بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger : Assalamualaikum dan salam sejahtera. IPhone adalah telefon pintar pertama yang menukar keperluan dan kegunaan telefon bimbit kepada satu gajet yang menjadi kegilaan ramai. Segalanya di telapak tangan dengan hanya melalui satu sentuhan hujung jari di skrin.

Syarikat Apple telah mencetus satu fenomena baru melalui produk iPhone yang menjadi satu gajet impian dan seterusnya menguasai pasaran sehingga dicemburui oleh semua pengeluar telefon bimbit. Impak dari iPhone jugalah yang telah memulakan era telefon pintar didunia digital masa kini.

Dari iPhone pertama yang dikeluarkan pada 29 Jun 2007, sehingga hari ini, jenama iPhone sudah pun menjengah ke generasi 5+ dan tidak lama lagi akan muncul pula iPhone 6. Walaupun pelbagai pesaing memberi saingan namun iPhone tetap unggul serta punya keistimewaan yang tersendiri dan pastinya anda semua lebih arif mengetahuinya.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Aku Tidak Mahu Lagi Terikat!

Kini sudah sampai ke generasi iPhone 5s, namun aku masih belum dapat memiliki sebuah pun iPhone walaupun dari generasi yang pertama. Sebagai seorang blogger pada zaman yang serba moden dan canggih dimana segalanya dihujung jari serta dimana-mana sahaja boleh melayari internet tetapi aku masih terikat dengan cara orang lama (maklumlah... dah memang pun orang lama). Harapkan telefon bimbit yang ada... segan pula nak cerita.

Mujurlah ada sebuah labtop (kalau desktop...korang kata aku kuno sangat pulak) yang kini sepanjang masa perlu disambung terus ke plug (bateri dah kong) menjadi satu-satunya sumber untuk aku terus aktif sebagai seorang blogger namun jika tanpa sambungan talian atau melalui wireless internet, aku tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Tiadalah entri diterbitkan mahupun blogwalking yang dapat aku lakukan.

Kemodenan, kemajuan serta teknologi terlalu cepat berubah dan semakin maju kehadapan. Aku perlu berada didunia yang nyata dan harus mengikut arus perkembangan serta keperluan semasa kerana jika tidak, aku akan terus ketinggalan. Bukti juga telah jelas dan nyata. Pengunjung utama blog Relaks Minda ini juga semakin didominasi oleh pengguna gajet sama ada melalui smartphone mahupun tablet.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Data pengunjung blog Relaks Minda

Sebagai seorang blogger separuh masa, aku masih terikat dengan kerjaya. Kesempatan untuk aku online amat terhad kerana sumberku hanyalah dari sebuah labtop. Ianya benar-benar menyekat flexibility serta kebebasan ruang masa dan tempat untuk aku berblogging. Akhirnya aku mengakuinya... Dunia sekarang ini adalah dunia tanpa wayar... Dengan adanya wayar inilah membuatkan diriku terus-terusan diikat!

Aku ingin bebas! Aku tidak mahu lagi terikat! Aku perlukan sebuah iPhone. Ya! Sebuah iPhone untuk tidak membataskan ruang waktu dan tempat untuk aku berblogging. Ya! sebuah iphone 5s, kini adalah gajet impianku! Kunci kepada kebebasan. Tapi kenapa iPhone 5s?

Jawapannya mudah kerana kini aku punya peluang untuk memilikinya secara percuma! Nak beli... Hmmm...budget ketat! perlu berfikir panjang antara keperluan dan kemudahan.

iPhone 5s Gajet Impian Ku

Peluang untuk memiliki sebuah iPhone 5s, 'gajet impian setiap blogger' secara percuma kini telah terbuka didepan mata. Namun begitu, sebuah iPhone 5s yang berharga lebih dari RM2K tidak semudah itu untuk dimiliki secara percuma. Ada beberapa peringkat tugasan dan cabaran yang harus aku lalui dan tempuhi.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Entri ini merupakan tugasan pertama sebagai tiket penyertaanku dalam Contest "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger". Contest anjuran blog denaihati.com ini cukup mengujakan kerana bukan sebuah tetapi tiga buah iPhone 5s menjadi rebutan setiap peserta yang bersaing disamping hadiah saguhati berupa wang tunai (akan dimaklumkan kemudian).

Tidakkah anda ingin turut memiliki sebuah iPhone 5s secara percuma? Sebagai seorang blogger, inilah masa dan peluangnya untuk mendapat gajet impian. Rezeki dan tuah tidak akan datang dengan sendirinya tanpa kita mencuba dan berusaha.

Jika anda terbuka hati dan ingin turut sama sertai contest ini, sila ke link berikut (http://denaihati.com/tiga-iphone-5s-untuk-dimiliki) untuk mendapat informasi dan syarat contest dengan lebih terperinci dan sertainya sebelum jam 11.59pm, 24 Ogos 2014.

Bermulanya Cabaran Mengapai Gajet Impian 

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kata-kata semangat buat semua peserta 
Ini baru permulaan, entah apalah pula cabaran seterusnya yang akan diberi dan sudah semestinya aku amat memerlukan sokongan serta bantuan dari rakan-rakan untuk aku mengharungi setiap cabaran. Bantuan dari anda semua amat-amat dihargai.

Persaingan pastinya sengit kerana setiap peserta punyai kekuatan dan strategi yang tersendiri. Blogger lama atau baru masing-masing punya kelebihan dan punya peluang terbuka untuk menggapai gajet impian.

Mungkinkah sebuah smartphone iPhone 5s akan berada digenggamanku? InsyaAllah... Apa yang penting aku telah pun mencuba. Kalah atau menang itu adat pertandingan dan aku terima segalanya dengan reda. Mungkin juga melalui contest ini aku akan beroleh pula 'sesuatu' yang lebih berharga dari sebuah iPhone 5s...

Bagi melengkapkan syarat contest, berikut adalah senarai penaja Contest "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger". Terima kasih diatas tajaan anda semua kerana telah merealisasikan sebuah impian menjadi satu realiti.

Penaja Utama :
  1. http://amariman.com/

Penaja Individu :

  1. http://www.ombakcreatives.com/
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://eizil.com/
  6. http://asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. japan budget trip
  25. Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semoga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Ditulis oleh :

56 comments - "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger"

besar kemungkinan bro BM adalah seorang pemenang gajet impian iPhone 5s..percayalah!

all the best ye BM

All the best and good luck...

Semua peserta punya peluang sama rata termasuklah anda... Semoga berjaya juga buat HB :)

Terima kasih KSD... Semoga anda juga berjaya ya!

Terima kasih diatas sokongan anda Izni, amat2 saya hargai

paridah delete icon 11:48 PG

KAK DOAKAN IMPIAN BM TERCAPAI INSYA ALLAH...

Semoga berjaya BM. Saya pun masih guna telefon biasa saja. Hajat hati nak juga beli telefon baru.

Jie Susanos delete icon 5:00 PTG

all the besr BM.. hp yg menjadi kegemaran ramai ni..

Gud luck..all the best...insyallah kalau rezki...x kan ke mana BM...:)

Nampak dah kat situ ..BM..mesti boleh menang..entry mantap tahap terbaik. .all the best BM

Semoga doa akak dimakbulkan dan tercapailah impian...
Terima kasih kak Paridah...

Terima kasih cikgu helmi, peluang masih lagi terbuka utk memiliki iPhone 5s secara percuma... cubalah!

Tidak teringinkah? Jom lah sertai!
Terima kasih Jie...teruskan menyokong ye

InsyaAllah... Semoga ada rezeki. Terima kasih Asyifa krn sentiasa membei sokongan ")

Biasa je la, Lya... cabaran baru je bermula. Semoga anda juga akan berjaya ya!
Terima kasih diatas sokongan...

Yumida Huda delete icon 6:42 PTG

nak jugak iphone 5s
sememangnya impian setiap blogger kat dunia ni
dgn adanya applikasi ios 7 tercanggih..superb!

BM, semoga berjaya mendapatkan ipon idaman itu.. kalau menang boleh wechat dengan mama... hahaha

Norfanil delete icon 8:06 PTG

Kalau ada rezeki insyaAllah boleh menang..
gud luck bro

Goodluck ;)

Bin Muhammad delete icon 10:16 PTG

Bukan sahaja blogger, semua orang ingin memilikinya!
Terima kasih Yumida.

Bin Muhammad delete icon 10:20 PTG

Terima kasih Mama... nak wechat camne, xpandai, huhu... kalau ada iPhone mungkin boleh belajarlah... :)

Bin Muhammad delete icon 10:22 PTG

InsyaAllah... terima kasih Norfanil. :)

Bin Muhammad delete icon 10:28 PTG

Terima kasih Sally :)

Kathy R'bain delete icon 11:05 PTG

terbaik..moga berjaya ye BM...

Yang terbaik dari BM dalam kontes iPhone 5s gajet impian setiap blogger. Semoga berjaya diucapkan..;)

Rindu nak dtg sini..good luck BM

Moga impian untuk mendapatkan iPhone menjadi nyata ^_^

titan delete icon 7:20 PTG

apsal semua orang dok cite panjang-panjag pasal ipong nih...

Ini baru entri tiket penyertaan.... Nanti bila bermula cabaran, support ye.
Terima kasih Kathy

Terima kasih SP, Nantikan cabaran sebenar, semoga berjaya juga buat anda...

Rindu juga nak melihat coretan acik diruang komen ni. :)
Terima kasih... harap Acik support dicabaran sebenar nanti ye

Terima kasih Zumal, nanti support ye...

Menulis biar sampai puas hati...haha!
Selamat untuk bro juge...

nice sharing..salam syawal.

Terima kasih MKL... Salam dipenghujung syawal :)

lumayan sungguh...all the best!!

nor nazliana delete icon 12:11 PTG

good luck all the best..

nor nazliana delete icon 12:11 PTG

good luck ya...semoga berjaya..

Hafizul delete icon 3:10 PTG

Emm banyak pengisian yang menarik utnuk dibaca,,,good luck bro..semoga ke pusingan sterusnya..hehe

Shark Kay delete icon 3:14 PTG

pesaing hebat nie..
hehe.
gud luck BM.
hasil penulisan BM mmg tidak dapat ditandingi :)

Terima kasih Liya... kalau dapat lumayan le.. :)

Terima kasih nor nazliana, semoga anda juga berjaya!

Good luck to u too... Bersama berusaha menggapai impian!

Penulisan bukan jaminan kejayaan... :)
Anda juga apa kurangnya...semoga Shark berjaya juga menggenggam sebuah iPhone 5s!

Denaihati delete icon 10:09 PTG

billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

Khir Khalid delete icon 12:22 PG

In shaa Allah.. ada peluang utk menang ni. Semoga bertuah & berjaya BM.. :)

Mrs. A delete icon 4:40 PTG

Good luck!
Blogwalking....

Fiza Rahman delete icon 5:08 PTG

Good luck BM. Peluang cerah nih ☺

hpmurah2u delete icon 6:04 PTG

memang terbaikla..no 1 carian untuk keyword tajuk entri ni...tahniahhh

Terima kasih krn menerima penyertaan ini, semoga layak terpilih utk kecabaran seterusnya.

Jika terpilih...pastinya mengharap sokongan dan bantuan anda juga nanti...
Terima kasih Khir.

Terima kasih diatas sokongan anda... :)

Peluang semua peserta sama rata... Nanti jgn lupa beri bantuan di cabaran seterusnya ya! :)

No 1 dicarian bukan penentu kejayaan contest ini.
Sokongan dari anda amat2 dihargai :)

nak menang hadiah..jom layari http://my-peraduan.blogspot.com

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap