بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi
Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai seorang blogger, adakah anda kenal pasti blog anda dalam kategori apa?

Kebanyakan blogger tidak membuat blog informasi seperti berita, hiburan, politik, sukan dan sebagainya kerana ia memerlukan anda bertindak umpama seorang wartawan untuk mendapatkan sumber dan bahan entri. Namun jika anda berjaya, blog akan mempunyai trafik yang amat tinggi sekali.

Kebanyakkan blogger pula lebih menumpukan kepada blog yang mempunyai niche dalam bidang mereka minati atau mahir. Manakala yang paling ramai adalah blogger yang menumpukan kepada kisah kehidupan peribadi dan dikategorikan sebagai blog peribadi.

Blog Niche Dan Blog Peribadi

Blog yang mempunyai niche khusus seperti agama, permotoran, teknologi, fotografi, pancing, ilmu blogger, resepi, alam semulajadi, tanaman dan sebagainya lebih mudah dikendalikan kerana ianya berkait dan dekat dengan diri blogger tersebut dan mudah dibicarakan.

Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi
Tenangkan Minda Anda 
Informasi dan maklumat yang dikongsikan akan menjadi rujukan dan carian pengguna internet. Jaringan pengunjung juga amat luas dan tidak terhad, namun ianya juga tidak menjamin sepenuhnya kejayaan kerana terpaksa bersaing sesama blogger yang punya niche yang sama untuk meraih populariti dan trafik.

Sebuah blog peribadi pula biasanya sukar untuk menonjol dan bersaing. Sekadar menceritakan kisah kehidupan diri sudah pasti pengunjung pun terhad dilingkungan sahabat-sahabat blogger, ahli keluarga serta rakan-rakan disekeliling dan dimedia sosial. Namun tidak bermakna blog peribadi tidak mampu mengundang populariti kerana contoh terbaik seperti blog Ben Shaari dan Fatin Liana masih mampu juga berjaya.

Setiap kategori blog punya keistimewaan, kelebihan dan kekurangan. Oleh itu apakah pilihan kategori blog yang terbaik?

Kekuatan Dan Keistimewaan Setiap Kategori Blog

Anda boleh lihat blog-blog yang telah lama established serta mencapai status premium dan tinggi didunia blogging. Lihatlah pada blog denaihati.com, kujie2.com, hasrulhassan.com, akmaomar.com dan banyak lagi. Apakah perkongsian di blog mereka? Blog mereka sebenarnya punya niche khusus tetapi perkongsian mereka tidaklah terhad kepada entri berkaitan niche semata-mata. Kenapa?

Ya...sebenarnya gabungan ketiga-tiga kategori iaitu niche, informasi dan peribadi adalah yang terbaik.
    Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi
  • Entri niche mampu membina jenama, kekuatan dan keistimewaan tersendiri sesebuah blog. 
  • Entri informasi pula dapat meningkatkan trafik lalu membawa pengunjung-pengunjung baru untuk mengenali blog serta mendedahkan niche serta keistimewaannya. 
  • Manakala entri peribadi mendekatkan blogger dengan pengunjung untuk mengenali keperibadian dan pandangan blogger lalu menjalinkan persahabatan, menambah follower & mengikat ikatan ukhwah.
Maka gabungan ketiga-tiga kategori ini kita dapat menggunakan segala kelebihan untuk meraih apa yang kurang. Dengan ini matlamat dan sasaran anda sebagai seorang blogger akan lebih mudah tercapai.

Bagaimanapun anda perlulah bijak dalam memilih topik yang ditonjolkan terutama bagi kategori informasi. Contoh mudah, sesuaikah blog Relaks Minda membuat entri tentang gossip artis? Oleh itu berhati-hati dalam memilih entri yang anda sasarkan untuk tarikan trafik ini. Untuk menjamin kejayaan entri pula, blog dan entri anda mestilah mengaplikasikan teknik dan ilmu SEO.

Matlamat Seorang Blogger 

Matlamat Relaks Minda, "Ilmu dikongsi bersama" maka penting untuk blog ini membina jaringan persahabatan, berada baik di enjin carian dan meraih trafik yang tinggi. Jika tidak... sia-sialah. Ilmu tidak dapat disampaikan, dikongsi dan disebarkan kepada mereka yang memerlukan dan pada ramai orang.

Namun semua ini sebenarnya bergantung kepada matlamat anda sebagai seorang blogger. Ini hanyalah pandangan peribadi sekadar untuk dikongsi bersama dan ianya tidak semestinya berjaya atau berguna buat anda. Pandangan dan pendapat anda pula bagaimana? Saya pasti juga ramai yang tidak ambil kisah tentang kategori ini... Cukup sekadar dapat menulis dan berkongsi apa yang ingin dikongsikan...


Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi

Terima kasih bersama Relaks Minda... Renung-renungkanlah... Apakah kategori blog serta matlamat kewujudan blog anda...dan berusahalah mencapainya!


p/s: apa pun kategori anda, Blog Informasi, Blog Niche atau Blog Peribadi... anda tetap seorang blogger dan jadilah blogger yang ikhlas dan berilmu.
Ditulis oleh :
_______________________________________________________________________________

76 comments - "Blog Informasi vs Blog Niche vs Blog Peribadi?"

artikel yg mantap! terima kasih kerana berkongsi, BM. cuma, blog kak jie tu sebenarnya www.kujie2.com ada "e" sebelum "2".. :)

Salam BM ..Tq sudi berkongsi info ..TERBAIK !!! .. Tak kira Blog informasi ,blog niche ataupon blog peribadi yang penting keikhlasan kita dalam menyampaikan sesuatu ... Berblogging biarlah ikhlas databg dari hati bukannya terpaksa.. org buat blog kita pon nak buat blog tapi merapu rapan ntah apa2 ... pastu senyap sepi seduuu jer blog takde apa2 update ........... Tepuk dada tanya hati ..

salam BM,entry terbaik...Blog saya lebih kepada personal blog...kerana sy lebih selesa dengan personal blog...
Blog personal pun masih mampu bersaing dengan blog niche cuma kita perlu tau cara bagaimana untuk mendapatkan saingan dari mereka.

Blog kakak blog yg carca-marba
Tidak ada pengkhusuan janji apa yg kakak terfikir itulah yg kakak jadikan entri..

Terima kasih, tak perasan pula...iaya sudah diperbetulkan. :)

Wah...titipan komen yang penuh madah dan kiasan. Inilah baru betul cik akak yg kukenali... :)
Terima kasih...amat2 dihargai!

Benar sekali katamu Lya... Blog adalah perkongsian yg bukan milik peribadi, ianya dilihat oleh sesiapa sahaja... Oleh itu ia bukan media utk suka-suka hanya mengikut orang lain. Perkongsian ikhlas dan perlu komitmen utk menyampaikan..
Terima kasih Lya :)

Waalaikumsalam,
Betul tu...contoh pun sudah ada. Tiada yg mustahil...malah jika blog peribadi berjaya, ianya mampu melimpahkan populariti yang terjamin dan tak terkalah seperti artis popular juga lah... :)

Blog akak jelas sekali dalam kategori peribadi... Tak perlu pengkhususan, yang penting ianya perkongsian yang sesuai utk dikongsikan. Pada saya, Blog akak adalah antara blog peribadi terbaik bersama Blog kak Anim.

Unknown delete icon 9:30 PG

Salam BM, Entri yang jelas dan mudah difahami. Tq.
Blog niche biasanya boleh dapat trafik yang konsisten kerana ada pengunjung setia dengan minat yang sama. Itu yang saya perasan dalam blog saya.

Yana Yani delete icon 9:47 PG

suka part paling akhir tu,
"anda tetap seorang blogger dan jadilah blogger yang berilmu"
saya punya blog confirm peribadi, sekali sekala ada juga
selitkan apa yang berlaku disekitar saya

jujurnya, menulis buat saya rasa bahagia
nak melakukan seperti apa yang orang lain lakukan, saya tak mampu
so saya hanya ikut jalan yang ada sekarang
tak kisahlah ada yang perasan atau tak

HAMIDIsP delete icon 9:55 PG

Saya suka membaca sejak dahulu kala dan saya mahukan blog yang seronok dibaca, tak kisah la apa pun..:)

paridah delete icon 10:01 PG

assalam..terima kasih informasinya ...masih lagi belajar walau blogging dh lama namun ilmunya tiada..

Assalamualaikum BM...info yang bermanfaat untuk blogger2 dan bakal blogger..Terima kasih.

kadang-kadang blog saya boleh jadi ada informasi, tapi pada kebanyakan masa ia lebih kepada peribadi yang tidak terlalu peribadi. Yang penting bila buat blog, janganlah blog yang merapu meraban tidak tentu hala

jie susanos delete icon 12:01 PTG

thank utk info ini BM, mahu jadi blogger yg berilmu..

BinMuhammad delete icon 12:12 PTG

Waalaikumsalam Kak Ros...
Benar sekali...entri niche blog ini juga sentiasa konsisten trafiknya.

BinMuhammad delete icon 12:16 PTG

Jika itu yang membahagiakan anda...teruskan menulis. Setiap orang punya kisah yg tersendiri dan terbaik bila anda menjadi diri anda sendiri...

BinMuhammad delete icon 12:18 PTG

Ya... Tak kira apa jua kategori, tapi ianya mestilah sebuah blog yang seronok dibaca, original dan punya pengisian.

BinMuhammad delete icon 12:20 PTG

Belajar itu tiada penghujungnya kecuali tiada bernyawa. Saya juga masih belajar dan sama2lah kita terus belajar ilmu dunia dan akhirat.

BinMuhammad delete icon 12:21 PTG

Waalaikumsalam cikgu... Sekadar perkongsian pendapat, semoga membantu mereka yg memerlukan.

BinMuhammad delete icon 12:23 PTG

Setuju... kalau entri blog yg merapu, copy paste dan sekadar update umpama FB tu yg kurang semangat nak terjah.

BinMuhammad delete icon 12:26 PTG

Tidak kira apa jua yg dilakukan...jgn sambil lewa dan main terjah jer. Perlulah punya ilmu agar dapat melakukan dengan terbaik, dihormati dan bermanfaat.

Admin delete icon 12:48 PTG

Bagus kupasan yang diberikan. Saya pun tak tertulis macam ni ... +1 dan LIKE untuk entri ini.

terima kasih atas nasihat

weschairs delete icon 1:29 PTG

Lebih kurang jer blog kita berdua ni...cuma sayalah yg kurang tu..

Khir Khalid delete icon 2:30 PTG

Perkongsian yg amat baik... mmg setuju dgn apa yg ditulis. Bagus juga dlm niche ada juga informasi yg disampaikan dgn sentuhan peribadi. Tp ia ttp saling terkait antara satu dgn yg lain. T kasih atas nasihat & perkongsian ini BM.

akmaomar delete icon 2:36 PTG

Terbaik entri ni...awal sya sendiri agak kurang pasti niche blog saya...cuma saya lebih menulis secara general, artikel peribadi saya terhadkan sbb sya tidak berapa suka menulis terlalu byk tentang peribadi..sebaiknya space kan hal2 peribadi ni hehe

Assalammualaikum. Salam kenal.

Terima kasih atas artikel ni. Yatie sejujurnya juga sedang mencari identiti blog Yt. Wpun Yt tahu sekarang ia lebih kpada personal tp Yt skrg nak jadi sorg yang informatif. InsyaAllah.

Unknown delete icon 3:20 PTG

Jumas entri bro dari fb HH tadi...terus ke sini...nk mengekalkan niche pada blog tu yang utama..APA pun fizi suka dgn entri ini...terima kasih bro BM. :)

Entri yang menarik ..cara penyampaian seseorang itu amat penting untuk menarik minat pembaca tidak kira blog informasi,niche @ peribadi..

Masing2 ada kekuatan sendiri. Blig peribadi boleh jadi berinformasi bila diselitkan dengan info dan fakta berkaitan tajuk. Di samping nak cerita pasal kisah jalan2, kita selitkan review orang ramai berkaitan dengannya. Boleh jadi rujukan orang lain.

Unknown delete icon 4:13 PTG

Memang sudah lama wan mencari niche yang sesuai untuk blog.
Pening kepala. Last-last jadikan blog personal juga.
Setuju apabila bro BM menyatakan bahawa blog personal agak sukar untuk menonjol.
Tapi tak apalah...ilmu itu lebih penting untuk disampaikan. Cuba sebaik mungkin untuk berkongsi.

Fiza Rahman delete icon 5:28 PTG

Terima kasih atas perkongsian BM. Banyak nak kena belajar lagi ni.

BM, tip top lah entri ni, adakalanya blog mama rasanya langsung tidak punya niche, nak bersaing dengan alexa jauh lagi.. nak berseronok dengan SEO, umpama mimpi dalam mimpi je la.. namun... mama pastikan ianya tidak ditakuk iti sahaja,,.. insyaallah..

Blog peribadi ni kalau kemahiran penulisan tu dah memang mantap, memang boleh pergi jauh juga. Tapi sementara nak asah skill penulisan kasi mantap, memang makan tahun juga. Tu yang ramai buat blog peribadi sambil nak kejar traffic tak dapat bertahan lama. Kecewa makan hati bila tengok traffic yang terlalu rendah.

Unknown delete icon 6:08 PTG

bagus info ni BM
baru tahu part blog niche tu
aah blog abg ben..even blog personal tp popularitinya sgt tinggi
blog personal mmg byk persaingannya
malah blog yumida pun blog personal..tp ada kalanya terjadi blog rojak..hihi

ANIM delete icon 7:33 PTG

Blog peribadi kak anim dah serupa pasembor. macam2 masuk. belum dapat niche lagi. namun niat kak dalam menghasilkan entry, biarlah ada kebaikan dan iktibar yang boleh pembaca ambil...

matlamat untuk menulsi dan berkongsi

Banyak yang nak dikongsi. Tak sempat nak menulis. Kadang-kadang tulis sahaja apa yang terlintas di hati.hehe.

Rasa2 BM blog sy blog apa? Adoii...tnya pulak kan...Hahaha...jelas sangat caca marbanya kan...mana yg tepikir je sy nak sumbat...huhuhu...

hyhhh delete icon 10:42 PTG

Entri yang menarik..rasanya saya yang ada tiga2 tu..semua saya kongsi..senang..

BinMuhammad delete icon 11:21 PTG

Terima kasih HH... Sekadar pandangan peribadi, menulis ikut naluri...
Sokongan dari anda amat2 dihargai :)

BinMuhammad delete icon 11:22 PTG

Terima kasih juga krn sudi singgah disini :)

BinMuhammad delete icon 11:24 PTG

Nama hampir serupa tapi pengisian sedikit berbeza. Anda tidak kurang...blog yg byk sekali informasi!

BinMuhammad delete icon 11:35 PTG

Terpulanglah sebenarnya tapi jika mahu mengukuhkan penjenamaan dan identiti blog haruslah sentiasa memilih informasi yg berkait agar tidak terlalu carca marba serta diolah mengikut gaya penulisan sendiri. Anda sudah berjaya melakukannya. Semoga terus maju jaya Khir! :)

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Terima kasih Akma krn sudi bertandang ke sini. Saya juga kurang bercerita kisah peribadi kerana tidak mahu menonjol, cukuplah blog ini dikenali :)

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Waalaikumsalam DYatie,
Ianya terpulang kepada apa matlamat anda seterusnya... Semoga anda berjaya dalam apa jua yg anda lakukan.

BinMuhammad delete icon 11:50 PTG

Kukuhkan niche blog dahulu kemudian barulah tingkat trafik dgn entri2 informasi yang berkait. InsyaAllah...Blog masih dikenali dgn niche malah dapat membuka ruang utk dikenali ramai.

BinMuhammad delete icon 12:00 PG

Cara penyampaian itu adalah melalui bakat dan rajin belajar serta memperbaiki kelemahan untuk lebih kreatif dan unik. Jika tiada bakat, ianya masih boleh diasah. Tidak dinafikan ianya adalah salah satu kekuatan dan tarikan sesebuah blog tanpa mengira kategori blog.

BinMuhammad delete icon 12:08 PG

Apa khabar cikgu Liza, lama sungguh menyepi...
Satu pandangan yang sangat bernas buat entri peribadi untuk jadi lebih berinformasi!

BinMuhammad delete icon 12:20 PG

Teruskan berusaha mencuba, cuba cari kelainan dan keistimewaan dalam gaya penulisan dan kandungan entri kerana keunikan itu adalah daya tarikan yg dicari oleh ramai orang...
Semoga anda berjaya! :)

BinMuhammad delete icon 12:22 PG

Sama-sama kita terus belajar dan belajar... :)

BinMuhammad delete icon 12:26 PG

Jgn susah hati Mama... Blog mama sudah ada ramai pengikut dan disukai ramai. Teruskan apa yang mama lakukan dan cuba perbaiki kelemahan dan belajar mempertingkatkan pengetahuan. Kita sama-sama belajar...

BinMuhammad delete icon 12:59 PG

Betul juga...kadangkala bila melihat trafik ianya boleh mengecewakan walaupun ia bukanlah matlamat utama. Untuk menjadi blogger yang berjaya bukan sekelip mata...hanya dengan kekuatan, semangat dan usaha... Semua perkara pun sama kan...

Biasalah tu Yumida... Rojak kan kegemaran ramai dan sedap dimakan :)

Itulah sebenarnya yang menarik dan istimewa dalam setiap entri kak anim, walaupun hanya kisah kehidupan harian tetapi terkandung iktibar dan pedoman buat teladan dan perlu berfikir panjang! Tahniah! Bagi saya...entri2 akak dan cara penyampaiannya sangat menarik serta amat saya kagumi.

Memang sentiasa menanti dan merindui komen cik akak... :)

Nadot delete icon 3:27 PG

Baru nak rasa rendah diri sebab blog tak berniche spesifik. Nasib baik baca entry ni. Naik balik confident. Hehe. Thank you! :)

blog saya adalah campuran kerana terlalu memfokuskan niche telah membataskan trafik itu sendiri..walaupun blog saya sebenar mendapat trafik yang terbatas!

saya blog rojak :-)

Setiap blogger punya matlamat masing2 dan ianya hak anda...dan saya menghormatinya. Oleh itu kejayaan setiap blogger sebenarnya berbeza2 dan hanya diukur berdasarkan kejayaan mencapai matlamat masing-masing. :)

Saya pula tak banyak yg nak dikongsi...kadang-kala jem kepala memikirkan idea utk membuat hanya sebuah entri... hehe

Rasanya anda sendiri pun tahu apakah kategorinya...hehe.
Tidak kira apa pun topiknya, tulislah dengan ikhlas dan dengan cara sendiri... Sumbatlah apa sahaja kerana tauhu sumbat pun enak rasanya... :)

Kebanyakan blog pun punya ketiga2 kategori tersebut dan yg membezakannya adalah kekuatan niche dan olahan mengikut gaya serta cara tersendiri.

Semoga anda terus bersemangat dan mencapai matlamat yg ingin anda kecapi sebagai seorang blogger...amiin

Entri niche walaupun tidak mengundang trafik yg tinggi ia biasanya konsisten. Lebih penting, ia akan mengukuhkan penjenamaan blog. Hanya sesekali dalam sebulan, cuba buat beberapa entri sebagai target trafik...sebenarnya melihat trafik blog menggunung tinggi juga satu motivasi dan meningkatkan semangat utk berblogging.

Tak ape... Yang pasti, rojak memang sodap dimakan... :)

terima kasih atas entry ini..saya suka :)

Yana Yani delete icon 10:53 PG

BM, saya nak bagi hadiah ni
boleh bagi alamat?
PM dekat FB, BM tak reply lagi

mselim3 delete icon 10:59 PG

Assalammualaikum... BM,

ada gak baca pasal entry nie... tapi kupasan BM fleksible... masing ada pro dan kontra pape kita ada blogger yang berhemah dan beridentiti... yup.

mselim3

Bunda_nora delete icon 8:00 PG

Tak kiralah apa kategori blog yang kita inginkan...yang penting komitmen kita...sekiranya mampu dalam segi masa dan tenaga juga usaha, mana2 kategori pun boleh maju..

Unknown delete icon 5:16 PTG

bagus kupasan BM ini... membuatkan mata ini terbeliak... dan otak ini ligat berfikir... apa yang aku inginkan dalam berblogging? huh... ternyata blog idah tu caca marba... tulis sesedap hati... kejap ke laut... kejap ke darat... hehehe... ok... akan terus difikirkan... :) thanks BM

Ramainya yang komen entri ni. Itu tandanya entri ni sangat berguna. Bukan mudah untuk meneguhkan satu-satu niche yang dipilih jika tidak ada ilmu dan kesungguhan yang jitu. Kadangkala saya berasakan perkongsian saya di blog tentang penulisan atau sastera kurang pembacanya (berdasarkan pageview), sedikit saya beralih kepada pendidikan yang nampaknya lebih baik tahap pencapaiannya. Hal ini mungkin disebabkan rakan-rakan dari blogger yang kurang berminat untuk membaca tentang entri begini berbanding entri santai seperti niche peribadi umpamanya. Namun sesunguhnya entri saya berkaitan penulisan dan sastera itu sekadar dokumentasi saya sepanjang penglibatan saya dalam dunia penulisan ini. Moga ada manfaatnya.

Tanpa Nama delete icon 11:15 PTG

CHK blog rojak,Diari Resipi untuk resipi makanan dan kehidupan,Hasil Pena Ku untuk karya...banyak..tapi pengisiannya lain²..ikut rajin nak update yg mana..hehehehe.

Blog niche itu memerlukan fokus dan sentiasa terkemaskini. Ingin juga mempunya blog sebegitu, tetapi tidak pasti boleh memberi komitmen atau tidak. Sudahnya, terus sahaja dengan blog peribadi dan dirojakkan dengan cerita-cerita lain.

Terima kasih atas penghuraian.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap