بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alam Sekitar merupakan aset yang penting untuk kelastarian kehidupan semua makhluk dimuka bumi ini. Oleh itu, menjaga dan memelihara alam sekitar ini amat penting. Bagaimana pula dengan kewajiban dan tanggungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar ini buat kita sebagai umat Islam?
Ya! sebagai seorang mukmin, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab ini. Ingatlah...alam sekitar ini juga adalah ciptaan Allah SWT dan setiap ciptaannya pasti ada sebab dan fungsinya.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud :
"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim).
Maksud Alam Sekitar
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 bahawa alam sekitar membawa maksud :
“Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”. (Rujuk: Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah. Hal. 25).
Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini didalam kitabnya al-Jumanah dengan penjelasannya bahawa :
“Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Al-Quran dan sunah telah memberikan satu penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber rujukan umat Islam ini menyeru setiap manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Allah SWT yang agung.
Ia sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar disamping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama disamping memeliharanya. Sesungguhnya usaha murni ini amat disanjung mulia disisi agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung disisi Allah SWT.
Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ianya mestilah selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi.
Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan semua makhluk akan terancam.
Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras konsep Islam Hadhari.
Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis diantaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka." (Surah Ali-Imran : 191).
Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikal, alam sekitar dan seluruh cakerawala ini adalah tanda kebesaran Allah SWT Yang Maha Pencipta. Orang-orang yang beriman perlu sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah didalam apa jua situasi.
Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikal, alam sekitar dan seluruh cakerawala ini adalah tanda kebesaran Allah SWT Yang Maha Pencipta. Orang-orang yang beriman perlu sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah didalam apa jua situasi.
Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.
Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar
Bumi ini bukanlah hak milik manusia untuk berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah hak milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia untuk berkongsi hidup dengan makhluk-makhluk yang lain yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah SWT diatasnya.
Justeru itu, setiap umat manusia perlu ingat bahawa kehadiran kita ini adalah sebagai khalifah Allah SWT diatas muka bumi yang juga milik Allah SWT. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.
Ingatlah, adalah tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga alam sekitar dan ingatlah akan azab Allah SWT seandainya kita mengingkari perintahnya!
"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)
Setiap perbuatan yang baik dan melaksanakan tanggungajawab itu pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal... Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil, Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana...
“Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel ini diolah semula dari sumber asal artikel
_____________________________________________________________________
36 comments - "Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam"
Alam sekitar merupakan anugerah yg Allah kurniakan kpd kita. Sebagai khalifah di muka bumi ini, ia menjadi tanggungjawab kpd kita sbg amanah utk menjaganya. Sememangnya benar apa yg ditulis. Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa2 kita yg kdg kala mungkin ada silapnya berkenaan amanat tersebut tanpa kita sedari... aamiin. Satu perkongsian yg bermanfaat utk direnungkan serta menjadi peringatan bersama. T kasih BM.
penjagaan alam sekitar sangat penting untuk masa kini dan generasi akan datang..ramai yang tak peduli dan kempen perlu digiatkan lagi..
manusia rakus dgn pembangunan..pemodenan...hutan hijau bertukar jadi hutan batu...musibah yg melanda tidak dijadikan iktibar...
Bersama kita menjaga alam sekitar...tanggungjawab kita semua
Sesekali HB terbitkanlah juga artikel tentang alam sekitar... sama2 kita berkempen :)
Keseimbangan dan kawalan itu penting. Sama2lah kita tingkatkan kesedaran orang ramai...
Indahnya hidup jika mengikut syariat Allah.
Betul tu. Tugas kita menjaga alam sekitar. Bila kita tak jaga. Kesannya kita dapat lihat jadi macam-macam sekarang ni.
Memang telah dinyatakan bahawa tangan-tangan manusia juga salah satu sebab terjadinya kemusnahan alam sekitar. Kesedaran semakin menipis tanpa sedar kita semua akan menjadi mangsa akibat perbuatan kita sendiri.
menjaganya menjadi kewajipan juga buat kite
Recent Post by MananQayyim : 5 Universiti di Malaysia, Terbaik di Dunia.
dulu gatal tangan dok cilok gambar yang cantik dekat sini
buat wallpaper, segar mata =)
sekarang BM dah letak watermark, takut nak ambik...hehe
betul tu, kita kena tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar ni
teringat lagu zainal abidin, hijau =)
Jaga alam sekitar tanggungjawab bersama dalam aktiviti harian kita...
Benar dan tepat sekali ...cikgu!
Ya...Jangan mengharapkan orang lain, diri kita sendiri dulu yg lakukan...
Benar...manusia yang punya angkara, tetapi hanya manusia jugalah yg mampu menjaga dan memperbaikinya semula...
Oleh itu marilah sama2 kita menjaganya...
Nak ambil gambar...ambil lah, xde masalah. Saje je terlebih rajin lak nak letak... itupun buat kecil kat sudut agar mudah dihilangkan.
kita kan khalifah Allah yg diamanahkan utk menjaga alam-Nya sebaiknya n bukan melakukan kerosakan yg menimbulkan kemurkaan Allah...astaghfirullah...
alam sekitar bersih, kita juga yang selesa bukan..?
Assalammualaikum... BM,
mencintai alam sekitar anugerah ciptaaan Allah ada suatu penghargaan hamba kepada Pencipta ...
mselim3
pls: cintai alam sekitar.... adalah tanda menghargai keindahan alam sekitar..anugerah ciptaan ilahi...
Cantik nyer gambar :)
jenuh dok nasihat budak agar kutip dan buang sampah dalam kelas setiap hari. hoho
hidup jika berlandaskan indah tentu indah dan selamat
semoga menjadi amalan bukan sekadar teori..
Jangan di abaikan alam sekitar walau sibuk mengejar kemajuan.
P/s: kathy blogwalking menggunakan hp ni..
Jangan di abaikan alam sekitar walau sibuk mengejar kemajuan.
P/s: kathy blogwalking menggunakan hp ni..
saya paling tak suka orang yang slumber buang sampah merata-rata
satu tip yang bagus!..insya Allah boleh dipertimbangkan nanti!
Alam sekitar bersih ...udara segar...hidup jadi sehat...
alam yg allah ciptakan adalah utk keperluan semua makhluk ciptaannya ... maka jagalah ianya agar dpt digunakan utk manfaat bersama ...
Alam sekitar kurniaan dan kebesaran Allah berikan kepada kita. Menjaganya adalah tanggungjawab kita bersama. tapi byk jugak yg masih tak mempedulikan tentang alam sekitar ni
Alam sekitar memang sedang sakit sekarang. Namun ia telah bertindakbalas akibat tangan-tangan yang rakus mencemarinya.
tpi anak skrang malah gak mikirin alam bos malah mikirin pacar
Salam, minta halalkan ilmu saya gunakan sebagai rujukan membuat assignment
Sila kan.. Segala nya milik Allah jual. Terima kasih krn sudi singgah di blog ini. Semoga bermanfaat
Assalamualaikum, boleh saya dpatkan hadis tersebut dalam bahasa arab tak?
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”