بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Malaysia, boleh dikatakan hampir semua rumah menggunakan dapur gas atau elektrik. Sesekali mungkin perlu juga menggunakan bahan bakar seperti arang untuk memenuhi selera untuk makan barbecue.
Teringat juga zaman dulu-dulu. Ketika itu dapur kayu dan arang adalah dapur utama untuk memasak. Tidak dapat dinafikan, memasak menggunakan dapur tradisional ini membuatkan rasa masakan lebih sedap dan enak!
Kemudian beralih pula ke dapur minyak tanah. Namun rasa masakan tidak sesedap dapur kayu dan arang tetapi ianya lebih mudah digunakan.Teringat juga masa itu semua kuali dan periuk belanga habis hitam bontotnya!
Kini, betapa bertuahnya kita kerana mengecapi kesenangan dan nikmat kemajuan yang telah merubah keadaan dapur kepada yang lebih selamat dan bersih. Tidak perlu bersusah payah lagi nak cari kayu api.
Namun ketahuilah hakikat dunia masa kini, masih ramai lagi yang belum dapat menikmati kemudahan dan kemodenan ini. Berbilion lagi yang masih terdedah dengan risiko bahaya akibat dari pencemaran udara di dalam rumah sendiri.
Nostalgia Dapur Kayu |
Kemudian beralih pula ke dapur minyak tanah. Namun rasa masakan tidak sesedap dapur kayu dan arang tetapi ianya lebih mudah digunakan.Teringat juga masa itu semua kuali dan periuk belanga habis hitam bontotnya!
Kini, betapa bertuahnya kita kerana mengecapi kesenangan dan nikmat kemajuan yang telah merubah keadaan dapur kepada yang lebih selamat dan bersih. Tidak perlu bersusah payah lagi nak cari kayu api.
Kesan Pencemaran Udara Di Dalam Rumah
Lebih separuh penduduk dunia iaitu kira-kira 3 bilion orang masih memasak makanan mereka dengan menggunakan bahan bakar pepejal seperti kayu, tahi, arang batu, minyak tanah dan bahan api lain secara terbuka atau di dapur primitif di dalam rumah mereka. Ketahuilah juga bahawa iamya telah membunuh kira-kira seramai 1.5 juta orang setiap tahun! Ini menurut satu laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Memasak dengan bahan bakar pepejal dan minyak secara terbuka di dalam rumah telah mengakibatkan pencemaran udara yang sangat tinggi di dalam ruang yang tertutup. Ianya membawa risiko utama untuk penyakit radang paru-paru dikalangan kanak-kanak dan penyakit pernafasan kronik di kalangan orang dewasa. Asap di dalam rumah mengandungi banyak bahan pencemar yang boleh merosakkan kesihatan. Karbon monoksida dan tahap pencemaran zarah yang mungkin 20 kali lebih tinggi daripada garis panduan yang selamat.
Pencemaran Di Dalam Rumah |
Pada tahun 2002 sahaja, hanya berpunca dari memasak menggunakan bahan bakar pepejal dan minyak telah menyebabkan hampir 800,000 kematian di kalangan kanak-kanak dan lebih daripada 500,000 kematian di kalangan wanita!
Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membantu keluarga berpendapatan rendah di negara-negara membangun untuk beralih ke dapur yang lebih baik iaitu menggunakan bahan bakar gas petroleum cecair, bio-gas, elektrik atau bahan bakar bersih yang lain. Berpindah dari dapur tradisional untuk mengurangkan asap di dalam rumah dan segera mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
Peka Dan Prihatin Terhadap Pencemaran
Siapa sangka... dulu-dulu tidak pernah pun mengetahui akan bahaya ini. Tapi kini laporan telah membuktikan akan bahayanya penggunaan dapur tradisional ini digunakan untuk memasak setiap hari di dalam rumah. Tapi mungkin dulu biasanya dapur terletak di ruang yang terbuka di luar rumah telah menyelamatkan kita dari risiko yang berbahaya ini.Pencemaran berlaku tidak mengira tempat, hanya kita perlu sentiasa peka dan prihatin. Seperti juga merokok didalam ruang yang tertutup. Ianya bukan sahaja membayakan diri sendiri malah orang lain. Malah ada pelbagai lagi pencemaran yang kita tidak sedari seperti asap ubat nyamuk, semburan racun serangga dan lain-lain lagi. Oleh itu... Sayangilah diri sendiri dan cintailah alam sekitar. Elakkan dari melakukan pencemaran dan jauhkan diri darinya.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah
23 comments - "Bahaya Pencemaran Udara Dalam Rumah"
betul ke pakai bahan kayu bakar sebabkan polusi :-s
info yang sangat berguna
Malangnya bukan semua orang mampu nak hidup lebih sihat. Malah ada masyarakat yang hidup dalam timbunan sampah..
Memang bahaya jika dalam rumah pun boleh jadi punca pencemaran udara. Dalam rumah tak selamat. Kasihan yang jadi mangsa adalah kanak-kanak yang berada sekali,
sebenarnya udara dalam rumah lbh tercemar dari udara diluar..
sebabnya:
-Racun Serangga - Bahan ini akan diserap oleh perabut di rumah
-Bahan pembinaan rumah - asbestos, kaca fiber, gam, bahan pelarut
-Pasu Bunga - debunga, penyebab alahan, serangga yang berbahaya, racun herba.
-Bilik tidur - cendawan, bakteria, kutu yang hidup di katil, aircond
-Manusia - rambut, kelemumur, kulit mati,
-Haiwan peliharaan - bau busuk, penyebab alergi, gatal
-Bilik mandi - pembersih udara, bahan pembersih, gas pembentungan,bakteria, virus
-Dapur - asap dari masakan, pelbagai penyebab alergi
-Perabot - VOCs
asalam ..memang benar, pencemaran udara dalam rumah tu mengundang gejala bersin yang tak selesa..sebab itu kena rajin sapu lantai dedebu yang degil tetap hinggap sana sini..kena rajin. tips bagus dari blog relex minda
patutlah menyepi 2 hari . dah tukar template rupanya ... syukurlah wpun berthn menggunakan dapur kayu satu ketika dulu , sampai sekrg masih diberikan kesihatan yg berpanjangan ... alhamdulillah .
merasa guna dapur kayu, dapur arang, dapur minyak tanah, dapur gas dan dapur letrik. bertuahnya kan:-))
rasanya punca pencemaran dari dapur kayu tu mungkin tak setinggi penggunaan racun serangga dalam rumah, BM..
Nostalgia dapur kayu.. nasi yang dimasak berbau harum n ada kerak yg sedap..
terkenang kembali..bau asap emak aku masak guna dapur kayu..itu waktu aku kecik dahulu
Sekarang dah jaran kot orang masak ngan dapur kayu, tapi yang bakar paru2 secara sukarela mungkin ramaila
Asap rokok tu pencemaran utama slm rumah kalau kt msia ni.
Penyegar udara juga sebenarnya mencemarkan udara.... Lebih baik guna daun pandan atau serai wangi... Hidup harmoni dengan alam sekitar....
Wah..versi mobile ini lg mesra reader via smatfon la BM. .. Nostalgia betul pki dapur kayu ni..
P/S: lama xsinggah sini. Line teruk sgt.
Pakai dapur moden sekarang ni kalau berasap ada dah penyedut asap.Tàpi ada juga bontot kuali hitam bila apo dapur gas dari biru tukar merah...hehehe
Sekarang walaupun dah takde kayu terbakar dalam rumah tapi banyak toksin yang dilepaskan dalam rumah seperti spray nyamuk dan sebagainya. Langkah berjaga2x perlu diambil.
Baru tau tentang ni..
good info..tapi masalah kos dan kemampuan, kadang kala menjadi penghalang... :(
Thanks for sharing bro. Pencemaran di mana². Susah nak elak.
Tapi saya pernah merasa dapur kayu ngan dapur minyak tanah tu masa dok kat kampung ngan nenek ☺
Ohhh mmg sangat nostalgic dapur ni.....Okje besar dengan dapur nilah...Kalau sekarang ni kena masak guna dapur ni, memang mogoklah setahun haha
Tengok dapur kayu tu mengimbas kembali memori bunda. Yalahkan bunda ni kelahiran lewat tahun 50an. Masa tu masih belum ada dapur yang canggih2 ni... paling canggih pun dapur minyak tanah..
Masa kecik2 dulu bila balik kampong dapur ni lah opah gunakan.. memandangkan bapa bunda seorang tentera, kami tinggal dikem tentera...jadi dapur minyaklah yang digunakan...
Tak salah bunda dalam tahun 80an pun masih ramai lagi guna dapur minyak tanah termasuk bunda masa baru2 kawen dulu...lepas tu baru popular dengan dapur gas...dan dapur letrik/hot plate...
Sekarang ni..bukan saja dapur tu dah tak serupa dapur masak...malah api pun tak ada...zaman dah berubah...serba serbi canggih...
Alhamdulillah..
Nice sharing BM
Nice sharing. Kita ada kaedah penyelesaian utk kurangkan risiko pencemaran udara dalam rumah. Boleh whatsapp Myzriana di 01132234768. 😄
mohon share
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”