بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!
Susahnya menjadi seorang wanita
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Benarkah didalam agama Islam, menjadi seorang wanita itu amat susah dan dipinggirkan? Seringkali mendengar wanita berkata, “susahnya menjadi wanita”. Kenapakah rungutan sebegini sering diucapkan?

Wanita seringkali mempersoalkan ketidak adilan dalam Islam kerana terlalu banyaknya kekangan dan sekatan dalam kehidupan mereka sebagai seorang muslimah berbanding lelaki yang lebih diutamakan, bebas dan tinggi kedudukannya didalam Islam. 

Persoalan-persoalan seperti dialog dibawah ini sering kali kita dengar dan bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap wanita. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah SWT berat sebelah terhadap kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak?”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
  8. “Lelaki boleh jer kawin lebih dari satu sedangkan isteri punya nafsu yang lebih dari lelaki hanya boleh bersuami satu? Bukankah ini akan menyebabkan wanita curang?”
Dari persoalan individu, kemudian datanglah pula pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita dan menuntut hak sama rata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita agar lebih ramai terjejas akidahnya kerana disogok persoalan-persoalan diatas.

Sebagai seorang muslimin dan muslimah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan dakyah-dakyah yang memesongkan ini. 

Bagaimanakah anda hendak menjawab persoalan-persoalan diatas? Cuba berikanlah jawapan yang mudah untuk menangkis salah satu atau lebih terhadap persoalan-persoalan diatas... 

Antara jawapan mudah yang mampu menjawab dan menangkis persoalan 1 :
"Islam adalah agama yang menjaga kesucian dan kehormatan wanita. Setiap benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Adakah emas dan permata, diletak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar terjaga keselamatannya?
Begitulah berharga dan bernilainya akan aurat dan kehormatan seorang wanita. Aurat lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tetapi wanita, tidak dapat dilihat walaupun kulit lengan kecuali muka dan tangan! Wanita tak mungkin akan terangsang nafsu melihat lelaki hanya berseluar pendek ke lutut, tetapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok wanita hanya berseluar pendek!"

Ingat bahawa kaum yang ingkar tidak akan berhenti melakukan selagi upaya untuk menyesatkan kita, sehinggalah kita ikut dan tunduk kepada pandangan serta peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu. Janganlah pula anda berdiam diri... kerana tidak mustahil anak-anak kita juga akan mengajukan persoalan-persoalan yang sama... Maka bersedialah untuk menjawabnya.

Oleh itu kita mesti ada ilmu dan keimanan yang teguh untuk menjawab dan menangkis segala persoalan-persoalan yang mampu memesongkan akidah kita. Jangan kita sekadar mengikut logik akal kerana setiap hukum dan ketentuan Allah SWT itu sudah tertulis suratannya dan ianya adalah yang terbaik untuk kita demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w "ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya."

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya (yang belum berkahwin).

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya (jika belum berkahwin), anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan tanggungjawab dan tegakkan agamamu, nescaya syurga pasti menanti!

p/s: Ujilah hujah-hujah anda untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Adakah anda yakin dengan ketentuan Allah SWT atau anda juga masih ragu-ragu dengan pegangan dan jawapan anda? Sama-sama kita saling bantu membantu meningkatkan pengetahuan dan ilmu...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________

15 comments - "Kenapa Susahnya Jadi Wanita? Islam Tidak Adil!"

Walaupun kelihatan sangat sukar, wanita diberi kelebihan masuk syurga jika mereka mengetahui.

paridah delete icon 11:19 PG

kesukaran sbg muslimah itu sedikit saja berbanding ganjaran yg dijanjikan Allah diakhirat kelak...

Nao Mei delete icon 11:39 PG

Wanita perhiasan dunia...
Wanita yang terindah adalah wanita yang solehah

Kakzakie delete icon 11:42 PG

Sebenarnya beruntungnya jadi wanita. Taat perintah Allah, taat pada suami insya-allah bahagialah di dunia dan akhirat. Nak cari apa lagi? Berbanding lelaki kena pikul tanggungjawab besaaaar yg amat. Dari ibu, kakak, anak, isteri semua atas bahu mereka...

❤Kamsiah❤ delete icon 12:15 PTG

kerana Islam memartabatkan darjat kaum wanita...kerana ALLAH sayangkan hambaNYA bergelar wanita...segala 'pantang larang' bersebab dan ianya tidak menyusahkan andai diambil hikmah disebaliknya...

Abe Kie delete icon 1:03 PTG

thanks for this tazkirah...

yang sukar itulah besar ganjarannya... takpe, sabar... jadi wanita mulia sangat kerana dengan wanita itu sendirilah anak-anak penyambung keturunan lahir... hebatkan wanita..?

yana yani delete icon 4:06 PTG

menarik cerita BM hari ni
apa yang dikongsikan hari ni merupakan hakikat zaman sekarang
mungkin yang bercakap kurang memahami
in fact orang perempuan ni cukup senang masuk syurga kalau mereka sedari
saya berbangga menjadi seorang wanita islam =)

p/s-BM, minta maaf nak tegur sikit. mungkin BM tak perasaan. kata sendi "di" perlu dijarakkan apabaila menunjukkan tempat contohnya, di dalam, di atas dan sebagainya =)

Khir Khalid delete icon 10:06 PTG

Sebenarnya Islam meletakkan wanita itu amat tinggi penuh dgn penghormatan di dunia ini. Klu penghormatan yg Allah kurniakan pun seseorang wanita tu merasakan ianya susah.. tak tahu lah apa yg nak dikatakan lagi. Subhanallah...

Hero Borneo delete icon 12:33 PG

wanita yang beriman lebih mudah masuk syurga kerana kurang hisab berbanding lelaki yang akan dihisab secara terperinci..kehidupan adalah diakhirat

Kathy R'bain delete icon 10:08 PTG

hmm..beruntungnya jadi wanita muslimah...banyak ganjarannya...

Walaupun nampak susah...tapi dalam islam wanita dipandang mulia dan tidak dipinggirkan

Fiza Rahman delete icon 5:18 PTG

Bangga dilahirkan sebagai seorang wanita ☺

Vee Sandi delete icon 6:51 PTG

hanya Islam yang dapat menjaga wanita dengan sempurna . maka , berbanggalah menjadi wanita yg dilahirkan sebagai muslim .

baby comel delete icon 11:02 PTG

aima perempuan dan bangga jadi perempuan. lagi2 bila ada satu perkara yg org lelaki tak mampu dan Allah hanya menganugerahkan keupayaan itu hanya kepada wanita iaitu mengandung.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap