Kreativiti DIY - Aktiviti Berguna & Menarik Mengisi Masa Lapang: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menjalani ibadah puasa buat umat mislimin dan muslimat. Di bulan yang mulia ini, selain memperbanyakkan amal, apa kata jika anda ada masa terluang bolehlah cuba aktiviti menarik ini.
Kreativiti DIY (Do it yourself) ini mungkin ada yang menarik perhatian anda untuk anda lakukan.
Boleh juga di berikan kepada anak-anak anda untuk memenuhi aktiviti masa lapang di petang hari sementara menanti waktu berbuka. Maklumlah...aktiviti bersukan dan beriadah seperti biasa mungkin tidak sesuai dilakukan di bulan puasa ini.
Ianya bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti masa lapang tapi juga hasilnya menarik untuk menjadi hiasan mahupun mencantikkan ruang di rumah anda. Idea kreatif DIY ini untuk di kongsi bersama...
Contoh Aktiviti DIY
.jpg)
Bingkai gambar yang cantik ini tidak perlu di beli. Anda pun boleh buat sendiri. Pelbagai saiz boleh anda buat mengikut kesesuaian gambar. Kini kabinet dan meja hiasan anda tidak lagi kelihatan kosong.
.jpg)
Bagaimana pula dengan hiasan meja yang comel ini. Nampak mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar. DIY...anda buat sendiri ya!
.jpg)
Pasu bunga dari tin terpakai. Tentulah tidak menarik jika kosong saja, hanya berbekalkan plaster simen dan batu, hasilnya sebuah pasu yang anggun bergaya.
.jpg)
Cara mudah untuk mencantikkan pasu bunga anda. Hasilnya pasti memikat!
.jpg)
Begitu juga dengan tin kosong untuk bekas peralatan stationary anda. Kreativiti DIY yang mudah untuk mencantikkannya. Cubalah...
.jpg)
Cermin dirumah anda kosong tanpa bingkai? Cara mudah untuk menjadikannya anggun bergaya. Sebuah papan, gam dan pecahan pinggan porcelin atau tile terbuang mampu mengubahnya menjadi sebuah cermin yang pasti menawan setiap mata yang memandang.
.jpg)
Dinding di rumah anda kosong tanpa sebarang perhiasan...Nah! Kreativiti DIY yang mengajar anda untuk membuat sebuah hiasan dinding yang sungguh anggun dan mempersonakan sekali.
.jpg)
Ini pula Kreativiti DIY yang mengajar anda cara mudah membuat reben hiasan yang boleh anda tampal dimana sahaja yang anda perlukan.
.jpg)
.jpg)

Diatas pula, beberapa Kreativiti DIY yang menggunakan pakaian buruk dan tidak di gunakan lagi untuk dijadikan bebola hiasan yang sangat cantik.
Aktiviti yang bukan sahaja memenuhi masa lapang anda tetapi juga dapat mengitar semula pakaian tersebut kepada sesuatu yang berguna.
.jpg)
Ini pula bagi anda yang mahu menghias halaman dengan kepingan batu pemijak yang sangat menarik.
Dengan menggunakan kepingan pecahan pinggan porcelin, batu dan kaca bersama simen, maka terhasillah kepingan yang sangat unik dan menarik. Unik, tidak di jual dimana-mana...
Isi Masa Lapang
Dibulan puasa ini, janganlah pula asyik nak membuta sahaja, walaupun tidur itu satu ibadah tapi jika berlebihan ianya menjadi makruh pula.
Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Selain dari menambahkan amal ibadat...kreativiti DIY ini dapat memberi anda kepuasan dan hasilnya juga berguna untuk anda...mungkin untuk hiasan bagi mencantikkan rumah anda bagi menyambut kedatangan Syawal nanti.
Selamat menjalani ibadah puasa dan terima kasih kerana bersama Relaks Minda.
p/s : Masuk bulan puasa ni, sedikit sibuk...tak sempat membalas komen, tapi saya cuba balas kunjungan anda...Insyaallah. Terima kasih kerana sudi singgah disini dan meninggalkan komen...amat2 saya hargai.
Admin...
69 comments - "Kreativiti DIY - Aktiviti Masa Lapang"
yang penting kena rajin+usaha... kalau tahu buat tapi ada penyakit M.. mmg xjadi..hek3..
Tanam tulip bersungguh-sungguh,
Tumbuh berlapis di tempat bagus;
Salam berkelip cahaya Subuh,
Subuh gerimis solat dan tadarus.
wowww..sies smart dn kreatif..nnti dh ada rumah sndiri boleh la nk bt..nti bleh refer kt sini je =)
Ummi datang... ^^
Memang kalau sehari kena jenguk kat sini, keratif dalam inovatif... ^^
*kreatif
Yeaaa alas kaki dari benang kait tu sy pandai buat.. skrg tgh menghasilkan alas meja pulak..fuhh! Byk betol kerja waktu lapang..
Frame gambar tu pun sy dah buat utk pertandingan kreatif adik ipar..dapat no 1.. yeaa! Tema angrybird.
Waahhh.. yang perhiasan dinding tu memang terbaik! hehe. daripada dulu bercadang nak penuhkan perhiasan dekat dinding
Dalam banyak-banyk tu BM ada juga yg dah ada di rumah kakak. Bunga kain pakai butang anak kakak ada buat (kerjatangan sekolah). Satu lagi kakak kan jahit baru sendiri. Bulat yg gunting untuk leher baju kurung pun kakak buat cantum - ada masa kakak tunjuk yg kakak dah jalin. Tak siap-siap lagi sampai sekarang sebab kena ada mood baru kakak buat hihi...
very nice lah, ...
salam..best blh pikirkan nanti lalalaala..pom.pom saya pernah buat kt blog mudah jer siap ada toturil lagi
Saya suka yg cermin dinding dgan pasu tu.. cantik :)
Terima kasih cik akak :)
serius cantik la pasu tu.. siapa sangka kita yang buat sendirikan..
Betul tu Aisya...buang penyakit M tu jauh2
Salam Ramadhan...
Selepas sahur solat seketika,
Selepas solat pergi bekerja,
Selepas bekerja pulang berbuka,
Selepas berbuka terawih pula,
Selepas terawih rehat berseloka,
Selepas rehat tertidur lena.
Silakan Fais...terima kasih ye
Terima kasih Ummi krn sudi berkunjung ke sini :)
Bolehlah cuba...mungkin anda lebih kreatif
Saya suka cara akak memnuhi masa seharian di rumah. Mcm2 akak boleh buat...itulah kelebihan wanita.
Terima kasih :)
Waalaikumsalam,
Bagi sesiapa yg mahukan tutorial lebih detail ttg bebola kain tu, boleh terjah blog suri ye... ;)
Bolehlah cuba jika ada kelapangan
Terima kasih Mizz Aiza...tak nak cuba ke?
Cantik dan kreatif juga. Kalau tak disebabkan masa yg terhad, tak salah nak cuba.
comel-comel semuanya BM.jealous dengan creativity dia prang ni...hiasan meja & bunga tu, top in the list...
malu nak ngaku bm, dek kerana keras tangan kak ni..kak lebih rela membuta dari lakukan semua ini, hee
tapi kak suka tengok dan suka beli kalau dah siap..
Ini maknanya dah takde masa lapang...Rajin mu Jhaa :)
Hanya berkongsi...jika ada masa, cubalah :)
Jangan jealous, kan diberi caranya sekali...cubalah buat :)
Eh, ini bukan paksaanlah...terpulanglah. Saya lagi suka kalau dapat free...hehe, terima kasih kak Anim.
dulu2 KA suka buat ni sebab tu minat turun ke Adik kot, angah pun ada bakat sikit2 hehehe
sedekah clik2 nuffng sudah yer
mmmg cantik :) ohsemmm :)
Ummi sukaa... ^^
Meme r..haha..maknanya tak der masa boring..ada saja kerja..
Mana tumpahnya kuah....Betul kan KA :)
Terima kasih, semoga murah rezeki KA
Terima kasih Acik...Berbuka apa hari ni?
boleh den try ni..hehehe
whoaa...cantik nyer
cantiknyer.....kreatif...
Suka tgk pasu tin tu! Jadi cantikkan BM
kreatif sungguh , pcl suka...
budak budak buat kotak
kotak diagih satu sorang
haih memang kreatif depa punya otak
boleh try jika waktu terluang
Bila ada wakti terluang baru boleh buat benda-benda diy ni. Memang kreatif.
Boleh saja...Pasti anda akan kelihatan kacak dari selalu :)
Terima kasih kathy...cubalah! :)
Betul tu OKje...memang cantik :)
Terima kasih pcl...slmt mencuba!
Ikat kuat jangan cerai,
Agar tidak tinggal kesan,
Boleh saja anda try,
Pasti cantik dibuat hiasan .
Ya...benar tu saudara Amir, gunakan masa terluang dengan perkara berfaedah spt DIY ini. :)
Kreativiti tanpa batasan. Kalau boleh diajar di sekolah ok juga kan.
Terima kasih liana...xnak cuba?
Cubalah!...mana2 kreativiti DIY yg menggunakan bahan terbuang tu bagus dalam mendidik dan mendedahkan mereka untuk kitar semula disamping beri penjelasan tentang kebaikan kitar semula dan kesannya pd alam.
camne guna garfu utk ikat reben tu...rasa mcm menarik pulak....
Terima kasih Hatimi, klik pada gambar, anda dapat lihat dengan lebih jelas pada saiz gambar sebenar cara-cara membuatnya. Selamat mencuba :)
bekas peralatan tu pernah buat BM..masa tu masih kecik lg..sy gunakan tin susu pekat..balut dgn kertas kuning lepas tu letak alat2 tulis termasuk lah sikat rambut hehe
terbaiklah..memang cantik.. :) kreatif.
tak sempat nak membuta, tak sempat nk diy. kerja 6hari seminggu. lg nk raya ni ofis makin busy la nampaknya.
Ya, yang itu memang paling mudah. Saya dulu2 pun buat...maklumlah, masa tu mana ade budget :)
Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini
Wah, 6hari seminggu...tak pe, rajin kerja..banyak incomenya :)
baru jumpe blog ni...terus nk follow...best sgt
Terima kasih, amat2 saya hargainya dan salam perkenalan :)
yang bebola hiasan tu cute abis la...tapi cara nak buat tu macam susah je...macam tak paham je...ermm kene cari masa lapang nak buat benda-benda nie....ermm
cantik la..suke tgok tangan orang kreatif
salam perkenalan..
wow memang ohsem la diy ni..
teruja sangat..
terima kasih kongsi idea..
Salam. Tahu tak kat mana jual jaring mcam dalam gambar2 diy tu? -Asma
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”