Lampu hiasan merupakan satu alat perhiasan yang amat penting dalam tata hias mendekorasi sesuatu ruang. Ianya bukan sahaja harus kelihatan menarik ketika lampunya di pasang...namun ianya mestilah menarik juga di waktu siang. 

Kedudukan lampu hiasan penting sama ada di syiling, dinding mahupun diatas meja, ianya mestilah mampu berfungsi sebagai lampu dan hiasan.

Untuk sesuatu yang berbeza dan menarik, lampu hiasan yang unik dan eksklusif boleh menjadi pilihan anda. Hanya sedikit kemahiran dan kreativiti dari bahan terbuang, anda boleh menghasilkan sebuah lampu hiasan kitar semula yang anggun dan mempersonakan.

Lampu hiasan dari bahan kitar semula bukan sahaja menjimatkan wang anda tetapi yang lebih penting ianya merupakan sumbangan anda terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Anda lihat sendiri beberapa hasil kreatif lampu hiasan daripada bahan kitar semula yang sungguh menawan ini... Jika ianya mampu anda hasilkan mahupun memberi idea untuk anda, cubalah...

Lampu Hiasan

Lampu Hiasan Kitar Semula
Lampu Hiasan Kitar Semula
Lampu Hiasan Kitar Semula
Lampu Hiasan Kitar Semula
Lampu Hiasan Kitar SemulaLampu Hiasan Kitar Semula
Lampu hiasan dari barangan kitar semula seperti botol kaca dan plastik. Hasilnya sungguh anggun sekali. Betapa eksklusifnya lampu ini di ruang di rumah anda. Bukan sahaja cantik di kala sinaran cahaya lampu dinyalakan malah keunikan terserlah bila-bila masa.

Lampu Hiasan Kitar Semula
Hanya menggunakan kotak terbuang. Idea kreatif dan 'simple' menghasilkan sebuah lampu hiasan yang sungguh menakjubkan. Anggun bergaya di letakkan di mana-mana ruang di rumah anda.

Lampu Hiasan Kitar Semula
Lampu Hiasan Kitar Semula
Pin pembuka tin juga boleh di gubah menjadi perhiasan yang menarik yang tidak sekadar menjadi perhiasan tetapi sebuah lampu yang menerangi anda di waktu kegelapan. Menawan setiap mata yang memandang.

Lampu Hiasan Kitar Semula
Cawan kertas dan polisterin, antara produk pakai buang yang paling banyak dan mudah anda dapati. Ia juga mampu menghasilkan sebuah lampu hiasan kitar semula yang tidak terkalah dari segi rupa dan keanggunannya, malah menyerlah dari nilai eksklusif.

Lampu Hiasan Kitar Semula
Lampu meja yang unik ini pasti memukau sesiapa yang memandang. Sukakannya? Bolehlah cuba... Lampu perhiasan anggun dari bahan kitar semula.

Lampu Hiasan Kitar Semula
Tempurung kelapa memang banyak sekali kegunaannya. Pelbagai hasil kraftangan boleh dihasilkan daripadanya. Lampu hiasan ini adalah salah satu daripadanya. Cantik bergaya menerangi malam anda.

Lampu Hiasan Kitar Semula
Kalau dulu ianya sangat popular, tetapi sejak ada  CD, format MP3 serta iPod, kaset sudah di lupakan sehinggakan koleksi kaset ini menjadi bahan yang menyemakkan untuk anda simpan. Kitar semula kaset ini dan ubah menjadi sebuah lampu hiasan kitar semula yang anggun bergaya.

Kreativiti Kitar Semula

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! Kreativiti lampu hiasan dari bahan kitar semula adalah salah satu contoh daripadanya.

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula seperti lampu hiasan ini, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja.

Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Jom kitar semula bersama :

p/s: Entri auto publish... Terima kasih terus bersama Relaks Minda.
Admin...

19 comments - "Lampu Hiasan Kitar Semula"

Adhie delete icon 11:37 PG

Kreatif dan menarik...suka lampu yang guna tempurung kelapa tu...

Creative, cantik, menarik.. ;)

sitirohaida delete icon 11:48 PG

teringin jugak nak decorate rumah baru guna lampu2 macam nie

Unknown delete icon 1:40 PTG

Kesan lighting dr lampu2 yg cantik mmg memberikan keceriaan ruang. Suka sgt2.

boni kacak delete icon 2:58 PTG

kreatif gila.. pakai botol pun bolej jadi.. hehehe

Unknown delete icon 3:01 PTG

mak aihhh..kreatifnya!! nak buat jugak la...haha..

Ahli rumah kakak tak ada yg kreatif BM, kalau pandai memang cantik. Tapi kakak kumpul yg terbuang dan jual. baru Sabtu lepas abang baru jual botol-botol, kotak-kotak dan tin kami dapat 50 ringgit tau... Ini dua bulan punya koleksi tau...

Tanpa Nama delete icon 3:39 PTG

Menarik sungguh ! slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

Blog Santai delete icon 4:23 PTG

Tempurung kelapa tu kreatif sangat...nway selamat hari raya, maaf zahir& batin BM..

Bunda_nora delete icon 4:24 PTG

memang kreatif...takderlah pembaziran..

Fais-SKA delete icon 6:43 PTG

teruja je tgok =) kreatif betol la diorg ni..lg cntik dr lampu yg harga riban2 tu..

Zawiah delete icon 9:47 PTG

klu rajin kan bagus . leh wat lampu tempurung tuh ... cantik sungguh !

nangit86 delete icon 10:26 PTG

nice info :D
da folow da..tq :D

menariknya lampu hiasan recycle ni..

ejulz delete icon 12:15 PTG

kreatif.. :)

Aimacomel delete icon 5:34 PTG

Kalau lah saya ni kreatif, kan boleh buat sendiri

RoseGirl delete icon 10:15 PG

kenape tak buat langkah-2?? :(

zariniahmad delete icon 10:13 PTG

kreatifnya...tq

Tanpa Nama delete icon 10:21 PG

kreatifnya.rasa nak buat juga cam ni.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap