Keindahan Alam Di Tepian Pantai: Laut dan pantai tidak dapat dipisahkan... Ombak dan pantai saling memerlukan... Begitulah perumpamaan yang sering kita dengar. Satu ikatan yang sangat sapat dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Pantai, satu tempat dimana sempadan antara daratan dan laut. Ianya satu lokasi menarik dan punya tarikan keindahan yang tersendiri. Indahnya ditepian pantai, dengan deruan ombak yang menghempas pantai yang memutih. Angin yang bertiup membawa udara yang segar berhembus nyaman, Pepohon menghijau melambai-lambai. Mentari cerah menyinar dilangit yang membiru...
Tempat yang indah ingin dinikmati oleh sesiapa sahaja untuk bersantai, berehat dan bergembira. Tempat yang menenangkan dan mendamaikan jiwa dan minda agar pulih dari segala masalah dan kekusutan. Tempat yang sesuai untuk mencari idea dan ilham. Keindahan alam di tepian pantai, tempat yang sesuai untuk kita mengenangkan akan kebesaran dan kekuasaan Ilahi...
Keindahan Di Tepian Pantai
Nikmati, hargai dan cintai keindahan alam ini.... Jaga dan kekalkan keindahan tepian pantai kerana ia adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai untuk semua makhluk... Syukur di atas nikmatMu ini... Alhamdulillah....
Terima kasih bersama Relaks Minda
Admin...
3 comments - "Keindahan Alam Di Tepian Pantai..."
Photo2 yang cantik...sgt indah dan relax
Teruskan mengikuti Relakssminda
Sy suka sgt2 pantai laut
Tenang. Makin biru air laut tu makin sy rasa tenang..
Lama x pegi tmpt2 cmni, tp xpa tgk gmbr pn dh rasa OK sgt ! ^^
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”