بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Impikan kekayaan sultan brunei |
Hidup yang senang tanpa memikirkan tentang masalah kewangan. Memiliki apa sahaja yang anda impikan. Boleh pergi kemana sahaja yang anda inginkan. Mampu merealisasikan setiap apa yang anda angan-angankan.
Impian Menjadi Kaya
Ya...semua orang impikannya walaupun dalam hati hipokrit menyatakan biarlah hidup sederhana tapi hati senang...Kekayaan dinilai dari wang ringgit? |
Jika anda mempunyai wang sebanyak RM100 Bilion dan terus menjana pendapatan RM20,000 setiap minit! Apakah agaknya yang anda lakukan?
Adakah anda akan membina sebuah istana terbesar dan termewah di dunia? Adakah anda akan melancong sepanjang masa? Adakah anda akan memenuhi segala kemahuan dan keinginan nafsu duniawi yang tersimpan didalam diri anda? Atau anda akan terus menambah kekayaan dengan meningkatkan pendapatan kepada RM20,000 sesaat pula!!?
Adakah anda akan membina sebuah istana terbesar dan termewah di dunia? Adakah anda akan melancong sepanjang masa? Adakah anda akan memenuhi segala kemahuan dan keinginan nafsu duniawi yang tersimpan didalam diri anda? Atau anda akan terus menambah kekayaan dengan meningkatkan pendapatan kepada RM20,000 sesaat pula!!?
Kekayaan Sultan Brunei
Jumlah kekayaan yang disebut diatas adalah kekayaan milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Beliau memiliki hampir segalanya yang beliau impikan didunia ini. Kekayaan yang beliau miliki mampu membeli apa sahaja yang beliau mahukan.
Antara kekayaan dan kemewahan Sultan Brunei...
- Memiliki istana terbesar dan termewah didunia.
- Memiliki beribu kereta mewah.
- Memiliki kapal terbang dan helikopter persendirian.
- Memiliki kapal persiaran mewah.
- Memiliki kediaman mewah di kota-kota besar seluruh dunia.
- Dan banyak lagi yang mewah-mewah. (anda google lah sendiri)
Kenapa Sultan Brunei Kaya?
Kenapa beliau, Sultan Brunei yang menjadi insan terpilih untuk memiliki kesenangan, kekayaan dan kemewahan hidup didunia ini dan bukannya kita?Sultan Brunei - Sultan Hassanal Bolkiah |
Adakah kita akan jadi seperti beliau atau sebaliknya atau lebih bagus darinya?
Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik untuk setiap insan. Ujian Allah SWT berbeza-beza buat kita yang hidup sementara di dunia ini. Ingat akan matlamat... kesenangan di akhirat dan kekayaan di syurga impian kita kerana disana jua kehidupan yang kekal abadi. Kekayaan dan kemewahan didunia tidak akan sesekali dapat membelinya...
Author by Bin Muhammad
27 comments - "Impikan Kekayaan Sultan Brunei "
Alhamdulillah..Tahniah kepada Sultan Brunei. Semoga kesenangannya itu mampu untuk membantu umat Islam yang lain pula. Amin
masyallah ..kaya nye dia..rezki allah bagi
Ntahlah...mybe Allah bg sy sederhana saje...klau dah kaya cmni...sy pula rasa takut...takut wujud riak...dan sombong...memang nak jadi kaya dan berharta...senang nak bantu mereka yg memerlukan....tp itu kata sy la...
rezeki ALLAH berikan kepada beliau
teringat cerita nabi AYOB pula
Kakak nak kaya juga!! Hahaha... nak beli sebiji kereta pun tercungap-cungap inikan pula nak kaya BM
Sultan Brunei satu-satunya pemimpin negara yg mampu menjadi imam pada rakyat, mampu mengubah sistem perundangan negara. Ada tak agak-agak yg boleh mencontohi baginda?
masya Allah, mungkin itu dari Allah kepada beliau.. so, apa yang kita ada, harus kita syukuri....
Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
Bukan hanya kemiskinan... tetapi... Kekayaan juga adalah suatu UJIAN dariNYA...
Thanks BM.. :)
Kaya atau miskin semuanya ujian Allah,terpulang kepada kita menghadapi ujian Allah,sama ada kita bersyukur atau tidak,namun begitu saya salute Sultan Brunei yang berani memartabatkan Islam di puncak yang tinggi mengatasi segala-galanya...itu salah satu punca rezekinya murah..
Assalammualaikum...BM,
Syukur dengan apa yang ada kan. Bersyukur dengan yang sikit itu adalah lebih baik daripada banyak tapi tak pernah bersyukur dan bersedekah.
mselim3
Berkenaan menjadi kaya ni, pada aku, aku tak berapa berminat sangat. Bagi aku, hidup senang biasa-biasa cukuplah. Ikutkan nafsu ni, bagi satu gudang emas pun still rasa tak cukup lagi. Kalau dibiarkan, silap-silap boleh jadi nafsu para menteri di Malaysia. Tak pernah reti rasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan.
Kalau boleh mmg le nak kaya....tp nak buat macamana ....dah nasib ala kadar jer hehe.... Apa pun bersyukur ....walaupun tak semuanya dapat tp sekurang kurangnya lebih kaya dpd yg miskin....alhamdulilah....
kaya2 dia pun x bongkak dengan Allah.. nk jugak laksanakan hudud.. dari kaya2 pemimpim malaysia...
Alhamdulillah BM...walau tak jadi millionare kita tak pernah merasa susah...mungkin one day kalau ada rezeki boleh jadi billionaire...In Shaa ALLAH!!!
jadi kaya macam sultan brunei.. wah itu satu impian yang mungkin tnggal impian. sekarang cuma mampu bersyukur dengan kecukupan yang Allah beri. itu pun rasa nikmat yg tak terhingga. nikmat dan harta yg Allah beri tu sesuai untuk hambaNya.
sesiapa pun , jika Allah beri kemewahan , takkan menolak . Cuma yg pasti , bila kita mati , hanya kain kapan putih yang membaluti ... makanya , berapa byk pun harta yg kita miliki , jangan lupa pada Allah yang memberi , jangan lupa pada fakir miskin yg memerlukan , jangan lupa juga beramal jariah untuk kesinambungan akhirat .
Memang tak dapat dinafikan impian menjadi kaya tu mmg ada. Namun syukur apa yg ada.
Subhanallah... bahagian ujian Allah kpd beliau.. antara insan yg diuji Allah dgn kekayaan.. Ustaz sy pernah berpesan, jngn mengimpikan kekayaan sebaiknya impikanlah kejayaan kerana di dlm kejayaan itu ada kekayaan, keberkatan, kebahagian & segalanya yg baik & diredhai, in shaa Allah.. sekadar perkongsian & peringatan buat diri sendiri je.. :)
wang dan kekayaan bukan segalanya tapi tanpa wang tiada lah kekayaan seperti yang diimpikan..
Jangan sampai kita jadi hamba kepada wang dan kekayaan...
Kaya merupakan ujian dan nikmat. Menjadi kaya bermakna besar tanggungjawab kita kepada agama, negara bangsa, diri sendiri dan juga keluarga. Andai sesekali kita terpesong dan gagal menjalankan amanah yg diberi, apa yg akan jadi dgn kita.
Duit besar belum tentu akan membahagiakan kita secara hakikinya. Sultan brunei juga bercerai, kenapa? Renungan utk kita juga.. wang belum tentu dapat memiliki bahagia.
Tapi andai kita diberi nikmat seperti tu, mog Allah tetapkan hati2 kita..
kekayaan jugak satu ujian...kerana adakah kita menunaikan hak kpd yg berhak menerimanya-anak2 yatim,org2 miskin...
Bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan. Kekayaan dan kesusahan itu adalah satu satu bentuk ujian daripada-Nya.
Dia kaya, tetapi tidak lupa diri, tidak bongkak, dan sayangkan rakyat.. I LOVE SULTAN BRUNEI,, upss
kekayaan itu tidak kekal lama.. ada pasang dan surutnya.. tidak salah kita mengimpikan kekayaan seperti beliau.. bersyukur di atas setiap rezeki yang Allah bagi..
dengarcerita sejak diumumkan yg brunei nk jalankan hudud, dapat jumpa lagi 6 telaga minyak yg baru.. bertambah kaya la brunei..
terbaik Sultan Brunei...
Subhanaallah kaya nyer Sultan Brunei, tak pernah saya jangka akan punya kekayaan sebegini..tak mungkin..
kaya itu pun adalah ujian untuk kita..bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang..
p/s : tapi best jugak jadi mcm sultan brunei,ada jet.kalau kathy tiap cuti balik sabah jumpa mak ayah la jawabnya..hehehehe..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”