بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kau Murabbi Kami

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau guru kami Kau murabbi kami

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau guru kami Kau murabbi kami

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Murabbiku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau guru kami Kau murabbi kami

Al-Fatihah... Tok Guru kesayangan kami...

Al Fatihah - Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

15 comments - "Tok Guru Nik Aziz Nik Mat - Kau Murabbi Kami"

Bin Muhammad delete icon 11:12 PTG

Tarikh 12 February mencatatkan sejarah apabila 2 tokoh pejuang Islam yg hebat meninggal dunia tanpa berganjak sedikit pun dari medan perjuangan mereka sehingga akhir hayat walaupun berhadapan pelbagai ujian dan fitnah.
1. Imam Hassan Al Banna pada 12 Feb 1949
2. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada 12 Feb 2015

Assalammualaikum... BM,

Terperanjat gak tadi dapat tahu tuan guru yang disayangi nie meninggal dunia.. isteri mselim3 bagitahu.. Al-Fatihah buat arwah moga rohnya tenang di sana.... Amin.

mselim3

Agak trrkejut juga tadi bila dengar dalam berita awani...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat...

Innalillah...

Khir Khalid delete icon 12:56 PG

Al Fatihah buat Tuan Guru yg amat ku hormati.. Al Fatihah... aamiin.

Semoga Allah Meridhai beliau dan iapun Ridha Kepada Nya Amin

Innalillahi wa inna ilaihi raji’unSebuah kehilangan y besar..pergimu tiada ganti..moga dikau tenang disana..
Rindu padamu murabbi..
# tok guru Nik Aziz

ANIM delete icon 9:00 PG

Allah menjemput TGNA, Ulama yang istiqamah pada malam Jumaat. Beginilah pengakhiran insan terpilih. Allah rehatkan Tok Guru buat selama-lamanya setelah berpenat lelah dalam perjuangannya

paridah delete icon 9:54 PG

SALAM JUMAAT..KEPERGIAN YG DITANGISI LANGIT DAN BUMI..TURUT BERSEDIH.

Aretikz delete icon 10:11 PG

Daripada-Nya kita datang, daripada-Nya juga kita kembali.. Allahumagfirlahu, warhamhu

Ija Rased delete icon 11:52 PG

alfatihah..

Semoga roh Tuan Guru ditempatkan dikalangan mereka yang beriman

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amiin..

Pha Is delete icon 2:39 PG

malaysia kehilangan tokoh yg sangat hebat...

Sebuah kehilangan yang amat² dirasai dan tiada galang gantinya. Al-fatihah.

Kathy R'bain delete icon 12:34 PTG

Dari DIA kita datang,kepada DIA dia kita pulang.. Al fatihah.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap