بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda sudah mempunyai akaun Paypal? Pasti ramai yang tidak tahu akan perkhidmatan Paypal ini. Apa itu Paypal sebenarnya?

Paypal adalah satu perkhidmatan yang menguruskan transaksi pembayaran atau perpindahan wang , pembelian serta simpanan secara digital melalui talian internet (online) dalam nilai USD.

Kandungan Artikel:

Perkhidmatan Paypal

Keperluan Memiliki Akaun Paypal

Paypal akan menjadi umpama sebuah bank maya anda. Wang tersebut boleh dibiarkan di situ atau boleh di pindahkan (transfer) terus ke dalam akaun bank simpanan anda pada bila-bila masa. Selain dari itu anda juga boleh menggunakan wang di dalam Paypal tersebut untuk membayar atau membeli secara online.

Perlukah untuk anda mempunyai akaun Paypal? Jika anda seorang yang mempunyai transaksi secara online terutama melibatkan syarikat atau perkhidmatan luar negara, Paypal adalah perkhidmatan yang paling selamat dan mudah kerana ia menerima segala nilai matawang dunia dan diterima oleh semua bank di dalam atau luar negara.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk tukar nilai mata wang kerana ianya akan di tukar terus kepada nilai mata wang kita apabila transaksi ke akaun simpanan dilakukan. Begitu juga urusan sebaliknya. Semua transaksi secara online dilakukan dalam tempoh 2~3 hari bekerja.

Begitu juga dengan urusan pembelian secara online dengan syarikat, kedai atau perkhidmatan luar negara. Ianya amat mudah kerana semua transaksi terus dalam nilai mata wang yang diperlukan. Malah sesetengah pembelian akan mendapat diskaun menarik jika menggunakan transaksi melalui Paypal ini!

Perkhidmatan Paypal
Antara diskaun yang di tawarkan oleh Paypal dari pembelian melalui online

Setiap transaksi yang berjumlah RM400 ke atas pula, anda akan dikecualikan dari sebarang bayaran yuran perkhidmatan (service charge) oleh Paypal.
Bagi seorang blogger, mempunyai akaun Paypal penting jika anda berminat untuk mendapat pulangan yang lumayan dengan menjadi Publisher (menyiarkan iklan) bagi syarikat pengiklanan luar negara kerana hampir kesemuanya menggunakan mata wang USD dan Paypal sebagai transaksi pembayaran. Sampai bila asyik setia dengan Nuffnang yang kedekut tu... Rebutlah peluang yang ada!

Ada banyak lagi perkhidmatan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Paypal. Untuk lebih lengkap, sila ke laman berikut : Informasi Paypal. Memiliki akaun Paypal juga adalah percuma. Hanya perlu daftar sahaja di sini : Paypal Sign Up 

Paypal Terjamin Dan Selamat

Paypal wujud sejak tahun 1998 dan merupakan syarikat transaksi kewangan internet terbesar di dunia. Jangan risau kerana perkhidmatan ini diperakui sah dan diluluskan oleh Bank Negara. Jaminan tahap keselamatannya sama seperti anda menggunakan perkhidmatan bank online yang lain, dijamin selamat!

Kesemua bank utama negara juga menerima transaksi Paypal. Malah Paypal Malaysia juga diwujudkan bagi menjaga, menyelia, memberi perkhidmatan dan maklum balas kepada pemegang akaun di negara ini.

Pengalaman Menggunakan Perkhidmatan Paypal

Sudah hampir setahun juga memiliki akaun Paypal dan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Setiap transaksi juga diberitahu dan ditunjukkan dengan terperinci dan jelas. Prosesnya juga amat mudah dan effisyen!

Maklum balas dari pihak Paypal amat cepat dan pantas. Selain dari berkomunikasi melalui email, pihak Paypal Malaysia juga akan menghubungi anda secara terus melalui telefon untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan jelas dalam hanya beberapa minit selepas email dihantar!

Transaksi Paypal
Antara transaksi oleh Publisher Geniee dengan Relaks Minda melalui Paypal

Ketahui dan pelajari cara mudah menggunakan Paypal serta kelebihannya di sini : Paypal atau klik sahaja banner di bawah ini.



Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


Ditulis oleh :

19 comments - "Apakah Itu Perkhidmatan Paypal? Perlu Ke?"

Saya pernah menggunakan perkhidmatan PayPal untuk membuat tempahan hotel di luar negara. Caj yang dikenakan agak tinggi, perbezaan dalam ratusan ringgit juga. Tapi dalam kebanyakkan masa yang lain, harganya sama seperti yang ditawarkan. Jadi, seeloknya buat perbandingan dahulu dengan alternatif cara pembayaran.

Satu lagi, akaun saya pernah "digantung" hanya disebabkan orang lain yang membuat silap. Ada orang tersalah transfer ke akaun saya, kemudian meminta saya memulangkannya semula. Selepas berbuat begitu, terus akaun saya digantung atas alasan transaksi meragukan. Kalau bukan disebabkan ada urusan memerlukan PayPal, memang saya takkan daftar semula.

Saya belum membuat akaun paypal hehe.. Lepat nie nak try jugak lah..

CalrasePatrick

HAMIDIsP delete icon 5:33 PTG

Bukan hanya blogger, rasanya paypal sudah menjadi satu kemestian hari ini..

Unknown delete icon 5:47 PTG

Ads akaun...tapi tak reti nak guba..hahaha.....
Wah banyak income uncle....boleh beli smartphone sebijik..haha

paridah delete icon 10:29 PTG

HEH..HEH..BARU TAU TAPI SEBENARNYA XTAUPUN..

Takde akajn paypal ..jadi kita baca sini sggah cari ilmu..

BinMuhammad delete icon 7:32 PTG

Terima kasih di atas perkongsian pengalaman anda. Ianya memberi satu peringatan dan panduan berguna. Tiada perkhidmatan yg sempurna dan menepati kehendak...namun kita perlu rajin membuat perbandingan dan mencari pilihan.

BinMuhammad delete icon 7:34 PTG

Smartphone belum menjadi satu keperluan selesa dengan Nokia 3310.. :)

Unknown delete icon 12:41 PTG

Belum pernah mencuba menggunakan perkhidmatan PayPal ni lagi

Sblum ada blog saya dah ada akaun paypal hehee.. pernah terlibat dgn belian brg2 rare dari amazon.. pernah juga cuba jual brg2 vintage terutamanya instrument muzik. Semua kena guna paypal.. cuma skrng dah kurang aktif.. aktif berblogging je klu tiada kekangan lain.. :D

Tanpa Nama delete icon 10:42 PTG

tak ada lagi akaun paypal ni..

Yana Yani delete icon 4:25 PTG

saya tak penah tahu fungsi paypal sehinggalah suami saya terlibat secara aktif dalam perniagaan online
memang mudah sebab kita boleh berurus niaga dengan semua negara di dunia dengan paypal
hanya perlu pastikan duit mencukupi =)

Fiza Rahman delete icon 11:53 PG

Tak der acc paypal pon.

matacamey delete icon 12:06 PTG

salam.. saya baru membuka akaun paypal, bagaimana hendak mendapatkan duit dalam akaun paypal dengan mudah dan tidak ditipu..

BinMuhammad delete icon 12:14 PTG

Maksud anda adalah nak keluarkan duit dari akaun paypal? Paling selamat, transfer duit dalam paypal terus ke dalam akaun peribadi bank anda.

Tanpa Nama delete icon 1:14 PTG

Slam.saya ingin mengetahui adakah had limit jumlah Di PayPal.
2.adakah Di gunakan no akaun spt bank biasa?

BinMuhammad delete icon 9:26 PTG

Tiada limit simpanan tetapi transaksi maksimum USD5,000 sebulan dan boleh lebih jika ada credit card.
Tiada no akaun untuk Paypal tetapi boleh lakukan transaksi transfer ke akaun bank anda.

Unknown delete icon 4:58 PTG

salam saya nak tanya saya ada membuat jualan barang..dan seseorang dari luar negera berminat utk membelinya..dia ingin membayar melalui online..tapi sebelum tu dia meminta saya membayar sebanyak rm550 untuk yuran katanya selepas itu baru saya akan terima bayaran saya itu usd..betul ke saya harus membayar yuran itu dahalu..sebelum dia bank in?

Tanpa Nama delete icon 11:00 PTG

Jangan percaya!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap