Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Pada hari Ahad lepas terbaca kisah yang diterbitkan oleh Tetamu Istimewa mengenai isu blogger hiburan menciplak artikel dari akhbar dan majalah. Isu ciplak-menciplak, tiru-meniru atau plagiat ini memang tidak dapat dielakkan. Di zaman ini bukan sekadar media malahan produk dan sehinggakan wajah pun mahu ditiru.

Aktiviti Copy & Paste 

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.html
Copy and paste
Sebagai seorang blogger jika anda meniru dan mengolah mungkin ianya perkara biasa. Etika harus ada, pemberian kredit kepada sumber rujukan adalah kejujuran yang amat dihormati dan dihargai. Namun yang paling tidak digemari bagi seorang blogger adalah aktiviti salin & tampal atau copy & paste (C&P).

Setiap artikel anda terdedah dan tidak akan terlepas dari aktiviti C&P walau anda gunakan pelbagai aplikasi untuk menghalang kegiatan ini namun ianya tidak kebal 100%. Tapi sekurang-kurangnya anda dapat menyusahkan dan menyukarkan sedikit kegiatan ini dari dilakukan.

Mengesan Aktiviti Copy & Paste

Tahukah anda berapa banyak kandungan artikel dan gambar yang telah anda terbitkan telah di salin (copy). Anda boleh mengetahuinya dengan mendaftar aplikasi tynt.com Ianya berfungsi mengesan dan menyimpan data setiap kali berlakunya aktiviti penyalinan (copy) di site/blog anda. 

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.html
Data aktiviti 'Copy' di Relaks Minda dalam satu hari

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.html
Data aktivity 'copy' di Relaks Minda dalam satu minggu

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.html
Data aktiviti 'copy' di Relaks Minda dalam satu bulan

Hampir setahun saya mendaftar di tynt.com Setiap bulan diantara 4K ~ 5K kandungan blog ini akan di salin (copy). Ini bermakna, dalam setahun, lebih dari 50K kandungan blog ini telah disalin. Memang banyak... Tapi ada ku kesah?

Tynt.com akan memberikan data aktiviti salin (copy) yang berlaku dalam satu hari, mingguan dan bulanan. Anda boleh tahu berapa jumlah kandungan blog anda yang telah di salin (copy). Data diasingkan kepada 3 kategori iaitu URL, Text dan Image...maka mudah untuk anda mengetahui apakah kandungan yang paling banyak di salin di blog anda.

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.html
Data summary...mengikut artikel

http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.html
Antara gambar terbanyak disalin dalam sebulan


Kenapa Perlu Tahu?

Tujuan utama saya mendaftar di Tynt.com adalah untuk mengetahui apakah artikel dan bahan yang paling banyak di salin. Ianya dapat memberi data untuk saya mengetahui apakah topik yang menjadi minat ramai. Tidak syak lagi...kategori kreativiti kitar semula merupakan yang paling banyak di salin (copy). Jika ianya banyak disalin, itu bermakna ianya disukai atau diperlukan. Maka artikel berkaitan pasti menjana trafik yang tinggi.


http://relakssminda.blogspot.com/2014/01/hikmah-di-sebalik-aktiviti-copy-paste.htmlMungkin ada diantara artikel tersebut memerlukan saya bersengkang mata dan memerah idea untuk mengarangnya... kemudiannya dengan mudah di C&P dan diterbitkan semula. Marah!?

Ya! Dulu, masa mula-mula bergelar blogger, memang marah! Tapi kini, tidak lagi...kerana tiada apa yang mampu menghalang kegiatan ini. Oleh itu lebih baik redha. Sebagai seorang blogger, kita perlu ikhlas menulis dan nawaitu untuk menyampaikan, anggaplah sahaja ianya amal jariah.

Bersyukur kerana ada yang sudi memanjangkan dan menyebarkannya. Satu bonus buat kita sekiranya ada yang sudi memberi kredit.

Yang paling penting! setiap artikel yang disampaikan biarlah bermanfaat dan berguna sama ada ilmu dunia mahupun akhirat. Ingat!! setiap kali anda terbitkan entri...ianya akan dapat diakses dan dilihat tanpa sekatan oleh semua pengguna internet di seluruh dunia.

Baik kandungannya... pahala, buruk/haram kandungannya... dosa. Belum lagi jika ianya di salin (copy & paste) maka rantaian semakin panjang dan meluas! Fikirkannya sebelum anda klik "Publish" itu.


p/s: ini hanyalah pandangan peribadi... perlu diingat, sebagai blogger kita tetap terikat dengan akta dan etika.
Author by Bin Muhammad

52 comments - "Hikmah Di Sebalik Aktiviti Copy & Paste "

Sheila Salim delete icon 12:15 PTG

Assalamualaikum. kita berblogging janganlah tulis benda yang bukan2 dan ajaran yang tidak betul. kang kena copy paste, naya je dapat dosa. tapi kalau ilmu yang bagus dikongsikan, alhamdullilah. pahala senang dapat. depends juga pada kita, nak tulis yang baik2 atau buruk2. kann? sheila suka entri ni. nice :)

Satu peringatan lagi, saya lihat kebanyakan blogger ambil mudah apabila memasukkan gambar. Walaupun gambar itu dicari "google" oleh mereka, pada mereka itu telah menjadi hak mereka. Ada yang meletakkan nama atau alamat blog mereka pada gambar tersebut. Tetapi ingat, gambar itu tetap bukan hak mereka. Kecualilah, gambar yang diambil dan dimuatnaik sendiri oleh blogger tersebut, barulah boleh diiktiraf oleh mereka, hak mereka. Saya banyak belajar hal hak cipta ini berdasarkan tulisan Nisah Haron (penulis berkelulusan undang-undang).

adakalanya mama juga copy, paste tak ye.... mama olah dengan ayat sendiri dan mengkreditkannya... :)

kalau yg di C&P tu membawa manfaat pd pembaca...Insya ALLAH mendapat pahala,jika sebaliknya..umpamanya berita yg belum pasti kesahihannya...mendapat dosa pula...bagaimana bila kita telah meninggal,berita itu tetap dibaca selagi tidak dipadamkan...

Yana Yani delete icon 1:05 PTG

saya ada terbaca juga pasal tu dekat blog Tetamu Istimewa
saya pun masih belajar pasal hak cipta ni
biasa gambarlah, mana tahukan
dah tahu sekarang, so seboleh mungkin elakkan

terima kasih kerana menjelaskan =)

Assalamualaikum BM...kadang-kadang terpaksa c&p jugak esp. dr online paper.. biasanya sumber @ credit akan diberikan kpd pemunya artikel.

Khir Khalid delete icon 1:53 PTG

Wahh bnyknya dicopy paste huhu.. saya rasa selain disalin utk entri atau sebagainya ada juga yg mengambil utk koleksi peribadi kot.. sebaiknya klu disalin utk entri mmg perlu ada kredit agar usaha kita diberkati. T kasih BM diatas perkongsian.. :)

Thanks la, baru faham. Mungkin mereka mahu simpan info dari blog nie.

BinMuhammad delete icon 2:36 PTG

Kongsikan dan sampaikanlah yang baik2... Berhati2 dgn artikel copy & paste, pastikan kesahihan.

BinMuhammad delete icon 2:46 PTG

Saya tidak mahu menyentuh soal hak cipta kerana saya kurang fakta dan kefahaman. Terima kasih cikgu kerana menyambung ulasan dan memberi pengetahuan.
Yg pasti C&P tanpa kredit tidak dapat disekat. Pemilik perlulah bijak menangani jika tidak mahu di copy...
Sebab itu penafian disesebuah blog penting.

BinMuhammad delete icon 2:48 PTG

Biasalah tu...hehe. Yang penting, pastikan ianya sahih dan bermanfaat...

BinMuhammad delete icon 2:49 PTG

Setuju dengan akak...Sebab itu jangan sebarang C&P. Saham bertambah walaupun kita sudah tiada.

BinMuhammad delete icon 2:52 PTG

Boleh sahaja asalkan dikreditkan. Tapi terpulang kepada anda, niat baik pasti ada ganjarannya. Saya syorkan buat penafian (dipage tab) agar tiada masalah dikemudian hari.

BinMuhammad delete icon 2:54 PTG

Waalaikumsalam...
Ya betul tu, cuma perlu bijak menilai dan menghargai sumber asal.

BinMuhammad delete icon 2:57 PTG

Dah biasa Khir...mula2 dulu terkejut juga, Tak kesah dah...Yg penting semua artikel saya tidak menjurus kpd perkara buruk dan dilarang. Saya bersyukur pula jika banyak C&P...dapat menggandakan jariah :)

BinMuhammad delete icon 2:58 PTG

Hehe...komen MKL dah boleh agak :)
Terima kasih.

BinMuhammad delete icon 2:59 PTG

Asalkan utk perkara baik...saya lagi galakkan :)

in shaa Allah. BM.. dah pernah try ikhtiar yang sheila update kat entri? sheila doakan BM dan isteri akan dikurniakan zuriat yang comel dan banyak. semoga dipermudahkan urusanmu. Jangan give up :)

Sebaiknya nak copy paste kena berhati-hati. Apa lagi kalau ianya melibatkan tanpa izin dari pihak asal. Kurang baik rasanya. Namun andai ada kebenaran dan benda yg baik pasti pihak asal mendapat ganjaran apa lagi jika ianya sangat memberi manfaat.

daebak!!! mungkin kita juga tidak terlepas copy n paste ..

BinMuhammad delete icon 4:21 PTG

Betul! Betul! Betul!... :D
Insyaallah...niat dan tujuan baik, semoga diberkati

BinMuhammad delete icon 4:24 PTG

Ya...setuju dgn akak. Copy paste semborono pasti akan membawa padah.
Semoga lebih berhati2 selepas ini.

BinMuhammad delete icon 4:26 PTG

Terima kasih Sheila... :)
Jaga kandungan anda baik2 ye.

umiawadah delete icon 4:40 PTG

saya suka copy paste hadis-hadis nabi,peringatan tentang sesuatu,asalkan membawa kebaikan pada diri sendiri dan orang lain,saya rasa tidak salah....mudah2an akan bertambah pahala2 kebaikan kita...

miss yatie delete icon 6:55 PTG

aaa...bagus jugakan, mereka copy gambar2 sebab d.nak buat juga kut haaaa..bg KY kalau sesuatu yg membawa kebaikkan biarlah mereka nak copy

mselim3 delete icon 9:27 PTG

Assalammualaikum.. BM,

nice entry.. kekadang redha itu adalah lebih baik.. ini kerana aktiviti copy and paste daripada dahulu x pernah berkurang. Semakin dibendung semakin menjadi3.. setuju dengan ayat last BM redha.. ikhlas dan pahala.. benda baik dapat pahala .., Insaallah..

mselim3

pls: Insaallah .. sabar dan terus berkarya.. bukan kan "tiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahNya tersendiri yang mana kita sebagai hamba memang tidak mengetahui rahsiaNya.."

Unknown delete icon 9:43 PTG

BM.knah juga selalu copy gambar dari google..tp ayat2 sendiri punya..boleh ke macam tu =)

BinMuhammad delete icon 10:02 PTG

Yang penting...pastikan ianya adalah sahih. Jgn tersilap dan terkhilaf...nanti buruk padahnya kerana kita tidak boleh silap jika ianya berkaitan agama dan fakta.

BinMuhammad delete icon 10:04 PTG

Sesuatu yg baik jika di kongsi...insyaallah akan murah rezeki :)

BinMuhammad delete icon 10:10 PTG

Waalaikumsalam sahabat,
Apa lagi yang boleh kita buat...yg boleh, pastikan artikel kita adalah sesuatu yg baik dan bermanfaat. Kalau di copy paste pun...sudah tentu kearah kebaikan. Ikhlaskanlah...

BinMuhammad delete icon 10:12 PTG

Boleh Kak Nah... tapi lagi bagus jika gambar tersebut dikredit pd sumber asalnya... Yg penting, perkongsian kita kearah kebaikan yg membawa manfaat :)

Blog Santai delete icon 10:33 PTG

Banyak artikel kita memang copy & paste dari blog berita BM...kalau dulu almost 100% tapi sekarang dah mencuba untuk mengolah..dan kita juga tak kisah kalau ada yang copy & paste mana-mana artikel yang kita kongsi..coz maksudnya kalau banyak yang nak copy tu..artikel kita baguslah kan..Alhamdulillah!!!

Ummi Hanie delete icon 1:05 PG

di copy-paste itu bermakna artikel anda berkualiti ;)

titan delete icon 4:17 PG

fuh, rajin betul diorang copy-copy ni ye.

Unknown delete icon 12:12 PTG

:( Panjang lebar menaip komen pastu publish... tetiba hilangg.... huhuhuhu...

Mizz Aiza delete icon 12:26 PTG

aiza pula selalunya akan cari maklumat mengenai sesuatu topik yang akan ditulis.. baca dan fahamkan semua maklumat tu dan ambil point penting sahaja, kemudian huraikan menggunakan ayat aiza sendiri.. macam tu dikira sebagai copy dan paste juga ke BM?

copy paste ni biarlah copy paste yang bermanfaat kan dan sumbernya soheh

Tanpa Nama delete icon 1:27 PTG

kathy nak daftar jugaklah kalau macam tu...terima kasih ye BM..

BinMuhammad delete icon 2:03 PTG

Saya lihat perkembangan RZ...kini artikel anda semakin menarik apabila ianya diolah sendiri. :)

BinMuhammad delete icon 2:05 PTG

Mungkin juga... mungkin tidak...
Bagi saya ianya terlalu subjektif.

BinMuhammad delete icon 2:06 PTG

Nampaknya begitulahh...

BinMuhammad delete icon 2:07 PTG

Kesiannye...sabar ye.
Membuatkan saya tertanya2...apakah isi kandungan yg panjang lebar itu...

BinMuhammad delete icon 2:10 PTG

Copy-paste tu maknanye kita ambil bulat2... Kalau macam Aiza, ianya olahan/kupasan/huraian/kesimpulan dari topik...Itu OK sesangat! :)

OKje delete icon 2:22 PTG

Rasanya blog Zirafah tu tak de sapa nak CnP.... Dahlah merapu aje lebih, manfaat langsung tak ada.... Orang pun tak hinginkan BM hehe...

BinMuhammad delete icon 2:38 PTG

Bermanfaat dan sohih maklumat dan fakta... Jika tidak, kita memanjangkan sesuatu yg salah dan tidak berguna.

BinMuhammad delete icon 2:39 PTG

Jika ianya berguna...silakan :)

Assalam
Terima kasih ya Tuan Bin Muhammad. Bagus maklumat ini.

Mizz Aiza delete icon 12:03 PG

owh, begitu.. confuse pula tadi.. hehe.. lagi satu yang aiza faham google tak suka entri copy and paste kan? sebab tu sebolehnya aiza buat ayat sendiri..

Benar tu...Google tu kan komputer, mudah baginya mengesan entri yg serupa dan C&P. Entri C&P akan menyebabkan blog anda tidak di crawl. Ianya juga akan memberi kesan keatas PR Blog. Topik sama tapi olahlah entri dengan ayat sendiri, idea sendiri, citarasa sendiri, identiti sendiri...kita pun akan lebih puas hati. :)

Unknown delete icon 12:29 PG

asalam BM
betul tu..ikhlas menulis itu yg penting

Fiza Rahman delete icon 5:48 PTG

Kalau info yang baik, tak salah kalau c&p kan. Tapi kena lah kredit kan mana link tu di ambil. Ni ada org C&P buat mcm entry tu dia yg punya.

Thanks for the info BM. Baru tau ada aplikasi nih.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap