بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kadangkala kita tidak terfikir bahawa dengan melakukan sesuatu yang mudah serta ringkas (simple idea) tetapi ianya sangat kreatif dan praktikal untuk digunakan serta hasilnya sangat memuaskan.
Mungkin salah satu dari idea kreatif dan mudah (simple and creative) ini mungkin berguna buat anda. Mudah sahaja...anda pun boleh lakukan. Ya! Lakukannya sendiri (DIY - Do It Yourself)!
Mungkin salah satu dari idea kreatif dan mudah (simple and creative) ini mungkin berguna buat anda. Mudah sahaja...anda pun boleh lakukan. Ya! Lakukannya sendiri (DIY - Do It Yourself)!
1. Subang anda sering kehilangan pasangannya dalam simpanan? Gunakan teknik ini...hanya perlu butang! Kepilkan sepasang subang anda bersama-sama pada satu butang tersebut sebelum ianya disimpan.
2. Untuk menjimatkan ruang gantung dalam almari pakaian dan untuk menggantung lebih banyak pakaian, lakukanlah penggantungan berganda... Kalau 'hanger' anda kuat, gantunglah berganda-ganda!
3. Perasankah anda, kebanyakan periuk mempunyai tangkai yang berlubang dihujungnya? Selain dari kemudahan untuk menggantung, lubang tersebut sebenarnya berfungsi untuk memegang sudip atau senduk anda semasa memasak! Satu idea yang sangat kreatif dan bermanfaat!
4. Tahukah anda bahawa menyusun pakaian yang telah dilipat di dalam laci atau almari pakaian secara menegak sebenarnya menjimatkan ruang dan lebih banyak pakaian boleh disimpan!
5. Gunakan penapis serbuk kopi (coffee filter) sebagai lapisan bawah di dalam pasu bunga anda untuk mengelakkan tanah dari terkeluar,
6. Selalu ada masalah pintu terkunci dari dalam atau mahukan pintu sentiasa bebas untuk dibuka dan ditutup tanpa dikunci serta tanpa masalah dentuman yang kuat... Hanya letakkan gelungan getah (rubber band) untuk menghalang punat kunci tersebut! Ringkas tetapi sangat praktikal!
7. Kegunaan getah pemadam bukan sahaja memadam kesalahan di buku latihan tetapi juga boleh digunakan untuk memadam sebarang kotoran degil disebarang permukaan!
8. Gunakan kotak tisu terpakai untuk menyimpan plastik beg terbuang anda... Kemas disimpan dan mudah diambil untuk digunakan semula!
9. Untuk mengelakkan kuali atau periuk "non-stick" anda dari calar dan rosak ketika disimpan atau ingin dibawa kemana-mana, gunakan pinggan kertas sebagai pelapik. Pasti dijamin selamat!
10. Anda malas menyiram pokok selalu atau pokok yang anda tanam perlukan air secara berterusan... Gunakan botol sos atau kicap terpakai anda sebagai cara penyiraman berterusan yang paling mudah dan praktikal! Isikan air ke dalam botol dan tonggengkannya ke dalam tanah. Dah selesai masalah!
11. Ini adalah idea kreatif untuk para wanita yang tidak mahukan beg yang asyik berbunyi duit syiling. Gunakan botol ubat terpakai dan simpan semua duit syiling anda di dalamnya. Tidak berbunyi lagi dan mudah pula untuk anda cari!
12. Cara mudah mencuci papan kekunci (keyboard) komputer adalah dengan menggunakan berus mekap anda... Selamat dan dijamin bersih!
13. Cara mudah untuk mengenal pasti telur yang ingin digunakan sama ada masih elok dan selamat adalah dengan merendamnya ke dalam air. Jika timbul... ianya adalah elok dan jika telur tersebut tenggelam... buang sajalah telur tu!
14. Selalu ada masalah butang baju anda tertanggal atau hilang akibat benang putus! Cuba idea simple ini... Hanya perlu gunakan pengilat kuku dan sapukan pada benang butang... dan kini, tiada masalah kehilangan butang lagi!
15. Ingin mengecat! Selalunya tidak habis pun satu tong dan perlu ditutup dan disimpan semula...tetapi masalahnya, habis keliling penutup tong tersebut penuh dengan cat sebab anda menyapu berus untuk mengelakkan cat menitis dari berus...betul tak!? Nak tutup pun susah dan tidak lagi rapat. Oleh itu, lain kali gunakan gelung getah (rubber band) sebagai alat untuk anda sapukan berus untuk mengelakkan titisan cat dari berus tersebut... OK! Boleh cuba nanti ya!
Idea Kreatif Untuk Kemudahan Bersama
Idea Simple... tetapi sangat kreatif dan praktikal! Malah boleh gunakan pula beberapa barangan terpakai atau terbuang untuk di kitar semula! Bukankah ianya menjimatkan... Jika ia berguna dan bermanfaat buat anda... Cubalah idea-idea kreatif ini apabila anda memerlukannya...Khas buat anda semua! Semoga berjaya!
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
28 comments - "Idea Kreatif Dan 'Simple' Tetapi Sangat Praktikal"
Ada tips yg memang kakak dah buat BM. Kakak memang bersihkan keyboard kakak dgn berus make-up lama kakak. Juga tutup lubang pasu guna kain sup bunjut (kat sini guna coffee filer - lebih kuranglah tu). Kakak juga guna dua hanger gantung jadi satu (kadang sampai tiga kalau yg kecik).
Yg lain tak terfikir lagi. Baca entri ini baru terfikir ada yg praktikal boleh diikut.
wah banyak tips yg praktikal utk kemudhan hidup kita ni..
Memang sangat kreatif la idea ni, dan sangat mudah dipraktikkan :)
Ringkas dan praktikal. Boleh dicuba nanti..
Menarik. Ada diantaranya sangat berguna dalam kehidupan kita seharian.
wahh sangat sangat kreatif :)
memang kreatif..sangat simple tapi amat berguna
idea kotak tisu sangat menarik. dok buang aja kotak tu bila kosong.
Wah banyak tips yang selama ni kita taK pernah terfikir pun..
nice idea.. yg no. 4 tu dah lama saya cuba.. senang nk pilih dan keluarkan baju. cuma leceh sikit masa nk simpan..
Assalamu alaikum banyak sekali hal simple tetapi sangat berguna seperti di atas terimakasih sudah berbagi ilmu kreatif
Kalau akak memang saya yakin banyak idea kreatif yg telah akak praktikkan... Saya cukup bangga dgn akak!
Semoga ada diantaranya boleh akak praktikkan juga ya!
Ya! Sangat mudah... Semoga ada diantaranya boleh Noriza praktikkan
Cubalah... ianya mudah jer :)
Itulah matlamatnya... Ilmu dikongsi bersama :)
Sayidah boleh cuba... mudah jer :)
Jangan lupa utk mencubanya...
Sama lah kite, huhu... Lepas ni, jangan buanga lagi ye...
Bolehlah bunda praktikkan jika perlu ya...
Ambe selalu guna teknik ke 2 dan 11 sahaja setakat ni.
Yang lain nampaknya praktikal juga kan.
Thanks kongsi tips-tips.
Best la.
Semua barang-barang ada di rumah je.
Kalau tak guna memang buang je.
Bila ada idea-ide macam nie boleh apply la.
Wahh.. idea yg simple tapi kdg2 tak terfikir pula.. kreatif & menarik!!
Banyak tu tips. Memang kretif dan praktikal sangat.
wah..yang no 4 tu mcm sukar kalau tak banyak pakaian yang nak di tegakkan..heheheheh.
semua kaedah itu bermanfaat utk dipraktikkan ...
semua kaedah itu sesuai dipraktikkan ...
haha, kalau bab-bab kreatif ni, rasanya budak asrama yang jadi juara.
iron pun boleh jadi tempat menggoreng telur...
hebat tak hebat la, kann...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”