Malaysia Best Blog 2015 merupakan salah satu panduan serta senarai blog-blog & blogger-blogger terbaik di Malaysia bagi tahun 2015. Walaupun ianya hanya sebuah Contest SEO, namun tidak bermakna senarai yang diletakkan tidak tepat tetapi ternyata lebih ikhlas berbanding MSMW 2015 Awards yang memerlukan pencalonan dan penjurian secara undian ramai. 

Ramai blogger terbaik tidak bertanding di MSMW (Malaysia Social Media Weeks) 2015 maka pemilihannya kelihatan seperti tidak mencerminkan kemenangan mutlak bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Berbanding Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015 yang terbuka untuk sesiapa sahaja dan boleh menyenaraikan apa sahaja blog terbaik mengikut pilihan blogger itu sendiri yang dilihat lebih telus dan ikhlas.

Malaysia Best Blog 2015

Blog Terbaik

Sebagai seorang blogger, pasti terasa bangga apabila ada yang sudi mengiktiraf dan menyenaraikan blog anda di dalam senarai Best Blog pilihan mereka. Namun, pengiktirafan terbaik ini juga boleh dipertikaikan kerana dilihat begitu subjektif dan terlalu berkait rapat dengan nilai sentimen peribadi individu tersebut. Pemilihan mungkin dilakukan kerana :
  • Blog tersebut menjadi sumber rujukan
  • Blog tersebut mempunyai ranking yang tinggi
  • Blog tersebut popular 
  • Blog tersebut sering dikunjungi 
  • Blog tersebut adalah blog sahabat
  • Blog tersebut mempunyai ikatan jalinan kemesraan dan ukhwah yang rapat
  • Dan perbagai lagi yang bersifat sentimen peribadi...
Walaubagaimanapun ianya lebih telus dan ikhlas tanpa terperangkap oleh sebarang garis panduan yang menyekat atau merantai blogger dari memilih blog terbaik. Mereka juga bebas mengikut kehendak hati dan memilih apa sahaja blog yang pada pandangan mereka adalah yang blog terbaik dan layak menjadi Best Blog di Malaysia tahun 2015 tanpa memikirkan sebarang ganjaran atau pujuk rayu.

Senarai Pilihan Relaks Minda

Di atas dasar ini jugalah, Relaks Minda memilih 12 blog pilihan untuk disenaraikan di dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 ini. Berikut adalah senarai Blog Terbaik Malaysia Tahun 2015. (Nombor bukan bermakna kedudukan ranking).

1. Malaysia Best Blog : Paultan.org
Sebagai salah seorang yang pernah bergelumang dalam industri automotif, sudah pasti topik berkenaan automotif menjadi kegemaran. Sudah tentulah blog http://paultan.org/ menjadi sumber rujukan terbaik dan terkini bagi industri automotif negara dan dunia.

Lupakan tentang komen-komen yang kadangkala terlalu fanatik dan annoying untuk dibaca, namun pengisian setiap artikel berkaitan perkembangan industri automotif di Malaysia dan luar negara yang dipaparkan sangat lengkap dan terkini, menjadikan ia sumber rujukan serta informasi automotif paling best masa kini!

2. Malaysia Best Blog : Amanz.my
Kenapa blog ini berada dalam senarai? Di Malaysia, amat sukar sebenarnya untuk sebuah blog berbahasa melayu yang mengetengahkan niche mengenai teknologi multimedia terkini untuk berada dikelompok blog yang mendapat perhatian ramai berbanding niche politik, isu semasa dan hiburan.

Namun blog http://amanz.my/ ini sangat hebat (almost the best) sehingga mampu menjadi peneraju dalam niche yang ditampilkan.

Satu pencapaian yang wajar dihargai! Apa sahaja perkembangan terkini mengenai teknologi komputer, telefon bimbit, tablet, software, hardware dan yang sewaktu dengannya, blog ini pasti menjadi rujukan utama. Oleh itu jangan ada lagi yang kata Bahasa Melayu menjadi penghalang untuk berjaya!

3. Malaysia Best Blog : Hasrulhassan.com
Jika anda seorang blogger terutama yang menggunakan platform blogspot, sudah pasti blog ini menjadi sumber rujukan terbaik untuk menimba ilmu tentang teknik serta panduan berblogging yang betul dan untuk menjadi blogger yang berjaya.

http://www.hasrulhassan.com/ bukan sahaja tertumpu sepenuhnya dengan topik blogging yang menjadi tunjang utama blog beliau tetapi dipelbagaikan juga dengan informasi, kisah semasa dan catatan peribadi. Pengetahuan beliau dalam dunia blogging dan blogspot ini amat luas serta mendalam. Sikap beliau yang sentiasa bermurah hati untuk berkongsi ilmu amat-amat ditagih oleh ramai blogger bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh nusantara!

4. Malaysia Best Blog : Hidup Biar Sedap
Bagi blogger baru, blog http://www.kujie2.com/ ini wajar dijadikan contoh dan rujukan terbaik. Walaupun sudah semakin kurang menerbitkan artikel tetapi beliau masih aktif. Terlalu banyak ilmu yang boleh dikutip disini. Bukan sahaja ilmu blogging tetapi juga ilmu kehidupan dunia dan akhirat.

Gaya penulisan beliau yang santai tetapi cukup lengkap dengan ciri-ciri teknikal yang membolehkan artikel beliau amat disukai oleh enjin carian dan pembaca. Inilah gaya dan teknik penulisan terbaik bagi seseorang blogger yang perlu kita semua pelajari.

5. Malaysia Best Blog : Titisan Nurani
Populariti untuk berada dipersada blogging negara bukanlah matlamat semua blogger. Blog terbaik tidak semestinya dikenali tetapi tidak bermakna tidak boleh diiktiraf atau disenaraikan antara yang terbaik. Terbaik dan hebat dengan cara tersendiri... Itulah keistimewaan Blog http://zakiepurvit.blogspot.com/.

Blog yang sungguh simple dan tulus ini sangat menyerlah melalui topik-topik ringkas dan santai tetapi penuh dengan maksud dan pengajaran yang mendalam dan berguna sebagai panduan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Walaupun kadangkala ianya tampak seperti kisah kehidupan biasa buat kita semua namun beliau mampu membuatkan kita semua terfikir sejenak akan realiti dan matlamat kehidupan yang sebenarnya.

Malaysia Best Blog 2015
Blog Terbaik Malaysia Tahun 2015 

6. Malaysia Best Blog : Fatin Liyana
Hah! Jangan kata blog ini dipilih sebab admin blognya yang cantik jelita. Takde makna nya sebab beliau sudah pun berpunya! (tapi baru bertunang...ada peluang lagi...hehe). Blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ ini amat hebat tarikannya. Keistimewaan beliau yang paling utama adalah dari gaya penulisannya yang mudah dan santai amat senang dihayati. Kisah hidup beliau juga sangat hebat dan menarik untuk diikuti.

Melalui penulisan beliau mampu memikat dan memukau sesiapa sahaja sehingga puluhan ribu sanggup menjadi follower. Walaupun tanpa aplikasi dan teknik SEO, beliau masih mampu menarik pengunjung dan komen yang tinggi serta menjadi topik bualan ramai. Inilah contoh terbaik sebuah blog blogspot personal Malaysia yang berjaya!

7. Malaysia Best Blog : Inilah Ceritaku
Sejak kesibukan menguruskan perpindahan rumah dan sesi persekolahan yang baru bermula, blog ini agak kurang aktif sekarang ini. Namun setiap entri yang telah dihasilkan terasa amat dekat dihati dan menarik untuk dibaca.

Amat terpikat dengan gaya dan cara olahan entri beliau yang sangat tersusun tetapi santai dan asyik untuk dibaca dari mula hingga ke akhir. Tidak semua blogger punya bakat sebegini... Ianya sangat hebat dan terbaik!

Topik yang beliau utarakan tidaklah melangkaui lingkungan yang luas, hanya berkisar kisah kehidupan keluarga serta persekitaran kediaman dan tempat bertugas amat bertepatan dengan nama blog Inilah Ceritaku di http://bicaraneem.blogspot.com/ tetapi ianya bagaikan ada satu magnet yang menarik kita untuk bersama mengikuti dan menyelami kisahnya. Begitu juga teladan dan pedoman kehidupan dunia dan akhirat yang disampaikan dengan cukup jelas dan teliti untuk menjadi rujukan bersama.

8. Malaysia Best Blog : KhirKhalid
Seorang cukup hebat dan yakin dengan kerjaya beliau sebagai seorang motivasi dan juga blogger. Komitmen beliau sebagai seorang blogger pula memang tidak boleh dipertikaikan. Seorang yang sangat mesra dan rajin berkomunikasi. Topik utama yang diketengahkan juga amat berbeza dan sungguh murni.
Memumuk kesederaan tentang masalah sosial masa kini disamping kisah disebalik tirai besi yang menjadi tunjang kekuatan blog ini. Bukan semua dari kita punya peluang seperti beliau tetapi beliau amat bijak apabila menggunakan medium blog sebagai penghubung untuk mengetengahkan kisah yang terlindung disebalik pengetahuan umum.
http://www.khirkhalid.com/ sebuah blog hebat yang menarik dengan kisah yang unik! Kerana keunikan dan keikhlasan itulah meletakkan blog ini diantara yang terbaik! You are the best bro!
9. Malaysia Best Blog : OhDuit.com
Sebuah blog yang memuatkan pelbagai topik berkaitan informasi online. Pada tahun 2015 blog ini mencipta kejutan awal dengan menganjurkan contest SEO yang paling lumayan di Malaysia buat pemenang utama. Satu strategi hebat untuk mencipta kejayaan jangka panjang.

Ia juga merupakan satu langkah permulaan terbaik untuk http://ohduit.com/ tersenarai diantara pilihan Best Blog 2015.

10. Malaysia Best Blog : Saifulislam.com
Blog hebat ini tak perlu diperkenalkan lagi. Sangat terkenal dan popular dikalangan mereka yang inginkan ilmu agama, motivasi dan dakwah. Perbagai kisah, pandangan dan panduan melalui pengalaman sendiri dan kisah semasa yang diolah mengikut pandangan beliau yang cukup berilmu dan berpengalaman membuatkan kita akan berfikir sejenak dan melihat sesuatu itu dari sudut yang berbeza namun masih berteraskan agama Islam.

Ulasan pelbagai buku dakwah dan ilmiah menurut pandangan admin juga sangat menarik. Ada kalanya kita tidak berfikiran seperti beliau atau terlepas pandang. Itulah keistimewaan yang menjadikan setiap entri blog http://saifulislam.com/ ini sangat istimewa dan tersendiri.

11. Malaysia Best Blog : Denaihati.com
Adalah tidak lengkap jika tidak menyenaraikan blog ini. Ia umpama sebuah blog rujukan dan paling berpengaruh di Malaysia. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh http://denaihati.com/. Namun yang paling penting adalah pengisian serta gaya olahan artikel yang ditulis beliau mengikut pandangan sendiri itu amat jujur, menarik dan berkesan.

Walaupun kebanyakan isu serta topik yang diutarakan agak berat namun sesekali kisah santai tentang bolasepak EPL terutama pasukan Arsenal yang menjadi pasukan kegemaran admin telah mengimbangi serta menambah keserian dan seterusnya menjadi ramuan unik terbaik buat blog hebat ini!

12. Malaysia Best Blog : Relaks Minda
Wajar dan layakkah blog ini dalam senarai? Inilah yang dimaksudkan pilihan anda adalah hak anda. Pandangan dan kriteria pemilihan kita semua berbeza-beza. Oleh itu, Kenapa tidak boleh blog sendiri berada dalam senarai Malaysia Best Blog 2015? (walaupun sebenarnya memang blog ini tidak layak pun...)

Pasti akan ada suara-suara yang menyatakan ketidakpuasan hati dan beranggapan hanya syok sendiri. "Blog anda, cara anda..." Tiada sesiapa pun mampu untuk memuaskan hati semua orang. Apa yang pasti... jika ianya baik untuk anda, maka terbaiklah pilihan tersebut. Oleh itu, hormatilah akan pandangan dan pendapat orang lain.

Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 - ohduit.com

Sejujurnya... Semua blog adalah terbaik andai anda mampu berkongsi kebaikan dan mencapai matlamat serta tujuan yang disasarkan. Oleh itu jangan ada pula yang berkecil hati jika blog anda tidak ada dalam senarai di atas.
Senarai ini juga dibuat berikutan kata kunci tersebut tidak lama lagi akan menjadi kata kunci terhangat di enjin carian berikutan contest SEO - Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh ohduit.com.

Melalui contest SEO ini, kita bukan sahaja dapat melihat senarai Blog Terbaik pilihan blogger tetapi juga dapat menyaksikan senarai entri SEO terbaik melalui kedudukan teratas di halaman enjin carian google.com.my. Selamat bersaing dan semoga berjaya buat semua blogger yang bertanding...

Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015
“Jom sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!!" - Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

82 comments - "Senarai Malaysia Best Blog 2015"

baby comel delete icon 1:39 PG

Dari awal sampai akhir. Relaks je.. tu la istimewanya blog ni. InsyaAllah, sy tau yakin dan pasti mmg blog relakssminda ni terbaik pd pandangan mata hati sy.
Goodluck bro BM,

Kathy suka baca belog Khir Khalid dan Relakssminda.. Belog yang hebat.

Tok Puteh delete icon 9:00 PG

Moga berjaya dgn blog pilihan tuan...

Assalamualaikum, BM. Oh, dah lama saya tak singgah dan menitipkan komen di sini. Maaf ya. Tahniah, kepada blog yang tersenarai. RM juga antara blog yang terbaik.

oo bm dh join..susah la skit nk menang..

apabila tuan BM masuk contest seo ini maka secara automatik saya tarik diri kerana susah nak berada di halaman nanti..apa-apapun saya tetap suka relakss minda kerana entri dan komen yang ada provokasi membina..tahniah dan semoga berjaya

p/s :Salam blogwalking daripada [Kakiblog]

reezluv delete icon 1:47 PTG

orang yang masuk ni pun memang hebat-hebat semuanya

Khir Khalid delete icon 2:30 PTG

Segan pula saya tersenarai di atas tu hihii. Satu penghargaan yg sgt besar bagi saya.
Terima kasih BM dan pastinya blog Relakssminda antara yg terbaik dan sentiasa menjadi inspirasi kpd blogger2 yg lain termasuk diri ini.
Saya sentiasa mendoakan dan menyokong yg terbaik buat BM. Semoga berjaya dlm contest seo ini. Pengalaman dan ilmu yg ada pastinya menjadikan BM yg terbaik... aamiin.

Saya pun keliru untuk memilih best blog. Best dari segi apa ?

kucha lana delete icon 7:22 PTG

entri yang terbaik juga bro...hu3..gud luck

Assalamu Alaikum dah kenal beberapa blog hebat diatas sebagain lagi belum nak terjah juga

Memang sukar nak pilih yang mana satu blog terbaik di Malaysia ni kan BM..

Nao Mei delete icon 4:53 PTG

Entri Ini dah ranking pertama..macam mana cik akak nak menang..hahaha...

sensasi2020 delete icon 5:18 PTG

Pemilihan blog yang terbaik dan hebat termasuk blog sendiri. Semoga berjaya....

Cetusan Minda delete icon 11:08 PTG

entry contest rupanya ... semoga berjaya ...

Pha Is delete icon 12:23 PG

mmg blog2 yang tersenarai tu hebat2.. saya setuju..!!!

Afiq delete icon 8:20 PG

Pertama kali saya tahu pasal blog Khir Khalid tu - menarik juga blognya. Banyak juga research yang beliau kongsikan di blog.

Semoga tersenarai dalam malaysia best blog 2015 BM :)

Good Luck BM..Lya suka blog Relassminda,Khir Khalid dan juga Hasrul Hasaan..Antara blog yang Lya biasa singgah dan biasa tinggalkan komen adalah tiga blog ini ...

Betul ke ni... :) Terima kasih BC

Waalaikumsalam cikgu Helmi, sentiasa menantikan kehadiran anda. :)
Semoga anda bertambah maju dan mencapai segala impian ya.
Terima kasih

Maknanya tu susah sedikit, senang banyaklah utk Jie menang... :)

Tuan Hanafi... Sesiapa pun boleh menang, hanya perlu mencuba dan berusaha. Kalah dan menang itu ketentuan Ilahi, tiada siapa yang mampu mengawalnya.
Saya nantikan entri Malaysia Best Blog 2015 anda!

Orang yang komen ini pun hebat juga.. :)

Pandangan saya... Blog anda layak tersenarai dalam Best Blog. Semoga KK akan lebih dikenali dan segala usaha murni anda mendapat hebahan meluas.
Terima kasih di atas sokongan yg diberikan.

Pilihan anda.. hak anda, pilihlah yang anda rasa paling best :)

Terima kasih Kathy

Selamat berjaya juga buat Tok Putih...

Selamat bersaing BL... Peluang kali ini agak sukar sebab anda dah semakin hebat!

Nampaknya makin naik entri ni dalam carian. Syabas naa .. terima kasih lagi sekali sbb masukkan blog saya.

yangbaik delete icon 10:58 PG

banyak blog hebat masuk dalam senarai. saya suka baca semua blog di atas. terima kasih.

Maria Firdz delete icon 12:25 PTG

Mmg semuanya best dan terbaik...termasuk penulis blog ni juga... Tahniah...

Wow hebat penulisan bro BM. Entri saya untuk contest ini masih dalam draft, entah mahu publish ataupun tidak sebab entri saya itu terlalu simple,, hehehe
Semoga berjaya bro BM

Aretikz delete icon 10:03 PTG

Semoga berjaya.. setuju part blog tak dikenali tak semestinya bukan terbaik.. hehe

Dunia Zumal delete icon 11:44 PG

Semuanya hebat termasuklah bro BM... Pada zumal ia memang layak dan wajar ^-^

Bm join..wow ada peluang nak menang

Fendy delete icon 11:15 PTG

Semoga berjaya tuan. Kagum dengan blog tuan di kedudukan atas sekarang.

nur ikaa delete icon 12:43 PG

sangat wajar kalau anda sebagai Malaysia Best Blog 2015...caya laaa

semoga berjaya dengan contest ini

semoga BM berjaya dlm contest ni :)
done blogwalking blog yg tak pernah Murni singgah sblm ni & blog yg tersenarai pun masing2 ada kekuatannya yg tersendiri

Singgah sini ye .. nak tahu blog anda di ciplak atau tidak ? baca entry ni .. harap membantu !


http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/apakah-itu-got-blogger.html

Assalammualaikum... BM,

semoga berjaya dalam segmen nie k... teruskan perjuangan sehingga garis penamat.. Good luck friend..

mselim3

Relakssminda sy rasa awak layak ! Insha ALLAH. Semoga berjaya ye :') singgah bw dari http://ohduit.com/senarai-peserta-contest-seo-malaysia-best-blog-2015/

aman delete icon 2:00 PG

Terima kasih bos kerana senaraikan dan sokongan anda terhadap Amanz. :)

khaty aiman delete icon 3:27 PTG

semoga berjaya..semuanya awesome

Fiza Rahman delete icon 4:13 PTG

Good luck BM. Semua blog yg tersenarai tu hebat².

Kakzakie delete icon 8:31 PG

Kakak rasa Titisan Nurani tidak sepatutnya tersenarai. Tersalah pilih sebab blog ini tidak banyak pengisian. Malu pulak rasa dan rasa nak sorok terus.

Relaks Minda sudah mencapai tahap cemerlang dlm berblog. Ulasan diberi mantap belaka. Buat semua yg berkunjung pasti berfikir. Itu yg terbaik.

Assalamualaikum BM, semoga berjaya ya. macam nak join je. ehehhee

Ruby. MY delete icon 3:08 PG

Senarai yang menarik! Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

Senarai yang hebat. Semoga berjaya ya

jaymiee delete icon 10:55 PTG

mmg sgt rileks minda bila baca coretan BM

kak anie delete icon 11:49 PTG

Assalamualaikum BM. Saya Kak Anie yang terlalu baru dalam dunia blogging.Salam ukhwah fillah dan Kak Anie suka baca coretan dan nukilan BM..
Semoga berjaya dalam contest Malaysia Best Blog 2015 ini..Aamiin

Semoga berjaya untuk kontes Malaysia Best Blog 2015 ini. Ramai yang hebat-hebat semuanya.

Waalaukumsalam... selamat berkenalan dgn mereka semua...

Semua blog adalah terbaik... memang sukar utk memilih

kejap jer...dah jatuh tenggelam ke laut pun...

Ya! semuanya terbaik...kecuali blog sendiri tu...
siapalah yg nak senaraikan kannn... hehe!

Sedang hangat contest ni... Jomlah sertai Malaysia best blog 2015!

Ya...semuanya best blog keculi yg last tu...hehe

Blog KhirKhalid tu memang menarik, best dan penuh dgn informasi serta motivasi!

Ave Ry delete icon 2:58 PTG

Sepertinya saya akan mengunjungi beberapa blog dalam posting ini, penasaran apa yang menyebabkan blog tersebut disematkan sebagai best blog. Blog baru ide baru ilmu baru, berharap mendapat manfaat untuk menyegarkan blog saya. Terima kasih, posting yang sangat bermanfaat ^_^b

Time kasih BM untuk kesemua blog yang tersenarai. Nanti nak terjah semua blog di atas. Saya org baru dalam dunia berbloging ni...' Tunjuk ajarku sifu'...

Terima kasih ya...

perlukan juri tak? kalau tak rasanya most popular blog agaknya... pemenang mengikut berapa banyak undian kan? kira populariti lah tu... tapi hanya pada nama saja lah... apa pun tahniah untuk semua blog yang tersenarai

Hanif Idrus delete icon 8:22 PTG

Datang menjenguk
Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
Malaysia Best Blog 2015

Semoga bertuah ye tuan BM :)

Assalam.....singgah pagi sini cari sarapan....Gud luck, moga berjaya...

Wan Syafiq delete icon 10:31 PG

seronok je semua join contest

impressss indeed.... kagum semua bloggerrsss otai.... terasa kekerdilnnya tuh di sini... kita baru nk bertapak...

Nurul Hidayah delete icon 12:29 PTG

Semua blog atas tu memang terbaiklah.. beberapa tu Nurul suka dan ikut pun membaca entrynye.. termasuk la yang ini.. all the best BM :)

miezanmuyat delete icon 11:32 PTG

dulu masa mula2 start blog..slalu fail..dan bila slalu bca senarai blog kat atas dan blog dari blogger lain selalu terikut..dan fail jugak..sbb x jadi diri sendiri...sume blog ni special sbb diorg jdi dri sendiri dan sbar..x ada kejayaan mudah..dan originality yg membawa nama seseorg blogger..dan sekarang sy bermula lagi..kali ini..tanpa mengharap apa2..dulu otak fikir buat duit..skrang..saya nk orang tgok bakat saya..saya graduan bisnes yang meminati bidang lukisan..dan sebahagian lukisan sy kongsikan dalam blog...jemput datang :)

saya juga bersependapat dengan BC..blog BM memang terbaik!

yang baik delete icon 11:31 PG

repeat entry ker ni...
wah, semakin ligat memancing undi.
semoga yang terbaik buat BM dan blogger yang tersenarai... :D

wildan delete icon 2:21 PTG

Betul-betul blog yang pantas mendapat gelar tersebut.

InsyaAllah...dengan usaha dan keunikan bakat serta blog anda, pasti impian tercapai. Sentiasa berkongsi dan rajinlah beramah mesra.

Refresh entri sahaja... Rasanya peluang kali ni agak sukar. semoga berjaya juga buat YB

Terima Kasih di atas semua komen sokongan di atas. Semoga berjaya juga buat semua peserta Malaysia Best Blog 2015. Semua blog adalah terbaik! :>)

Terima Kasih di atas semua komen sokongan di atas. Semoga berjaya juga buat semua peserta Malaysia Best Blog 2015. Semua blog adalah terbaik! :>)

http://itsfixqrimalek.blogspot.my/ singgah singgah le

terbaik

matdin delete icon 5:23 PTG

wahh ramainya orang kat sini..

jom jemput sini pulak.. hehe..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap