بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seronok ke jadi seorang blogger? Bagi seorang blogger yang punya matlamat dan ianya tercapai, pasti menyeronokkan tetapi jika sekadar suka-suka... mungkin pada awalnya seronok tapi bila dah lama tanpa arah tujuan, pasti akan terasa bosan dan membebankan.
Maka tidak hairan jika kita dapat lihat begitu banyak blog yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan tetapi tidak dapat bertahan lama. Akhirnya terbiar dan sepi...
Umpama hidup tanpa pegangan maka tiada arah tujuan serta matlamat yang ingin dicapai. Hanya menikmati kehidupan di dunia tanpa sebarang pedoman... Hanya Kosong!
Setelah bertahun menulis pelbagai topik, mencari bahan dan mengolah cerita untuk diterbitkan, sampai satu ketika pasti akan buntu dan bosan apabila asyik mengadap komputer. Ditambah pula tanpa sebarang tujuan atau matlamat tidak tercapai, ianya umpama menempuh satu perjalanan yang panjang tetapi terhenti apabila tiba di penghujung jeti!
Adakah anda akan berputus asa dan hanya berhenti di situ atau akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal yang berlabuh untuk meneroka pula lautan yang luas?
Tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan, pasti anda akan merasai saat itu! Sebagai seorang blogger, apabila berada dalam situasi tersebut, inilah masa untuk anda berfikir semula... Lupakan untuk menerbitkan entri dan lupakan seketika blogging! Ambil masa untuk melakukan perkara lain tanpa memikirkan tentang blog. Buka minda kepada perkara lain dan segarkan fikiran.
Tanpa Arah Tujuan
Lihat kembali kepada entri-entri yang telah anda terbitkan. Apakah sebenarnya yang ingin anda kongsikan? Adakah ianya hanya untuk diri sendiri atau memberi sesuatu kepada orang lain? Ingat... Blog adalah media sosial yang menjadi tatapan dan ruang untuk berinteraksi tanpa sempadan, maka jika perkongsian anda hanyalah untuk diri sendiri maka wajar untuk pertimbangkan kembali penggunaan Blog. Mungkin diari lebih sesuai untuk anda.
Apabila anda melihat perkongsian itu satu yang bermanfaat dan memberi sesuatu kepada orang lain maka anda mula menemui matlamat anda untuk menulis di blog. Mulakan kembali dengan mencari topik-topik sebelum ini atau idea-idea baru yang boleh dikembangkan dan dikongsikan.
Lihat sahaja pada situasi dikeliling, jika ianya memberi kebaikan buat anda, sudah pasti ianya juga memberi manfaat buat orang lain. Kongsikanlah sesuatu yang anda tahu dan mahir. Jadikan blog sebagai tempat curahan ilmu serta pengalaman sebagai satu amal jariah berpanjangan. Pasti anda akan lebih menghargai dan melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana pada ketika itu anda akan berfikir akan baik buruk sebelum sesebuah entri tersebut diterbitkan.
Jika niat anda untuk kebaikan... InsyaAllah... semakin anda memberi semakin banyak yang anda dapat dan akan terus-terusan memberi.
Jika anda sudah bosan, buat pembaharuan... Tukar layout atau template. Mungkin juga anda perlu bergerak ke satu paradigma baru agar lebih segar. Cubalah mencabar diri dengan meletakkan sasaran untuk dicapai kerana melaluinya anda akan berusaha dan mencari jalan untuk mencapainya. Bukankah pada masa yang sama sudah pasti ilmu serta pengalaman anda juga turut bertambah!
Gagal Mencapai Matlamat
Lihatlah kembali kepada matlamat yang disasarkan. Adakah ianya benar-benar dilakukan dengan cara yang betul dan tepat? Adakah anda telah mendapat panduan dan ilmu yang cukup dari sumber yang benar dan dipercayai? Adakah anda ikhlas melakukan atau sebenarnya hanya terpikat atau mengikut/pengaruh orang lain? Apakah sebenarnya tujuan anda untuk mencapai matlamat tersebut?
Kenapa orang lain boleh berjaya tetapi anda tidak? Ini bermakna terdapatnya kelemahan dan kekurangan dalam cara, teknik, panduan atau sumber yang anda gunakan. Teruskan usaha dan atasi kelemahan serta kekurangan tersebut!
Namun jika semua itu telah anda lakukan sebaik mungkin, terimalah hakikat yang ia bukanlah bidang yang mampu memberi kejayaan, maka lihatlah kepada kekuatan, kemahiran, keistimewaan dan bakat dalam diri! Setiap manusia tidak serupa. Ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Setiap kelebihan yang unik, istimewa serta pakar dalam bidang tertentu pasti akan mudah mendapat perhatian. Gunakan ia dan lakukan dengan penuh minat, yakin dan ikhlas. Bukankah berkongsi sesuatu yang anda tahu itu lebih menyeronokkan dan mudah berbanding sesuatu yang anda tidak tahu? Teruskanlah perkongsian sehingga blog anda punya identiti dan beroleh perhatian yang meyakinkan. Dari situ barulah bermula melihat matlamat yang sesuai untuk anda capai.
Percayalah... apabila anda mula meraih perhatian, menemui jalan yang sebenar serta seronok melakukannya maka dengan sendirinya jalan untuk mencapai matlamat itu akan terlihat dengan jelas dan boleh dicapai dengan mudah.
Kita harus yakin dan perlu berusaha mencarinya sendiri. Jangan mudah putus asa... InsyaAllah, setiap usaha yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan dengan niat yang betul... pasti Allah makbulkan.
Maka tidak hairan jika kita dapat lihat begitu banyak blog yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan tetapi tidak dapat bertahan lama. Akhirnya terbiar dan sepi...
Umpama hidup tanpa pegangan maka tiada arah tujuan serta matlamat yang ingin dicapai. Hanya menikmati kehidupan di dunia tanpa sebarang pedoman... Hanya Kosong!
Setelah bertahun menulis pelbagai topik, mencari bahan dan mengolah cerita untuk diterbitkan, sampai satu ketika pasti akan buntu dan bosan apabila asyik mengadap komputer. Ditambah pula tanpa sebarang tujuan atau matlamat tidak tercapai, ianya umpama menempuh satu perjalanan yang panjang tetapi terhenti apabila tiba di penghujung jeti!
Adakah anda akan berputus asa dan hanya berhenti di situ atau akan meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal yang berlabuh untuk meneroka pula lautan yang luas?
Tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan, pasti anda akan merasai saat itu! Sebagai seorang blogger, apabila berada dalam situasi tersebut, inilah masa untuk anda berfikir semula... Lupakan untuk menerbitkan entri dan lupakan seketika blogging! Ambil masa untuk melakukan perkara lain tanpa memikirkan tentang blog. Buka minda kepada perkara lain dan segarkan fikiran.
Lihat Blog... Renungkan Sejenak
Apabila sudah 'refresh', anda jangan terus menekan keyboard untuk menulis entri. Lihat blog anda dan renungkan sejenak...Tanpa Arah Tujuan
Lihat kembali kepada entri-entri yang telah anda terbitkan. Apakah sebenarnya yang ingin anda kongsikan? Adakah ianya hanya untuk diri sendiri atau memberi sesuatu kepada orang lain? Ingat... Blog adalah media sosial yang menjadi tatapan dan ruang untuk berinteraksi tanpa sempadan, maka jika perkongsian anda hanyalah untuk diri sendiri maka wajar untuk pertimbangkan kembali penggunaan Blog. Mungkin diari lebih sesuai untuk anda.
Apabila anda melihat perkongsian itu satu yang bermanfaat dan memberi sesuatu kepada orang lain maka anda mula menemui matlamat anda untuk menulis di blog. Mulakan kembali dengan mencari topik-topik sebelum ini atau idea-idea baru yang boleh dikembangkan dan dikongsikan.
Carilah sampan untuk keseberang... Jangan sesekali putus harapan |
Lihat sahaja pada situasi dikeliling, jika ianya memberi kebaikan buat anda, sudah pasti ianya juga memberi manfaat buat orang lain. Kongsikanlah sesuatu yang anda tahu dan mahir. Jadikan blog sebagai tempat curahan ilmu serta pengalaman sebagai satu amal jariah berpanjangan. Pasti anda akan lebih menghargai dan melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana pada ketika itu anda akan berfikir akan baik buruk sebelum sesebuah entri tersebut diterbitkan.
Jika niat anda untuk kebaikan... InsyaAllah... semakin anda memberi semakin banyak yang anda dapat dan akan terus-terusan memberi.
Jika anda sudah bosan, buat pembaharuan... Tukar layout atau template. Mungkin juga anda perlu bergerak ke satu paradigma baru agar lebih segar. Cubalah mencabar diri dengan meletakkan sasaran untuk dicapai kerana melaluinya anda akan berusaha dan mencari jalan untuk mencapainya. Bukankah pada masa yang sama sudah pasti ilmu serta pengalaman anda juga turut bertambah!
Gagal Mencapai Matlamat
Lihatlah kembali kepada matlamat yang disasarkan. Adakah ianya benar-benar dilakukan dengan cara yang betul dan tepat? Adakah anda telah mendapat panduan dan ilmu yang cukup dari sumber yang benar dan dipercayai? Adakah anda ikhlas melakukan atau sebenarnya hanya terpikat atau mengikut/pengaruh orang lain? Apakah sebenarnya tujuan anda untuk mencapai matlamat tersebut?
Kenapa orang lain boleh berjaya tetapi anda tidak? Ini bermakna terdapatnya kelemahan dan kekurangan dalam cara, teknik, panduan atau sumber yang anda gunakan. Teruskan usaha dan atasi kelemahan serta kekurangan tersebut!
Ada sinar cerah disebalik kegelapan |
Namun jika semua itu telah anda lakukan sebaik mungkin, terimalah hakikat yang ia bukanlah bidang yang mampu memberi kejayaan, maka lihatlah kepada kekuatan, kemahiran, keistimewaan dan bakat dalam diri! Setiap manusia tidak serupa. Ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Setiap kelebihan yang unik, istimewa serta pakar dalam bidang tertentu pasti akan mudah mendapat perhatian. Gunakan ia dan lakukan dengan penuh minat, yakin dan ikhlas. Bukankah berkongsi sesuatu yang anda tahu itu lebih menyeronokkan dan mudah berbanding sesuatu yang anda tidak tahu? Teruskanlah perkongsian sehingga blog anda punya identiti dan beroleh perhatian yang meyakinkan. Dari situ barulah bermula melihat matlamat yang sesuai untuk anda capai.
Percayalah... apabila anda mula meraih perhatian, menemui jalan yang sebenar serta seronok melakukannya maka dengan sendirinya jalan untuk mencapai matlamat itu akan terlihat dengan jelas dan boleh dicapai dengan mudah.
Jangan Berputus Asa
Janganlah setelah bertahun menulis dan gagal mencapai matlamat, anda terhenti dan tinggal blog begitu sahaja. Tiada kejayaan yang datang bergolek... Anda hanya perlu ingat dan faham bahawa setiap manusia tidak punya jalan dan peluang yang serupa untuk berjaya.Kita harus yakin dan perlu berusaha mencarinya sendiri. Jangan mudah putus asa... InsyaAllah, setiap usaha yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan dengan niat yang betul... pasti Allah makbulkan.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Cara Mengatasi Masalah Blogger Gagal
13 comments - "Cara Mengatasi Masalah Blogger Gagal "
terimakasih atas tips serta pandanagn BM..
terima kasih atas nasihat nasihat ni... kalau nanti tetiba datang mode M tu kan... saya akan fikir semula, kenapa lah pada mulanya saya berblog... mudah2an usaha saya berbaloi....
salam singgah
Memang kena ada halatuju berblog.
Kalau tak umpama kapal tiada arah.
Bahaya.
Last2 karam.
Setakat nie saya alhamduillah apa yang saya nak untuk berblog.
Saya takkan berhenti walaupun nanti sudah mencapai matlamat berblog dan akan teruskan berusaha memperbaiki idea menulis blog
saya sangat percaya..rezeki masing-masing berbeza.Ada cepat dan ada yang lambat..teruskan berusaha dan yakin boleh berjaya
usha yang berterusan..yang utama dari awal kena tetapkan matlamat..barulah kita tahu sejauh mana kemjuan yang kita capai
Berblogging mmg pasti akan lebih seronok dan bersemangat bila ada sesuatu yg kita kendak kejar, capai dan kongsikan. In shaa Allah akan ada kejayaan yg pasti buat kita tersenyum disebalik kegagalan yg adakalanya hadir sebagai rencah kehidupan juga dlm dunia berblogging. T kasih atas perkongsian yg menarik ni BM.. :)
Urmm... perkongsian yang membuatkan Nurul berfikir lepas membacanya.. Thanks BM
insyaAllah dgn niat yg baik pasti tujuan berbelog akan capai matlamatnya.
kali ni entryterbaikdr bm..macam dh lupa matlamat mula2 berblog..
Macam biasa dalam setiap perkara, usaha dan tawakkal. Tapi kalau dah berjaya jangan sesekali kita sombong..
kalau tak ada sampan rakit pun jadilah... cuba untuk bertahan walau sesekali kebuntuan..
saya adalah antara yang tiada pegangan tu
menulis setakat apa yang mahu ditulis, tiada pegangan
tapi tak dinafikan keseronokkan walau matlamat kurang jelas
penat mengejar sesuatu bukan diri sendiri
akhirnya menyimpulkan untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu berkejar
tak mengapalah walau tiada keuntungan, yang pasti kepuasan sudah pun dinikmati =)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”