Harga Barang Kitar Semula - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa sarapan pagi anda hari ini? Semoga anda semua sihat dan ceria. Syukur...kerana masih dapat menyedut udara yang segar. Masih dapat melihat kehijauan alam serta langit yang berawan dan membiru. Alhamdulillah...
Segalanya keindahan dan rupa alam masih dapat dikekalkan. Jika berlaku kemusnahan pun diskala yang kecil dan terkawal. Semua ini juga adalah hasil dari keprihatinan anda. Ya...setiap individu bertanggungjawab dan memberi sumbangan.
Terima kasih kepada anda yang terus mengamalkan amalan kitar semula. Tidak melakukan pembuangan sisa di longkang dan pembakaran terbuka.
Amalan kitar semula dengan mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula amat digalakkan. Jadikan ianya budaya dalam kehidupan kita. Ia bukan sahaja salah satu usaha kita dalam mengurangkan pembuangan sisa buangan pepejal, memelihara alam sekitar, mengurangkan penggunaan sumber asas bahan pembuatan dan tenaga malahan memberi pulangan wang kepada anda.
Panduan Harga Barangan Kitar Semula
Harga barang kitar semula ini berubah-ubah sepanjang masa mengikut kawasan, harga pasaran dan permintaan. Oleh itu setiap pusat pengumpulan barang kitar semula ini tidak mempunyai harga yang tetap dan seragam. Berikut adalah harga barangan kitar semula di Lembah Kelang. Ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan buat anda.
Panduan Harga Barang Kitar Semula
![]() |
Harga barangan kitar semula - Pusat Kitar Semula UKM (Nov 2013) |
Terkini Tahun 2015. Berikut pula adalah rujukan senarai harga barang kitar semula yang boleh dijadikan panduan atau sebagai penanda aras. Ianya ditawarkan oleh Syarikat Uzaya Trading pada 12 Januari 2015.
Bil
|
Jenis
Barang Kitar Semula
|
Harga/
Kg (RM)
|
Bil
|
Jenis
Barang Kitar Semula
|
Harga/
Kg (RM)
|
1
|
Surat
khabar lama
|
0.20
|
11
|
Aluminium
mengikut jenis
|
3.50-4.00
|
2
|
Buku-buku
dan kertas bercampur (berwarna)
|
0.10
|
12
|
Wayar
bercampur gred A
|
2.00
|
3
|
Kertas
hitam/putih
|
0.30
|
13
|
Wayar
rumah
|
6.50
|
4
|
Plastik
1 (lembut)
|
0.70
|
14
|
Copper
(logam)
|
16.50
|
5
|
Plastik
2 (keras)
|
0.20
|
15
|
Monitor,
TV,Peti sejuk.
Mesin
basuh dan peralatan elektrik yang rosak atau lupus.
|
Harga
boleh runding sama ada dikira besi atau plastik keras.
|
6
|
Kotak
|
0.20
|
|||
7
|
Besi
(logam)
|
0.40
|
|||
8
|
Steel
(logam)
|
1.00
|
|||
9
|
Zink
(tin kosong) (logam)
|
0.20
|
|||
10
|
Wayar
bercampur gred B
|
0.30
|
Catatan: Harga kertas yang sudah dihancurkan pun
sama dengan kertas belum dihancurkan.
Pilihan Di Tangan Kita
.jpg)
Ya...menjual barangan terbuang tidaklah dapat memberikan anda pulangan yang lumayan namun daripada dibuang begitu sahaja sekurang-kurangnya ia tetap memberi imbuhan buat anda. Pilihan ditangan anda!
Walaupun 10 sen ianya tetap duit dan halal...namun yang lebih penting dan bernilai adalah kesan dari tindakan anda tersebut bukan sahaja menguntungkan anda serta orang lain, malah untuk generasi masa hadapan.
Walaupun 10 sen ianya tetap duit dan halal...namun yang lebih penting dan bernilai adalah kesan dari tindakan anda tersebut bukan sahaja menguntungkan anda serta orang lain, malah untuk generasi masa hadapan.
![]() |
Cintailah alam yang indah ini - Amalkan kitar semula |
Terima kasih bersama Relaks Minda...
"Jom Kitar Semula! Fikir Dulu Sebelum Buang!"
Author by Bin Muhammad
http://relakssminda.blogspot.com (11.02.14)
88 comments - "Panduan Harga Barang Kitar Semula"
terima kasih. informasi yang berguna
aluminium memang mahal...cuma nak dapatkan sekilo agak lambat berbanding besi..
sekarang ini nak lihat emas jadi barang terpakai pulak dan jual dipusat kitar semula!
Kakak baru aje kumpul kotak limau mandrin yg baru dapat masa CNY baru ini di pejabat kakak. Nanti bawa balik letak kat gerobok belakang rumah. Nak jual sekali.
Kakak nak cuba ambil list BM ni boleh tak org yg abang jual ikut harga ini. Sebab kami memang tak tahu harga..
saya selalu juga dok hantar kitar semula paper
tingi melangit cam gunung everest
tapi paling banyak pernah dapat pun rm 5 aje...hehe
tak apalah dak, kitar semula juga =)
SB mmg amalkan kitar semula..setiap 6 bulan gi hantar ke pusar KS..mana2 yang boleh derma, kita gi pusat kebajikan :)
La...ada listnya ke BM...tak pula sy tau...kat rmh sy ni...dia ambik brang...main kira gitu2 jer...sy pula ikut jelah...sbb malas dah tgk brang terpakai melambak dah...
Wahh bagus ni BM.. boleh bajet utk buat collection utk fundraising.. boleh buat sumbangan utk kebaikan juga kan.. t kasih diatas perkongsian info.. :)
Semoga berguna buat sesiapa yang memerlukannya... :)
terima kasih kembali
Boleh sahaja...tapi murah le, baik jual kat kedai emas...hehe
In Shaa Allah...syangi alam..
teringat masa budak-budak dulu pergi cari tin minuman nak jual..hehe
Ingat ye akak...harganya xmenentu mengikut nilai pasaran semasa tapi bolehlah jadi panduan...biasanya xlari jauh sgt pun. Lagi satu, kalau diaorang collect...biasanya lagi murah sbb tolak kos pengangkutan dan upah.
Sebab itu kena tahu harga pasarannya dan tengok masa diaorang timbang. Bagus Yana...teruskan amalan dan lepas ni check ye :)
Syabas Sue Bee! Semoga berterusan dan menjadi contoh kpd orang lain. Kalau semua orang spt Sue...kuranglah kemusnahan dan pencemaran! Tahniah! :))
Lepas ni bolehlah ambil tahu ye. Kalau tak berharga, takkan diorang sanggup bergerak dari rumah kerumah membeli barang terbuang ni.
Apa pun berbanggalah dgn diri anda kerana telah mengamalkan kitar semula! Teruskan dan Syabas ya!
Sama2 Khir...semoga ia dapat menjadi rujukan kpd yang memerlukan. Semoga juga apa yang anda lakukan akan mencapai matlamatnya... :)
Katakan dan lakukan...Semoga menjadi amalan kita bersama :)
Nick kena ajar anak murid tentang kebaikan dan kepentingan kitar semula. Semoga ianya menjadi amalan dan budaya dlm kehidupan.
p/s: dah besar ni xbuat lagi ke? hehe
bagus ada panduan harga ni, sebab lori yang datang rumah ambil barang kitar semula ni suka letak harga ikut suka dia je.
Panduan harga yang sgt baik dan membentu. Terima kasih ya!
Nice sharing BM, orang yang selalu ambil barang-barang lama kat area sini, macam nipu je...
Terima kasih di atas info tersebut..
Mereka ingin mengaut keuntungan berlipat ganda...kalau inginkan harga tinggi, terus hantar ketempat pengumpulan kitar semula.
Semoga membantu agar tidak tertipu...dan memberi semangat utk kumpul barang terbuang. :)
Selalunya begitulah mama...barang terbuang, mereka ambil kesempatan sebab mereka tau ianya bernilai!
Terima kasih...semoga ianya bermanfaat :)
tq berkongsi , sekurang2 kita tahu harga sebelum buat urusan jual beli ni kan !
Kat kawasan perumahan Nurul.. setiap hujung minggu, pasti ada saja lori-lori yang membeli barang2 kitar semula, memang jauh lebih murah dari pusat pengumpulan tapi lebih baik dari dibuang begitu saja. Rumah kemas, tak payah nak susah2 buang, duit pun dapat :)
teringat zaman dulu2...sanggup ke tapak sampah org lain semata2 nak cari botol kaca dgn tin aluminium
pastu jual..
skg xde lagi mereka dtg dri kpg ke kpg..time dulu2 je ada..kenangan sungguh
Baru ajar tajuk Kitar Semula di sekolah.
ada lori kerap dtg nak beli bhn kitar semula nih . Tapi tak rajin nak kumpul lah .
info yang berguna...
Not bad jugakkan harga dia BM...rezeki untuk pencari bahan kitar semula tu...
Ya...tidaklah kita tertipu dengan teruk...
Ya! Jika kita sedar akan kebaikan dan keuntungan dari penjualan barang terbuang ini, pasti kita melakukannya dengan seronok dan ikhlas. :)
Sekarang dah xde? Hmm...mungkin dah terlalu byk saingan dgn pengumpul barangan terbuang, xperlu dah nak datang kot...
Budak2 sekarang manalah nak cari duit cara mcm kita dulu2...
Bagus cikgu! Pendedahan awal inilah yang bagus agar mereka memahami keuntungan dan kebaikan amalan kitar semula. Melentur buluh biarlah dari rebungnya :)
Aktiviti ini bukan boleh dipaksa, ianya perlu ikhlas dan bermatlamat. Amalan baik...cuba2lah :)
Semoga bermanfaat buat yg memerlukan
Setiap orang ada sumber rezekinya. Betul RZ...mahal harganya. Jika tidak masakan berlaku kecurian...
dulu pernah jual surat khabar lama.. x igt dah harga berapa, sbb x kisah sangat pun.. asalkan dapat dikitar semula dari terbuang begitu saja..
dah puas blogwalking..singgah and follow sini pulak..hihi...ppsstt..x kenal kiter keeewww
Lumayan juga ni.selain membawa rezeki kita menyokong kempen kitar semula ni.
kitar semula memang banyak faedahnya, selain membantu alam sekitar ia boleh dijadikan sebagai sumbangan kepada aktiviti ekonomi keluarga...
Makhluk apa ni! Menakutkannnn!!
Syabas! Ya! yg penting dapat dikitar semula dari terbuang begitu shj...
Memang lumayan....dengan menjual dan mengguna bahan kitar semula kita menyumbang ke arah bumi yang selamat dan hijau
Andai banyak dikumpul memang lumayan, sebab tu pusat pengumpulan kitar semula semakin banyak...menguntungkan!
Betul tu! Jika benar2 mahu jadikan pendapatan sampingan, ianya amat menguntungkan!
Selamat kembali ke Relaks Minda tuan!
Bunda biasa jual surat lhabar je..
akak memang jual terus kat pusat kitar semula. Kalau kat Putrajaya ni, minyak terpakai pun diorg ambik...
Memang ada disediakan tempat khas kat rumah untuk kumpulkan semua barangan kitar semula....bila cukup terus angkat pi jual. Tq for info kat atas
Saya tak kisah untuk mengumpul barang untuk kitar semula, masaalahnya tiada
collector yang sampai di perumahan saya . Di kejiranan yang terdekat pula, pusat kitar semulanya dah lama ditalkinkan. Macam mana tu ?
mak aiza suka mengumpul barangan untuk dikitar semula.. hasilnya memang tak seberapa, namun kepuasan terpancar di wajahnya..
ni patut BM keluarkan masa kak angkut barang bulan disember lalu, huhu. btw, suami kak rajin kumpul dan tunggu penjual barangan kitar ni lalu depan rumah. nak hantar p pusat depa, sayang kereta..hee
tolong lah kitar semula kan. bumi kita ni dah penat.. thanks bm
Good sharing on the recycle items price. Recycle can help the environment and also let us earn some extra income.
Betul....selalu jual paper dapat RM2 henggit jer pun...lepaslah beli pucuk paku
tq info.. taw x lokasi2 nk jual barang recycle ni.. (mcm saya kt seremban)
Tidak banyak lokasi yg saya ketahui. Mungkin anda boleh cuba ini :
1. Ada pusat pembelian barangan kitar semula swasta di Taman Seremban Jaya : TEL:0129788320 atau 0123821960
2. Pembelian barang kitar semula di AEON Jusco Seremban 2 (Setiap Sabtu, 2~6 petang di tapak letak kereta). Utk pertanyaan : 1-800-88-7472
Yg putrajaya tu hari2 buka ke?yg ukm rabu je.pg smpi tgh hari.kalo weekend blhla pg.haru kerja susah sikit
Waktu operasi saya tak pasti tapi untuk maklumat lanjut anda menghubungi Pusat Kitar Semula Komuniti, Putrajaya ditalian pejabat 0388877785 ATAU Alam Flora Hotline : 1800 880 880
Hrg plstik kt jb 90sen>1.50. ikut no. nk high price, asingkn ikut no.
Kalau area tmn melawati kt mana pusat kitar semula yg terdekat ye
klu area masjid jamek kt mane pusat kitar semula yang terdekat ek? sebab dekat rumah sy dah byk sgt botol mineral spritzer yang bersaiz besar tu.. nak buang rasa sayang nak jual tak tau kat mne
sila rujuk : http://www.pikom.org.my/cms/Resources/Alam_Flora/Alam-Flora_020412.pdf
Area Masjid Jamek tengah KL tu ke? Kalau nak jual, rasanya tak ada pusat kitar semula di situ, kena pergi di pinggir KL. Kalau nak buang... sila letak berasingan dgn sampah lain krn yg kutip sampah tu nanti akan hantar ditempat kitar semula.
Botol kaca xde harga ke? Xde org beli pun...
Assalam,
Besi Buruk anggaran 40 tan Untuk dijual. Pm saya 0134053661 Zahari.
tumpang mnyelit . heheh .. berapa harga tembaga per Kg skrg??
Copper tu tembaga le... Boleh lihat harga kat atas tu ye
Saya nak tanya di mana ada tmpt pelupusan handphone lama dan rosak?
assalam . nak tanya . botol mineral 500 ml terpakai tu ada tak yg nak jual ? kalau ada saya nak beli .
assalam . nak tanya . botol mineral 500 ml terpakai tu ada tak yg nak jual ? kalau ada saya nak beli .
Assalam.Bateri kereta berapa ek sekilo... klo kat kelantan kat ane ek nak jual...
Biasanya bateri kereta ikut saiz, harga antara RM10~RM15
Jual pada kedai yang jual bateri tu jer atau di pusat pengumpulan barang terbuang.
Nak tanya ni..klau nk jual botol plastik air mineral tu kan..perlu tak nak kemekkannya dulu...atau biar sebiji camtu je jual kt kitar semula...sbb biasa nmpak org kemekkan air tin je...xnmpk pon org kemekkan botol plastik..hehe
Kat mana boleh jual botol kaca? Kenapa kebanyakkan tempat lusuh tidak terima kaca?
Assalam pembelian barang kitar semula di Klang, shah alam, subang kat mane ye? Tolong bagitahu maklong jap. terima kaseh.
saya boleh supply tayar scraP setiap bulan. Berminat whatapps saya 013-268 5656
Saya suka mengumpul barang kitar semula
Zahari area mana?
Zahari area mana?
Botol Kaca bagaimana? botol kaca kicap, sos cili, sos tiram. area subang airport
bang kalau bateri berape hargenye bang kt area bukit beruntung
Assalamualaikum, sy pun nk jual bateri kereta ada 3 biji, dua yg N60 punya dan satu lagi tu yg kereta BMW & Mercedes-benz je guna bateri tu...
Brapa ye harga nya jika sy mahu menjual nya...?
Maaf ye at nak tny harga timah sekilo brapa ye.?
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”