بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dalam anda melayari internet, ada singgah seketika di sini... Mungkin kerana anda memang saja untuk blogwalking, atau mungkin teruja dengan tajuk entri, atau memang mencari sesuatu di enjin carian dengan keyword entri ini, atau mungkin dari ping service serta media sosial dan mungkin juga secara tidak sengaja tersesat ke sini....Saya ucapkan selamat datang ke Relaks Minda dan jutaan terima kasih.
Hujung Minggu Yang Meresahkan?
.jpg)
Pasti ada yang sedang bergembira di samping keluarga dan insan-insan tersayang tidak kira dimana jua anda berada.
Ada juga yang sibuk bekerja, semoga anda bekerja dalam keadaan ceria dan penuh bertanggungjawab. Mungkin ada yang keseorangan dan kesepian. Dan pasti ada juga yang sedang gundah gulana, sedih dan resah.
Ada juga yang sibuk bekerja, semoga anda bekerja dalam keadaan ceria dan penuh bertanggungjawab. Mungkin ada yang keseorangan dan kesepian. Dan pasti ada juga yang sedang gundah gulana, sedih dan resah.
Janganlah anda lalui hujung minggu ini dengan kedukaan dan resah dihati. Sebagai seorang sahabat, tak sanggup saya melihat anda dalam keadaan begini. Mungkin saya tidak mampu bersama anda untuk merawat dan menemani anda tapi ambillah petua ini agar ianya dapat membantu anda dalam menangani sedikit kedukaan dan keresahan yang membelenggu diri anda.
Petua Untuk Mengatasi Hati Resah
Berikut adalah petua untuk anda jadikan panduan dan amalkan untuk merawat hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka mahu pun minda yang sedang berkecamuk. Inilah petua yang saya rasakan terbaik buat mengubat segala resah gelisah, kesedihan dan kekusutan anda...
1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Ini adalah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
2. Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata paling berkuasa bagi orang mukmin.
3. Sibukan diri - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan, beriadah dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dengan sesiapa sahaja, jika tiada sesiapa, senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. Ingatkan saat-saat manis dan indah yang mampu memberi anda senyuman.
Semoga Keresahan Menjadi Nikmat
Inilah yang termampu saya berikan. Senyumlah... :) Mungkin saya tidak dapat menyelami dan memahami situasi anda tetapi percayalah tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Kebahagiaan pasti akan tiba.
Yang penting anda perlu ada keyakinan diri dan percaya, setiap sesuatu kejadian itu adalah takdir dari Ilahi dan ianya terbaik buatmu, sesungguhnya ada hikmah dan nikmat disebaliknya. Bersabar, bertakwa dan berdoalah. Jangan biarkan diri anda keseorangan dalam menghadapi kesedihan dan keresahan kerana disaat ini syaitan mudah berbisik dan mempengaruhi hati dan minda kerana anda berada dalam situasi yang kurang kekuatan dan keyakinan diri.
Bersyukurlah...kesedihan dan keresahan anda juga satu hikmah yang memberikan anda ruang untuk merenung kembali dan bermuhasabah lalu kembali ke pangkal jalan, kembali mengingati tuhan yang Esa, Allah SWT.
Semoga anda dapat mengharungi dan menghadapi hujung minggu ini tanpa rasa sedih dan resah di hati dan minda. Terima kasih bersama Relaks Minda... Selamat menikmati hujung minggu yang indah...
Admin...
55 comments - "Resah Gelisah Di Hujung Minggu?"
Assalam bro BM =) slamat berhujung minggu, Alhamdulillah prkgsian yg berguna..suka no3 dan no5..dihujung minggu, apa kata sibukkn diri dgn beriadah..mgkin dapat tngkn fikiran stlah 5hr bkerja..ape pun senyum selalu bro BM..
Tips yg baik BM.. terima kasih.
Kakak resah tu tak adalah BM tapi dalam fikiran kakak ni dah merancang macam-macam. Balik kerja tengahari ini (sabtu kakak kerja half-day) mesti kakak dah siap-siaga nak masak utk kakak agih makanan ke surau malam ini. Kakak dah niat bila abang sihat nak buat sedikit makanan.
Ahad pula nak tengok pokok bunga kakak yg dah 2 minggu lebih tak terurus. Lepas tu petang nak belanja barang bulanan rumah. Malam budak dah dtg mengaji. Tak ada masa nak gelisah - tapi penatlah sikit..
alahmdulillah
perkongsian yg baik di hujung minggu dari BM
moga diamalkan oleh kita semua
arini nak anta adik kat aiport
done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)
hujung minggu yang menenangkan.... bersama keluarga...
Assalam...
Terbaik. Suka dgn ungkapan"tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Kebahagiaan pasti akan tiba". Terima kasih..
cuma msh mncari "kuncinya"..
Alhamdulillah sampai diblog yang indah ini ketika mencari info tentang pasu buatan sendiri serta tumbuh--tumbuhan. Mood di hujung minggu ialah menenangkan diri, menghirup nyaman udara di kampung sambil berkebun diiringi kicauan burung. Alhamdulillah tiada gelisah di hati jika kita sentiasa mensyukuri nikmat Illahi. In sya Allah :)
Assalamu'alaikum senyuman manis,
Salam ku rangkum genggam tak titis.. :D
Pantai basah ditampar ombak,
Helang merintih di malam petir;
Andai resah dibiar melambak,
Bilanglah tasbih di dalam zikir.
Resah kerbau hujan membasah,
Andanglah kelam berangin dahi;
Usah dicekau perasaan gelisah,
Pandanglah alam cermin Ilahi.
hujung minggu hari untuk berehat sebelum memulakan kerja hari isnin... anyway saya memang suka gambar2 dalam blog ni...mintak satu nak jadikan wallpaper
yup...tenangkan fikiran di hujung minggu macam ni...
resah bertamu...tak mengira waktu...tak kira hujung minggu...yg pasti ia adalah bisikan syaitan yg cuba mengoda perasaan..
hujung minggu pada mama, pening sikit.. hihi yerlah... bila anak-anak di rumah, ragamnya bertambah dari hari yang biasa... tapi enjoy!!
Salam BM,
alhamdulillah atas perkongsiannya...baik sekali.
ujung minggu sy, abiskan di rumah dgn anak2 saje...x sempat nak resah bagai....ada je perkara nak dibuat....hehe...
hal yang selalu aku lakukan
subhanalloh memang alloh itu penyejuk hati
saya bakalan coba .
q seslau merasakan hal itu
jika selalu meraskan hal itu saya juga sellau begitu
kalau yg jomblo apsti begitu mbak
waduh itu sih yg jomblo ajja
haha bener itu sih buat yg jomblo aja
haha bener buat yg jomblo tuh
selamat berhujung minggu BM.. hujung minggu masa untuk beriadah bersama keluarga tersayang.. aiza setuju dengan semu tips yang BM kongsikan dalam entri ini.. ternyata senyuman itu terapi yang paling berkesan.. jika kita tersenyum pasti orang di sekeliling kita dan dunia akan turut tersenyum.. :D
smile jer..hehee
Kak pun suka amalkan no.4. Duku2 takde blog, kak menulis dalam diary. Tapi...serik bila diary kita yg jiwang2 tu ada yg pecah masuk, curi2 baca. La ni...dalam blog, kak suka share cerita. Hilang stress
Waalaikumsalam Fais,
Senyum sokmo di hujung minggu buat mu juge :)
Penuh jadual akak dihujung minggu... :) Semoga segalanya berjalan dgn lancar...
Kemana adik jauh mengembara dihujung minggu ni?
Terima kasih ya...
Itulah sebaiknya...tenang dan bergembira disamping keluarga tercinta! Slmt menikmatinya..Mia
Waalaikumsalam...terima kasih ditas kunjungan anda.
Insyaallah, semoga anda temui 'kuncinya'
Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak. Cemburu sungguh saya dengan saudara...menikmati hujung minggu yg sungguh indah! :)
Semoga anda peroleh apa yg anda cari...
dlm apa jua keadaan , jika kita sentiasa ingat Allah , segalanya akan jadi mudah ...
Waalaikumsalam Ummi,
Pulut sebutir mengundang pasrah,
Gambir sekuntum mengundang padah,
Mulut berzikir menghilang resah,
Bibir tesenyum menghilang gundah...
Berangin dahi peluh membasah,
Runtun hati mengundang resah,
Cermin Ilahi sungguh indah,
Pantun Ummi menghilang gelisah...
Jangan kan satu, nak semua pun ambil lah... Ianya bukan hak saya...pinjaman belaka, hak Allah semuanya. :)
Mari kita bergembira dan tenangkan hati dan minda...
Setuju sekali...kuatkan iman, kawal hati dan minda. Berzikirlah sentiasa sebagai pelindung diri
Bila berkumpul bersama ahli keluarga, pastinya mengundang ceria dan letih... Yg penting, tiada resah :)
Waalaikumsalam,
Kesibukan dihujung minggu pasti memberi kegembiraan walaupun memenatkan. Tiada resah datang bertamu...
Ya Bener...buat mereka yang dalam kesunyian. Semoga ceria! :)
Terima kasih kalian semua, amat2 saya hargai
Ya...seperti Aiza yg senyum sentiasa :)
Selamat menikmati hujung minggu yg indah...
Thx.. :) :D
Siapalah yg tidak amanah itu? Ya...kini blog sebagai perkongsian terbaik namun kena bijak dalam menghadkan cerita agar tidak terdedah kisah terlalu peribadi yg boleh mengundang aib.
Tapi saya yakin, akak amat bijak dlm hal ini...
Saya suka kata2 Vee...sungguh tepat!
selamat berhujung minggu :) dan terima kasih di atas perkongsian ini.
semoga dalam keadaan sihat2 saja..
Selamat berhujung minggu BM. Ya, yakinlah diri mampu menanganinya dengan keyakinan diri bersandarkan Allah SWT.
Sendiri ku menjalani hidup sambil menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti kesukaan..
betul tu BM kesedihan dan keresahan tu pn satu hik,ah jugakan..tq perkongsian ni BM..:)
Alhamdulillah.. perkongsian yg baik di hujung minggu. Slmt menjalani hujung minggu yg ceria. :)
smoga hati kita sentiasa tenang..
tq share tips ni. Lately weekend KA sibuk dan penat dgn majlis kenduri kendara huhuhu
Sebagai seorang perempuan, tips nombor 4 tu memang selalu dipraktikkan selain berdoa dan sebagainya..:D
Ooooo tang senyum tu mmg Okje suka....lagi lagi time nak bergambar ...... kalau tak senyum rasa buruk beno ghupe tu....hehe...
Memang magic betul kuasa senyum nikan BM...
tip yg mnarik bro bm..
Hujung minggu antara waktu berkualiti untuk keluarga. CM dan Encik Husband biasanya keluar bersama anak-anak atau pergi menziarah saudara mara. Dok Kat KL, itu jelah yang boleh buat time hujung minggu..:) terima kasih petua merawat hati gelisah tu..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”