa sistem kontes Seo masih bisa menaikan rating blog Gan?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap