Nikmati Rehat di Percutian Idaman Bersama Keindahan Alam: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Keindahan alam ini adalah anugerah Allah SWT untuk kita nikmati.
Di hujung minggu merupakan masa yang paling sesuai untuk kita menikmatinya kerana ketika ini kita bebas dari belenggu rutin harian sama ada dalam mencari rezeki mahupun menimba ilmu.
Masa yang singkat ini hendaklah di gunakan sebaik mungkin untuk memberi kerehatan kepada tubuh badan dan juga minda. Namun tidak semua orang berpeluang untuk menikmatinya.
Ada saja program dan aktiviti lain yang mengikat anda untuk terus bergerak. Tiada istilah rehat buat anda melainkan masa tidur di malam hari. Namun anda tetap masih berkesempatan juga untuk blogging... terima kasih kerana singgah seketika di sini =)
Kesempatan anda berada disini walaupun seketika tidak akan saya hampakan. Saya mahu anda rehatkan diri dan bersantai walaupun ianya hanya untuk seketika. Nikmatilah percutian bersama Relaks Minda di hujung minggu ini.
Kosongkan fikiran anda dan lupakan dimana jasad anda berada sekarang. Berikan tumpuan dan biarkan hanya mata anda menikmati keindahan alam yang indah ini.
Percutian Di Relaks Minda
Rasai nikmat ketenangan dan kedamaian di percutian yang indah ini. Jauh dari kesibukan tanpa sebarang gangguan. Hanya anda dan alam semula jadi.
Menikmati pemandangan laut dan langit yang membiru serta saujana mata memandang. Menikmati kehijauan pepohon yang menyejukkan. Menikmati indahnya gabungan binaan bersatu dengan alam.
Rasakan juga nikmatnya bayu laut yang lembut menyapa pipi anda. Merasa terikan mentari yang menyinar terang menerangi alam ini dan rasai juga kelembutan ombak yang menyapa kaki anda.
Mendengar alunan ombak yang merdu bagaikan irama syahdu yang menenangkan jiwa. Menyaksikan pepohon melambai-lambai mesra umpama mengalu-alukan kehadiran anda.
Tariklah nafas dan nikmati kesegaran udara yang nyaman dan segar. Betapa tenang dan damainya terasa.
Badan terasa ringan bagaikan hilang segala beban dan tekanan. Mengembalikan semula kekuatan dan tenaga jasmani dan rohani.
Tidak kira apa yang akan anda lakukan selepas ini, semoga anda dapat melakukannya dengan lebih bersemangat dan bertenaga.
Mungkin saya tidak mampu memberikan anda sepenuhnya seperti realiti tapi nikmatilah rehat dan tenangkanlah hati dan minda anda walau seketika... ianya penting untuk kesihatan dan menyegarkan badan serta minda anda.
Selamat menikmati hujung minggu... Terima kasih bersama Relaks Minda. Semoga anda sentiasa ceria dan bahagia di samping insan tersayang.
55 comments - "Nikmati Rehat di Percutian Idaman Bersama Keindahan Alam"
tenang je bila dapat bersantai di tempat macam tukan.. di samping merehatkan minda, membuatkan kita berfikir tentang kebesaran Allah bila memandang keindahan alam ciptaan-Nya.. ucapkanlah alhamdulillah.. :D
Seronoknya dapat berehat di tepi laut sambil melihat kebesaranNya...suka tgok pantai..
cantik2 jer tempat kat atas tu.... kalau dapat rehat kat tempat macam tu memang relax dan bebas stress sekejap...
Pernah tido atas buai tepi pantai..menikmati deruan ombak dan udara yang menenangkan.. dulu ketika dilanda masalah suka singgah melepak tepi pantai lepas waktu kerja.
Subhanallah..begitu cantik dan rasa tenang bila melihatnya =)
laut dan pantai...indah...dah lama tak pergi pantai ni...
dapat juga ketenangan, walaupun hanya mentap gambar, ciptaan Tuhan, tiada tandingan..
klau dpt pegi, tempat cm gini, mmg best , tenang saje
sangat tenang, alangkah bestnya jika mama dapat ke sini...
selalunya pemandangan seindah ini...kena duduk resort yang mahal harganya...
nak cari yang percuma payah dah..huhu
kalaulah dapat jejakkan kaki kat sana.. bestttt y amat... cntik =)
Color biru memang tenangkan BM..kalau spend the whole day tepi pantai pun ok. then dengar bunyi ombak..best sangat kan..nway happy weekend ya..
bertadabur dgn keindahan Alam... syok nyerr!!
My recent post : Lukisan 3D yang Menakjubkan
salam Tn. ...sungguh tenang bila melihat foto yg Tn. paparkan.Tq
Subhanallah..
wah cantiknye
subhanallah
tringin nk berholiday ke pantai sebegitu
mandi, mancing, picnic, main pasir..beznye!
follower ke 239..salam perkenalan
sekali sekala dapat bercuti dengan member, family, or orang yg tersayang memang best.. hehe
wow..bestnyer...cantik sesangat..oh ye,kathy dah buka pintu bloglist kathy tu semalam..lupa nak buka pintunyer pas edit..hehehehe..sori...
pcl dah lama tak berbuai atas jaring ...sungguh nikmat bila ditiup angin sepoi2 bahasa..
mmg therapy minda yang menenangkan
Terima kasih Mizz Aiza
Terima kasih Teena
Terima kasih Adhie, relaks2 :)
Terima kasih cik akak, slmt berhujung minggu
Terima kasih Jhaa...jom lepak tepi pantai =)
Alhamdulillah...terima kasih kak nah
Sebelum ramadhan ni, pergilah :)
Terima kasih KY, semoga bahagia di hujung minggu
Pasti best! Terima ksih Acik...good luck in your exam!
Terima kasih norhasniza :)
Memang xmerasa dah, tgok gambar jer la...
Pejamkan mata dan bayangkan...
Biru...tenang dan nyaman
Terima kasih Lime Dotmy
Wsalam...terima ksih juga singgah menjamu mata
Terima kasih Yumida, salam perkenalan ye
Itu sudah tentu, thx pha is
OK Kathy, terima kasih ye
Oh...memang nikmat tu...
Thx PCL
Terima kasih TMM krn sudi singgah disini :)
Salam kelip-kelip cahaya Isnin.. :)
Tumbuh betik tumbuhlah rendah,
Tidaklah boleh terkena batu;
Sungguh cantik sungguhlah indah,
Hendak ku pilih yang mana satu.
Ummi datang lagi.... :)
Bertanam buah di sebelah kota,
Pangkin rendah menghala bendang;
Kecil bendang berkabut pasir;
Alam terindah Allah yang cipta,
Makin indah tatkala memandang,
Sambil memandang menyebut zikir.
Air laut tu yg best.. dmai je tgk :)
Walaikum salam Ummi... :)
Bukan mudah berkain batik,
Corak tempua serlah sunti,
Semua indah semua cantik,
Ambil semua puaslah hati...
Datangmu kusambut senang hati...
Bunyi kelicap sangka terkukur,
Didahan ceri ia bergandingan,
Gembira nakal umpama teman,
Zikir di ucap tanda syukur,
Nikmat diberi tiada tandingan,
Semoga kekal sepanjang zaman...
Terima kasih zaki...damai selalu hendaknya :)
Memang betul betul mendamaikan....
Alangkah bestnya kalau dapat berenang dalam air laut yg jernih tu
Seronoknya kalau dapat bercuti di tempat yang tenang seperti ini.
Tak dapat bayangkan OKjer menjadi dugung...hehe
Semoga sentiasa ceria dan damai...
Lepas habis Ramadhan nanti boleh jadikan ia kenyataan... :)
tgk pic2 leh tenangkan minda... tapi tak leh hilangkan sakit tekak KA ni ha.. hehehe ,.. neway tq share yer
Sakit tekak ubatnya lain...hehe, semoga sikit sebanyak minda tenang pun dah bagus tu...terima kasih
kalau dapat ke sana mmg boleh hilang segala stress....
sronok kalau dpat rehat betol2 kt situ..air pn jernih =)
Terima kasih hatimi...semoga ianya memberi santapan mata, untuk ketenangan jiwa :)
Memang seronok...tapi mu tengok ajelah, tunggu sihat...OK =)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”