Nak Tips Blogging

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dari entri INI, Mama Norhazniza (http://www.mamaniza.com) telah minta satu permintaan. Nak kongsi tips blogging dan siap nak bagi sepotong kek lagi... Best tu!

komen Mama Niza dalam entri tersebut

Tips Blogging

Ilmu apa lah sangat yang saya ada mama. Blogger seperti saya ni masih cetek ilmunya. Tiada tips blogging tertentu... cuma Mama buat jer entri yang  mama gemari dan yang mama pakar serta tahu. 

Nak Tips Blogging
Bersabar itu separuh dari iman
Contohnya mama pandai buat kek, buatlah entri cara-cara, teknik, resepi, petua, rahsia, menggubah dan sebagainya yang berkaitan dengan membuat kek yang sedap dan menarik. Jadikan ianya satu niche tetap (boleh juga jadikan satu page tab untuk topik tersebut)...dan publish sekurang-kurangnya seminggu satu atau dua entri. Entri lain mama buatlah seperti biasa.

Tidak perlu terkejar-kejar sangat dengan trafik blog... Semakin lama, bila entri berkaitan semakin banyak, ianya akan menaikkan keyword dan blog mama dengan sendirinya dienjin carian dan trafik akan meningkat. 


Keyword dan Topik

Mama cuba jadikan diri mama sebagai pengguna google. Bila ada benda atau maklumat yang mama ingin cari, apakah perkataan dan ayat yang mama tulis di kotak carian? Apakah pula topik, maklumat dan benda yang sering dicari oleh seorang surirumah? Itulah keywordnya! Gunakan ia sebagai tajuk dan didalam ayat entri mama.

Dua keyword berbeza tapi entri saya tetap disenarai atas carian Google
Nak Tips Blogging

Nak Tips Blogging
blog akurawi itu pun copy & paste dari entri saya tapi dia bagi kredit. 

Topik seperti resepi, masakan, makanan, fesyen, menjahit, aktiviti pendapatan dari rumah, gubahan, dekorasi, kraftangan, aktiviti masa lapang dan apa sahaja yang berkait dengan kegiatan surirumah merupakan keyword yang menjadi carian sepanjang masa dan tiada hadnya. Ianya tidak menjanjikan trafik yang tinggi secara mendadak tetapi mengundang trafik yang berterusan sepanjang masa dan  konsisten. Topik seperti ini dilihat amat bersesuaian diterbitkan kerana ianya sinonim dengan aktiviti harian dan status diri Mama. 

Trafik Dari seluruh Dunia

Nak Tips Blogging
Trafik blog dari seluruh dunia
Internet adalah dunia tanpa sempadan, Tak perlu pasport atau visa untuk akses blog negara lain. Berbillion penduduk dunia menggunakan enjin carian. Tingkatkan trafik anda dengan menerima kunjungan dari pengguna internet seluruh dunia. 

Pengunjung Relaks Minda datang dari seluruh dunia... pelikkan, sedangkan blog ini menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, mana mungkin keyword menjadi puncanya. Tapi tiada yang mustahil kerana jika bahasa tidak mampu menghubungkan anda, gunakanlah cara lain.

Cara saya adalah melalui gambar! Setiap entri saya pasti menggunakan gambar. Ianya adalah salah satu cara untuk mendapat pengunjung melalui enjin carian dengan berkesan. Ramai pengguna internet menggunakan carian melalui gambar, itulah kelebihan bila sesuatu entri disertakan dengan gambar. 

Nak Tips Blogging
Carian gambar melalui Google 

Setiap gambar jangan lupa masukkan 'image properties' untuk memudahkan robot enjin carian mengindek gambar anda selari dengan keyword.

Nak Tips Blogging?
Data kandungan Blog Relaks Minda di 'Copy' dalam tempoh sebulan ini

Lihatlah pula berapa banyak kandungan blog ini di 'copy' dalam sebulan! Lihat bagaimana gambar dapat menarik minat sehinggakan jumlah 'copy' begitu banyak. Setiap kali mereka membuka blog anda untuk 'copy', setiap kali itu juga anda mendapat trafik. 

Anda kesah ke bila kandungan blog anda di copy? Itu pandangan masing-masing... saya? Saya tak kesah pun... lagi saya menghargainya. Yang penting anda tahu kandungan blog anda... jika ianya baik pasti untuk tujuan baik juga... Amal jariah untuk saham akhirat juga tu! Percayalah...semakin anda memberi, semakin banyak anda akan menerima.

Jadilah Diri Sendiri

Selebihnya...Mama enjoylah dengan blogging. Tulislah dari hati dan penuh keikhlasan. Jangan tertekan melihat kejayaan orang lain dan jangan sesekali cuba menjadi seperti orang lain...jadilah diri sendiri. Setiap keunikan dan perbezaan penulisan dan gaya adalah identiti yang menyerlahkan personaliti dan blog anda! 

Kalau tulis entri pun biarlah lengkap dan bertanggungjawab. Jangan sesekali mengecewakan pengunjung kerana sekali mereka kecewa, sampai bila-bila pun sukar untuk mendapatkan kembali kepercayaan. Elakkan copy & paste kerana ianya akan merendahkan kreadibiliti seorang blogger.

Mama! Banyak dah ni! Mana cukup sepotong kek, kena sebijik nih! hehehe 

Nak Tips Blogging
Mama! Nak kek macam ni satu!

Kepada Mama Niza dan anda semua yang amat saya hormati dan hargai, semoga sedikit pengalaman dan tips blogging ini dapat memberi ilmu dan panduan untuk meningkatkan blog anda. Tonjolkan keistimewaan dan keunikan pengisian  blog anda agar nampak berbeza dari blog orang lain. Terbitkanlah entri yang berkualiti dan menarik, hasil dari idea dan jiwa anda dengan ikhlas.

Jangan pula terlalu menaruh harapan tinggi untuk berjaya, tapi teruskan berusaha kerana rezeki dan tuah akan tiba buat mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa dan mencuba... Insyaallah. 

Terima kasih bersama Relaks Minda... 


Author by Bin Muhammad

49 comments - "Panduan, Ilmu Dan Tips Blogging"

Aimacomel delete icon 3:03 PG

setuju sgt dengan pembelajaran hari ni. perkongsian yg sgt baik tuan BM. Saya masih jauh lg ketinggalan. Masih byk lagi berkaitan blog saya xdapat nk kejar. bila ada sifu cam Tuan BM ni, atleast kita rasa kita boleh perlahan2 melangkah.

Errr tuan BM, nak tanya pendapat sikit la. Boleh ke seseorang blogger tu berjaya andai dia xreti edit blog. even blog sendiri pun dia failed. xreti nk edit. langsung xpandai. Dan orang tu adalah saya, walaupun byk je tutorial tapi pendek kata memang susah sgt la nk tangkap. Kadang2 saya jadi down dan rasa mcm 'mungkin saya patut undur diri'..

p/s": Ariana rose hari ni last episod, mungkin salah faham sbb yang saya maksudkan adalah episod terakhir untuk minggu lepas tu yang menyebakkan hati saya. saat mereka diijabkabulkan. silap saya juga bila tulis episod akhir minggu lalu. Maaf tuan BM atas salah faham tu. saya pun tak perasan. hehehe,

Perkongsian yang mudah dan ringkas tetapi sangat bermanfaat untuk diaplikasikan. Terima kasih BM.

P/S: Sudi dapatkan buku Tetamu Istimewa. Maklumat lanjut boleh ke blog saya (ini bukan paksaan ya).

tak lokek dgn ilmu ...semoga bertambah rezekiNYA utk BM..

Unknown delete icon 6:26 PG

Aaa betol3.. saya pun dah ikut nasihat BM skrg ni.. heheee

hihihi, wah.. menuntut tu... insyaallah.. jika ada masa pasti akan merasa juga kek mama ni BM, apapun, satu info yang amat bermanafaat untuk mama.. apa sahaja yang mama kongsikan di blog mama adalah basic untuk newbie, tapi ilmu yang mama dapat dari BM jauh lebih dari itu... :)

Unknown delete icon 7:59 PG

hahaha....wow kau memang kaw lah uncle...so biggest diamond in the blogging tips..hahaha...ini yang ku sayang bangat kat engko uncle...bila cik akak membaca entri uncle...wow seolah-olah aku berapa dan hidup dalam rilex minda..haha..melampau beno cik akak puji engko uncle...jangan uncle ku yang gantang terangkat bakul sudah..hahaha...

sejujurnya...rilex minda memang terbaik....
teman hijau yang mendamaikan hati...
pengolahan bahasa yang memang terbaik...
la....nak tanya nie...serius...serius...uncle cikgu ke....atau apa ye..hihi...

tips-tips tu memang cik akak akan cedok banyak-banyak tau uncle..haha....
kenali cik akak...madah-madah cukup indah....
kenali cik akak...aku kah paling ceria dalam dunia blogging...
jangan ingat orang ceria nie tak pendiam..hahaha....

buat yang terbaik..yang lain serah kepada Allah.

Unknown delete icon 9:33 PG

bagus tip nyer,,.. nasib BM kongsi dalam entry..kami semua pun boleh tau.. hihi tq BM tq mamaniza yg bertanya soalan..

Fiza Rahman delete icon 10:07 PG

Thanks for the tips.

fragmenbiru delete icon 10:39 PG

Alhamdulillah...banyak mmri pengetahuan kepada Abak,nmpaknya sangat banyak pkara yang blum abak dalami dalam dunia blogger ni..hehehe

ibuhebat delete icon 11:00 PG

Terima kasih atas tips yg diberikan. Masih byk yg perlu saya belajar! Jemput ke blog saya http://hebatkan.blogspot.com
Saya masukkan relakssminda ke bloglist saya ya ;)

Unknown delete icon 11:07 PG

dari blog mama loncat sini..tertarik untuk baca n3 ' tips blogging ' yg BM kongsikan pada n3 kali ni..satu perkongsian yg menarik minat sy untuk mencuba beberapa tips diberikan..lagi2 lah new blogger seperti saya :)
thanks so much BM

salam perkealan..singgah n follow sini :)

Tanpa Nama delete icon 11:24 PG

tq share tips yer.. betul yg pentingkita enjoy kan BM... (Ps, jgnlah segan nak tinggalkan komen hehehe )

jie susanos delete icon 11:43 PG

em..entry bm org copy paste pn xkisah..tu yg suka..

Mizz Aiza delete icon 11:59 PG

terima kasih di atas perkongsian tipa blogging ini BM.. sangat bermanfaat untuk aiza praktikkan.. BM memang terbaik.. :D

Mizz Aiza delete icon 12:00 PTG

*typo=tips

Shaiful Zaidi delete icon 12:03 PTG

Terima kasih BM...tips yang sangat mantap.

Khir Khalid delete icon 12:04 PTG

Tips & nasihat yg sgt baik & sgt bermanfaat. T kasih diatas perkongsian BM. Semoga BM terus berjaya.. aamiin.. :)

Assalamualaikum ..
Salam Ukhwah Fillah ..
Terima Kasih BM.. Satu Tips Yang berguna untuk para BLOGGER ..
Jemput singgah ya http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

Tanpa Nama delete icon 1:07 PTG

memang hebatlah BM ni...sifu ni.kathy perasan juga yg blog resipi kathy mencanak naik bila time ramdhan..selalu pageview bulan tu memang up...hehehehe..bulan lain biasa jew..

Unknown delete icon 1:29 PTG

uncle...cepat-cepat...mai komen entri lip-lap cik akak nie...komen sikit...hahaha

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/02/aku-bukan-milik-engkau.html

Tanpa Nama delete icon 1:44 PTG

N3 Bonus Untuk Kamu , TQ http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/7-blogger-lelaki-melayu-terakhir.html

Yana Yani delete icon 2:10 PTG

wah terima kasih untuk perkongsian ni BM
menarik! first time dengar niche...hehe

cam saya ni, suka cerita berkaitan anak...siapa nak baca dak
tak terfikir pageview akan tinggi walau saya akui
memang excited bila ianya meningkat...hehe

anyway tips BM ni saya boleh gunakan sebagai guideline
terima kasih =)

ricca delete icon 2:58 PTG

salam perkenalan...tima kasih bnyk2 atas info n tips berblog ni...sy pun br lg dlm dunia blog ni...masih mcari2 tips n tmbh lg ilmu berblog...

Unknown delete icon 3:03 PTG

jadi diri sendiri..
itu yg terbaek..

Tanpa Nama delete icon 3:49 PTG

tips yang sangat berguna.tq for sharing

perkongsian ilmu yang berguna ini relakminda. Bertambah ilmu saya datang sini.

OhPanduan delete icon 4:07 PTG

Terbaik panduan yang diberikan Tuan BM. Saya nak cuba buat ikut nasihat Tuan BM.

Unknown delete icon 4:27 PTG

Perkongsian yang sangat menarik untuk difikirkan.
Tahniah BM dan terima kasih kerana sudi berkongsi.

Blog Santai delete icon 4:36 PTG

Kongsi apa yang kita minat. In Shaa Allah ada orang lain juga mempunyai minta yang sama..tapi jangan cepat mengalah bila kurang sambutan di awalnya...itu dugaan berblogging...

Unknown delete icon 5:10 PTG

perkongsian yg menarik
tu la kengkdg yumida pun jd bingung bila nak pikir mcm mana niche personal blh memanfaatkan pembaca
dlm usaha mempelajari n menyampaikan

EB delete icon 6:01 PTG

banyaknya info...sangat berguna utk tmbahkan ilmu..mr. BM, jangan banyak sangat makan kek ya..heee...

Info yang sangat2 berguna.. Nurul akan cuba aplikasikan. Timekasi banyak2. Semoga Allah meberkati BM sekeluarga selalu. Aamiin.

Zawiah delete icon 6:26 PTG

jadikan berblog tu sbb suka menulis dan berkongsi . klu berblog kerana mengejar yg lainnya atau nak menjadi spt dia n nak lbh drp dia atau nak dpt byk rm ... semua tu hanya akan menambah teknan saja . relaks lah ...^_^

kakiblog delete icon 6:33 PTG

tuan punya blog cakap sahaja tak banyak ilmu..sebenarnya dia seperti harimau yang menyembunyikan kukunya.Keteranganya sahaja tentang tips blogging itu sudah cukup sebagai bukti..apa-apapun terima kasih kerana berkongsikan info ini..

Blog Santai delete icon 10:25 PTG

BM, Nanti singgah BS jgn lupa baca entry ni ya. Tq

http://myblogsantai.blogspot.com/2014/02/penyumbang-trafik-ke-blog-santai-12-feb.html

Assalam
Terima kasih ya Tuan BM. Panduan yang sangat di perlukan ini.

edisi delete icon 7:35 PG

thanks atas nasihat dan tips yang berguna ni.in shaa allah akan saya peraktikkan.

Bahrain delete icon 11:27 PG

Satu perkongsian yang menarik. INSYA ALLAH akan diperaktikkan.

Che Akak delete icon 11:34 PG

menarik tips ni

Unknown delete icon 5:41 PTG

terima kasih atas perkongsian..

Setuju dengan tips yang diberikan oleh bro. Blogging ni nak berjaya perlukan konsistensi dan juga minat dalam sesuatu topik yang mendalam.

BinMuhammad delete icon 7:37 PTG

Terlalu umum utk menilai status seorang blogger yang berjaya. Berjaya dari dari sudut apa yang anda inginkan? Apakah matlamat kejayaan blog anda?
Berjaya mendapatkan pengunjung yang ramai?
Berjaya menjadi blogger yang popular?
Berjaya mendapat pendapatan lumayan melalui blog?
Berjaya mendapatkan Ranking yang baik?
atau sebagainya...

Oleh itu jika anda tidak tahu edit blog atau apa2 sahaja yg berkaitan teknikal blog tapi anda berjaya mencapat matlamat yg anda inginkan...maknanya anda telah berjaya! Oleh itu anda perlu tahu jalannya dan berusaha utk mencapai matlamat anda.

So...Anda nak berjaya yang bagaimana?

BinMuhammad delete icon 7:46 PTG

Terima kasih kembali...salam perkenalan :)

BinMuhammad delete icon 7:47 PTG

Waalaikumsalam Akif,
salam perkenalan :)

Salam hujung minggu. Terima kasih atas perkongsian. :)

Dunia Zumal delete icon 3:14 PTG

Wah, tips ini amat berguna terutama untuk zumal yang baru dalam dunia blog... Terima kasih En. BM kerana berkongsi ilmu... Salam Blogger ;)

OKje delete icon 8:54 PTG

Pergh!!!......bila hippo berkata kata.....hehe....
Bagus...bagus....moga mama berjaya menjadi blogger yg terkenal satu hari nanti mcm BM...Zirafah tetap dengan cara zirafah....makan pucuk sambil jelir lidah yg panjang tu hehe

nice post, salam kenal ya

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap