Bangau Dan Flaminggo Sama Tapi Tak Serupa: Assalamualaikum... dan Salam Sejahtera. Pasti semua orang tahu akan lagu ini... Bangau oh bangau... Lagu yang biasa-biasa sahaja tapi liriknya sungguh mendalam dan sinis sekali maksudnya. Saksikan video menarik ini...
Selain dari lagu, bangau juga terkait dalam peribahasa, "Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua". Maksudnya, Sejauh mana anda kembara pasti akan pulang ke halaman anda juga.
Dalam masyarakat kita, bangau dan kerbau serta sawah padi memang tidak dapat di pisahkan, ianya saling berkait dan serasi bersama.
Dalam masyarakat kita, bangau dan kerbau serta sawah padi memang tidak dapat di pisahkan, ianya saling berkait dan serasi bersama.
Bangau termasuk dalam spesis burung air berkaki panjang. Selain bangau, flaminggo juga merupakan dari spesis yang sama. Spesis ini hidup berkelompok dan sering mengembara.
Bangau dan Flaminggo
Burung Bangau
Burung bangau biasanya hidup bersendirian atau dalam kumpulan kecil di sawah atau di paya dan hutan bakau kerana makanan mudah dicari di sana di samping mudah membuat sarang untuk bertelur.Burung bangau mudah dijumpaĆÆ di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia, burung bangau terdapat dengan banyaknya di pantai negeri Perak dan Selangor terutamanya Pulau Ketam kerana terdapat hutan dan paya bakau yang luas di sana.
Justeru, burung ini sering kelihatan bertenggek di celah semak bakau sambil berehat atau membersihkan bulunya.
Justeru, burung ini sering kelihatan bertenggek di celah semak bakau sambil berehat atau membersihkan bulunya.
Burung Flamingo
Flamingo pula ialah sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu.
Flamingo boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo juga boleh tinggal di tasik gunung berapi yang panas dan tasik berais di pergunungan Andean.
Kenapa kaki bangau dan Flaminggo panjang? Sudah tentu kerana ianya mencari makan di kawasan yang berair cetek dan berselut, kakinya yang panjang dapat memudahkannya bergerak dan tidak tenggelam.
Kenapa pula lehernya panjang? Kalau pendek, bagaimana ia hendak tunduk mencapai mangsanya. Begitulah juga fungsi paruhnya yang panjang seperti penyepit memudahkan ia mencari dan meyepit mangsanya.
Lihatlah...setiap bentuk dan rupa juga memainkan peranannya yang tersendiri. Begitu indah dan sempurna ciptaan Allah.
Mahkluk Ciptaan Ilahi
Banyak lagi rahsia yang tersembunyi boleh kita rungkai dari setiap kejadian dan makhluk Allah yang lain untuk kita adaptasikan agar kita dapat kenal pasti kekuatan dan kekurangan diri yang sebenarnya memberi hikmah buat kita.
Semua ini perlu kita pelajari kerana itulah pentingnya ilmu untuk memberi kita pengetahuan dan belajar darinya untuk diambil sebagai teladan.
Admin...
35 comments - "Bangau Dan Flaminggo Sama Tapi Tak Serupa"
Flamingo lebih lawa rasanya..
Informasi baru bg sy, terima kasih...
he3 nakal btol ayam 2 :) kecian nk jd tggi jgak ye..lagu atas 2 dh lma xdgar..time budak2 dulu femes sgt la..biasanya kt zoo je dpt tgok flamingo
lor..ayam pn nk kaki pnjng gak..xblh bla..hahahaha....
famous lagu bangau masa kecik2 dlu..budak2 sekarang tau tak lagu2 tu..ke dah tau kpop jerk...
flamingo kaki model...
selalu nyanyi lagu bangau tu dalam kereta dengan anak-anak..
Haha..kenapa dengan ayam tu, nak jadi model macam flamingo jgk? Dua-dua cantik. tapi warna flamingo lebih cun.
ohhh baru tahu ingatkan sama :) thanks BM infonye
Comelnya bangau yang tiga ekor tu..tapi betulkan BM, setiap apa yang ALLAH jadikan, mesti ada sebab..
Assalamu'alaikum tuan bestari,
Ummi dah datang kemari, i'm back... :)
Lupa menanam padi di langau,
Naik padi mari mencari;
Kenapa ayam menjadi bangau,
Baik jadi diri sendiri.
langau*danau
terima kasih infonya..:)- Pada setiap kejadian dilangit dan bumi itu ada banyak tanda kekuasaanNya dan tak kan ada yang sia-sia..:)-
femes lagu tu dulu.. amboihh cik ayam, nak tinggi jugak dia ye? hahahahaxD tgk bangau teringat cite barbie.. ekh.. y kena sumpah jadi swan.. hek3 :p
Dah tentulah...terima kasih bersama Relaks Minda :)
Ya la...lama tak pergi zoo =) Sesekali best jugok...
Heehe...kena usaha untuk sama tinggi
Makna di sebalik lagu ini yang perlu diambil iktibar... Elok diketengahkan kpd budak2 skrg
Catwalk bak model...baguslah, kalau dapat selitkan pengajaran disebalik lagu tersebut :)
Tunggu juga kalau cik akak boleh ulaskan pengajaran lagu tersebut...hehe
Warna pink...memang kesukaan wanita :)
Ayam tu menunjukkan kpd kita...tiada yg mustahil berdiri sama tinggi, yg penting ada usaha.
Sama2 Acik...dah ketandusan idea, bangau pun jadi entri...hehe
Betul tu...jangan kita pelik kerana ianya adalah terbaik buatnya.
Waalaikumsalam...
kehadiran Ummi amat kunanti :)
Angin dingin ditepi danau,
Lena terleka hingga kepagi,
Bukan ingin menjadi bangau,
Nikmat seketika menjadi tinggi...
OK... :)
Betul tu...semoga ramai yang memahaminya agar tahu menghargai dan mengagumi kekuasaan Ilahi.
Nak juga merasa jadi tinggi, luas pandangan :)
Tak tengok la pulak cite tu...
Salam setenang malam minggu... :)
Dibajak tumbuh laluan muara,
Sampan masuk karam membawa;;
Bijak sungguh tuan bicara,
Jawapan menusuk ke dalam jiwa..
Salam disambut, senangnya hati...
Tidak siram dipagi hari,
Tidak jadi tunjuk seksi,
Bijak ayam meninggi diri,
Bijak padi tunduk berisi...
terima kasih di atas informasi ni.. lengkap info pasal bangau.. pernah juga jumpa bangau ni di taman wetland putrajaya..
Terima kasih juga kerana sudi membaca. :)
Macam model pulak bila OKje tengok sekali pandang! hehe
Huhuhu...lucunya tengok gambar ayam tu. Jadi janganlah jadi seperti ayam tu. Setiap kejadian atau ciptaan-Nya ada hikmahnya. Usahlah mengubah kejadian.
Hmm...ini macam dengki jer ayatnye. Maaf OK jer, saya suka bergurau :D
Ya...tepat sekali ungkapan cikgu! Jangan di ubah kejadian...ianya adalah yabg terbaik!
Info menarik.. selama ni kalau anak2 tanya flamingo tu apa yer Umi, terus je jawab tak pikir2 dah bangau ! hehehe
adakah haiwan ni digelar haiwan di udara? tiber ii confused niš¤£
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”