Ketupat... Sajian wajib di Hari Raya. Sarung ketupat yang di anyam dari daun pucuk kelapa, adalah warisan turun temurun yang menjadi identiti bangsa dan budaya Melayu.
Pandaikah anda menganyam sarung ketupat? Ya...Tidak semua orang pandai menganyam sarung ketupat. Kemahiran yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam menzahirkan dua keping helaian daun pucuk kelapa di anyam bersilang-silang menjadi sarung yang cukup menarik.
Pelbagai bentuk sarung ketupat yang boleh di anyam... Nama sarung ketupat diberi mengikut bentuk yang di hasilkan tetapi yang terkenal antaranya adalah ketupat bawang dan ketupat sate.
Teknik dan cara menganyam sarung ketupat tidaklah mudah, ianya memerlukan kemahiran tangan dan jari-jemari dalam memegang, menganyam dan mengolah mengikut bentuk yang di kehendaki.
Bagi yang ingin mempelajarinya...tutorial bergambar di bawah mungkin boleh membantu. Cara menganyam sarung ketupat yang boleh anda cuba. Asas permulaannya adalah sama (No 1 ~ 8), cuma pengakhirannya yang menentukan bentuk yang anda ingin hasilkan.
Jika anda tidak pandai menganyam sarung ketupat pun tidak mengapa, sarung ketupat kini banyak di jual dipasar-pasar. Tambahan pula kini ada pula ketupat segera didalam bungkusan plastik yang amat mudah disediakan...hanya tinggal rebus sahaja.
Selamat menyediakan juadah di Hari Lebaran. Kemeriahan Hari Raya bukan sekadar menyambutnya tapi kesibukan dan kemeriahan menyediakan menu utama bersama ahli keluarga untuk santapan di pagi raya juga sesuatu yang amat menyeronokkan dan menjadi saat manis bersama.
p/s: Terima kasih terus bersama Relaks Minda. Tanpa ketupat dan rendang...Hari Raya bagaikan tiada serinya.
Admin...
15 comments - "Belajar Cara Menganyam Sarung Ketupat "
Dari dulu masih tak reti nak anyam ketupat nih
bagus tutorial ni. Saya hanya anyam ketupat setahun sekali, time raya. kadang2 terlupa juga step anyam ketupat ni. Kalau terlupa step, raya tahun ni, sy dtg blog BM sekali lagi..hehe..:)
pergh.. tak pernah lagi menganyam ketupat ni. kalau try, mesti jadi lemang terus.hahaha
saya failed anyam ketupat ni,mak ayah saya sangat pakar...belajar banyak kali,tak juga lulus...betullah tangan dan jari jemari tu kena pandai main peranan...hehehe
x de masalah nak anyam ketupat cuma bermasalah nak dapatkan daun kelapa ... lambat beli kat pasar , habis . nak petik kat pokok , kena paksa anak buah pi panjat ler ...
Pernah belajar tapi dah lupa..nway kita tak suka sangat makan ketupat nasi ni..lebih suka makan ketupat pulut daun palas..tapi susah nak dapat...
bagus buat tutorial ni.. aiza pandai buat ketupat daun palas je..
Antara ketupat moden dn klasik..sy lebih suka klasik cmni lg =) seni je..xmcm skrg..main bungkus dlm plastik je..
beli ketupat segera pun ada..
dulu mama rajin anyam ketupat.. walaupun cuma ketupat satay tu.. sekarang sudah lupa maaa... hihi
Sy pndai anyam...:-) arwah abah ajarnya,...kami adik beradik mmg kena ajar anyam..sebab bak kata arwah...senang dia..anak2 tlong...dlu2 nak dpt daun senang, ketupat segera masa tu pun x de lagi...
ketupat jenis ketupat bawang saya reti anyam
If SA yg try buat confirm x jd apa2...pernah cuba belajar tp kelaut jugak....x reti la...
bunda tak pandai nganyam, makan pandai..
hanya tau makan...kalau suruh anyam mungkin jadi angsa kowt hehehe
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”