Andai anda ada masa terluang atau ketika sedang berehat....
Anda boleh menenangkan minda anda sambil mulut memohon keampunan dengan beristighfar. Mudah... Bukan sahaja ketenangan yang anda dapat malah ganjaran pahala. Antara kelebihan beristighfar....
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangaka" (Hadis riwayat Abu Daud)
Tidak kira di mana...rajinkanlah mulut dan hati anda untuk sentiasa menyebut dan mengingati Allah...
Sesungguhnya ganjaran dari Allah akan kita terima di dunia dan di akhirat...
Kita sebagai insan yang lemah tidak akan dapat menghindari dari melakukan dosa...
Mohonlah keampunan... Beristighfarlah...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”