Pakar SEO Terbaik MalaysiaAssalamualaikum dan salam sejahtera. Tak habis-habis dunia blogging ni asyik cerita pasal SEO atau Search Engine Optimization. Kenapa SEO ini sering diperkatakan?

Jawapannya mudah...kerana ramai yang tidak faham sebenarnya apakah itu SEO dan ramai yang ingin mengetahui serta memahaminya.

Kata Pakar SEO



Kata-kata yang sering kita selalu dengar dari pakar-pakar SEO Malaysia adalah; Seorang blogger yang sentiasa mahukan cabaran dan keseronokan bersaing, mempelajari dan memahami ilmu SEO itu adalah suatu kewajiban. Begitu juga buat mereka yang dahagakan trafik yang tinggi terutama dari unique visitor yang hadir melalui Enjin Carian maka SEO adalah caranya.

Dan yang lebih menakjubkan, kata mereka teknik dan ilmu SEO ini mampu menjana sumber pendapat yang tinggi melalui blog! Jika anda tidak percaya anda boleh lihat bagaimana salah seorang Pakar SEO Terbaik Malaysia ini mampu menjana pendapatan RM7,000 hanya dengan sebuah artikel yang mempraktikkan sepenuhnya teknik SEO!


Pakar SEO Terbaik Malaysia
Kuasa SEO! Menakjubkan!

Oleh itu bolehlah disimpulkan apa yang dikatakan oleh pakar-pakar SEO Malaysia bahawa SEO ini amat penting bagi mereka yang punya matlamat dan tujuan dalam berblogging. 

Blog Personal Perlu SEO?

Pakar SEO Terbaik MalaysiaBagaimana pula dengan blog personal yang sekadar hanya berkongsi kisah-kisah harian, kehidupan, keluarga, santai dan hanya untuk keseronokan menjalin persahabatan? Perlukah ilmu SEO ini buat mereka?
Bak kata Ibu Penyayang dalam entri INI"saya tak berapa pandai benda gini. Saya hanya tau tulis entri =)" 
Begitu juga Makcik Anggun dalam entri INI"Bilalah nak jadi pakar SEO????.....Rasanya tak mungkin.....pakar psiko adalah hehe..."

Jelaslah mereka tidak memahami dan memerlukan ilmu SEO ini. Bolehkah SEO ini kita abaikan?

Wahai blogger-blogger blog personal sekalian, janganlah anda risau tentang SEO. Sebenarnya anda semua tidak perlu pun belajar SEO dan menjadi pakar SEO kerana anda semua sebenarnya telah pun mengaplikasikan teknik SEO dalam setiap entri yang anda terbitkan. Tak percaya? Anda fahami apa yang dikatakan oleh salah seorang Pakar SEO Terbaik Malaysia ini. 

Pakar SEO Terbaik Malaysia

Anda jelas sekarang ini! Semua blogger sebenarnya sudah mempraktikkan SEO tapi anda yang tidak perasan. Cuma yang perlu anda lakukan adalah mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran itu pun jika anda ada kepentingan, matlamat dan tujuan yang jelas kenapa anda perlukan ilmu SEO ini.

Kata Bukan Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Terbaik Malaysia
Relaks Brader... Brader Relaks...
Ini pula kata-kata saya, seorang yang bukan Pakar SEO Malaysia; Fahami matlamat dan tujuan anda sebagai seorang blogger. Jangan terlalu mengikut orang lain dan rasa rendah diri kerana setiap orang punya matlamat dan tujuan yang berbeza-beza.

Jangan terlalu risau apabila anda tidak tahu banyak perkara dalam teknik berblogging kerana ada diantaranya sudah pun anda praktikkan dan mungkin juga tidak perlukan. 

Sebagai seorang blogger, jika anda sudah cukup seronok dengan apa yang anda lakukan sekarang ini, maka teruskan. Jika anda rasa perlukan sedikit peningkatan maka belajarlah.

Jika anda punya matlamat dan tujuan, maka anda perlulah berusaha belajar, mendapatkan ilmu, memahami dan mempraktikkan dengan cara yang betul untuk mencapainya.


p/s: Terima kasih bersama Relaks Minda. Jangan percaya sangat apa yang dikatakan oleh saya yang bukan pakar SEO Malaysia ini... sekadar suka-suka jer...

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

59 comments - "Apa Kata Pakar SEO Terbaik Malaysia"

Wafi Remli delete icon 8:52 PG

Kata-kata daripada yang 'bukan Pakar SEO Malaysia' itu nampaknya dapat dijadikan iktibar buat semua blogger, terutama newbie dalam bidang SEO macam saya...huhu

Nao Mei delete icon 9:12 PG

hihi...cik akak suka main-main dengan seo nie..hihi...
bukan nak menunjuk...cuma sekadar nak tahu..teknik cam mana berjaya...suka gak bila tengok trafik blog naik...tak banyak pon sikit....apa yang penting...minat berblog...penulisan cukup menampilkan siapa sebenarnya kita..hihi..
apa yang kita tulis tu...,memang dah memperkenalkan kita jenis yang cam mana kan uncle.....
nak belajar teknik seo boleh tak uncle..haha

ZazaMyMoon delete icon 9:13 PG

selama ni cuma tau google je tajuk apa yg kita nak..
tak tau plak setiap kali kita key-in keyword apa yg keluar tu adalah SEO (betul ke salah statement Kak jah ni?) contohnya org search "resipi nasi ayam mudah" trus keluar blog Zaza yg ada menu "nasi ayam" itu yg dipanggil SEO ke? dats y dari dulu lg Zaza suka letak tajuk besar sesuatu entry tu sebagai keyword yg senang & biasa org akan google.. contohnya "resipi nasi ayam mudah" hehehe.. sorry kalau salah anggapan tentang tajuk diatas.. kalau salah BM tlg tunjukkan yer.. ;-)

saya berusaha nak jadi pakar SEO....tak pakar pun jadi faham SEO kira ok gak!

Leganya hati baca entri ni.... Thanks a lot BM ^__^

Saya suruh dengar kata2 dari Pakar SEO bukan dari yang Bukan Pakar SEO tu, huhu...
Tak kesahlah Wafi, mana2 yg boleh beri manfaat dan kebaikan buat anda...ikutlah. Semoga anda berjaya menjadi seorang Pakar SEO!

pandai3.... sorry BM, saya pun faham macam ni gak. Betul kan?

Ija Rased delete icon 9:29 PG

best entry ni.macam saya la..blog sy adalah personel blog, tak pernah pikir pun pasal SEO sb tak tahu tekniknya..tapi bila baca entry bru sy faham..tajuk tajuk yg kita buat itu adalah salah satu SEO.TQ BRO

Cik akak sudah pandai bermain SEO terutama melalui keyword. Cuma teknik yang lain2 cik akak kenalah belajar dan mempertingkatkannya lagi.
Saya bukanlah pakar yang mampu mengajar... Cik akak boleh dapat banyak ilmu SEO melalui sifu2 SEO terutama dari hasrulhassan.com.

Ya! Betullah tu.. Itu adalah salah satu teknik SEO yang paling mudah dan berkesan iaitu keyword melalui tajuk entri.
Tepat sekali caranya...Jadikan diri anda seperti seorang pencari maklumat menggunakan Google. Oleh itu gunakan perkataan atau ayat yg senang, biasa dan popular di taip sebagai tajuk entri.

Jika ada matlamat maka perlulah berusaha kearah itu. Mengusai ilmu SEO bukan mudah, bukan boleh sehari dua...Ianya berterusan. Maka teruslah belajar dan belajar.
Semoga anda berjaya menjadi seorang Pakar SEO.

Risau pasal SEO ke ieta? Alhamdulillah...kalau entri ini dapat menyenangkan hati anda...

Ikutlah seperti apa yang dikatakan oleh ZazaMyMoon pd komen diatas... Keyword pada tajuk entri adalah teknik SEO yang paling mudah dan berkesan!

terima kasih ilmunya.. sekarang pun masih lagi belajar seo

Khir Khalid delete icon 10:53 PG

Semuanya betul, baik pakar & yg bukan pakar tp kira pakar juga...
Belajar & terus belajar asalkan ia tidak menjadi tekanan hingga membunuh minat yg sedia ada. Dari minat hadir suka2, dari suka2 hadir minat utk belajar.. dgn ilmu hadirlah minat, suka2 dan seluruh kebaikannya... :)

Fiza Rahman delete icon 11:37 PG

Good info. Nak kena mantopkan lagi teknik SEO nih.

Bab2 SEO ni KA mmg faillah BM..

Betul juga...Bila tulis entry automatik kita dah apply CEO ni pun, tinggal lagi memilih teknik tajuk dan cara tulis yang betul...

Sheila Salim delete icon 12:40 PTG

Assalamualaikum, hehee dulu tak berapa reti sangat SEO ni. alhamdullilah, lepas apply dan cuba up entri2 yang menarik (tajuk mesti efisen) baru la senang dapat trafik. tu pendapat sheila la.. sheila pun baru je apply SEO ni. hihiiii singgah menabung YESTORIO ~~~

Kakzakie delete icon 12:53 PTG

Nasihat yg pakar dan tak pakar kakak lihat sangat berkesan
Betullah tu. Cuma kakak ni aje kena belajar lebih lagi.

RDZ Z delete icon 1:12 PTG

Wah SEO lagi ya..that's good BM..at least ada SEO awareness ya..part Titan tu kita agreed. Sebenarnya menulis entry aje sudah semestinya part of the SEO, cuma mungkin kita tak sedar. Sebab tu ada entry yang memang simple. Hanya dua tiga baris ayat mampu berada di tangga pertama dalam carian google..hebatkan..

ANIM delete icon 2:20 PTG

kadang2 nak buat tajuk untuk satu entry pun boleh pening BM..
camna pulak nak pastikan ianya menepati SEO..

Dex Banner delete icon 2:39 PTG

Thanks, we appreciate your articles. Good day! DB Product Review

dan jangan pulak tajuk entri ja gempak...tp isi entri tiada kaitan langsung...marah emnunjung nanti...

Blog popular macam Acik...tanpa SEO pun boleh tapau punyalah... :)

Berbelit ayat akhir nak difahami...hehe
Tapi saya tetap minat dan suka komen2 anda :)

Wah! Mantoplah blog anda lepas ni! Good luck!

Bukannya satu ujian pun...tak de istilah 'failed' dalam bab SEO ni KA... ")

Wah...kini sudah semakin cerah dan terbuka minda. Bolehlah dipraktikkan nanti...

Waalaikumsalam,
Satu kemajuan!...dan sudah nampak hasilnya, teruskan...
Terima kasih sheila :)

Jika ianya berguna dan perlu...maka, belajarlah. Jgn jadikan ianya satu bebanan yg akhirnya melemahkan semangat utk berblogging pula ye...

Entahlah...seronok pula tulis pasal SEO ni, pada hal bukannya pandai pun. Semuanya ikut pendapat sendiri jer...entah betul entah tidak. Kalau ada yg pakar2 bagi komen...boleh juga kita tau, macam RZ :)

Jangan pening2lah akak...buat sahaja seperti biasa. Rezeki kita tak tau...kalau mengena, syukurlah... Klau tidak pun saya tetap singgah ke blog akak.. :)
Tapi saya yakin satu jer...kalau niat kita ikhlas nak menyampaikan dan berkongsi ilmu yang baik, InsyaAllah...pasti Allah swt permudahkan.

Faham ke ko Dex Banner Bahasa Melayu...

Keyword tajuk entri yang gempak ni biasanya trafik masuk kejap jer kalau isinya pun tiada berkait. Kesannya jangka panjang...pengunjng dah xpercaya.

Zawiah delete icon 3:31 PTG

bermula dengan template yg mesra SEO ...

Secara basicnya, kita tulis blog ikut format yang betul ni ada jugak sikit-sikit terselit teknik SEO tanpa sedar. Lebih kurang macam buat karangan masa kat sekolah dulu jugak la kan. hehehe

setiap entri yang kita tulis kan ada tujuannya yang tersendiri. ada entri untuk pembaca blog kita, ada yang untuk tujuan promosi, ada yang bertujuan untuk promosi dan pembaca blog jugak. jadi tak perlu nak kesah sangat pasal SEO ni. :)

paridah delete icon 4:03 PTG

Sedang cuba2 praktikan kemahuan seo yg disukai ramai...mudah2an menjadi tq berkongsi info.

masih belajar mengenai SEO ni,...

Bahrain delete icon 9:00 PTG

INSYA ALLAH, bila belajar sikit-sikit, hari demi hari kita akan faham apa itu dan strategi SEO yang mantap.

Pha Is delete icon 9:14 PTG

terpulang pada individu.. tapi dah alang2 berblog tu, rugi la kalau x belajar dan praktikkan ilmu SEO.. ilmu jugak tu..

Terima kasih BM yang sedikit sebanyak berkongsi ilmu dan memberi pencerahan kepada saya ini.

Gunakan SEO bukan setakat nak dapat trafik, tapi untuk jana income menerusi blog. :)

Itu langkah permulaan yang bijak!

Betul apa yg dikatakan... format karangan juga salah satu teknik SEO.

Kata-kata terbaik dari seorang pakar SEO Malaysia yang terbaik! :)

SEO ini memang perlu dilakukan dengan kaedah cuba jaya...Perlu berani dan kreatif! Semoga berjaya!

SEO memang satu ilmu yang tiada kesudahannya... memang kena belajar dan terus belajar

Betul! Sikit-sikit...lama2 jadi bukit! :)

Setuju...bak kata perpatah, alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Tidak ada ruginya pun...

Kalau ianya bermanfaat...Alhamdulillah :)

Satu lagi kata-kata terbaik dari pakar seo terbaik Malaysia! Thanks :)

ilmu yang baik harus di kongsi dan cuba di pelajari... bak kata BM pada kathy dulu..jadilah blogger berilmu..

Benar Kathy...jadilah blogger yg berilmu. Tapi jangan pula kerana terlalu memikirkan kepayahan utk mendapat ilmu ini sehingga membuatkan rasa kecewa dan kurangnya semangat berblogging.
Jika anda minat, rasa seronok dan selesa dgn apa yg anda lakukan sekarang ini teruskan... Perbaiki dan pertingkatkan ilmu perlahan-lahan krn dari keseronokan dan minat itulah akan membuatkan kita untuk terus belajar dan belajar... :)

yana yani delete icon 10:35 PG

saya masih tak berapa nak faham sebenarnya
emmm

Bro hantu delete icon 12:59 PG

Saya sokong pasal ni.. kalau anda perasaan kat google, ada blog-blog lama dengan entri atau post bermutu serta berkualiti boleh bertahan di first page google walaupun post telah bertahun lamanya. Wahhal blog tu tak menggunakan langsung teknik seo. Apa yang diterapkan adalah maklumat tepat, berkualiti dan di sukai pembaca.

Yusree delete icon 2:12 PTG

Bermula dari kemaskini Panda, dunia SEO telah berubah besar berbanding sebelum itu. Sebelum Panda memang lebih mudah, tapi selepas Panda, SEO lebih ke arah yang 'natural'. Ramai pakar SEO dulu2 yang kecundang juga. Ada yang buat bisnes SEO terpaksa memulangkan duit kepada pelanggan kerana teknik SEO dulu-dulu tidak menjadi lagi.

Jangan lupa juga trafic secara terus (sosial media contohnya), kerana SEO tidak semestinya menjadi terutamanya topik yang sama telah ditulis oleh ramai orang - persaingan sengit.

mata camey delete icon 9:35 PG

Terima kasih BM... dapatlah saya memahami beberapa perkara mengenai SEO dalam entri ini

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap