Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dari entri INI, Mama Norhazniza (http://www.mamaniza.com) telah minta satu permintaan. Nak kongsi tips blogging dan siap nak bagi sepotong kek lagi... Best tu!
![]() |
komen Mama Niza dalam entri tersebut |
Tips Blogging
Ilmu apa lah sangat yang saya ada mama. Blogger seperti saya ni masih cetek ilmunya. Tiada tips blogging tertentu... cuma Mama buat jer entri yang mama gemari dan yang mama pakar serta tahu.
![]() |
Bersabar itu separuh dari iman |
Contohnya mama pandai buat kek, buatlah entri cara-cara, teknik, resepi, petua, rahsia, menggubah dan sebagainya yang berkaitan dengan membuat kek yang sedap dan menarik. Jadikan ianya satu niche tetap (boleh juga jadikan satu page tab untuk topik tersebut)...dan publish sekurang-kurangnya seminggu satu atau dua entri. Entri lain mama buatlah seperti biasa.
Tidak perlu terkejar-kejar sangat dengan trafik blog... Semakin lama, bila entri berkaitan semakin banyak, ianya akan menaikkan keyword dan blog mama dengan sendirinya dienjin carian dan trafik akan meningkat.
Keyword dan Topik
Mama cuba jadikan diri mama sebagai pengguna google. Bila ada benda atau maklumat yang mama ingin cari, apakah perkataan dan ayat yang mama tulis di kotak carian? Apakah pula topik, maklumat dan benda yang sering dicari oleh seorang surirumah? Itulah keywordnya! Gunakan ia sebagai tajuk dan didalam ayat entri mama.
Dua keyword berbeza tapi entri saya tetap disenarai atas carian Google
blog akurawi itu pun copy & paste dari entri saya tapi dia bagi kredit.
Topik seperti resepi, masakan, makanan, fesyen, menjahit, aktiviti pendapatan dari rumah, gubahan, dekorasi, kraftangan, aktiviti masa lapang dan apa sahaja yang berkait dengan kegiatan surirumah merupakan keyword yang menjadi carian sepanjang masa dan tiada hadnya. Ianya tidak menjanjikan trafik yang tinggi secara mendadak tetapi mengundang trafik yang berterusan sepanjang masa dan konsisten. Topik seperti ini dilihat amat bersesuaian diterbitkan kerana ianya sinonim dengan aktiviti harian dan status diri Mama.
Trafik Dari seluruh Dunia
![]() |
Trafik blog dari seluruh dunia |
Internet adalah dunia tanpa sempadan, Tak perlu pasport atau visa untuk akses blog negara lain. Berbillion penduduk dunia menggunakan enjin carian. Tingkatkan trafik anda dengan menerima kunjungan dari pengguna internet seluruh dunia.
Pengunjung Relaks Minda datang dari seluruh dunia... pelikkan, sedangkan blog ini menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, mana mungkin keyword menjadi puncanya. Tapi tiada yang mustahil kerana jika bahasa tidak mampu menghubungkan anda, gunakanlah cara lain.
Cara saya adalah melalui gambar! Setiap entri saya pasti menggunakan gambar. Ianya adalah salah satu cara untuk mendapat pengunjung melalui enjin carian dengan berkesan. Ramai pengguna internet menggunakan carian melalui gambar, itulah kelebihan bila sesuatu entri disertakan dengan gambar.
![]() |
Carian gambar melalui Google |
Setiap gambar jangan lupa masukkan 'image properties' untuk memudahkan robot enjin carian mengindek gambar anda selari dengan keyword.
![]() |
Data kandungan Blog Relaks Minda di 'Copy' dalam tempoh sebulan ini |
Lihatlah pula berapa banyak kandungan blog ini di 'copy' dalam sebulan! Lihat bagaimana gambar dapat menarik minat sehinggakan jumlah 'copy' begitu banyak. Setiap kali mereka membuka blog anda untuk 'copy', setiap kali itu juga anda mendapat trafik.
Anda kesah ke bila kandungan blog anda di copy? Itu pandangan masing-masing... saya? Saya tak kesah pun... lagi saya menghargainya. Yang penting anda tahu kandungan blog anda... jika ianya baik pasti untuk tujuan baik juga... Amal jariah untuk saham akhirat juga tu! Percayalah...semakin anda memberi, semakin banyak anda akan menerima.
Jadilah Diri Sendiri
Selebihnya...Mama enjoylah dengan blogging. Tulislah dari hati dan penuh keikhlasan. Jangan tertekan melihat kejayaan orang lain dan jangan sesekali cuba menjadi seperti orang lain...jadilah diri sendiri. Setiap keunikan dan perbezaan penulisan dan gaya adalah identiti yang menyerlahkan personaliti dan blog anda!
Kalau tulis entri pun biarlah lengkap dan bertanggungjawab. Jangan sesekali mengecewakan pengunjung kerana sekali mereka kecewa, sampai bila-bila pun sukar untuk mendapatkan kembali kepercayaan. Elakkan copy & paste kerana ianya akan merendahkan kreadibiliti seorang blogger.
Mama! Banyak dah ni! Mana cukup sepotong kek, kena sebijik nih! hehehe
![]() |
Mama! Nak kek macam ni satu! |
Kepada Mama Niza dan anda semua yang amat saya hormati dan hargai, semoga sedikit pengalaman dan tips blogging ini dapat memberi ilmu dan panduan untuk meningkatkan blog anda. Tonjolkan keistimewaan dan keunikan pengisian blog anda agar nampak berbeza dari blog orang lain. Terbitkanlah entri yang berkualiti dan menarik, hasil dari idea dan jiwa anda dengan ikhlas.
Jangan pula terlalu menaruh harapan tinggi untuk berjaya, tapi teruskan berusaha kerana rezeki dan tuah akan tiba buat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa dan mencuba... Insyaallah.
Terima kasih bersama Relaks Minda...
Author by Bin Muhammad
49 comments - "Panduan, Ilmu Dan Tips Blogging"
setuju sgt dengan pembelajaran hari ni. perkongsian yg sgt baik tuan BM. Saya masih jauh lg ketinggalan. Masih byk lagi berkaitan blog saya xdapat nk kejar. bila ada sifu cam Tuan BM ni, atleast kita rasa kita boleh perlahan2 melangkah.
Errr tuan BM, nak tanya pendapat sikit la. Boleh ke seseorang blogger tu berjaya andai dia xreti edit blog. even blog sendiri pun dia failed. xreti nk edit. langsung xpandai. Dan orang tu adalah saya, walaupun byk je tutorial tapi pendek kata memang susah sgt la nk tangkap. Kadang2 saya jadi down dan rasa mcm 'mungkin saya patut undur diri'..
p/s": Ariana rose hari ni last episod, mungkin salah faham sbb yang saya maksudkan adalah episod terakhir untuk minggu lepas tu yang menyebakkan hati saya. saat mereka diijabkabulkan. silap saya juga bila tulis episod akhir minggu lalu. Maaf tuan BM atas salah faham tu. saya pun tak perasan. hehehe,
Perkongsian yang mudah dan ringkas tetapi sangat bermanfaat untuk diaplikasikan. Terima kasih BM.
P/S: Sudi dapatkan buku Tetamu Istimewa. Maklumat lanjut boleh ke blog saya (ini bukan paksaan ya).
tak lokek dgn ilmu ...semoga bertambah rezekiNYA utk BM..
Aaa betol3.. saya pun dah ikut nasihat BM skrg ni.. heheee
hihihi, wah.. menuntut tu... insyaallah.. jika ada masa pasti akan merasa juga kek mama ni BM, apapun, satu info yang amat bermanafaat untuk mama.. apa sahaja yang mama kongsikan di blog mama adalah basic untuk newbie, tapi ilmu yang mama dapat dari BM jauh lebih dari itu... :)
hahaha....wow kau memang kaw lah uncle...so biggest diamond in the blogging tips..hahaha...ini yang ku sayang bangat kat engko uncle...bila cik akak membaca entri uncle...wow seolah-olah aku berapa dan hidup dalam rilex minda..haha..melampau beno cik akak puji engko uncle...jangan uncle ku yang gantang terangkat bakul sudah..hahaha...
sejujurnya...rilex minda memang terbaik....
teman hijau yang mendamaikan hati...
pengolahan bahasa yang memang terbaik...
la....nak tanya nie...serius...serius...uncle cikgu ke....atau apa ye..hihi...
tips-tips tu memang cik akak akan cedok banyak-banyak tau uncle..haha....
kenali cik akak...madah-madah cukup indah....
kenali cik akak...aku kah paling ceria dalam dunia blogging...
jangan ingat orang ceria nie tak pendiam..hahaha....
buat yang terbaik..yang lain serah kepada Allah.
bagus tip nyer,,.. nasib BM kongsi dalam entry..kami semua pun boleh tau.. hihi tq BM tq mamaniza yg bertanya soalan..
Thanks for the tips.
Alhamdulillah...banyak mmri pengetahuan kepada Abak,nmpaknya sangat banyak pkara yang blum abak dalami dalam dunia blogger ni..hehehe
Terima kasih atas tips yg diberikan. Masih byk yg perlu saya belajar! Jemput ke blog saya http://hebatkan.blogspot.com
Saya masukkan relakssminda ke bloglist saya ya ;)
dari blog mama loncat sini..tertarik untuk baca n3 ' tips blogging ' yg BM kongsikan pada n3 kali ni..satu perkongsian yg menarik minat sy untuk mencuba beberapa tips diberikan..lagi2 lah new blogger seperti saya :)
thanks so much BM
salam perkealan..singgah n follow sini :)
tq share tips yer.. betul yg pentingkita enjoy kan BM... (Ps, jgnlah segan nak tinggalkan komen hehehe )
em..entry bm org copy paste pn xkisah..tu yg suka..
terima kasih di atas perkongsian tipa blogging ini BM.. sangat bermanfaat untuk aiza praktikkan.. BM memang terbaik.. :D
*typo=tips
Terima kasih BM...tips yang sangat mantap.
Tips & nasihat yg sgt baik & sgt bermanfaat. T kasih diatas perkongsian BM. Semoga BM terus berjaya.. aamiin.. :)
Assalamualaikum ..
Salam Ukhwah Fillah ..
Terima Kasih BM.. Satu Tips Yang berguna untuk para BLOGGER ..
Jemput singgah ya http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
memang hebatlah BM ni...sifu ni.kathy perasan juga yg blog resipi kathy mencanak naik bila time ramdhan..selalu pageview bulan tu memang up...hehehehe..bulan lain biasa jew..
uncle...cepat-cepat...mai komen entri lip-lap cik akak nie...komen sikit...hahaha
http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/02/aku-bukan-milik-engkau.html
N3 Bonus Untuk Kamu , TQ http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/7-blogger-lelaki-melayu-terakhir.html
wah terima kasih untuk perkongsian ni BM
menarik! first time dengar niche...hehe
cam saya ni, suka cerita berkaitan anak...siapa nak baca dak
tak terfikir pageview akan tinggi walau saya akui
memang excited bila ianya meningkat...hehe
anyway tips BM ni saya boleh gunakan sebagai guideline
terima kasih =)
salam perkenalan...tima kasih bnyk2 atas info n tips berblog ni...sy pun br lg dlm dunia blog ni...masih mcari2 tips n tmbh lg ilmu berblog...
jadi diri sendiri..
itu yg terbaek..
tips yang sangat berguna.tq for sharing
perkongsian ilmu yang berguna ini relakminda. Bertambah ilmu saya datang sini.
Terbaik panduan yang diberikan Tuan BM. Saya nak cuba buat ikut nasihat Tuan BM.
Perkongsian yang sangat menarik untuk difikirkan.
Tahniah BM dan terima kasih kerana sudi berkongsi.
Kongsi apa yang kita minat. In Shaa Allah ada orang lain juga mempunyai minta yang sama..tapi jangan cepat mengalah bila kurang sambutan di awalnya...itu dugaan berblogging...
perkongsian yg menarik
tu la kengkdg yumida pun jd bingung bila nak pikir mcm mana niche personal blh memanfaatkan pembaca
dlm usaha mempelajari n menyampaikan
banyaknya info...sangat berguna utk tmbahkan ilmu..mr. BM, jangan banyak sangat makan kek ya..heee...
Info yang sangat2 berguna.. Nurul akan cuba aplikasikan. Timekasi banyak2. Semoga Allah meberkati BM sekeluarga selalu. Aamiin.
jadikan berblog tu sbb suka menulis dan berkongsi . klu berblog kerana mengejar yg lainnya atau nak menjadi spt dia n nak lbh drp dia atau nak dpt byk rm ... semua tu hanya akan menambah teknan saja . relaks lah ...^_^
tuan punya blog cakap sahaja tak banyak ilmu..sebenarnya dia seperti harimau yang menyembunyikan kukunya.Keteranganya sahaja tentang tips blogging itu sudah cukup sebagai bukti..apa-apapun terima kasih kerana berkongsikan info ini..
BM, Nanti singgah BS jgn lupa baca entry ni ya. Tq
http://myblogsantai.blogspot.com/2014/02/penyumbang-trafik-ke-blog-santai-12-feb.html
Assalam
Terima kasih ya Tuan BM. Panduan yang sangat di perlukan ini.
thanks atas nasihat dan tips yang berguna ni.in shaa allah akan saya peraktikkan.
Satu perkongsian yang menarik. INSYA ALLAH akan diperaktikkan.
menarik tips ni
terima kasih atas perkongsian..
Setuju dengan tips yang diberikan oleh bro. Blogging ni nak berjaya perlukan konsistensi dan juga minat dalam sesuatu topik yang mendalam.
Terlalu umum utk menilai status seorang blogger yang berjaya. Berjaya dari dari sudut apa yang anda inginkan? Apakah matlamat kejayaan blog anda?
Berjaya mendapatkan pengunjung yang ramai?
Berjaya menjadi blogger yang popular?
Berjaya mendapat pendapatan lumayan melalui blog?
Berjaya mendapatkan Ranking yang baik?
atau sebagainya...
Oleh itu jika anda tidak tahu edit blog atau apa2 sahaja yg berkaitan teknikal blog tapi anda berjaya mencapat matlamat yg anda inginkan...maknanya anda telah berjaya! Oleh itu anda perlu tahu jalannya dan berusaha utk mencapai matlamat anda.
So...Anda nak berjaya yang bagaimana?
Terima kasih kembali...salam perkenalan :)
Waalaikumsalam Akif,
salam perkenalan :)
Salam hujung minggu. Terima kasih atas perkongsian. :)
Wah, tips ini amat berguna terutama untuk zumal yang baru dalam dunia blog... Terima kasih En. BM kerana berkongsi ilmu... Salam Blogger ;)
Pergh!!!......bila hippo berkata kata.....hehe....
Bagus...bagus....moga mama berjaya menjadi blogger yg terkenal satu hari nanti mcm BM...Zirafah tetap dengan cara zirafah....makan pucuk sambil jelir lidah yg panjang tu hehe
nice post, salam kenal ya
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”